Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN

KO-AKADEMIK & RIADAH


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG
2010

TARIKH
24 MAC 2010
[RABU]

DESTINASI LAWATAN

PUSAT KO PELAJARAN
HUTAN PAYA BAKAU, KUALA SEPETANG

‘MELESTARIKAN KEGEMILANGAN INSAN ISTIMEWA’


KO-AKADEMIK DAN RIADAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK. MATANG, 34750 MATANG, PERAK.

Pendahuluan

Program Integrasi Pendidikan Khas SK Matang, telah merancang pelbagai aktiviti dan
program pada tahun 2010. Antaranya ialah program lawatan, pengajaran dan
pembelajaran serta riadah dan mobiliti. Salah satu aktiviti yang telah berjaya
dilaksanakan seperti yang telah dirancang ialah Program Ko-Akademik dan Riadah ke
Pusat Ko Pelajaran Hutan Paya Bakau, Kuala Sepetang. Program ini telah dilaksanakan
pada 24 Mac 2010 bersamaan hari Rabu dan seramai 53 orang murid, 14 orang guru
dan 4 orang PPM yang terlibat.Matlamat yang cuba dicapai oleh program ini ialah untuk
mewujudkan proses sosialisasi di antara semua murid dan guru. Program ini juga
merupakan pelengkap kepada sukatan kurikulum di sekolah bagi komponen aktiviti luar
dan eksplorasi sekaligus menjadikan program ini penuh dengan aktiviti berfaedah.
Murid-murid akan mendapat pengalaman yang menarik dan sesuai untuk proses
pembelajaran mereka.

Program ini juga diharapkan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang mensasarkan perkembangan individu secara menyeluruh baik dari segi
rohani dan jasmani.

Rasional

Program yang dirangka ini dilihat mampu meningkatkan perkembangan murid dari segi
emosi, sosial, fizikal dan jasmani serta pengurusan tingkah laku bagi murid-murid
berkeperluan khas ini. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran turut dapat
diterapkan dalam kehidupan murid-murid terutamanya sewaktu menggunakan kenderaan
awam seperti bas dan juga pentingnya menjaga keselamatan diri sepanjang program ini
berlansung. Di samping itu, program ini juga dapat mendedahkan murid-murid
berkeperluan khas dengan masyarakat sekitar serta dapat berinteraksi dan bersosialisasi
antara murid-murid berkeperluan khas dengan semua pihak.

Objektif

Tujuan program ini dijalankan ialah untuk :-


 memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk bersama-sama
beriadah di tempat-tempat riadah.
 Menggalakkan interaksi dan sosialisasi antara murid berkeperluan khas dengan
masyarakat sekeliling.
 Menambah pengalaman dan pengetahuan tentang tempat-tempat lawatan dan
riadah kepada murid-murid berkeperluan khas.
 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan murid dengan guru serta
masyarakat sekeliling.

Jawatan Kuasa Pengelola

Penasihat 1 : Guru Besar SK Matang


En. Fezarudin b Mahamudin

Penasihat 2 : Pen. Kanan Pentadbiran SK Matang


Tn. Hj. Abd Rahim b Abd Rashid.

Pengerusi Program : Penyelaras Program Pendidikan Khas


Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais

Pengurus Program : Pn. Umi Kalsom bt Musa


En. Mohd Zulfadhly b Ahmad Tarmizi
En. Mohd Zamri b Mohd Napis

Bendahari : En. Zainuddin b Hj. Abdul Rahim

Pengangkutan : Pn. Wan Haziatul Izlawati bt Wan Zahari

Keselamatan : Pn. Norhayati bt Hussain


Cik Junita bt Yahaya
Cik Subhashni a/p Perabagaran

Dokumentasi : Pn. Nashally bt Shik Jan


Cik Mona Yaniza bt Mohammad

Makanan : Pn. Hjh. Noraminah bt Mokhtar


Cik Rodziyah bt Johan
Cik Yeap Seok Lei
Pembantu Pengurusan Murid
Aturcara

TARIKH MASA PERKARA

24.3.2010 7.30 pagi Mengambil kedatangan


-Sarapan
8.00 pagi Bertolak
- Kilang Arang
- Taklimat Pegawai Hutan
10.30 pagi Rehat
-Kudapan
11.00 pagi -Mencari Harta Karun
12.30 tengah hari Rehat
-Makan tengah hari
-Solat
1.30 petang Kem Ria
-Memasang Khemah
-Kawad Kaki
3.00 petang Majlis Penutup
4.00 petang Balik ke sekolah

Penutup

Secara keseluruhannya program ini telah dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah
dirancangkan. Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat
diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Semoga program ini dapat memberi manfaat
kepada semua murid dan guru.

Disediakan oleh Disemak oleh

Umi Kalsom Binti Musa Pn.Shamsiah Binti Mohd Jais

P.K.PPKI SK.Matang
Gambar Sepanjanag Program Dilaksanakan

Anda mungkin juga menyukai