Anda di halaman 1dari 2

Institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat penting dalam usaha memupuk semangat

patriotik dalam kalangan anak-anak. Sejak anak-anak lahir sehingga ke peringkat autonomi diri
yang semakin kompleks, cara didikan dalam persekitaran keluarga telah memberi kesan langsung
dan berkekalan ke atas fungsi sosial dan moral kanak-kanak, Gadeyne, Ghesquiere & Onghena
(2004). Oleh itu, ibu bapa yang merupakan tulang belakang dalam sesebuah keluarga perlulah
mengambil langkah yang lebih kreatif dan inovatif agar semangat patriotik dapat disemai dalam
diri anak-anak. Antara langkah yang boleh diambil oleh para ibu bapa adalah membawa anakanak melawat ke tempat-tempat bersejarah contohnya Bandaraya Bersejarah Melaka. Di situ,
anak-anak berpeluang mengenal dengan lebih dekat tentang semangat tokoh-tokoh sejarah yang
telah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara. Selain itu, ibu bapa juga boleh menjadi
tauladan kepada anak-anak dengan amalan semangat patriotisme yang tinggi. Para ibu bapa perlu
mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap sambutan hari Kemerdekaan. Ini dapat membudayakan
anak-anak untuk menuruti amalan ibu bapa mereka pada masa hadapan.
Di samping itu, pihak kerajaan juga tidak memainkan peranan yang penting dalam usaha
memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Pengaruh kepimpinan adalah amat penting
dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi, Stodgill (1974). Dasar-dasar yang dijalankan
dalam sesuatu pentadbiran mampu membentuk rakyat. Oleh itu, pihak kerajaan perlu
meneruskan usaha untuk membudayakan amalan sikap patriotik dalam kalangan rakyat dengan
memberi penekanan terhadap perayaan hari kemerdekaan. Perayaan tersebut wajar dibuat secara
besar-besaran pada setiap tahun untuk mengekalkan prestijnya di samping menarik minat rakyat.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengambil alternatif untuk mewujudkan kerjasama dengan
lebih banyak badan NGO untuk menganjurkan kempen-kempen kesedaran tentang semangat
patriotisme. Melalui usahasama, hasil kerja dapat dipertingkat tanpa meningkatkan sumber, Ab.
Aziz (2000).
Pada peringkat institusi pendidikan, pihak sekolah perlu memberi penekanan kepada
penerapan nilai patriotisme melalui subjek Sejarah. Putman (1998) memperlihatkan guru Sejarah
percaya bahawa isu-isu berhubung patriotisme memainkan peranan yang penting dalam
pendidikan Sejarah Amerika walaupun kebanyakan mereka tidak mempunyai kemahiran untuk
mengaplikasikan patriotisme dalam pengajaran. Tambahan pula, kebanyakan dalam kalangan
mereka tidak pasti tentang peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah.

Anuar (2001), yang membuat kajian pelaksanaan patriotisme dalam kalangan guru Sejarah di
beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia untuk melakukan
penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari kepentingannya. Mereka
lebih cenderung memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur patriotisme kerana
dikatakan mudah untuk diaplikasikan. Langkah murni Kementerian Pendidikan Malaysia
mewajibkan semua pelajar untuk lulus dalam subjek Sejarah dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia merupakan satu usaha yang sangat bernas. Ini secara tidak langsung menekankan
pembelajaran subjek sejarah dalam kalangan pelajar. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar yang
dahulu tidak meminati subjek ini cenderung mendalami pelajaran dalam subjek ini.
Gadeyne, E., Ghesquire, P., & Onghena, P. 2004. Longitudinal relations between parenting and
child adjustment in young children: Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology.
Abdul Rahman Abdul Aziz. 2000. Kemahiran Sosial Asas. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Putnam, J. 1997. Cooperative Learning in Diverse Classrooms. NJ: Prentice Hall.
Anuar Bin Ahmad. 2001. Warganegara patriotik, masyarakat sivil dan Pendidikan
Sejarah. Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah ke
Arah Pembentukan Warganegara Patrotik. Anjuran Pusat Perkembangan
Kurikulum dan Persatuan Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur, 8-12 Oktober

Anda mungkin juga menyukai