Anda di halaman 1dari 2

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua;


Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang dihormati Pegawai SISC Matematik, Puan Esah binti Tompang, Yang Berbahagia
Guru besar Sjkt Ladang Bekoh, Encik K.thanakodi, Penolong-penolong Kanan, barisan
guru kanan mata pelajaran dan seterusnya guru-guru yang dikasihi sekalian.

Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah, Pegawai SISC
Matematik, Puan Esah binti Tompang ke sekolah ini. Terima kasih tuan atas kesediaan
memenuhi undangan pihak sekolah dan selamat berkenalan.

Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita membaca doa yang akan dibacakan
oleh .................................................. Dipersilakan.

Terima kasih ...................................................................... kerana bacaan doa itu tadi.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


seperti yang kita semua sedia maklum, majlis kita pada pagi ini adalah bertujuan untuk
mengenali cara merangsangkan pemikiran dalam penulisan menggunakan peta
pemikiran.

Seterusnya, marilah kita mendengar pula amanat yang akan disampaikan oleh
ayahanda Tuan Guru Besar yang dikasihi. Majlis dengan segala hormatnya menjemput
En. K.thanakodii, Guru Besar SJKT ladang Bekoh untuk memberikan ucapan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan yang cukup ringkas
& padat sebentar tadi.

Tuan pengetua, dan guru-guru yang dihormati, untuk bengkel pada petang ini, saya
mempersilakan Puan Esah binti Tompang untuk menyampaikan taklimat tentang
Rangsangan pemikiran dalam penulisan menggunakan peta pemikiran. Dipersilakan.

Terima kasih Puan Esah binti Tompang atas penerangan itu tadi.

Dengan rasa sukacitanya saya mempersilakan uru besar Sjkt Ladang Bekoh, Encik
K.thanakodi untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada Tuan Pengetua.
Dijemput Puan Esah binti Tompang untuk menerima tanda kenang-kenangan.

Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap
kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah.

Guru hebat guru cemerlang


Selesai bengkel mari kita pulang.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya. Saya selaku wakil urus setia memohon beriburibu kemaafan jika ada tersilap kata sepanjang mengendalikan majlis ini. Sekian, terima
kasih.

Hadirin sekalian, sebelum pulang ke rumah majlis dipersilakan ke kantin untuk


menikmati jamuan yang disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai