Anda di halaman 1dari 3

Kelahiran

Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami
isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak
yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu
disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat
tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung,
bersalin dan selepas lahir.
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung
Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada
wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di
dalam perut.
Peralatan untuk upacara ini termasuk
v Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan
v Segantang beras
v Sebiji kelapa
v Beberapa urat benang mentah
Damar
v Minyak kelapa atau minyak urut
v Lilin
v Tepak sirih yang lengkap isinya

v Pengeras sebanyak RM1.25


Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi.
Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain
basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu
didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air
buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan
kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir
nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan
ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil
dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan
menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah
dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya
sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan
melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain
yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya
pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini
dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya
Hindu.
Sewaktu Bersalin
Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan.
Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi
adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang
dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan
digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam

rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping
itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini.
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu
disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan
menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah
tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh
kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api
sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri.

v Azan/Qamat
Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi
perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara
ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan.
v Membelah/Mulut
Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama
Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan
membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau
merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan
ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini,
jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat
Melayu hari ini.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5669-warisan-budaya.html

Anda mungkin juga menyukai