Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN BATU

MINIT MESYUARAT DISIPLIN BIL 2/ (2016)


Tarikh

: 13 JULAI 2016 (RABU)

Masa

: 1.30 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat SK LELAKI JALAN BATU

Pengerusi

: En MOHAMAD RIZAL ASBULLAH (GPK HEM)

Kehadiran(Bilangan) : 6 Orang
i. En HENDRA SHAHRIL BIN HARUN(KGD)
ii. EN ROSLAN BIN OMAR
iii.PN WAN NOR DIYANA BINTI WAN IBRAHIM
iv. CIK SITI NOR BAIEN BINTI ABDUL LATIF
v. CIK HAZANARITA BINTI HASHIM

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan salam serta mengalualukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.2 Mesyuarat hari ini bertujuan untuk menambah baik tugas dan amanah kerana
disiplin pelajar merupakan satu perkara yang amat penting .Segalanya bermula
dengan disiplin. Mesyuarat pada hari ini adalah khusus untuk ditumpukan kepada
disiplin murid sepenuhnya.
1.3 Beliau menyatakan guru adalah rol model kepada murid. Justeru itu, sebelum
mendisiplinkan murid,guru seharusnya mendisiplinkan dahulu diri sendiri. Segala
tindakan guru menjadi contoh kepada murid.
Tindakan : Makluman semua ahli

PROGRAM PEMANTAPAN DISIPLIN

2.1 Pemantauan Murid Lewat


.
2.1.2 Guru bertugas harian bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap
murid yang datang lambat dengan melakukan kerja amal
Tindakan : Pengawas dan guru disiplin
2.2 Pemantauan Disiplin Semasa Pengajaran dan Pembelajaran
.
2.2.2 Guru dikehendaki mencatat sebarang salah laku disiplin murid di dalam
kelas berserta tindakan yang diambil.
Tindakan : Guru disiplin dan semua guru

2.3 Sesi Kaunseling Murid Bermasalah


2.3.1 En Mohamad Rizal meminta kepada guru-guru agar mengenal pasti
mana-mana murid yang melakukan kesalahan disiplin berulang kali
supaya dihantar ke Unit Bimbingan dan kaunseling.
2.3.2 Surat pemberitahuan kepada ibu bapa / penjaga juga perlu diberikan.
Tindakan : Guru disiplin dan guru kaunseling
2.4 Pemantauan Kes Ponteng Sekolah
2.4.1 Guru yang bertanggungjawab membuat analisis kehadiran bulanan
sekolah hendaklah mengenal pasti murid ponteng.
2.4.2
Tindakan nasihat, amaran, kaunseling dan pemberitahuan ibu bapa /
penjaga perlu diambil terhadap murid yang kerap kali ponteng sekolah,
atau ponteng berturut.
Tindakan : Guru Disiplin
3 SSDM
3.1 Rekod disiplin murid perlu dimasukkan ke laman web SSDM online . Analisis disiplin
tersebut perlu disemak setiap bulan.
Tindakan : Guru Disiplin
4 PENGHANTARAN REKOD KEHADIRAN MURID
4.1 Guru-guru kelas ataupun guru mata pelajaran waktu pertama perlulah menghantar
rekod kehadiran kelas setiap hari sebelum 8.30 pagi
4.2 Rekod kehadiran perlu dimasukkan ke web APDM setiap hari selewat-lewatnya 8.30
pagi.
Tindakan : Guru kelas dan guru mata pelajaran pertama
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

(HENDRA SHAHRIL BIN HARUN)

Disemak oleh,