Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN

MEMBUAT NOTA

MENGAMBIL

DAN

Semasa di dalam kelas, perkara penting yang anda perlu lakukan ialah mengambil
dan mencatat nota. Begitu juga semasa anda ingin membuat nota melalui buku.
Oleh itu, kita memerlukan kemahiran umtuk membuat nota. Apabila kita tidak
memiliki kemahiran ini, sukar bagi kita untuk memahami isi-isi penting yang
dinyatakan oleh guru.
Kemahiran membuat nota ini adalah suatu kemahiran seni yang wajib dipelajari
oleh setiap pelajar supaya menjadi mahir dan terlatih. Tetapi ramai pelajar yang
beranggapan bahawa membuat nota ini merupakan sesuatu yang membebankan.
Walhal dengan usaha sebegini dapat menjadi perintis kepada anda agar mudah
untuk mencapai kejayaan.

KEPENTINGAN MEMBUAT NOTA

dapat menyimpan segala ilmu yang dipelajari dalam konteks yang lebih

ringkas
dapat memudahkan anda mencari isi-isi penting dengan cepat dan mudah
memudahkan proses mengingati nota-nota penting
nota yang mudah difahami serta menarik dapat menimbulkan semangat

anda untuk belajar dengan lebih tekun serta focus


memudahkan anda membuat proses mengulang kaji pelajaran kerana nota
bersifat ringkas dan padat .

SEBAB
MENGAPA
ANDA
PERLU
MEMAHAMI
DAN
MENGETAHUI
KEMAHIRAN MENGAMBIL NOTA

PENGGUNAAN NOTA MEMUDAHKAN AKTIVITI PEMAHAMAN


Ketika anda sedang melaksanakan aktiviti mencatat nota, anda sebenarnya
sedang mengasah otak anda supaya lebih aktif berfikir. Tambahan pula
dengan kemahiran mendengar dan melihat dimana ini secara tidak langsung
membuatkan otak kita memikirkan apa yang sedang anda lihat dan dengar.
Dalam pada masa yang sama juga, aktiviti ini dapat mengelakkan kita
tertidur semasa proses aktiviti pembelajaran dan pengajaran sedang
berlangsung. Apabila proses mencatat nota, melihat dan mendengar
bersatu secara secara, ilmu yang telah disampaikan automatiknya telah
diolah semula menjadi nota kita yang bersifat ringkas dan padat.
PENGGUNAAN

NOTA

DAPAT

MEMPERTINGKATKAN

DAYA

INGATAN
Penggunaan nota secara cepat dapat membantu anda meningkatkan daya
ingatan anda dengan meringkaskan perkara yang anda fahami. Kemampuan
minda manusia untuk mengingat sememangnya terhad. Melalui pembuatan
nota yang padat, ringkas dan tepat inilah yang akan membantu
meningkatkan daya ingatan kita dengan merujuk nota pada bila-bila masa
sahaja kita lupa. Apabila kita mencatat nota menggunakan tangan juga ini
secara tidak langsung dapat mengukuhkan daya ingatan kita.
PENGGUNAAN

NOTA

MEMPERTINGKATKAN

KUALITI

PEMBELAJARAN
Kita semua perlu mengetahui bahawa tidak semua maklumat yang
diperolehi melalui buku terdapat dalam buku teks. Guru mahupun
pensyarah dapat sahaja mengajar secara spontan dengan memberikan ilmu
tambahan yang beliau sedia ketahui. Oleh itu amat penting bagi anda untuk
mencatat apa sahaja maklumat tambahan yang disampaikan.
PENGGUNAAN NOTA BAGI MENCATAT