Anda di halaman 1dari 3

HARI KEDUA

SLOT SOLAT
KELEBIHAN:
1. Perpindahan tempat bersolat dari Masjid ke Dewan KH telah banyak menjimatkan
masa dan memudahkan pengurusan.
KELEMAHAN:
1. Pergerakan kadet KRS yang melengah-lengahkan masa menyebabkan slot ini tidak
dapat dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.
2. Banyak kadet KRS yang tidak membawa kain telekung telah melambatkan
prosesnya.

SLOT SENAMANROBIK
KELEBIHAN:
1.
2.
3.
4.
5.

Aksi pergerakan dengan kelajuan muzik yang selaras dengan keupayaan kadet.
Pergerakan yang bervariasi menyeronokkan kadet.
Berjaya menceriakan dan meningkatkan semangat kadet.
Lagu yang lebih menarik perlu disediakan.
Permainan Helang dapat melibatkan semua pegawai dan peserta.

KELEMAHAN:
1. Aktiviti tidak dijalankan tepat pada masa yang ditetapkan.

SLOT SARAPAN PAGI


KELEBIHAN:
1. Sarapan disediakan tepat pada masa.
2. Pengagihan makanan secara bersistematik dan pantas.
KELEMAHAN:
1. Makanan yang terlalu pedas menyebabkan kadet-kadet KRS tiada selera untuk
makan.
2. Minuman yang tidak sesuai iaitu air oren sepatutnya digantikan dengan minuman
bersusu untuk mengelakkan masalah kesakitan perut.
PERHIMPUNAN PAGI & NAIKKAN BENDERA

KELEBIHAN:
1. Diuruskan dengan perancangan yang sistematik dan arahan yang jelas telah
diberikan.
KELEMAHAN:
1. Kadet-kadet KRS tidak menepati masa berhimpun.
2. Ketua kumpulan tidak peka terhadap bilangan dan keadaan kadet-kadet dalam
kumpulan masing-masing kerana langsung tidak perasan terdapat kadet yang tidak
menghadirkan diri semasa perhimpunan atas sebab masalah kesihatan yang
dialami.

SLOT LATIHAN KAWAD KAKI


KELEBIHAN:
1. Latihan yang dijalankan dapat memberi gambaran yang mendalam kepada kadet.
KELEMAHAN:
1. Kekurangan komunikasi antara jurulatih kerana maklumat dan info yang terkini tidak
diberi dengan jelas untuk semua jurulatih.
2. Tidak memberi briefing sebelum belajar.
3. Keselamata kadet tidak dijaga.

SLOT MASAKAN RIMBA


KELEBIHAN:
1. Kegiatan yang dijalankan menggembirakan semua guru.
2. Kerjasama sangat bagus.
3. Cara menghidupkan api sesuai.
KELEMAHAN:
1. Tidak mendirikan tempat merawat di tapak masakan rimba.

SLOT MAKANAN TENGAH HARI


KELEBIHAN:
1. Kualiti makanan menjadi baik berbanding dengan makanan sebelum ini.
2. Nasi menjadi lembut, sayur juga disediakan untuk ahli tunas kadet remaja sekolah.

SLOT IKATAN TALI DAN GADJET


KELEBIHAN:
-

TIADA -

KELEMAHAN:
1. Masa yang ditetapkan tidak cukup untuk ahli TKRS untuk belajar cara ikatan.
2. Ahli TKRS bukan sahaja tidak cukup masa untuk membuat gajet malahan juga
mereka tidak mahir dalam ikatan.
SLOT MALAM KEBUDAYAAN
KELEBIHAN:
1. Objektif tercapai.
KELEMAHAN:
1. Sesetengah kumpulan tidak memberi kerjasama dan tidak bincang dengan
persembahan yang perlu dijalankan.