Anda di halaman 1dari 1

ICT DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21: ISU DAN CABARAN

LEI YEE HIENG


DR. MOHD. MAHZAN BIN AWANG
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
leiyeehieng@gmail.com
Abstrak
Pendidikan Abad ke-21 diperkenal selaras dengan perkembangan ICT. Kemahiran literasi maklumat,
media dan teknologi dilihat dapat menghasilkan modal insan dan tenaga kerja yang berdaya saing di
persada dunia.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pemanfaatan ICT dalam
kalangan belia untuk Pembelajaran Abad Ke-21. Di negara kita, kemudahan ICT telah dibangunkan
secara pesat oleh kerajaan dengan harapan kualiti modal insannya dapat dipertingkat dari segi literasi
ICT. Kemudahan ini amat mendapat sambutan terutama dari golongan belia. Pengunaan ICT dalam
kalangan belia meningkat dari hari ke hari. Namun, corak penggunaan kemudahan ICT dalam kalangan
belia mampu mempengaruhi pembelajaran mereka. Kegagalan para belia memanfaatkan penggunaan
kemudahan ICT akan menyimpangkan hasrat sebenar kerajaan terhadap pembangunan modal insan
dalam literasi ICT. Oleh sebab ICT mampu mendatangkan keburukan di samping kebaikan terhadap
pembelajaran golongan belia, maka corak penggunaan ICT dalam kalangan remaja perlu dikenalpasti
untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran mereka.
Kata Kunci: Pendidikan Abad Ke-21, ICT, belia.

Anda mungkin juga menyukai