Anda di halaman 1dari 3

SET LATIHAN BERFOKUS UPSR 2016

SOALAN MURID GALUS


BAHASA MALAYSIA - PENULISAN
Masa : 1 jam 15 minit
Nama :_________________

Kelas :______
BAHAGIAN A
(10 markah)
(Masa yang dicadangkan: 15 minit)

Gambar di bawah menunjukkan kegunaan pokok kelapa.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang kegunaan pokok kelapa berdasarkan gambar.

BAHAGIAN B
(15 markah)
(Masa yang dicadangkan: 25 minit)
Baca petikan di bawah.
Tulis ulasan tentang cara-cara menghormati keluarga dalam bentuk perenggan.
Panjangnya ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Ahli keluarga merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Ahli keluarga terdiri daripada
ayah, ibu, abang, kakak dan adik. Kita perlulah menghormati ahli keluarga kita.
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada
keluarga. Antaranya, kita perlulah bersopan ketika bercakap dengan ahli keluarga kita. Ketika
bercakap dengan ibu bapa, anak-anak perlulah menjaga pertuturan mereka. Bercakaplah dengan
nada suara yang lembut. Jangan sesekali menggunakan bahasa kasar ketika bercakap dengan
ahli keluarga. Contohnya, seorang adik tidak boleh berkasar ketika bercakap dengan abang atau
kakaknya dan begitulah sebaliknya.
Selain itu, menolong ahli keluarga juga merupakan cara kita menghormati mereka. Kita
perlulah mengamalkan sikap bantu-membantu sesama ahli keluarga. Sebagai anak, kita perlulah
membantu ibu bapa dalam melakukan kerja rumah.

Contohnya, membantu ibu mengemas

rumah, mencuci pinggan mangkuk atau membasuh pakaian. Malahan, bantuan perlu diberikan
kepada sesama ahli keluarga kita.
Di samping itu, belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya juga merupakan cara kita
menghormati keluarga. Apabila kita berjaya mencapai kejayaan, ibu bapa pastinya gembira dan
keluarga kita pasti akan disegani. Elakkan daripada melakukan perkara-perkara negatif supaya
nama keluarga kita tidak tercemar.
Akhir sekali, berusahalah menjadi anak yang baik dalam keluarga. Sebagai ahli keluarga,
kita perlulah mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ahli keluarga kita. Sebagai anak, kita
haruslah mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Begitu juga sebagai kakak atau abang, perlulah
mendoakan kesejahteraan adik-adik kita.
Bagi melahirkan keluarga yang bahagia, kita perlulah menghormati ahli keluarga kita.

Bahagian C
[ 25 markah ]
[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.
Soalan 1

Gambar di atas menunjukkan perhimpunan pagi yang telah diadakan di sebuah sekolah.
Berdasarkan gambar, ceritakan aktiviti perhimpunan pagi yang telah diadakan di sekolah kamu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

ATAU

Soalan 2
Hari minggu merupakan hari kamu dapat melakukan pelbagai aktiviti memandangkan kamu
tidak bersekolah pada hari tersebut.. Tuliskan catatan kamu pada suatu hari minggu.
Tulis catatan kamu itu selengkapnya.

Anda mungkin juga menyukai