Anda di halaman 1dari 18

DAFTAR KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.

DAFTAR KANDUNGAN

2.

SINOPSIS BERKAITAN TAJUK

3.

PENGENALAN

4.

SOALAN 1

4-9

5.

SOALAN 2

10-15

6.

REFLEKSI

16

7.

RUJUKAN

17

8.

LAMPIRAN

18

SINOPSIS BERKAITAN TAJUK


Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan
kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik
isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh dimaksudkan sebagai
segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau tidak.
Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan dan
juga bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk kesusasteraan
sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar muzik yang
mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula akan
menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya
juga merupakan kesusasteraan.
Kesusasteraan Melayu adalah peninggalan nenek moyang kita yang amat
berharga dan merupakan lambang sejarah budaya serta kesenian bahasa dan bangsa
Melayu. Pengajaran Kesusasteraan Melayu sebagai satu komponen dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu mula diajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah.
Matlamat Kesusasteraan Melayu diajar di sekolah untuk melengkapkan murid-murid
dengan

ilmu

sastera

agar

dapat

menghayati,

menghargai,

mencintai

dan

membanggakan bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya, ke
arah pemantapan cita rasa santera dalam kalangan masyarakat.
Hal ini, sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaaya manusia. Ia
adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa
yang dipertuturkan oleh mereka sendiri.

PENGENALAN
Kesusasteraan dilihat berbeza dengan ciptaan seni yang lain. Hal ini disebabkanciptaan
ini

menggunakan

bahasa

sebagai

pengantara.

Menerusi

bahasa,

keindahan

garapankesusasteraan dapat dirasai oleh pembaca atau pendengar. Menerusi bahasa,


pengkarya dapatmenggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan
perasaan yang ingindicurahkan. Sesebuah hasil karya kesusasteraan tidak akan dianggap
bermutu sekiranyapengkaryanya gagal menggunakan bahasa yang indah di samping
memaparkan unsur-unsurintelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh dengan ekspresi
dan imaginasi serta kaya dengan kreativiti.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni
bahasa.Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan
semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Garapan
iniseterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di samping itu, sastera
jugadapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral
dengansentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dihasilkan dalam
bentuk yang begitu mempersonakan

SOALAN ESEI 1
Pemilihan dan penggunaan bahan-bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu memang telah lama diamalkan. Pengajaran bahan sastera dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu adalah berbeza daripada kesusasteraan Melayu.Bahan
sastera

in

digunakan

sebagai

bahan

ransangan

sahaja

untuk

mengajar

bahasa

Melayu.Penggunaan bahan sastera yang dipilih dan digunakan adalah bertujuan untuk
menyediakan asas pelajaran kesusasteraan di samping dapat juga mengukuhkan penguasaan
pelajaran bahasa Melayu
Awang Sariyan ( 2003) menerangkan bahawa murid-murid dapat menghayati keunikan
gaya bahasa melalui penggunaan bahan sastera.Nafi Mat( 2006 ) menjelaskan bahawa
penggunaan dalam pengajaran bahasa Melayu berupaya menjadikan pengajaran bahasa
Melayu lebih mengiburkan,menyeronokkan dan murid dapat menguasai bahasa secara
maksimum. Penggunaan bahan sastera dapat mendedahkan kepada murid berkaitan dengan
sifat-sifat bahasa yang berkesan di samping murid dapat menikmati keindahan karya sastera.
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran
mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar
dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk
keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan
dalam kemahiran bertutur.Berikut merupakan pernyataan yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum Sekolah Rendah yang mana bahan sastera boleh digunakan untuk
dijadikan bahan pengajaran .

Standard kandungan dan standard pembelajaran diatas menunjukkan peringkat yang


tertinggi dalam kemahiran mendengar dan bertutur.Dalam peringkat ini murid diminta untuk
menggunakan pelbagai sumber untuk berbicara , berbincang dan sebagainya.Bahan daripada
pelbagai sumber termasuklah bahan sastera.Hal ini membuktikan bahawa bahan sastera
sesuai dijadikan bahan untuk pengajaran kerana sifat bahan sastera itu sendiri . Misalnya untuk
standard pembelajaran 1.6.1 guru boleh menggunakan bahan prosa yang bersesuaian dengan
tema seperti cerpen untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat.Cerpen juga boleh
dijadikan bahan pengajaran untuk standard pembelajaran 1.6.2 kerana dalam cerpen terdapat
unsur-unsur bahasa yang disusun dengan begitu indah sekali.Tambahan pula , dengan adanya
media elektronik murid- murid dapat mengakses lebih banyak cerpen.Dalam pada masa yang
sama juga, guru dapat mencungkil pendapat serta pemikiran kritis murid seperti yang tertera
dalam standard pembelajaran 1.7.2 dengan menggunakan bahan sastera yang bersesuaian.
Kepentingan bahan sastera dalam pengajaran bahasa adalah untuk membolehkan
murid berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Keupayaan ini dapat dilakukan melalui proses
bercerita, deklamasi, lakon, , dan sebagainya. Kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai variasi
ini memberi peluang kepada murid menguji kemahiran berbahasa mereka sama ada dari aspek
mendengar, membaca, dan menulis. Bahan sastera dapat dijadikan landasan untuk membina
peningkatan kemahiran berkenaan. Sekiranya bahan sastera itu disusuri dengan penuh
bijaksana sudah tentunya kekayaan bahan sastera itu akan dapat dialami dan dihayati oleh

murid. Aspek-aspek emosi, nilai dan budaya yang sebati di dalamnya berupaya memaparkan
pengalaman baru kepada murid.
Aspek penikmatan yang bersesuaian membawa kepada proses penghayatan karya
sastera. Murid dapat menggali makna karya berkenaan apabila mereka sudah sebati dengan
karya. Proses penikmatan telah menyediakan ruang pengalaman yang lebih bermakna untuk
murid meneroka makna yang terkandung dalam karya sastera. Proses penghayatan akan
membawa kepada pemahaman murid terhadap isi karya, watak, latar dan sebagainya. Karya
sastera yang digauli akan mudah difahami. Penerokaan dalam aspek penghayatan akan
membuka penemuan ke arah kemampuan murid membuat penilaian terhadap karya sastera.
Mereka boleh mengemukakan pandangan tentang kesan karya yang dibaca, pengalaman yang
diterima, serta menjelaskan di manakah tarikan yang terkandung dalam karya berkenaan.
Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca di
samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk
keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul.
Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara
kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran
membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

Berdasarkan standard bagi kemahiran membaca di atas, kita mendapati bahawa


penggunaan bahan sastera bermatlamat ke arah membina perkembangan bahasa. Interaksi
murid dengan bahan sastera memberi ruang kepada murid mengasah kemahiran membaca
dan memahami. Pengajaran tentang sesebuah teks sastera melibatkan pengajaran kemahiran
membentuk makna bukan sahaja tentang teks yang dibaca tetapi juga makna yang dibawa
oleh teks tersebut dan hubungannya dengan pengetahuan dan pengalaman seseorang murid.
Hal ini juga bermaksud bahawa makna atau maksud yang dibawa oleh sesebuah teks sastera
yang dibaca, bukan sahaja didapati dalam teks, tetapi juga diperoleh melalui interaksi dengan
teks. Konteks hubungan pembaca dengan teks dapat diperkayakan dengan penguasaan laras
bahasa dalam karya kreatif. Murid dapat mengenalpasti gaya bahasa dalam karya sastera,
menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera. Pelajar juga dapat menguasai
aspek penggunaan gaya bahasa dan unsur bunyi dalam penulisan kreatif.

Awang Sariyan (2003) penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan
untuk melatih murid membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-mata
untuk memenuhi tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk menganalisis teks
sastera bagi memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis atau filosifis.
Pembacaan ini merupakan kemahiran membaca aras tinggi untuk membentuk murid yang
analitis, kritis dan kreatif dalam respons terhadap teks yang dibaca.
Berhadapan dengan teks sastera bermakna murid akan memasuki dunia kreativiti yang
mencabar emosi, jasmani, intelek dan rohani murid. Bahan sastera memberi peluang kepada
pelajar menjana emosi, melahirkan respons terhadap bahan sastera serta meningkatkan
kreativiti dalam melakukan apresiasi terhadap karya sastera. Ini bermakna karya sastera bukan
sekadar untuk dibaca dan menghafal cerita tetapi dinikmati dan dihayati dengan lebih kreatif.
Matlamat pendidikan bahasa dalam aspek pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
memberikan kemahiran bahasa seoptimum mungkin kepada murid . Sehubungan itu, murid
memperoleh pengetahuan-pengetahuan lain yang pelbagai dengan wadah kemahiran bahasa.
Oleh hal yang demikian, dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang
bermatlamatkan penguasaan kemahiran bahasa itu, karya sastera yang paling sesuai dijadikan
bahan pengajaran. Hal ini kerana sejarah perkembangan bahasa Melayu menunjukkan bahawa
sejak tradisi tulisan berrnula, karya-karya sastera Melayu pada dasarnya menggunakan ragam
bahasa Melayu yang sama, tanpa terpengaruh lokasi karya tersebut dihasilkan.
Oleh hal yang demikian, sastera yang baik, berkesan dan standard daripada segi laras
bahasa akan dapat menjadi contoh kepada murid dalam hal karang-mengarang dan penjanaan
serta persembahan idea, baik secara lisan mahupun tulisan. Guru akan dapat menunjukkan
contoh-contoh tentang bahasa yang baik dan berkesan daripada karya sastera yang terpilih.
Banyak karya novel Melayu di Malaysia yang sesuai dijadikan bahan pengajaran dan
pembelajaran penulisan. Secara tidak langsung

murid secara beransur-ansur dapat

memperkuat rasa bahasa dan mempertajam daya kreatif dalam berbahasa terutamanya aspek
penulisan. Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa penggunaan bahan sumber sastera akan
meningkatkan kekuatan rohani dan intelek pelajar. Selain itu, kemahiran intrapersonal dan
interpersonal para pelajar dapat dipertingkatkan dengan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran bahan sastera.Hal ini sangat bertepatan serta membantu murid menguasai
standard pembelajaran kemahiran menulis seperti yang berikut:

Abdul Rasid, Shamsudin, & Norzila (2011) telah menjalankan kajian yang bertajuk
Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu
dalam Kalangan Murid. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah pengajaran penulisan karangan
menggunakan bahan sastera

terbukti lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran

konvensional terhadap prestasi penulisan karangan murid.Terang Abdul Rasid et al (2011) lagi,
penggunaan bahan sastera memang mempunyai peranan yang positif dalam meningkatkan
prestasi penulisan karangan keseluruhan dan aspek pengembangan isi dalam kalangan murid.
Tegasnya, penggunaan bahan sastera seperti cerpen itu sendiri telah membezakan corak
penulisan antara murid kumpulan eksperimen berbanding murid kumpulan kawalan.

Penerokaan bahan sastera melibatkan proses penikmatan dan penghayatan. Karyakarya sastera dinikmati oleh murid melalui proses pembacaan, deklamasi, dan sebagainya.
Melalui penikmatan ini murid akan dapat menghayati karya sastera dengan lebih mendalam.
Sebuah sajak perlu dideklamasikan dengan penuh penghayatan, intonasi yang sesuai dan nada
yang bertepatan. Murid

dapat membina pengalaman baru berhadapan dengan sajak dan

dinikmati pula dalam bentuk yang lebih kreatif. Sajak berkenaan bukan sekadar dideklamasikan
malah boleh dinyanyikan, mestamu, puisidra, dan sebagainya. Di samping dapat menikmati
keindahan karya sastera sudah tentu aktiviti yang dilakukan melahirkan keseronokan.
Keseronokan akan membuka ruang kepada minda pelajar untuk meneroka perkara yang lebih
mencabar dalam karya sastera seperti memahami dan menilai karya tersebut.

SOALAN ESEI 2
Terdapat pelbagai jenis kaedah yang boleh digunakan untuk kita memahami sesuatu bahan
sastera.Antara kaedah yang boleh digunakan untuk memahami bahan ini termasuklah kaedah
structural. Kaedah ini berdasarkan pendapat analisis teori struktural kritikan sastera yang
merupakan kaedah paling awal.

Pengajaran

aspek-aspek kesusasteraan, struktur dan

dan Pembelajaran yang bertujuanmemahami


binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan

penghayatan atau penikmatan sastera. Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan atau
strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:

1. Tema

5. watak / perwatakan

10

2. Persoalan

6. gaya bahasa

3. Latar

7.bentuk

4. Sudut pandangan

8. nilai pengajaran

Perhubungan antara elemen-elemen ini yang membendung struktur sesebuah karya itu, di
samping mempunyai fungsinya yang tersendiri. Kaedah induktif sesuai digunakan bagi
mengkaji elemen di atas. Bagi pelajar karya sastera adalah sebagai buah fikiran pengarang,
renungan ke dalam diri, imaginasi,
pengalaman

kerohanian.

emosi, penerapan pengetahuan,

manipulasi

dan

Kaedah ini membuat penyorotan terperinci terhadap komponen-

komponen di atas.

ANALISIS BAHAN SASTERA PUISI


MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Sang Gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah.Berbekalkan keberanian yang dimilikinya,
dia dengan angkuh merembat kuda dengan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil
menghalau kuda-kuda yag sedang berada di padang bersegera balik ke kandang,
Rangkap 2
Sementara itu , rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan
dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar.Setelah kenyang , kuda-kuda itu tidak dipedulikan nasib
mereka dan dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.
Rangkap 3
11

Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring , Sang Gembala Kuda
dengan begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan
kepayahan .Dia bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpurapura sebagai penyelamat
maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.
Rangkap 4
Sang Gembala Kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian
kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu.Sang Gembala Kuda juga hanya tahu
mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengsaraan kuda itu..
Tema
Sajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yan
dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya..Berbekalkan kuasa yang dimiliki dengan
angkuh dan berani, penjaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali
ke kandang.Penjaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh
tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.

Persoalan
1.
2.
3.
4.

Kekuasaan mempengaruhi gaya kepimpinan


Ketegasan dalam memimpin
Penganiyaan terhadap haiwan
Kepatuhan menurut perintah contohnya sekumpulan kuda digambarkan ptuh akan

arahan penjaga kuda


5. Keberanian menempuh cabaran dan rintangan contohnya penjaga kuda berani
menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
6. Kebijaksaan mengeksploitasi golongan yang lemah contohnya penjaga kuda bijak
mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.
7. Pasrah dan reda akan ketentuan ilahi.
Bentuk sajak
Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat dan terdiri daripada empat rangkap.Bilangan
baris tidak sama iaitu rangkap pertama ada lima baris, rangkap ke dua ada lima baris,
12

rangkpa ketiga ada sebelas bari dan rangkap keempat ada lapan baris.Jumlah patah kata
dalam setiap baris juga tidak sama iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.Jumlah
suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.Rima akhir
sajak inibebas atau tidak terikat abcdd,abcab,aabccadecc dan abaabacc.
Gaya bahasa dan keindahan bunyi

Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yag dibentuk adalah puitis.Contohnya
- Rembat angkuhnya memacu takut
- Meredah onak di rimba perburuan
- Epifora contohnya perulangan kata ditunggangi
Repitisi atau perulangan contohnya ditunggangi dan ditunggangi
Penggunaan metafora contohnya
- Rimba perburuan
- Paya penindasan
- Cemeti durjana
Personafikasi
- Rembat angkuhnya memacu takut
- Pacuannya diringi seribu keberanian
Hiperbola
- Dimamah rakus kala lapar
Sinkope
- Tak eduli nasib diri setelah kenyang
Inversi
- Dan kuda-kuda itu ditunggangi

Nilai
1. Nilai tanggungjawab contohnya penjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda
tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik
2. Nilai keberanian contohnya penjaga kuda itu berani menempuh berbagai-bagai
kepayahan dan rintangan sewatu menjaga kuda-kuda itu.an
3. Nilai kebijaksanaan contohnya penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga
uda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda
itu.
4. Nilai kepatuhan contohnya sekumpulan kuda digmbarkan patuh akan arahan penjaga
kuda
Pengajaran

13

1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh
ketua .Contohnya sekumpulan kuda digambarkan tidak mempeduli nasib mereka
dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda lain.
2. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai rintangan tanpa mudah berputus asa
ontohnya penjaga kuda berani menempuh berbagai-bgai kepayahan dan rintangan
sewaktu menjaga kuda-kuda itu.
3. Kita perlulah gigih berusaha dalam melaksanankan

satu-satu tugas agar kejayaan

dapat dikecapi akhirnya.Contohnya penjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya


menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap
kuda-kuda itu .
4. Kita sewajarnya patuh akan arahan dan suruhan ketua demi keharmonian sesebuah
organisasi contohnya sekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga
kuda.Kita hendaklah bijak dalam merancang dan menjalankan tugas dengan baik dan
sempurna .Contohnya, penjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia
menghalau kuda-kuda itu masuk ke dalam kandang.
TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
BAHAN SASTERA
Bahan sastera seharusnya diajar menggunakan teknik pengajaran yang dapat
mengekalkan keperluan corak dan struktur sastera. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan
harus dikekalkan di samping teknik yang digunakan tetap berperanan memperkayakan
pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Antara teknik pengajaran yang
boleh digunakan di dalam bilik darjah ialah puisidra.Puisdra merujuk kepada

Puisi yang

didaramakan atau dilakonkan. Seorang murid akan mendeklamasikan puisi manakala


sekumpulan pelajar akan melakonkannya. Pergerakan pelakon adalah selaras dengan
ungkapan puisi berkenaan.Puisidra sesuai digunakan untuk puisi moden dan tradisional seperti
sajak , pantun,syair,gurindam dan seloka.
Pada peringkat awal , guru perlulah memastikan bahan sastera yang digunakan
bersesuian dengan teknik yang diajarkan.Puisi yang dipilh mestilah mempunyai unsur-unsur
yang boleh didramakan dan mempunyai pergerakan .Oleh kerana murid-muird kurang
didedahkan dengan teknik ini , guru bolehlah menunjukkan beberapa conton misalnya denga
menayangkan video mengenai puisidra supaya murid dapat melihat gambaran yang jelas
mengenai teknik yang akan disampaikan.Kemudian murid dan guru boleh melakukan aktiviti
bersoal jawab untuk mencungkil minat serta kefahaman murid.

14

Seterusnya, murid-murid diedarkan atau ditujukkan bahan sastera yang telah


dipilih.Guru seharusnya memberi sedikit penerangan kepada murid mengenai latar belakang
puisi yang dipilih supaya murid lebih fokus dan berminat untuk mendalami bahan
tersebut.Murid-murid diberi kesempatan untuk membaca puisi tersebut pada peringkat
permulaan sebelum melakukan ke peringkat seterusnya.Dalam konteks ini , guru berperanan
sebagai fasilitator untuk melatih murid untuk mendeklamasikan puisi tersebut dengan sebutan ,
nada, intonasi yang betul.
Selanjutnya, murid-murid hendaklah dibimbing untuk menghayati maksud setiap bait
perkataan yang diucapkan.Guru hendaklah menerangkan kepada murid mengenai sajak yang
dipilih misalnya tema , persoalan dan maksud setiap rangkap . Hal ini sangat penting untuk
mewujudkan satu menghidupkan lagi jalan cerita sajak tersebut.Sekiranya murid dalam
mendalami dan menghayati maksu rangkap sajak tersebut maka murid-murid akan lebih mudah
untuk menterjemahkan emosi dan perasaan mereka dalam bentuk lakonan.
Setelah murid murid memahami keseluruhan isi ,guru boelh meminta murid untuk
membentuk kumpulan masing-masing .Semasa aktiviti kumpulan,murid-murid diminta untum
mengadakan perbincangan bersama rakan rakan yang lain.Tujuan perbincangan ini diadakan
adalah untuk memastikkan setiap ahli dapat memahami maksud keseluruhan sajak.Semasa
perbincangan tersebut , murid-murid akan diberi masa untuk membuat latihan mengikut
kreativiti masing-masing.
Akhir sekali , murid diminta membuat persembahan seperti yang telah dirancang.Muridmurid boleh menggunakan peralatan yang bersesuian dan mengikuti tema sajak yang hendak
disampaiakn.Dengan adanya peralatan-peralatan sampingan , muridmurid akan berasa lebih
teruja dan bersemangat serta menjiwai sajak yang disampaikan.Untuk aktiviti ini guru
hendaklah memastikan ruang yang selesa disediakan bagi memastikan murid-murid
memperoleh keselasaan semasa mempersembahkan puisidra .Seterusnya, guru

meminta

kumpulan pertama yang akan membuat persembahan.Kumpulan lain diminta untuk


menyaksikan persembahan dan memberi komen terhadap rakan mereka.Guru juga boleh
merakam video dan meminta mereka menilai hasil persembahan mereka sendiri .
Menurut Mana Sikana (2001) tidak semua murid mempunyai ketekunan membaca teks
sastera. Jika teks sastera gagal dikuasai secara literasi maka menjadi tangunggjawab guru
untuk menguasai teks secara literasi.. Jika murid dipaksa membaca teks sastera, ia akan
menjadikan sesi pembelajaran suatu yang menderakan dan akan mengorbankan falsafah
15

sastera itu sendiri. Teks tidak seharusnya didekati dengan bacaan sahaja. Teks sastera boleh
ditransformasi kepada bentuk-bentuk lain. Puisi boleh dirakamkan dan diperdengarkan kepada
pelajar. Teks drama boleh diterjemahkan kepada lakonan pentas.Kehadiran bahan sastera
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan membuka lembaran baru kepada
guru dan pelajar. Iklim pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna,
menyeronokkan, dan menggembirakan. Ada hilai tawa dan kecindan. Ada muzik dan suara
bergandingan.

16

REFLEKSI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Berdasarkan tugasan yang telah diberikan banyak perkara yang telah saya
pelajari untuk menjadi seorang guru yang dapat membantu meningkatkan tahap
kemahiran bahasa seseorang murid.Melalui tugasan ini juga, saya dapat melihat
keberkesanan sesuatu bahan sastera misalnya memberi kesan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu , saya mula merasakan yang guru perlu berubah
dan keluar daripada zon yang selesa kerana keperluan akhir dalam mencorakkan
kejayaan adalah keupayaan guru untuk menguasai pendekatan dan teknik pengajaran
yang bersesuaian dengan keperluan murid . Murid hari ini tidak menerima apa sahaja
yang guru berikan malah mereka lebih berminat untuk mempelajari sesuatu yang
menarik, menyeronokkan, dan melibatkan mereka secara aktif. Guru perlu bersedia
untuk menajamkan kemahiran dan pengetahuan yang seiringan dengan keperluan dan
tuntutan pendidikan masa kini. Guru-guru perlu menyertai seminar, bengkel, kolokium,
dan sebagainya yang boleh mempertajamkan ilmu mereka tentang bahasa dan sastera.
Guru perlu bersikap positif terhadap kemunculan bahan sastera dalam
pengajaran serta menerimanya dengan cukup profesional tentang pembaharuan dan
inovasi yang perkenalkan. Alaf baru memerlukan pemikiran, sikap, dan pandangan baru
seorang guru. Bergeraklah ke dalam dunia sastera dengan penuh minat, kesedaran,
dan rasa tanggungjawab. Tajamkanlah kefahaman dan kebolehan guru terhadap
sastera. Jika guru berbakat menulis dan berkaryalah kerana ia memberi kematangan
ilmu terhadap guru-guru. Kajian dan penyelidikan sesama rakan seperjuangan boleh
memanfaatkan banyak pihak sama ada guru, murid dan sekolah. Amalan pengajaran
kolaboratif, kerja berpasukan, kajian tindakan, dan sebagainya boleh membina
pengukuhan ilmu dan penemuan terhadap idea baru yang membantu guru-guru.

RUJUKAN
17

Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Awang Sariyan (2003). Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran
Bahasa. Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 11
Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Teknik Pengajaran Sastera
Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 2 Bil 6 : 12 17.
Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn
Bhd.
Mana Sikana (2001). Pengajaran Drama Sebagai Peneguhan Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa. Jil 1 Bil 9 : 7 -13.
Muhammad Haji Salleh (2004). Sastera Di Ambang Globalisasi Dlm. Ilmu
Kesusasteraan Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains
Malaysia
Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusoff. (2001). Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa
.

18

Anda mungkin juga menyukai