Anda di halaman 1dari 28

960929016086

1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum seperti kaum


Melayu, Cina dan India dan lain-lain. Amalan kelahiran merupakan salah satu
perkara yang dilakukan sejak turun temurun hingga ke hari ini . Sesebuah
masyarakat menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka
sebagai menyempurnakan suatu peraturan .
Adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan
India terdapat persamaan dan perbezaan. Masyarakat Melayu mengamalkan
adat berpantang selama 40 hari dan adat ini persis adat masyarakat Cina. Bagi
masyarakat India, mereka berpantang hanya selama 30 hari sahaja.

Ini

menunjukkan perbezaan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi ketigatiga kaum tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua mengatakan adat resam atau adat
istiadat yang diterima pakai oleh sesebuah bangsa merupakan cetusan peraturan
dan pandangan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu hukum yang
dilakukan oleh masyarakat tersebut. Peraturan ini menjadi amalan dan
kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semula jadi di mana lama kelamaan
telahmenjadi suatu kemestianyang diikuti secara turun temurun bagi
mengekalkan tradisi sesuatu kaum tersebut. Setiap masyarakat yang
mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Namun ,
apa jua penafsiran dan perbezaan adat dalam sesebuah masyarakat itu ,
bertujuan adalah serupa iaitu untuk membentuk suatu masyarakat yang maju ,
dinamik dan progresif.
Dalam kajian kursus ini , isu yang yang dikaji ialah adat resam dan
pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India. Menurut kamus Dewan
Edisi Yang Ketiga pantang larang bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi
dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya
meninggal dunia . Menurut Kamus Dewan Edisi Yang Keempat kelahiran
bermaksud lahirnya seseorang insan ke dunia untuk menjalani kehidupan harian.
Berdasarkan definisi-definisi perkataan tersebut, adat resam dan pantang larang
1

960929016086

menyambut bayi diwarisi setiap kaum bagi mengekalkan ciri-ciri tradisi sesuatu
kaum tersebut .
Tajuk yang dikaji ialah perbandingan adat resam dan pantang larang
kelahiran antara kaum melayu, cina dan india di Jalan Hang Kasturi , Taman
Skudai Baru , Johor Bahru, Malaysia .
Kelahiran bayi merupakan suatu perkara yang amat bermakna bagi
sesebuah keluarga . Setiap kaum terdapat pelbagai yang perlu dilakukan semasa
dan selepas melahirkan seorang bayi. Semua perlakuan dilakuakn ada maksud
tersirat dan memberi manfaat kepda ibu dan bayi yang dilahirkan .
Salah satu rasional kajian adat resam dan pantang larang kelahiran antara
kaum melayu, cina dan india adalah semakin ramai masyarakat tidak
mempraktikan adat resam dan pantang larang pada masa kini.
Kesimpulannya, kajian ini dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketelitian
dari masyarakat melayu, cina dan india di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai
Baru, Johor Bharu . Tujuan soal selidik diberikan kepada penduduk tempatan
adalah untuk mengetahui kebaikan amalan menyambut kelahiran bagi kaum
Melayu, Cina dan India .

960929016086

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah untuk :
2.1 Mengenalpasti amalan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum
Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor
Bahru .
2.2 Mengkaji kebaikan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu,
Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bharu .

960929016086

3.0 LOKASI KAJIAN.


3.1 Negeri Johor

Peta 1 : Negeri Johor


Sumber: Google Map, 2015
Peta di atas menunjukkan peta Negeri Johor. Negeri Johor mempunyai keluasan
18,986.88 kilometer persegi. Ia terletak paling selatan di Semenanjung Malaysia
dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara dan
dipisahkan dengan Singapura di selatan oleh Selat Johor Teberau. Johor Bahru
merupakan ibu negeri dan bandar Diraja. Negeri Johor mempunyai 26 kawasan
Parlimen, 56 kawasan Dewan Undangan Negeri dan lapan daerah iaitu Segamat,
Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang, Mersing, Batu Pahat dan Muar.
Anak bulan dan bintang tanda Raja yang berdaulat. Warna merah bermakna hulu
balang yang mempertahankan negeri. Warna biru tua melambangkan kerajaan
negeri. Unjuran penduduknya pada tahun 2009 adalah seramai 3,385,200 orang.
Johor menawarkan destinasi pelancongan menarik termasukalah persisiran
pantai yang luas dan sekurang-kurangnya 50 buah pulau yang terkenal ialah
Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Besar dan Pulau Pemanggil.
3.2 Johor Bahru

960929016086

Peta 2 : Johor Bahru


Sumber : Google Map, 2015
Peta di atas menunjukkan peta ibu negeri Johor iaitu Johor Bahru.

Bilangan

penduduk di Johor Bahru ialah 3.49 juta orang penduduk daripada statistik penduduk
Johor Bahru. Johor Bahru terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor
Bahru ( MPJB). Johor Bahru terkenal dengan kegiatan ekonomi seperti dalam sektor
pelabuhan dan sektor pelancongan. Dalam sektor pelabuhan yang terkenal di Johor
Bharu ialah di Pelabuhan Tanjung Pelepas ( PTP).

Selain itu, dalam sektor

pelanconngan pula, Di Johor Bahru terkenal dengan Legoland Malaysia. Ia menjadi


tarikan pelacongan kerana Legoland Malaysia adalah yang pertama di asia. Legoland
Malaysia terletak di Nusajaya, Kota Iskandar. Di Johor Bahru Terdapat kemudahan
seperti terdapatnya kereta api di Johor bahru Centre. Disamping itu, kemudahan yang
terdapat di Johor Bahru seperti terdapat kawasan membeli belah, kawasan
pelancongan dan sebagainya.

960929016086

3.3 Skudai, Johor

Peta 3 : Kawasan Skudai


Sumber : Google Map, 2015
Peta 3 di atas menunjukkan peta daerah Skudai. Daerah Skudai terletak di
pinggir bandar Johor Bahru. Daerah ini di tadbir sepenuhnya oleh Majlis
Perbandaran Johor Bharu Tengah (MPJBT). Ia terletak 16 kilometer dari Johor
Bahru. Pada tahun 2010 jumlah penduduk diambil kira sebanyak 6,947 orang
penduduk. Terdapat pelbagai kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina, India
dan sebagainya yang tinggal di Skudai. Terdapay juga pelbagai kemudahan
awam yang ada di Daerah Skudai seperti perhentian bas di Taman Universiti.

3.4 Taman Skudai Baru

960929016086

Peta 4 : Jalan Hang Kasturi


Sumber : Google Map, 2015
Peta 4 menunjukkan kawasan kajian ini dijalankan iaitu di Jalan Hang
Kasturi. Jarak antara kawasan kajian dengan bandaraya Johor Bahru
ialah 12.49 batu. Kawasan kajian ditakbir oleh Majlis Perbandaran Johor
Bahru Tengah (MPJBT).

Terdapat kemudahan awam yang ada di

kawasan tersebut seperti Surau Al-Muhamadi, SK Taman Skudai Baru 2


dan sebagainya. Di Jalan Hang Kasturi penduduknya terdiri daripada
Kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

4.0 METODOLOGI
Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, Metodologi juga bermaksud ilmu tentang
metode atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk
mencapai tujuan tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan membincangkan reka
7

960929016086

bentuk kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrumen kajian dan prosedur
analisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan
lebih awal.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka
rujuk

mengenai

perkara-perkara

yang

berkaitan

dengan

persampelan,

pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah untuk membuat perbandingan
amalan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan
India serta mengenalpasti kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang
larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman
Skudai Baru, Johor Bahru .

Kaedah

Instrument Kajian

Kuantitatif

Borang soal selidik

Instrumen Kajian
Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep
yang berkaitan sikap, persepsi, pandangan, dan keterangan latar belakang.
Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
dengan menggunakan borang soal selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah
rujukan.

Cara Mendapat Responden


Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari Jalan Hang
Kasturi, Taman Skudai Baru.

Jumlah keseluruhan responden adalah terdiri

daripada 10 orang kaum Melayu, 10 orang kaum Cina dan 10 orang kaum India
yang menetap di kawasan Jalan Hang Kasturi, Skudai. Responden terbatas
kepada penduduk yang tinggal di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru dan
mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi
teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan
teknik persampelan bertujuan. Dengan menggunakan prosedur persampelan ini,
8

960929016086

penduduk wanita daripada kaum Melayu, Cina dan India yang mengamalkan
amalan adat resam dan pantang larang kelahiran berumur melebihi 21 tahun di
Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru dipilih sebagai responden. Sampel
kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set soal selidik diberikan kepada
mereka secara terpilih untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam aspek
kuantitatif pula, kaedah rujukan telah dilakukan dengan menggunakanpelbagai
bahan ilmiah.
Cara Mendapatkan Maklumat/Data daripada responden
Borang soal selidik telah disediakan untuk mendapat dan mengumpul maklumat
yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara
bertujuan kepada responden di kawasan kajian.

Borang soal selidik terdiri

daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.


Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden. Bahagian B adalah
perbandingan amalan adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu,
Cina dan India. Bahagian C adalah penyataan tentang kebaikan mengamalkan
adat resam dan pantang larang kelahiran kaum Melayu, Cina dan India di Jalan
Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor.

Kajian ini menggunakan skala

pemarkahan likert tiga mata yang mengandungi tiga aras, iaitu 1= Tidak setuju,
2= Tidak Pasti dan 3 = Ya

Jadual 4.1 : Skala likert 3 aras digunakan


Tidak setuju
Tidak pasti
Setuju

1
2
3

Selain itu, kaedah yang digunakan adalah kaedah rujukan.

Sumber yang

digunakan bagi kaedah rujukan ini ialah surat khabar, majalah, internet dan
Kamus Dewan Edisi ke-4 daripada perpustakaan SMK Mutiara Rini. Kaedah
ini digunakan sebagai sokongan hasil kerja.
Memproses dan Mempersembahkan Data

960929016086

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk


skala likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala likert dikategorikan
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Pengekelasan Skala Likert
Kategori

Tidak Setuju
1

Tidak Pasti
2

Setuju
3

Selain itu, aspek penganalisisan data dan pengiraan manual akan diguna pakai. Hal ini
demikian kerana kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk
dianalisiskan. Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik
iaitu jadual, Graf Bar dan carta pai.
Rumusan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan
kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, tatacara kajian akan diikut dengan
ketat bagi menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian diambil daripada data yang telah dianalisis. Microsoft Excel 2010
merupakan perisian yang telah digunakan untuk menganalisis data yang telah
diperolehi berdasarkan skala likert.. Hasil kajian ini diperolehi daripada dua sumber
iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer ialah data yang diambil
melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada 30 orang
responden terpilih yang tinggal di kawasan kajian iaitu di Jalan Hang Kasturi, Taman
Skudai Baru, Johor. Disamping itu, sumber sekunder juga digunakan bagi
mendapatkan maklumat untuk dapatan kajian iaitu melalui pengkajian bahan ilmiah
seperti buku rujukan dan maklumat daripada laman internet.

10

960929016086

5.1 Demografi Responden


Untuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 30 orang wanita yang terdiri
daripada penduduk tempatan. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek kaum, umur dan latar belakang pendidikan.
5.1.1 Kaum

Kaum

India; 33%

Melayu; 33%

Cina; 33%

Rajah 1: Kaum responden


Sumber: Kerja lapangan, 2015
Berdasarkan rajah 1 yang berikut, responden terdiri daripada 10 orang kaum
Melayu, 10 orang kaum Cina dan 10 orang kaum India.

Masing-masing

melebihi 33.33% hal ini dilakukan sedemikian adalah bertujuan untuk


memastikan data atau dapatan kajian yang dilakukan hanya bukan memihak
kepada sesuatu bangsa saja. Pemilihan responden yang seimbang dari segi
kaum ini adalah wajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus.
5.1.2 Umur

11

960929016086

9
8
7
6
Orang

5
4
3
2
1
0
20-29

30-39

40-49

50-59

Umur

Rajah 2: Umur responden


Sumber: Responden Kajian Lapangan, 2015
Berdasarkan hasil kajian daripada 30 orang responden yang disoal selidik,
seramai 9 orang ( 30 % ) adalah terdiri daripada responden yang berumur antara
20 hingga 29 tahun. Manakala responden yang berumur 30 hingga 39 adalah
seramai 8 orang ( 26.67 % ). Diikuti dengan responden berumur 40 hingga 49
tahun yang sama jumlahnya dengan responden yang berumur 30 hingga 39.
Seterusnya responden berumur 50 tahun keatas seramai 5 orang iaitu ( 16.67 %).
Responden yang berbeza usia ini adalah responden yang mempunyai pandangan
dan cara yang berbeza-beza dalam mengamalkan adar resam dan pantang larang
kelahiran.
5.1.3 Latar Belakang Responden
TARAF PENDIDIKAN

NILAI

PERATUS

PMR
SPM
STPM
Diploma
IJAZAH

1
11
8
4
6

3.33%
36.67%
26.67%
13.33%
20%

Jadual 1 : Latar belakang pendidikan responden

12

960929016086

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN RESPONDEN


11

PMR
SPM

STPM
6

Diploma
IJAZAH

4
1

Rajah 3: Latar belakang pendidikan responden


Sumber: Responden Kajian Lapangan, 2015.
Hampir keseluruhan responden yang disoal selidik mempunyai latar belakang
pendidikan daripada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga
peringkat pengajian tinggi. Sijil Pelajaran Malaysia (STPM) Seramai 8 orang
yang mewakili 26.67 peratus daripada keseluruhan responden kelulusan STPM.
Sebahagian kecil responden mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu
Penilaian Menengah Responden (PMR) iaitu seramai 1 orang sahaja dan hanya
3.33 peratus keseluruhannya. Manakala bilangan responden yang mempunyai
tahap pendidikan tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda ialah seramai 6 orang atau 20
peratus sahaja.

Berdasarkan analisis data, responden yang mempunyai

kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia ialah seramai 11 orang iaitu hampir separuh
daripada jumlah responden yang mewakili 36.67 peratus.

Selain itu, latar

belakang pendidikan responden yang mempunyai Diploma seramai 4 orang atau


13.33 peratus.

Aspek pendidikan turut memainkan peranan penting dalam

penyelidikan ini untuk mengkaji sejauh mana taraf pendidikan responden

13

960929016086

mempengaruhi tahap pengetahuan tentang adat resam dan pantang larang


kelahiran dengan lebih jelas.

5.2 ANALISIS TENTANG ADAT RESAM DAN PANTANG

LARANG

KELAHIRAN BAGI KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN HANG


KASTURI , TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.

14

960929016086

Kerja lapangan telah dilakukan iaitu melalui borang soal selidik yang diedarkan
kepada 30 orang responden terpilih.

Responden tersebut terdiri daripada

penduduk Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru. Hal ini
demikian untuk mendapatkan maklum balas penduduk yang lebih tepat
mengenai amalan adat resam dan pantang larang kelahiran yang seiring dengan
objektif pertama iaitu perbandingan adat resam dan pantang larang kelahiran
kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor
Bahru.

PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN


100%
90%
80%
70%
60%
Bilangan 50%
40%
30%
20%
10%
0%

Soalan 1 Soalan 2 soalan 3 soalan 4

RAJAH 4 : PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG


KELAHIRAN DI JALAN HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR
BAHRU.
SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015

Kelahiran bermaksud lahirnya seseorang insan ke dunia untuk menjalani


kehidupan harian. Berdasarkan definisi-definisi perkataan tersebut, adat resam dan
pantang larang menyambut bayi diwarisi setiap kaum bagi mengekalkan ciri-ciri
tradisi sesuatu kaum tersebut .
Berdasarkan rajah 4 yang berikut, perbandingan amalan adat resam dan pantang
larang kelahiran dibahagi kepada beberapa soalan. Soalan 1 yang dikemukan ialah
15

960929016086

amalan berpantang selama 40 hari. Melalui penelitian terhadap maklum balas yang
diberikan oleh responden mengenai pengamalan adat resam dan pantang larang
kelahiran, segelintir responden bersetuju mengamalkan adat berpantang selama 40
hari iatu seramai 15 orang dengan peratusan sebanyak 50%. Antara responden yang
menanda setuju adalah 7 orang responden bagi kaum Melayu, 4 orang bagi kaum
Cina dan 3 orang daripada kaum India.

Manakala seramai 11 orang responden

mengatakan tidak pasti tentang pengamalan adat berpantang selama 40 hari dengan
peratusan sebanyak 36.67%. Responden tersebut adalah seramai 2 orang daripada
kaum Melayu, 5 orang daripada kaum Cna dan 4 orang daripada kaum India.
Pengamalan adat berpantang bagi kaum India tidak sama berbanding kaum Melayu
dan Cina. Adat berpantang bagi kaum India dilakukan selama 30 hari. Hanya 4 orang
responden sahaja atau lebih tepat sebanyak 13.33% mengatakan bahawa mereka tidak
setuju tentang adat berpantang selama 40 hari. Responden tersebut seramai seorang
daripada kaum Melayu, seorang daripada kaum Cina dan 2 orang daripada kaum
India.
Bagi soalan 2 pula ialah amalan bertangas dapat mengecut rahim. Berdasarkan
data yang dianalisis menunjukkan 5 orang sahaja yang mengamalkan amalan
bertangas dengan peratusan sebanyak 16.67 peratus. Mereka terdri daripada 4 orang
kaum Melayu dan seorang daripada kaum Cina. Manakala segelintir responden yang
seramai 9 orang dengan peratusan sebanyak 30 peratus mengatakan tidak pasti
tentang amalan bertangas dapat mengecut rahim kerana kebanyakan yang mengatakan
tidak pasti adalah seramai 2 orang daripada kaum Melayu, 2 orang daripada kaum
Cina dan 5 orang daripada kaum India. Hal ini disebabkan mereka tidak pernah
mengamalkan adat resam ini. Selain itu, majoriti responden iaitu seramai 16 orang
dengan peratusan sebanyak 53.33 peratus mengatakan tidak setuju tentang amalan
adat bertangas. Mereka terdiri daripada 4 orang kaum Melayu, 7 orang kaum Cina
dan 5 orang daripada kaum India.
Seterusnya, soalan 3 pula ialah tentang amalan melilit perut bayi untuk
menghindari perut daripada kembung. Seramai 18 orang bersetuju bahawa amalan
melilit perut bayi menghindari perut kembung dengan peratusan sebanyak 60%.
Responden yang bersetuju adalah terdiri daripada 9 orang kaum Melayu, 5 orang
kaum Cina dan 4 orang kaum India. Diikuti dengan responden yang mengatakan
tidak pasti tentang amalan ini sama jumlahnya dengan responden yang mengatakan
16

960929016086

tidak setuju tentang amalan tersebut yang sebanyak 6 orang dengan peratusan
sebanyak 20%. Responden terdiri daripada 3 orang kaum Cina dan 3 orang kaum
India. Hal ini disebabkan segelintir responden yang mengatakan tidak pasti tentang
amalan tersebut kerana faktor latar belakang yang berbeza. Selain itu, responden
yang mengatakan tidak setuju adalah 3 orang daripada kaum India dan 3 orang kaum
Cina.
Indikator seterusnya yang digunakan untuk perbandingan adat resam dan pantang
larang kelahiran bagi soalan 4 ialah amalan melenggang perut dapat menentukan
jantina bayi. Berdasarkan analisis menunjukan tiada responden yang mengatakan
setuju tentang pengamalan adat melenggang perut dapat menentukan jantina bayi.
Hal ini demikian kerana bagi kaum Melayu adat sebegini adalah salah disisi agama
dan tidak menepati syarak dan undang-undang islam. Perkara ini disokong oleh iaitu
Prof Zainab ismail, 2009. Selain itu, majoriti responden mengatakan tidak setuju iaitu
seramai 20 orang dengan peratusan sebanyak 66.67%. Responden tersebut terdiri
seramai 7 orang daripada kaum Melayu, 8 rang daripda kaum Cina dan 4 orang
daripada kaum India. Seramai 10 orang responden yang mengatakan tidak pasti
dengan peratusan sebanyak 33.33% iaitu seramai 2 orang kaum Melayu, 2 orang
kaum Cina dan 6 orang kaum India. Hal ini demikian kerana hanya kaum India
sahaja yang lebih tua sahaja yang masih mengamalkan adat melenggang perut.
PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN
100%
90%
80%
70%
60%
Bilangan orang 50%
40%
30%
20%
10%
0%

Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8

17

960929016086

RAJAH 5 : PERBANDINGAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG


KELAHIRAN DI JALAN HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR
BAHRU.
SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015
Soalan 5 pula ialah amalan mandi minyak dapat menguatkan tulang bayi. Seramai
9 orang responden mengatakan setuju tentang amalan tersebut. Hal ini demikian
kerana amalan ini hanya dilakukan oleh kaum India sahaja dengan peratusan
sebanyak 30 peratus. Seramai 3 orang responden yang terdiri daripada 2 orang kaum
Cina dan seorang daripada kaum Melayu mengatakan tidak pasti tentang amalan
mandi minyak dapat menguatkan tulang bayi dengan peratusan sebanyak 10%.
Majoriti responden mengatakan tidak setuju iaitu seramai 18 orang iatu terdiri
daripada 9 orang kaum Melayu, 8 orang kaum Cina dan seorang kaum India dengan
peratusan sebanyak 60%. Kebanyakkan responden adalah daripada kaum Melayu dan
Cina yang tidak mengamalkan adat resam mandi minyak.
Soalan 6 pula ialah amalan pottu untuk menghindar bayi dari unsur-unsur jahat.
Terdapat seramai 10 orang responden yang terdiri daripada kaum India bersetuju
tentang amalan ini iaitu mewakili 33.33%. Seramai 3 orang responden mengatakan
tidak pasti tentang amalan ini dapat menghindar bayi dari unsur-unsur jahat dengan
peratusan sebanyak 10%. Terdapat 18 orang responden yang terdiri daripada 7 orang
kaum Melayu, 9 orang kaum Cina dan seorang kaum India mengatakan bahawa tidak
bersetuju tentang amalan ini yang mewakili 60%.
Selanjutnya, bagi penyataan mengenai soalan 7 iaitu amalan belah mulut
dilakukan selepas bayi berusia 7 hari. Terdapat 2 orang responden iaitu daripada
kaum India yang bersetuju tentang amalan ini dengan peratusan sebanyak 6.67%.
Menurut Nurul Nadiah Abdul Ghani, 2010 menyatakan amalan ini adalah daripada
pengaruh hindu dan dilakukan oleh kaum India. Seramai 13 orang mengatakan tidak
pasti iaitu terdiri daripada 4 orang kaum Melayu, 3 orang kaum Cina dan 6 orang
kaum India mewakili 43.33%. Hal ini kerana amalan ini jarang dilakukan dengan
peredaran zaman yang moden. Disamping itu, terdapat seramai 15 orang responden
mengatakan tidak setuju iaitu terdiri daripada 6 orang kaum Melayu dan 5 orang
kaum Cina kerana mereka kurang memahami tentang amalan belah mulut ini.
Dengan peratusan sebanyak 50%.
18

960929016086

Penyataan terakhir mengenai soalan 8 ialah amalan pantang larang mengadap


perut untuk menghindar bayi daripada unsur jahat. Amalan ini dilakukan kepada anak
pertama dan umur usianya 8 bulan di dalam kandungan. Terdapat 13 orang responden
iaitu daripada 3 orang kaum Melayu, 4 orang kaum Cina dan 6 orang kaum India
mengatakan setuju tentang penyataan tersebut dengan peratusan sebanyak 43.33%.
Selain itu, hanya 6 orang responden mengatakan tidak pasti tentang amalan ini dapat
menghindar bayi daripada unsur jahat. Dengan peratusan sebanyak 20%. Majoriti
responden mengatakan bahawa tidak setuju iaitu seramai 11 orang iaitu daripada 6
orang kaum Melayu dan 5 orang kaum Cina mewakili 36.67%. Hal ini demikian
kerana amalan ini tidak dilakukan oleh kaum Melayu kerana ada unsur-unsur
pengaruh hindu. Bagi kaum Cina pula, amalan ini tidak diamalkan kerana tiada
dalam adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Cina.

5.3

ANALISIS KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN

PANTANG LARANG KELAHIRAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI


JALAN HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.
Dalam borang soal selidik juga responden telah diminta untuk memberi maklum balas
mengenai kebaikan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kalangan kaum
Melayu, cina dan India oleh penduduk iaitu selaras dengan objektif kedua untuk
mengenal pasti kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran di
Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru. Perkara berikut
dipersembahkan di dalam bentuk jadual.
BIL

PENYATAAN

TIDAK

TDAK PASTI

YA

MIN

.
KAUM

19

960929016086

1.

SOALAN 1

10

10

2.96

2.

SOALAN 2

2.30

3.

SOALAN 3

1.86

4.

SOALAN 4

1.93

5.

SOALAN 5

2.23

6.

SOALAN 6

2.10

7.

SOALAN 7

2.47

8.

SOALAN 8

2.67

9.

SOALAN 9

2.80

JADUAL 2 : MENGENAL PASTI KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG KELAHIRAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN
HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.
SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015

KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN


Soalan 1

soalan2

soalan 3

soalan 4
29

18
13 12

10

1
0Tidak setuju
0

17
11
8

1
Tidak pasti

Ya

RAJAH 6 : MENGENAL PASTI KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN


PANTANG LARANG KELAHIRAN KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN
HANG KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU
20

960929016086

SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015.


Berdasarkan jadual dan rajah diatas, terdapat pelbagai kebaikan mengamalkan adat
resam dan pantang larang kelahiran. Kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang
larang kelahiran bagi soalan 1 ialah amalan berpantang baik untuk kesihatan. Majoriti
responden mengatakan bahawa mereka bersetuju dengan penyataan tersebut iaitu
seramai 29 orang responden dengan peratusan sebanyak 96.67%. Hal ini menyatakan
bahawa adat berpantang baik untuk kesihatan kepada ibu bersalin bagi kaum Melayu
dan India. Selain itu, hanya seorang responden iaitu daripada kaum Cina sahaja
mengatakan tidak pasti kerana tiada kajian yang mengatakan bahawa adat ini baik
untuk kesihatan. Secara purata min pula membuktikan bahawa keseluruhan analisis
data bagi penyataan ini adalah setuju dengan min 2.96. Hasil dapatan ini, kajian ini
telah membuktikan penyataan penulis Aisyah Hj Mohammed (2012)iaitu adat
berpantang baik untuk kesihatan kerana dapat merawat dalaman dan luaran ibu
bersalin.
Seterusnya, kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran
bagi soalan 2 ialah hubungan mertua dan menantu dapat dieratkan. Seramai 11 orang
responden yang terdiri daripada 4 orang kaum melayu, 3 orang kaum Cina dan 4
orang kaum India mengatakan bahawa mereka setuju dengan penyataan tersebut
dengan peratusan sebanyak 36.67%.

Hal ini disebabkan ingin mengeratkan

silaturahim antara ibu mertua dan menantu. Sebahagiannya responden memilih tidak
pasti iaitu seramai 18 orang yang terdiri daripada 6 orang kaum Melayu, 6 orang
kaum Cina dan 6 orang kaum India mewakili 60%. Seorang responden mengatakan
bahawa mereka tidak bersetuju tentang penyataan tersebut iaitu mewakili 3.33%. Hal
in disebabkan mereka tidak dijaga oleh ibu mertua dan menguruskan adat kelahiran
seorang diri kerana mereka menggunakan kaedah moden. Hasil pengiraan min
keseluruhan analisa data bagi penyataan ini ialah 2.30 iaitu secara purata, responden
tidak pasti dengan penyataan tersebut.

Kemudian, bagi soalan 3 ialah adat berpantang dapat mengeratkan hubungan ibu dan
bayi.

Hal ini demikian kerana amalan adat resam dan pantang larang dapat

mengeratkan kasih sayang ibu dengan bayi yang dilahirkan.

Seramai 17 orang

responden yang terdiri daripada 6 orang kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 6
21

960929016086

orang kaum India mengatakan bahawa mereka bersetuju dengan penyataan tersebut
mewakili 56.67%. Selain itu, sebahagian daripada responden adalah seramai 13
orang yang terdiri daripada 4 orang kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 4 orang
kaum India mengatakan tidak pasti tentang penyataan ini. Min bagi penyataan ini
ialah sebanyak 1.86 iaitu secara purata responden tidak pasti bahawa adat ini dapat
mengeratkan hubungan ibu dan bayi semasa berpantang.

Kebaikan seterusnya bagi soalan 4 ialah pantang larang ini adalah untuk membuang
kecelakaan dan geruh. Hal ini demikian kerana pengamalan adat resam dan pantang
larang dilakukan dan menjadi turun temurun nenek moyang kita. Seramai 8 orang
responden yang mengatakan bahawa mereka setuju dengan penyataan ini dengan
peratusan sebanyak 26.67%. Selain itu, terdapat 12 orang atau 40% responden yang
menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang penyataan tersebut. Menurut Ani Hji
Omar (2014) kebanyakan pantang larang yang dilakukan oleh nenek moyang adalah
direka hanya menakut-nakutkan supaya kita mengelak dan menghindari perbuatan
tersebut. Sebahagian kecil responden sebanyak 10 orang mengatakan bahawa mereka
tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Hal ini seramai 3 orang responden yang
tidak setuju adalah daripada responden yang mempunyai pendidikan tinggi iaitu
ijazah. Berdasarkan skala likert, jumlah min yang diperoleh ialah 1.93. Jumlah ini
telah membuktikan bahawa hampir kesemua responden menyatakan tidak pasti
tentang penyataan ini.

22

960929016086

KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KELAHIRAN


Soalan 5

Soalan 6

Soalan 7

Soalan 8

Soalan 9
25
20

8 9

15
6

7 7
2

Tidak Setuju

22

14

Tidak Pasti

Ya

RAJAH 7 : KEBAIKAN MENGAMALKAN ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG


KELAHIRAN BAGI KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA DI JALAN HANG
KASTURI, TAMAN SKUDAI BARU, JOHOR BAHRU.
SUMBER : KERJA LAPANGAN, 2015.
Berdasarkan analisa data bagi soalan 5, kebaikan mengamalkan adat resam dan
pantang larang kelahiran ialah mengadakan kenduri sambut bayi dapat mengeratkan
silaturahim dalam kalangan jiran tertangga. Majoriti seramai 15 orang atau 50%
responden yang terdiri daripada 8 orang kaum Melayu, 3 orang kaum Cina, 4 orang
kaum India mengatakan bahawa mereka setuju. Seramai 7 orang responden iaitu
daripada 2 orang kaum Melayu, 2 orang kaum Cina dan 3 orang kaum India atau
23,33% yang mengatakan tidak pasti dengan penyataan ini.

Seramai 8 orang

responden yang terdiri daripada 5 orang kaum Cina dan 3 orang kaum India
menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju tentang penyataan tersebut dan mewakili
26.67%. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.23 dimana kebanyakan responden
menyatakan tidak pasti tentang penyataan tersebut.

Selanjutnya, kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran ialah
adat resam dan pantang larang menjadi lambang sesebuah kaum. Hal ini demikan
kerana ketiga-tiga kaum ini mengamalkanya.

Walaubagaimanapun terdapat

perbezaan adat resam dan pantang larang kelahiran yang dilakukan oleh nenek
23

960929016086

moyang masing-masing. Seramai 14 orang responden yang terdiri daripada 5 orang


kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 4 orang kaum India mengatakan bahawa
mereka setuju tentang penyataan ini dengan peratusan sebanyak 46.67%. Selain itu,
seramai 7 orang responden iaitu terdiri daripada 3 orang kaum Melayu, 2 orang kaum
Cina dan 2 orang kaum India menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang
penyataan tersebut.

Sebahagian kecil iaitu seramai 9 orang responden yang terdiri

daripada 2 orang kaum Melayu, 3 orang kaum Cina dan 4 orang kaum India
mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju tentang penyataan ini. Hasil daripada
pengiraan ini, jumlah yang diperoleh ialah 2.10. Oleh itu, kebanyakan responden
tidak pasti dengan penyataan berkenaan.

Bagi soalan 7 pula ialah kebaikan mengamalkan herba tradisional dapat memberi
tenaga. Menurut Prof Madya Dr Jamia Azdina Jamal (2012) mengatakan bahawa
penggunaan herba tradisional yang tiada bahan campuran dapat memberi tenaga
kepada ibu-ibu bersalin. Seramai 20 orang responden iaitu terdiri daripada 8 orang
kaum Melayu, 5 orang kaum Cina dan 7 orang kaum India (66.67%) yang bersetuju
tentang penyataan ini.

Hal ini pastinya diantara para ibu mengandung masih

mengamalkan herba-herba tradisional berbanding dicampur dengan bahan campuran.


Seramai 4 orang responden iaitu terdiri daripada 2 orang kaum Melayu, seorang kaum
Cina dan Seorang kaum India mewakili 13.33% mengatakan bahawa mereka tidak
pasti dengan penyataan ini.

Selain itu, seramai 6 orang responden yang terdiri

daripada 4 orang kaum Cina dan 2 orang kaum India mengatakan tidak bersetuju
tentang penyataan tersebut.

Hal ini disebabkan mereka beranggappan bahawa

pengamalkan herba tradisional adalah ketinggalan zaman dan menyusahkan bagi


mereka. Berdasarkan skala likert, jumlah min yang diperoleh ialah 2.47. Jumlah
membuktikan bahawa kesemua responden bersetuju dengan penyataan tersebut.
Antara kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran ialah
amalan ini memjadi turun temurun untuk generasi akan datang. Seramai 22 orang
respondenyang terdiri daripada 8 orang kaum Melayu, 7 orang kaum Cina dan 7
orang kaum India bersetuju tentang penyataan ini mewakili 73.33%. Disamping itu
juga terdapat 6 orang responden iaitu terdiri daripada seorang kaum Melayu, 3 orang
kaum Cina dan 2 orang kaum India menyatakan bahawa mereka tidak pasti tentang
24

960929016086

penyataan ini mewakili 20%. Selain itu, hanya 2 orang responden iaitu daripada
kaum India menyatakan mereka tidak bersetuju dengan penyataan ini.

Hal ini

disebabkan di dalam analisis seramai 8 orang responden adalah berumur dalam


lingkungan 50 tahun ke atas. Jumlah yang diperolehi daripada hasil pengiraan min
ialah sebanyak 2.67. Oleh itu, kebanyakan responden bersetuju dengan penyataan
tersebut.

Kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu,
Cina dan India ialah adat resam dan patang larang adalah untuk menjadi garis
panduan bagi ibu sebelum dan selepas bersalin. Garis panduan bermaksud Majoriti
responden iaitu seramai 25 orang iaitu daripada 9 orang kaum Melayu, 7 orang kaum
Cina dan 9 orang kaum India bersetuju tentang penyataan ini dengan peratusan
sebanyak 83.33%. Selain itu, seramai 4 orang responden menyatakan bahawa mereka
tidak pasti tentang penyataan tersebut dengan peratusan sebanyak 13.33%. Hal ini
pastinya ada di kalangan mereka tidak mengikuti cara-cara pengamalan adat resam
dan pantang larang kelahiran mengikut kaum. Hanya seorang responden sahaja yang
mengatakan tidak bersetuju dengan penyataan ini. Purata min bagi seluruhan ialah
2.80.

6.0 RUMUSAN

25

960929016086

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbandingan adat resam dan
pantang larang kelahiran yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India di
Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan terdapat beberapa adat yang
masih diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India di Jalan Hang Kasturi, Taman
Skudai Baru, Johor Bahru. Antara adat yang masih diamalankan oleh masyarakat
kini ialah adat berpantang selama 40 hari. Menurut Zuzana Zulkaffle daripada
Postnatal Care (2013), proses kehamilan mengganggu keseimbangan hormon san
wanita mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan
fizikal.

Disebabkan itu,

amalan amat dititikberat dan ia masih diamalkan.

Pengamalan adat berpantang bagi kaum India tidak sama seperti kaum Melayu
dan Cina. Adat berpantang bagi kaum India ialah selama 30 hari.
Seterusnya, adat resam dan pantang larang kelahiran yang masih dilakukan
bagi kaum India ialah mandi minyak. Mandi minyak ini dapat menguatkan otot
dan organ tertentu.

Menurut Jagatheswary Narayanan (2009), mandi minyak

secara tidak lansung membantu mengeluakan toksin dalam badan dan menguatkan
otot-otot seta organ tubuh. Disamping itu, amalan ini hanya dilakukan oleh kaum
India sahaja. Bagi kaum Melayu dan Cina, amalan ini tidak dilakukan kerana
mereka tidak mengamalkan adat resam dan pantang larang tersebut.
Selanjutnya, adat resam dan pantang larang yang kurang diamalkan oleh
kaum Melayu, Cina dan India ialah amalan melenggang perut. Menurut Jabatan
warisan Negara (2015) tujuan adat ini dilaksanakan adalah bagi memelihara anak
dalam kandungan, memudahkan kelahiran dan menjauhkan kecelakaan pada ibu
serta anak yang bakala dilahirkan. Pengamalkan adat imi kurang diamalkan
kerana ia tidak relevan pada kini. Hal ini demikian kerana bagi kaum Melayu adat
sebegini adalah salah disisi agama dan tidak menepati syarak dan undang-undang
Islam. Berdasar analisis demografi hanya kaum India dalam lingkungan 50 tahun
ke atas sahaja yang masih mengamalkan adat resam ini.
Selain itu, adat resam dan pantang larang yang kurang diamalkan ialah
amalan belah mulut bayi. Adat resam ini adalah daripada agama Islam iaitu
taknik.

Menurut Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani (2009) tahnik bermaksud

lelangit dalam mulut.

Pengamalan ini kurang diamalkan oleh kaum Melayu


26

960929016086

kerana ramai di antara mereka tidak mengathui maksud taknik dan bagaimana
hendak dilakukan taknik. Hal ini demikian kerana amalan ini jarang dilakukan
dengan peredaran zaman yang moden.
Adat resam dan pantang larang kelahiran yang kurang di amalkan oleh kaum
Melayu, Cina dan India ialah amalan bertangas. Hal ini demikian kerana amalan
ini tidak dilakukan secara tardisional. Pengamalan amalan dilakukan dengan cara
lebih moden. Berdasarkan analisis demografi amalan ini kurang diamalkan dalam
lingkungan 20 hingga 40 tahun. Mereka mengatakan amalan ini tiada saintifik
mengatakan adat ini dapat mengecut rahim.
Terdapat juga pelbagai kebaikan mengamalkan adat resam dan pantang
larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India ialah berpantang baik untuk
kesihatan. Selain itu, kebaikan mengamalkan adat resam kelahiran ialah amalan
ini menjadi turun temurun untuk generasi akan datang. Kebaikan seterusnya ialah
mengamalkan herba tradisional dapat memberi tenaga.
Kesimpulanya hasil daripada kajian yang dibuat mendapati penduduk di
kawasan perumahan Jalan Hang Kasturi, Taman Skudai Baru, Johor Bahru masih
mengamalkan adat resam dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina
dan India yang dibawa oleh nenek moyang. Hasil daripada borang soal selidik
yang diisi oleh responden yang terpilih juga mendapati bahawa responden yang
terpilih juga mendapati bahawa menerima penyataan bagi kebaikan adat resam
dan pantang larang kelahiran bagi kaum Melayu, Cina dan India. Oleh itu, adat
resam dan pantang larang ini diharap tidak ditelan zaman.

RUJUKAN
Siti Zainab Sahib. Kelebihan 44 hari dlm Harian Metro, 27 Februari 2013.
Jabatan Warisan Negara (2015) Adat Resam Dan Pantang Larang.Dicapai pada April
10 2015,dari http ://www.haritage.gov.my
Google Map (2015), Dicapai pada 21 Februari 2015, dan http://maps.google.com
Kamus Edisi Kedua, 1984, Kuala Lumpur, Dewan Dan Pustaka.
27

960929016086

Ani Haji Omar, 2013. Patang Larang Dalam Kalangan Orang Melayu, Tanjung
Malim.Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

28

Anda mungkin juga menyukai