860824-59-5159
Kaji aktiviti pengayaan menegak yg sesuai. Cara melaksana. Cara menilai dan aktiviti
susulan. Huraikn kemahiran bahasa yg dapat dikukuhkan dan diperkembang. Adakah
aktiviti menepati prinsip pengayaan. Bagaimana pengetahuan, bakat, kepimpinan dan
kreativiti dikembangkan.
Daripada soalan tugasan yang diberikan saya telah memilh aktiviti pengayaan menegak
menggunakan konsep bermain. Bagi saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek
pemulihan, aktiviti bermain merupakan salah satu langkah yang perlu ada dan sangat sesuai
diterapkan kepada semua murid, tidak kira sama ada murid tersebut cerdas atau kurang
cerdas. Hal ini kerana pelbagai aktiviti bermain yang boleh digunakan untuk menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan.
Malah, murid-murid dapat bekerjasama dan aktif melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti permainan dapat meransang dan menarik minat murid untuk belajar.
Sehubungan itu saya telah memilih aktiviti permainan yang di panggil Mix n Match bagi
perkataan bersuku kata KV + KVK. Di bawah merupakan langkah-langkah aktiviti permainan
pemulihan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murd-murid pemulihan.
Langkah 1 : Meletakkan suku kata KV dan KVK secara berterabur.
Langkah 2: Mencari padanan yang sesuai bagi suku kata KV dan KVK untuk membentuk
perkataan bermakna.
Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV dan KVK untuk membentuk perkataan bermakna.
Setelah murid selesai melakukan aktiviti tersebut guru akan menilai dengan melihat
padanan suku kata perkataan yang betul. Jika murid salah dalam memadankan suku kata
perkataan guru akan memberikan bimbingan yang selanjutnya kepada murid tersebut. Guru
juga boleh mengubah suai permainan untuk kemahiran-kemahiran membaca perkataan yang
lain. Permainan tersebut mestilah merupakan satu permaian yang dapat menguji ketangkasan
pemikiran murid untuk mencari padanan suku kata yang boleh membentuk perkataan yang
bermakna.
Melalui aktiviti yang telah dinyatakan ia mampu memperkukuh dan memperkembangkan
kemahiran membaca murid kerana aktiviti tersebut melibatkan 4 proses yang utama iaitu
proses sensori (kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses kognitif.
Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses membaca secara keseluruhan. Deria
atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria
yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Keduadua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca. Seseorang murid
itu memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya membaca dengan baik.
Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej yang diterima supaya ia dapat menghasilkan
semula mesej itu dengan jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang
mengalami masalah pendengaran.Hal ini dapat dilihat melalui aktiviti yang dinyatakan apabila
guru memberi arahan murid perlu mendengar dan melihat bahan bantu mengajar yang
disediakan oleh guru. Justeru itu proses melibatkan dua deria ini dalam aktiviti yang dinyatakan
membantu murid dalam memperkembangkan kemahiran membaca mereka.
Proses membaca berlaku apabila suku kata-suku kata yang dilihat dalam kad-kad yang
berterabur disalurkan ke otak untuk diproses bagi menvambung suku kata tersebut untuk
mendapat makna sebenar. Bagi individu yang bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan
akan digantikan dengan deria sentuhan.
menimbulkan makna kepada tugas-tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan
pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan
seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi
dan juga makna. Pengamatan dalam bacaan adalah seperti mendiskriminasi iaitu mengecam
dan juga membezakan figure ground iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-corak. Ia
juga membantu ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar, dan turutan.
Dalam pada itu melalui aktiviti pengayaan menegak yang dinyatakan juga menepati
prinsip pengayaan . Prinsip program pengayaan pula menekankan 6 perinsip utama iaitu
program pengayaan ini mestilah mampu memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat
kreatif dan eksperimental. Selain itu murid juga mampu membuat kerja sendiri dan hasilan
kendiri dengan menggunakan daya usaha sendiri. Disamping itu prinsip program pengayaan ini
mestila memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial dengan menggunakan
kaedah dan organisasi yang mudah ubah dan melibatkan pembacaan luas dalam kalangan
murid. Terdapat beberapa strategi dalam pelaksanaan aktiviti pengayaan antaranya ialah guru
perlu membahagikan kumpulan mengikut kebolehan. Kumpulan murid boleh dibahagikan
kepada tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan
aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang
berbeza. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan. Semasa murid-murid
cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti
pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar
mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru
boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.
Manakala murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti
pengayaan yang disediakan. Murid-murid cerdas ini dapat menambahkan pengalaman
memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing.
Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang
sama.
Melalui aktiviti pengayaan ini juga ia mampu memperkembangkan pengetahuan
pengetahuan, bakat, kepimpinan dan kreativiti dalam diri murid tersebut. Hal ini kerana dalam
aktiviti pengayaan yang dinyatakan ia dapat melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan
kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri. Pada masa yang sama,
aktiviti ini dapat memupuk minat dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan
terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. Secara tidak langsung, murid akan
cenderung untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan
pembelajaran
seumur
hidup.
Secara
tidak
langsung
ia
dapat
memperkembangkan
pengetahuan, bakat, kepimpinan dan kreativiti dalam diri murid tersebut. Dalam masa sama
Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat
ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.Aktiviti pengayaan
berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Pengayaan diberi kepada murid
selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran
asas yang dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan
pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam
bidang tertentu.