Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PROJEK KECERIAAN BILIK DARJAH

1.RASIONAL:
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat
dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai
kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di
dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah
seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk
mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai
diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam
keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.
Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan
pertandingan yang sihat diantara pelajar tentunya akan menghasilkan
kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
2.MATLAMAT:
Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria serta
lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Disamping itu juga pertandingan
bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di
antara pelajar di dalam sesebuah kelas.
3.OBJEKTIF:
1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria
2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu dimana setiap bilik darjah
dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing.
3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama diantara pelajar di dalam kelas
4. Membina semangat persaingan yang sihat diantara kelas-kelas
5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah
mengenai pengurusan dan kepimpinan.
6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat .
4. AHLI JAWATAN KUASA
PENASIHAT:

En Muhammad Azhar b. Muhamad Ishak


Pengetua SMK Sungai Lembing

PENGARAH PROGRAM: Pn. Wan Zalila bt Wan Md. Nor


Penyelaras PPKIBP SMK Sungai Lembing
SETIAUSAHA: Pn. Nor Suliha bt Yacob (guru PKI)
BENDAHARI: En. Hazizi b. Hassan (guru PKI)
AJK: Pn. Arlinawati bt Ab. Wahab (PPM)

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
Peralatan dan bahan
Cat pelaka
Berus
Makanan

Jumlah unit

Anggaran perbelanjaan