Anda di halaman 1dari 9

Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak
yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
v Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
v Segantang beras
v Sebiji kelapa
v Beberapa urat benang mentah
Damar
v Minyak kelapa atau minyak urut
v Lilin
v Tepak sirih yang lengkap isinya

v Pengeras sebanyak RM1.25


Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir
nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan
ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil
dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan
menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah
dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya
sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain
yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya
pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini
dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam

rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping
itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh
kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

v Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara
ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
v Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama
Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau
merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan
ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini,
jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat
Melayu hari ini.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5669-warisan-budaya.html

Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui.
Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan mendoakan kesihatan dan keselamatan
bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.

Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa
gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang
mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara perkara yang buruk.
Antara adat menyambut kelahiran ialah seperti:

Menempah bidan
Menjamah perut
Melenggang perut
Mandi melenggang perut
Mengadap semangat
Menempah Bidan
Setelah genap tujuh bulan seseorang wanita mengandung, mertua wnita tersebut akan bersiap
sedia dengan berbagai alat untuk melenggang per serta menempah bidan. Masa yang baik
selalunya pad ahari Khamis malam Jumaat. Maka pada hari tersebut mertua wanita yang
mengandung akan bersiap menghias rumah seperti menggantung langsir, langit langit dan
membentangkan hamparan yang indah serta menjemput sanak saudara kaum keluarga.

Biasanya adat ini dilakukan pada akhri bulan antara dua puluj satu hingga dua puluh sembilan
hari bulan Islam. Mas ayang sebaiknya ialah pada hari Rabu dan Khamis. Hari Selasa merupakan

hari yang tidak sesuai untuk menempah bidan lebih lagi sekiranya pada hari tersebut ada berlaku
kematian di kalangan keluarga mereka.

Upacara menempah bidan selalunya dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung
sahaja. Tujuan upacara bagi menentukan bidan yang bertanggungjawab untuk menyambut
kelahiran bayi nanti. Adat menempah bidan ini dilakukan untuk merasmikan bahawa bidan
tertentu dapat menguruskan kelahiran bayi.

Jikalau tempahan tidak dilakukan dikhuatiri bahawa bidan bidan yang ada di kawasan tidak
dapat menolong wanita yang hendak bersalin kerana keengganan mereka sendiri yang tidak
menempah dari awal atau kerana ada tempahan lain pada masa yang sama.

Istilah melenggang perut digunakan oleh kebanyakan orang Melayu di Semenanjung Malaysia
seperti Melaka dan Johor, manakala istilah kirim perut pula difahami oleh orang Melayu di
sebelah utara seperti Perak, Kedah dan Perlis.

Adat melenggang perut dilakukan kepada bakal ibu yang mengandung anak sulung ketiak
kandungan dipercayai genap tujuh bulan. Pada masa ini anak di dalam kandungan dipercayai
sempurna sifatnya. Adat ini dijalankan pada waktu tertentu kerana di dalam masyarakat tradisi
penentuan masa dan hari bagi melakukan sesuatu adalah sangat penting.

Tujuan melenggang perut adalah untuk membetulkan perut wanita yang mengandung supaya
anak yang berada di dalam kandungan betul kedudukannya dan wanita mengandung akan senang
melahirkan anak kelak.

Biidan memainkan peranan penting sekali waktu menjalankan upacara melenggang perut. Antara
bahan yang disediakan untuk upacara 7 helai kain batik pelbagai warna, sebiji kepala sederhana
besar, secupak beras putih, sepiring beras kunyit, sebilah pisau atau sudu dan sebatang salur
pinang.

Bidan akan mengurut perut wanita yang mengandung itu dengan minyak menjampi serta
membetulkan kedudukan anak dalam kandungan. Selepas itu dibacakan selawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w sebanyak tiga kali. Kemudian diletakkan kelapa yang telah dikupas licin di
atas perut dan digulingkan ke arah kaki. Sebaik sahaja sampai ke kaki bakal ibu akan menendang
kelapa itu dengan sekuat kuatnya. Ianya dipercayai akan memberi kesenangan ketika
melahirkan anak kelak. Kelapa tadi akan dibelah dan jika belahan itu lebih banyak pada bahagian
matanya ia menandakan anak yang bakal lahir adalah lelaki.

Seterusnya sebiji telur digulingkan di atas perut bertujuan menjauhi kuasa ghaib, kemudian
kunyit di atas perut bertujuan menghalau hantu syaitan. Selepas itu diambil sudu dan digosok ke
atas perut dipercayai rupa paras bakal bayi akan cantik dan licin.

Mandi Melenggang Perut


Dalam upacara mandi melenggang perut terdapat bahan bahan yang disediakan untuk
menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah
dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa
yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.

Biasanya tempat masdi adalah menghala ke dalam rumah. Disediakan bangku tempat mandi dan
wanita hamil akan duduk di ats bangku tersebut. Upacara ini dimulakan dengan doa selawat ke
atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w untuk mendapat restu. Wanita hamil akan diandam supaya
anak yang bakal dilahirkan tidak berbulu. Wanita hamil akan berkemban dan bidan akan

menjurus air dibantu oleh beberapa orang lain yang mengibas mayang pinang. Ketika air buyung
dijurus ke tubuh wanita itu, sebiji telur diselitkan di lipatan kain basahan dan kemudian telur itu
dilepaskan. Kemudian dimandikan dengan air 7 telaga dan ditaburi dengan 7 jenis bunga. Akhir
sekali air tolak bala dijurus dan upacara mandi lenggang pun berakhir.

Mengadap Perut
Pada zaman sahulu upacara mengadap semangat dilakukan di atas pelamin kecil yang dihias
indah. Ia sebagai tempat wanita hamil duduk dan mengadap semangat. Upacara ini hanya
dihadiri oleh kaum wanita sahaja. Disediakan nasi semangat, nasi kunyit, telur dan buah. Di atas
nasi kunyit dipecahkan telur dan sejambak bunga.

Ayam panggang dan kerutup daging diletakkan dalam tiap tiap bekas yang berasingan sebagai
pemberian kepada semangat. Wanita hamil akan merasa sedikit garam dengan kepercayaan bayi
yangakan dilahirkan nanti mempunyai sifat sempurna dan tidak cacat anggota.

Petua dan Pantang Larang Semasa Hamil


Pantang larang ialah perlakuan yang dipersetujui oleh kumpulan masyarakat. Masyarakat
Melayu telah melakukan sedikit sebanyak tentang pantang larang yang sepatutnya dituruti oleh
wanita yang hamil. Ia penting untuk keselamatan ibu dan bayi yang bakal lahir.

Dalam masyarakat melayu dapat dibahagikan kepada dua pantang larang iaitu dari segi
perlakuan dan makanan. Dari segi perlakuan terdapat beberapa pantang larang dan petua yang
semestinya diikuti oleh wanita yang mengandung.

Wanita hamil dilarang mandi selepas waktu Magrib dan Isyak dan merendam kain baju basuhan
sepanjang malam kerana dikhuatiri akan mendapat air kembung sewaktu bersalin.
Wanita hamil dilarang melihat dan mendengar benda benda yang menakutkan dikhuatiri anak
yang bakal lahir nanti akan terkenan dan cacat.
Wanita hamil dilarang ketawa, menghna dan mengejek ornag kerana dikhuatiri sifat sifat orang
yang dihina itu akan dimiliki oleh anak yang bakal lahir.
Wanita hamil dilarang menghembus bara putung api kerana dikhuatiri melahirkan anak yang
mempunyai gelap masa depan.
Mengerat Tali Pusat Bayi
Kemudian bidan akan mengerat tali pusat bayi. Gunting yang digunakan akan ditawar terlebih
dahulu supaya hilang bisanya. Bidan akan membuat tiga ikatan simpul mati di tali pusat. Ikatan
perlu dibuat terlebih dahulu sebelum tali pusat dikerat dengan tujuan menyekat al darah daripada
mengalir keluar apabila dipotong sama ada pada tali pusat mahupun tembuninya. Minyak urut
ataupun inggu akan diletakkan pada bekas tempat dipotong supaya tali pusat cepat tanggal.
Pembalut dilekapkan ke pusat bayi yang telah dipotong.

Menanam Uri dan Tembuni


Apabila seseorang ibu bersalin, uri yang keluar bersama sama bayitidak boleh dibuang begitu
sahaja. Sebelum ditanam uri dan tembuni tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu. Uri tidak
boleh ditanam tepat pada 12.00 tengah hari kerana dikhuatiri anak itu akan degil. Uri biasanya
ditanam di pintu jalan bersama sama asam, garam, jarum, buku dan pensil supaya anak menjadi
rjin belajar dan menjadi murid yang pintar. Uri juga tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana
dipercayai proses pertuturan anak akan menjadi lambat.

http://www.jkkn.gov.my/ms/masyarakat-melayu-0

Anda mungkin juga menyukai