Bahan-bahanye 1/2 ekor ayam dipotong 2 ataupun 4 bahagian 4 sudu besar plain yogurt@natural yogurt 1 sudu besar serbuk paprika ( kalau takde tak letak pun takpe) 2 sudu kecil serbuk cili 2 sudu besar madu 1 sudu kecil garam 2 sudu kecil gula sedikit pewarna merah ( tak guna pun takpe, cuma nak naikkan seri ayam tu nanti) sedikit kunyit serbuk. 2 sudu kecil jus lemon Caranya 1. Buang kulit pada ayam dan kelarkan sedikit supaya bahan perapan masuk dan mesra sehingga ke dalam tulangnye nanti, gaul semua bahan pada ayam dan masukkan di dalam bekas bertutup, selepas itu perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam atau lebih. Ros sarankan perap ayam tandori ni semalaman baru dibakar. 2. Susun kan ayam di atas redai besi dan kemudian bakar pada suhu 180-200 darjah selama 50 minit hingga 1jam ataupun sehingga permukaan ayam menjadi perang. Apabila sudah setengah jam, balik-balikan ayam dan bakar pula bahagian bawanya nye tadi, supaya ayam bakar sekata, angkat dah hidangkan. Sedap dimakan bersama roti naan, nasi beriani, nasi putih ataupun dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba.
ayam tandori yang belum di bakar
Homemade Nugget Taufu Resepi II Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya ( kalau nak buat separuh adunan pun boleh) 400gram daging ayam kisar ( ros guna jenama ramli) 250gram taufu lembut 1/2 biji telur sedikit garam 200gram serbuk roti warna putih ( ros guna 6 keping roti biasa, toastkan dan kisar halus) lada sulah 2 sudu kecil baking powder ( ni taknak letak pun takpe) *Untuk Coating* 2 biji telur yang dipukul sedikit menggunakan garpu 180gram serbukroti warna oren Cara-Caranya 1. taufu diletakkan dalam bekas brelubang ( tapis) dan biarkar sebentar lebih kurang 1/2 jam bagi mengeluarkan air yang terdapat daripada taufu lembut tu. 2. Kemudian masukkan semua bahan dalam bekas adunan kecuali bahan coating, kacau sebati, dan pastikan semuanya mesra, selepas itu bolehlah dibentukkan mengikut bentuk yang digemari. Jika adunan nugget ni terlalu lembut boleh tambahkan lagi serbuk roti warna putih tu ataupun sapukan sedikit minyak masak pada tapak tangan supaya mudah untuk membentukknya. 3. Akhir sekali coating nugget tadi, pecahkan telur di dalam bekas kecil dan pukul sikit menggunakan garpu, celupkan nugget dan salutkan dengan serbukroti berwarna oren, ulang langkah tadi sehingga semuanya selesai. kalau nak coating yang lebih tebal celupkan sekali lagi dalam adunan telur dan salutkan sekali lagi dengan serbuk roti warna oren tu.
4. Simpan di dalam plastik bersih dan sejuk bekukan, sebelum digoreng, selamat mencuba. Satu sajian nugget ayam yang berkhasiat untuk si manja anda, khasiat kalsium dan vitamin dari taufu lembut tu amat baik untuk kesihatan.