Anda di halaman 1dari 3

Alat permainan di sini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya

dimainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi.

Wau
Teraju
tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga
dikenali sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung.
Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak
zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu.
Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat angin dan langit.
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak,
wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,
wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk permainan
ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.

Alat dan Bahan


ALAT
Pisau raut, parang dan gunting.

BAHAN
Buluh, kertas, benang, gam dan kertas
warna untuk corak.

Proses Membuat Wau


Proses
1. Proses memilih buluh
2. Meraut buluh

Penerangan
Buluh yang dipilih mestilah buluh jenis
yang kuat, liut dan ringan.
Meraut buluh adalah proses yang
memerlukan ketelitian. Bahagian kulit
buluh tidak dibuang semasa meraut.

3. Memberntuk rangka

4. Proses menampal kertas dan corak


padan rangka

Kemudian, bilah-bilah buluh dilayur pada


api sebelum dilentur.
Membentuk rangka memerlukan
kemahiran. Biasanya buluh betung
dijadikan tulang kerana ianya kuat. Pada
masa kini buluh perlu ditimbang untuk
imbangan yang betul. Untuk membuat
sayap dan ekor, gunakan buluh yang
mudah dilentur. Benang yang baik
digunakan untuk mengikat agar ianya
tahan.
Kertas ditampal pada rangka wau
mengikut saiz. Kertas adalah daripada
jenis yang ringan. Kertas warna digunakan
untuk membuat warna sebagai hiasan.
Corak untuk motif adalah berdasarkan
flora dan fauna.

Anda mungkin juga menyukai