Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BAYU

TELUK KUMBAR,
11920 BAYAN LEPAS
PULAU PINANG

MINIT MESYUARAT UNIT VLE FROG


BIL.2 TAHUN 2015
TARIKH :23 JUN. 2015 (SELASA)
MASA :1.40 PETANG
TEMPAT :BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:
EN. SHAHRIN B. SALIM (PENGERUSI)
EN. MOHD NUR HISYAM B. MOHD RUSLI (PENYELARAS ICT)
EN. MASRI BIN ISHAK (SETIAUSAHA)
PN. NORMAIZAH BT. ZAKARIA (AJK)
EN. SAIFULLAH B. MD YUSOF (AJK)
EN. AHMAD BUKHARI B. OMAR (AJK)

AGENDA MESYUARAT

1.0

UCAPAN PENGERUSI (EN. SHAHRIN BIN SALIM)


1.1

En.Shahrin mengalu-alukan kedatangan semua yang terlibat dan


mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa walaupun
sibuk.

1.2

En.Shahrin mengharapkan mesyuarat ali ini dapat berjalan dengan licin,


teratur dan padat.

2.0

UCAPAN PENYELARAS UNIT ICT (EN. MOHD NUR HISYAM)


2.1

En. Nurul Hisyam mengharapkan ahli mesyuarat dapat menggunakan


internet yang telah dibaiki pada bulan Januari yang lalu dengan optimum.

2.2

En. Nurul Hisyam mengharapkan AJK tidak lupa menekankan aspek


keselamatan murid ketika menggunakan makmal

2.3

En. Nurul Hisyam memaklumkan bahawa dia sedang mencuba suatu


perisian yang dapat memaparkan aktiviti yang berlangsung secara live
bertujuan untuk menayangkan peristiwa-peristiwa yang melibatkan
sekolah seperi pertandingan Bicara Berirama dan Kalam Jamaei.

2.4

3.0

En. Nurul Hisyam menekankan bahawa mesyuarat adalah penting bagi


mencapai keputusan bersama walaupun ia dilakukan sekejap

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


En. Masri mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong
oleh En. Nurhisyam

4.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

Pn. Maizah membangkitkan

mengenai perkara 3.1.8 dalam minit mesyuarat

pertama mengenai laptop yang belum ditempatkan lagi bersebelahan pejabat.


Encik Shahrin menjelaskan bahawa tempat berkenaan didapati kurang sesuai
kerana bersebelahan dengan pejabat. Murid yang mengaksesnya tidak dapat
dikawal . Mereka akan membuat bising dan bermain di situ. Ini juga
mencacatkan pemandangan pejabat dan mengganggu laluan guru serta
pelawat . En. Shahrin menjelaskan jika ia mahu juga dilaksanakan maka suatu
perbincangan dengan guru besar mesti diadakan sekali lagi.
5.0

MAKLUMAT DARI EN. SHAHRIN


5.1

Encik Shahrin meminta guru-guru memastikan supaya murid-murid tidak


mencabut dan mengubah huruf-huruf keyboard dan mengubah password
komputer dengan sewenang-wenangnya. Menurutnya terdapat muridmurid nakal telah mengalih-alihkan huruf
perkataan-perkataan

mencarut,

lucah

keyboard sehingga timbul


serta

memalukan

dan

menyebabkan komputer susah dikendalikan dan sebagainya. Beliau


meminta penyelaras ICT membangkitkan perkara ini di dalam mesyuarat
guru yang dan dalam perhimpunan murid yang terdekat.
Tindakan: Makluman
5,2 Encik Shahrin mengesyorkan penyelaras ICT supaya dapat menggunakan
suatu perisian network yang boleh mengawal secara berpusat perjalanan
penggunaan komputer di makmal. En Nur Hisyam menjelaskan bahawa dia
ada sedikit pengetahuan tentang perisian tersebut.
Tindakan : Penyelaras ICT
5.3 En. Shahrin Memaklumkan bahawa dia bersama guru-guru penyelaras VLEFROG daerah barat daya Pulau Pinang telah menghadiri kursus VLE-Frog
selama 3 hari dua malam di Ipoh , Perak pada 30 Jun hingga 2 Julai yang lalu

dan beliau bercadang akan mengadakan kursus kepada semua guru pada
suatu tarikh terdekat.
Tindakan : Makluman

6.0

PENUTUP
6.1

En. Shahrin mengharapkan semua AJK dapat memberi komitmen yang


sepenuhnya dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancangkan dan
membantunya dan unit ICT dalam mematuhi jadual

dan peraturan

makmal.
6.2

En. Shahrin mengulangi bahawa dia sentiasa sedia menerima sebarang


cadangan dan dari semasa ke semasa demi kebaikan sekolah.Beliau
mengharapkan mendapat kerjasama yang lebih lagi berbanding dengan
tahun-tahun sebelumnya.

6.3

En. Shahrin

memaklumkan mesyuarat ICT kali ketiga

dijangka akan

diadakan pada bulan November.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.10 petang.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

..

..

(En. Shahrin b. Salim)

(En. Mohd Nur Hisyam)

Penyelaras Vle Frog,

Penyelaras Unit ICT dan

Sekolah Kebangsaan Seri Bayu.

Multimedia
Sekolah Kebangsaan Seri Bayu