Anda di halaman 1dari 8

TAJUK: Keruntuhan Nilai Moral Dalam Kalangan Remaja Hari Ini

Pengerusi : Assalamualaikum,selamat pagi dan salam 1 Malaysia saya


ucapkan kepada barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga
masa yang setia dengan masa,guru-guru serta para hadirin yang
dihormati sekalian. Pada pagi ini kami akan membincangkan sebuah tajuk
yang semakin penting untuk diberikan perhatian iaitu Keruntuhan Nilai
Moral Dalam Kalangan Remaja Hari Ini. Tetapi sebelum itu saya dengan
sukacitanya ingin memperkenalkan diri saya dan rakan-rakan yang akan
bersama-sama membincangkan isu ini sehingga ke akhir forum ni nanti,
kerana bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'.
Saya (NAMA,TINGKATAN dan KELAS), saya akan bertindak sebagai
pengerusi sepanjang forum ini. Panel kita yang pertama, (NAMA PANEL
PERTAMA dan KATA2 PUJIAN ATAU KENALAN), ketika ini saudari
(NAMA PANEL PERTAMA) berada di (KELAS), apa khabar saudari?
Seterusnya, panl kita yang kedua saudari (NAMA PANEL KEDUA) dan
panel kita yang ketiga, Saudari (NAMA,TING. dan KELAS). Sihat ya
saudari? Berbalik kepada topik ataupun isu perbincangan kita pada hari
ini mengenai keruntuhan nilai moral dalam kalangan remaja, saya ingin
bertanyakan pendapat daripada panel-panel kita mengenai keruntuhan
nilai moral dlm kalangan remaja di negara kita. Apa kata kita
mmpersilakan saudara (NAMA PANEL PERTAMA) dahulu mengenai isu
ini. Dipersilakan saudari
Panel 1 : Terima kasih saudari pengerusi, Assalamualaikum wbt, selamat
sejahtera serta salam 1 Malaysia. Pada pendapat saya, isu keruntuhan
nilai moral dalam kalangan remaja ini masih dalam tahap yang sedrhana
dan terkawal. Namun begitu, jika isu ini tidak diambil perhatian yang
serius, lama-kelamaan hal ini akan menjejaskan sesebuah organisasi atau
sesebuah negara. Oleh yang demikian, kita janganlah memandang isu ini
sebagai sesuatu perkara yang remeh temeh, sebaliknya perlu mengambil
langkah2 awal utk menangani masalah ini agar tdk trus brleluasa.
Pengerusi : Terima kasih saudari (panel pertama). Satu pandangan yang
sungguh jelas, baiklah panel kita yang seterusnya Saudari(nama panel)

tentu mempunyai pandangan lain mengenai isu kita hari ini, dipersilakan
Saudari.
Panel 2: Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikm w.b.k , salam
sejahtera dan salam 1 Malaysia.. Secara umumnya keruntuhan akhlak
merangkumi pelbagai perlakuan negatif remaja pada hari ini.
Sebagaimana yg kita tahu remaja merupakan aset sebuah negara pada
masa akan datang untuk menjadi pemimpin negara. Seharusnya
merekalah yang mendukung aspirasi negara kita seperti yang diwarwarkan oleh para pemimpin. Diantara keruntuhan akhlak yang dapat kita
lihat sendiri ialah samseng jalanan, seks bebas dan pembulian. Jika hal ini
berleluasa sewajarnya pemimpin pada masa ini sangat bimbang kepada
keadaan negara datag kerana bagaimana pmimpin akan datang
memimpin negara jika pemimpin itu sendiri tidak mempunyai nilai moral
yang tinggi. Bukankah ini akan membawa kepada kepada keruntuhan
sesebuah negara. Tuntasnya,semua pihak haruslah bekerjasama dan
mengambil langkah-langkah drastik untuk membendung masalah ini
Pengerusi : Terima kasih saudari(Nama panel) . Bagaimana pula dengan
saudari (nama panel ke3), pastinya saudari mempunyai pendapt yang
ingin diutarakan mengenai isu kita pada hari ini. Dipersilakan
Panel 3: Terima kasih saudari pengerusi majlis. Assalamualaikum dan
salam sejahtera smua. Kemerosotan nilai dalam kalangan remaja perlu
dilihat sebagai satu perkara yang amat penting. Kemerosotan nilai dalam
kalangan remaja perlu dilihat sebagai satu perkara yang amat penting.
Kita sering sahaja melihat dan mendengar laporan di media massa sama
ada media elektronik ataupun media cetak mengenai kes-kes gejala sosial
dalam kalangan remaja. Apa yang dapat diperhatikan ialah, kurangnya
peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak berkepentingan menyebabkan
statistik penglibatan remaja dalam kes gejala sosial, semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Senario ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa
rapuhnya jiwa remaja dan juga belia yang kita harapkan suatu hari nanti
dapat menggalas tanggungjawab menerajui negara, Setakat itu dari saya
saudari.

Pengerusi : Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada panel kta yang
sudi memberikan pandangan mereka. Secara peribadi,saya bersetuju
dengan pendapat panel kita mengenai isu keruntuhan nilai moral dalam
kalangan remaja merupakan prlakuan negatif yang boleh mencemarkan
budaya kita yang sarat dgn nilai ketimuran yang tinggi. Remaja
merupakan aset yang berharga untuk menerajui negara kita supaya
menjadi sebuah negara yang produktif dan maju pada tahun 2020 nanti.
Melihat kepada prospek ini, pastinya wujud pencetus utama kepada
berlakunya masalah keruntuhan nilai moral ini. Bak kata pepatah, jika
tidak kerana angin,masakan pokok bergoyang, Untuk kita meneroka
sebab atau punca perkara ini berlaku saya ingin mempersilakan
saudari(nama panel 3)
Panel 3: Sebentar tadi saudari ada mengatakan,sesuatu masalah itu
tidak akan berlaku tanpa factor-faktor yang menjadi penyababnya. Saya
secara peribadi berpendapat bahawa punca keruntuhan akhlak remaja
kta hari ini banyak disebabkan oleh individu itu sendiri. Remaja ialah
golongan yang berumur 18 tahun kebawah. Pada peringkat usia ini, sikap
ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru itu berada pada tahap yang
tinggi tanpa mereka dapat mempertimbangkan impak negatif di sebalik
sesuatu perbuatan itu. Nilai peribahasa ' beringat sebelum kena,jimat
sebelum habis' nampaknya tidak tersemat dalam diri mereka. Apa yang
lebih memburukkan keadaan ialah remaja sangat mudah untuk
dipengaruhi dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini disebabkan rakan
sebaya merupakan orang yang rapat dengan mereka, dpt membawa
mereka dan meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti bersama-sama.
Tegas saya mengatakan bahawa faktor individu dan pengaruh rakan
sebaya adalah faktor yang saling berkait rapat menyebabkan keruntuhan
akhlak dalam kalangan remaja berlaku seperti yang dapat dilihat pada
masa ini.
Pengerusi : Terima kasih(nama panel), memang benar ya apa yang telah
diperkatakan tadi. Saya sendiri sebagai remaja mengakui bahawa saya
memerlukan rakan-rakan di sekeliling saya baik untuk belajar mahupun
dalam proses sosialisasi, tetap dalam tajuk ini wajarkah kita menyalahkan
remaja semata-mata. Mungkin ada sebab-sebab yang lain saudari(panel
pertama)? silakan.

Panel 1: Terima kasih pengerusi. Saya ingin memfokuskan punca


masalah ini dari sudut institusi kekeluargaan. Baiklah kita sedia maklum
orang yang paling hampir dengan remaja sejak kecil lagi ialah ibu bapa.
Meraka memahami perasaan dan kehendak anak-anak mereka. Justeru
itu, disini saya mengatakan bahawa punca keruntuhan nilai-nilai moral
remaja disumbangkan oleh kurangnya asuhan,didikan dan bimbingan
oleh ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa seolah-olah gagal menjadi 'kawan'
dan 'sahabat' kepada anak-anak mereka. Selain itu, tekanan hidup, sikap
suka mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk
berkomunikasi,berbincang apa lagi berdamping antara satu sama lain.
Malah ada juga jarang bersua muka dgn ank-anak. Natijahnya, remaja
membawa cara hidup seandiri tanpa panduan dan pengawasan daripada
ibu bapa. Di samping itu, kita juga tidak menafikan punca-punca seperti
peerpisahan ibu bapa,pertengkaran yang kerap berlaku di rumah
menyebabkan rumah bukan lagi syurga bagi anak-anak, keadaan
sosioekonomi yang sring menghambat kehidupan terutamanya yang
tinggal di bandar-bandar dan suasana rumah tangga yg tidak harmonis
juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Panel 2: Maafkan saya saudari pengerusi, izinkan saya menambah
sedikit maklumat mengenai isu ini. Media massa pada hari ini
mendominasikan ruang litup kehidupan remaja dalam era langit terbuka
khasnya di negara kita, Media massa yang memaparkan aksi-aksi yang
kurang senonoh dn tidak baik dipertontonkan apatah lagi kepada
golongan remaja. Misalnya, adegan lucah,keganasan dan aksi melampau
yg kian menjadi ikutan dan trend remaja pada hari ini. Tidak hairanlah
remaja kita hari ini ada yang terlalu berani mencuba sesuatu perkara
baru. Corak pergaulan remaja misalnya sudah jauh dari nilai-nilai
ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang
mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur yang menghairahkan
yang boleh diperolehi secara mudah di pasaran sama ada dalam bentuk
bercetak,CD atau lain-lain. Media massa seperti rangkaian internet
sememangnya membantu kehidupan seharian kita namun ramai di
kalangan remaja menyalahgunakan rangkaian tersebut. Mereka lebih
cenderung kepada melayari laman sosial seperti facebook. Secara positif

facebook sememangnya jaringan yang boleh menambah kenalan kita dan


dapat juga brkongsi ilmu,namun facebook juga telah membawa kepada
keruntuhan nilai seperti komunikasi yang tidak baik,pertikaman maya dan
tersebarnya nilai-nilai negatif. Jika ini berlaku, dimanakah perginya nilai
murni amalan kita sdbgai warga Malaysia?
Pengerusi : Apa yang diterangkan sebentar tadi amat benar sekali.
Sabgai seorang Muslim cukup sinonim dengan sabda Rasulullah A.S yg yg
mengatakan bahawa setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah yang
suci dan bersih dan ibubapalah yang akan membentuk anak-anak mereka
sma ada mnjadi seorng yang berakhlak terpuji ataupun sebaliknya.
Sememangnya ,keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan remaja
akan menjejaskan dan memberikan impak yang buruk kpada setiap
lapisan organisasi yang hidup di dalam sesebuah negara. Dalam
mengatasi masalah ini, pastinya ada jalan untuk menahan gelombang
yang boleh meranapkan seluruh masyarakat ini jika terus dibiarkan.
Tentunya rakan-rakan mempunyai cadangan dalam hal ini ya. Agaknya,
saudari(Nama panel 3) sudah bersedia untuk memberikan cadangan
benteng yang boleh menyelamatkan para remaja kita. Dipersilakan.
Panel 3: Saya bersetuju dengan pendapat saudari. Setiap masalah ada
jalan penyelesaiannya. Walau bagaimanapun ,ini bergantung kepada
kesungguhan seseorang individu itu untuk menyelesaikan masalah, bak
kata pepatah org tua-tua,"kalau tak dipecahkan ruyung,masakan dapat
sagunya". Pihak berkepentingan yang memainkan peranan utama dalam
membendung masalah gejala sosial yang menjurus kepada keruntuhn
nilai moral remaja adalah tidak lain dan tidak bukan kalau bukan ibu
bapa. Ibu bapa perlu memberi didikan agama dan menerapkan nilai-nilai
murni sejak kecil lagi. Hal ini demkian kerana, anak-anak ibarat kain putih
yang bersih dan ibu bapalah yang bertanggung jawab untuk
mencorakkannya. Selain itu, ibu bapa juga perlu bersahabat dgn anak
mereka termasuklah mengenali dan mengetahui dengan siapa anak
mereka berkawan dlm usaha menegah penglibatan anak-anak mereka
dlm kes gejala sosial di samping meluangkan masa bersama anak-anak
bagi mengelakkan anak-anak rasa terabai sehingga menjurus kepada
keruntuhan akhlak.

Pengerusi: Teima kasih saudari. Wah! nampaknya isu ini semakin


menarik. Ibu bapa memang elemen yang penting dalam pembentukan
diri remaja, mereka guru pertama kita dan mereka jugalah idola kita.
Betul tidak kawan-kawan?
Panel 1,2 &3 : Betul tu pengerusi.
Pengerusi : Tetapi kawan-kawan itu kalau berada di rumah. Kalau kita
berada di sekolah pula bagaimana? Saya rasa saudari(nama panel 1) ada
idea?
Panel 1: Terima kasih pengerusi, memang betul pun idea ini tengah
datang ni. Rakan-rakan panel sekalian pernah dengar tak pepatah "
melentur buluh biarlah dari rebungnya"?
Panel 1,2&3: Ada. Kan dulu cikgu ada terangkan dikelas..
Panel 1: Apa yang saya mksdkan sini ialah remaja harus diajar nilai-nilai
murni sejak zaman kanak2 lagi. Sistem pendidikan negara dijadikan
sasaran utama kerana sistem ini adalah wahana yg terbaik bagi
menetapkan nilai-nilai akhlak yang baik. Pendidikan moral bagi yang
bukan beragama islam memberi pengaruh besar dalam mencorakkan
sikap dan akhlak remaja dan seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial
dlm kehidupan mereka. Manakala yang beragama islam, subjek
pendidikan islam harus diberi penekanan dari aspek-aspek yang utama
iaitu dari segi akhlak,akidah dan juga ibadah. Jika akhlak keislaman ini
dapat ditanam dalam sanubari setiap remaja nescaya masalah ini akan
dapat dibendung dgn mudah. Remaja juga akan mendapat pendidikan
yang sempurna. Selain itu, remaja perlu diberi penerangan mengenai
alam remaja,masalah dan kesulitan yang mereka hadapi sebelum
mencapai tahap dewasa. Usaha ini dapat dilakukan melalui subjek
pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan kerana pembentukan nilai jati diri
dapat dipupuk dalam kalangan remaja. Usaha ni dapat dilaksanakan
melalui ceramah dn majlis penerangan berkenaan masalah kehidupan
remaja serta kempen memupuk kesedaran sivik yang boleh dilaksanakn
di sekolah dan amalannya dalam kehidupan seharian remaja. Itu sahaja
daripada saya pengerusi.

Panel 2: Betul tu saudari, tapi saya ingin menambah sedikit ya. Saya
mencadangkan agar diwujudkan sistem perundangan sekolah. Peruntukan
undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut dlm
kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan
tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibubapa dalam pengawasan
disiplin. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti
polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara
berterusan. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak
pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbiran
hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah ini kepada
pihak polis. Namun langkah-langkah pencegahan lain yang bersesuaian
bolehlah diambil oleh pihak sekolah. Pendekatan kaunseling misalnya
sangat penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
Saya percaya dengan adanya kaunselor yang berkelayakan dan
berpengalaman yang dilantik di setiap sekolah dapat memantapkan
pelaksanaaan dan keberkesanan pendekatan ini. Dengan ini boleh
membantu pelajar mengenal pasti jati diri masing-masing.
Pengerusi : Terima kasih rakan-rakan panel kita pada hari ini. Sepanjang
forum ini kita telah membicarakan isu ini dari aspek sebab dan punca
keruntuhan moral ini berlaku. Memang kita tidak menafikan remaja itu
sendiri boleh menjadi punca dek kelalaian sendiri mengenal kaca dan
permata dalam pergaulan dan hilang pertimbangan dalam membuat
keputusan kerana manisnya keseronokkan dunia remaja di luar sana.
Namun atas nama remaja yang baru tumbuh dan mengenal dunia
janganlah kita bersikap 'lempar batu sembunyi tangan' ,ada kalanya
rumahku syugaku hanya impian dan angan2 remaja semata. Ibu bapa
lebih mementingkan diri dan perasaan mereka sahaja lantas alpa,
didepan, anak2 sedang membesar,ingin dibelai dan dilimpahi dengan
kasih sayang, ingin suluh panduan buat mengembara dlm dunia tanpa
sempadan,dan apa yang penting lagi menjadikan nilai agama dan nilai
moral sebagai tunjang kehidupan. Walau taufan dan gelombang melanda,
tunjang utuh terpacak dlm jiwa remaja tidak akan goyah.Begitulah hadirin
sekalian, semua pihak tidak kira masyarakat awam,pihak sekolah,ibubapa
apa lagi remaja itu sendiri perlu mengembleng tenaga melangkah

sederap bersama mempertahankan akhlak dan nilai moral yang telah kita
julang sejak sekian lama.
Sekian sahaja forum kita pada hari ini

Anda mungkin juga menyukai