Anda di halaman 1dari 2

FROG VLE 1BESTARINET AEA2055@1BESTARINET.

NET

2015

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Rambutan,


31250 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
No. Tel/Fax: 055336770/06-4413052
Guru-guru yang dihormati,
Sejajar denGn matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan serta penggunaan Internet, kerajaan
telag melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua
sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan
Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang
digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur
lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu Persekitaran Pembelajaran
Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakkan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa yang diluangkan
dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, My Space dan YouTube. Budaya dan cara mereka
memproses maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah
masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui Frog VLE. Melalui projek
1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, dan akan meningkatkan
minat belajar dalam kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Kehadiran Frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan
berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja
mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah computer, pelayar (brower) dan sambungan Internet.
Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Yes yang unik yang mempunyai pelbagai
fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk :

Mengakses platrom Frog VLE


Mengakses emel peribadi
Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan
Academy dan YouTube Pendidikan.

Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh
dicapai di dalam dan di luar sekolah : pada bila-bila masa, di mana jua. Di peringkat dalam pelaksanaan frog
VLE di sekolah, guru-guru digalakkan meneroka alam maya Frog untuk mengenali fungsi dan menyesuaikan
diri dengan penggunaanya. Pada minggu-minggu berikutnya, hasilkanlah sumber pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan interaktif.
Pasukan FrogAsia akan membantu guru-guru dari aspek latihan dan persediaan untuk pelaksanaan dengan
menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk mengendalikan latihan frog VLE kepada semua guru,
kakitangan dan pelajar di peringkat sekolah. Ini dapat diakses di portal Community Site menerusi frog VLE.
Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk memulakan penggunaan frog VLE anda :
Nama (Guru) :
ID Pengguna (Login ID):
Kata Laluan (Password):
URL VLE Sekolah : https://nea5057.1bestarinet.net

FROG VLE 1BESTARINET AEA2055@1BESTARINET.NET

2015

Guru-guru boleh melayari laman web rasmi projek ini di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi
FrogAsia www.frogasia.com untuk maklumat lanjut.
Komitmen serta minat guru-guru dalam merealisasikan transformasi pendidikan ini pasti mampu
meningkatkan tahap pencapaian sekolah dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dalam
pelbagai bidang.

Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi Dalam Pendidikan.

Saya yang menurut perintah,

..
Tn. Hj. Ramli b Ibrahim
Pengetua
SMK Taman Indah
73000 Tampin,
N.Sembilan