Anda di halaman 1dari 6

Konsep Pembandaran

Pembandaran bermaksud entiti pentadbiran yang memiliki wilayah serta penduduk


yang ditetapkan dengan jelas dan merupakan daerah serba guna, berbeza dengan
daerah tujuan khas. Konsep "kawasan perbandaran" merangkumi kawasan bandar
tetapi tidak terhad kepadanya. Sebaliknya, ia biasanya merupakan sebuah bandar
raya, bandar, desa, atau sekumpulan kecil entiti-entiti yang tersebut.
Sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki
/Kawasan_perbandaranASPEK-ASPEK PROSES PEMBANDARAN

Aspek aspek pembandaran


i. pertambahan jumlah dan peratus poenduduk yang tinggal di kawasan bandar
bandar- lebih 10 000 orang
ii. perluasan saiz bandar , pertambahan bangunan, ruang perniagaan, kawasan
petempatan bandar, peningkatan sistem pengangkutan, pertambahan fingsi bandar
dll
iii. Perubahan struktur dan kegiatan ekonomi penduduk dari kawasan ekonomi
tradisional /pertanian kepada eknomi moden seperti perkilanagan, perkhidmatan,
perniagaan, perdaga gan dll
iv. Perubahan cara hidup dari tradisional kepoda nilai dan gaya hidup bandar
yang
lebihmoden
Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat
menikmatinya." Kata-kata
Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan
harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Alam semula jadi menjadi
tonggak utama negara sebagai kawasan tadahan hujan, habitat flora fauna dan
sumberkayu-kayan. Malangnya, Hari Bumi yang disambut setiap 22 April bagaikan
tiada kesan apabila sumber-sumber alam ini masih lagi rakus diterokai untuk
manusia menikmati pembangunan. Oleh itu, kita perlu merencanakan pembangunan
yang mapan atau pembangunan lestari. Pembangunan mapan atau pembangunan
lestari merupakan gabungan antara pembangunan yang maju dengan pemuliharaan
dan pemeliharaan alam sekitar. Kita perlu menitikberatkan pembangunan yang
seimbang. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harusmelakukan anjakan
paradigma untuk mewujudkan pembangunan yang lestari dengan melakukan
beberapa pendekatan yang pragmatik.
Program kitar semula memainkan peranan yang penting dalam menyokong
dasar strategik kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang

mapan dan lestari. Secara spesifik, program ini bertujuan untuk


mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti pembandaran dan
perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat
memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat. Amalan kitar semula harus bercambah,
berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air. Amalan kitar semula boleh
dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta individu. Oleh itu,
kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang erat
dalam kalangan semua pihak. Semua pihak perlulah menjadikan kitar semula
sebagai amalan hidup. Pelaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan
secara berpanjangan, bukannya bermusim seperti hangat-hangat tahi ayam.
Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan
masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan
negara kelak. Tegasnya, program kitar semula dapat mencapai pembangunan yang
lestari, berkualiti dan seimbang.
Selain itu, orang ramai digalakkan menggunakan petrol tanpa plumbum bagi
kenderaan bermotor. Mencari alternatif selain minyak juga adalah penting bagi
tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar. Dewasa ini, kajian bagi
menghasilkan minyak enjin biomass daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat
dijalankan. Contohnya, di negara kita, ahli sains telahpun menemukan sejenis
minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan pencemaran udara tanpa
menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baharu
untuk dipastikan sama ada praktikal ataupun tidak namun penemuan ini patut
dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai
konsep pembangunan lestari. Oleh itu, penggunaan petrol tanpa plumbum turut
membantu dalam melaksanakan pembangunan lestari.
Salah satu langkah lain yang dapat digunakan untuk mewujudkan pembangunan
lestari ialah pihak berwajib perlu menjatuhkan hukuman terhadap individu atau
organisasi yang telah didapati bersalah memusnahkan alam sekitar semata-mata
untuk kepentingan diri sendiri. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi,
dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk
menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah
setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan dan memusnahkan alam
seperti mengenakan dendaan yang tinggi. Selain itu tindakan penguatkuasaan
undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan
secara tekal dan tidak sepertimelepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi
yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan.
Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap
mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana
mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja.
Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan.
Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap
pihak yang merosakkan alam sekitar.
Di samping itu, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam
sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai
aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang
khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan.
Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga

dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran
secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah
wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih
sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan
berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti
kerana alah bisa tegal biasa. Langkah ini akan melahirkan generasi yang dapat
menguruskan pembangunan negara yang lestari dan mapan. Jadi, pengenalan
pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk
mewujudkan pembangunan yang lestari.
Jika kita lihat dari sudut yang lain pula, aktiviti penanaman semula perlu
dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana penanaman semula dapat
menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang untuk melakukan projek
pembanguan negara. Dengan ini, keseimbangan alam sekitar dan ekologi negara
tercapai. Sesungguhnya, memang tidak dapat kita nafikan bahawa negara kita perlu
membangun untuk mencapai negara kelas pertama. Namun begitu, kita tidak boleh
bertindak mengikut nafsu tanpa memikirkan risiko yang bakal menimpa. Kita
haruslah memiliki minda yang lestari iaitu setiap pokok yang ditebang perlu diganti
kembali. Pengusaha kayu balak dan pihak pemaju tidak harus bersikap bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan mereka seharusnya
berminda lestari dalam memastikan pembangunan lestari tercapai. Ironinya,
pembangunan lestari dapat dicapai melalui aktiviti penanaman semula.
Sebagai konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat
membangunkan negara dengan lestari jika dilaksanakan dengan penuh iltizam.
Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkahlangkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alangalang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika pembangunan
lestari terbantut, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang
lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini
diharapkan dapat mewujudkan pembangunan yang seimbang tanpa melakukan
kemusnahan alam sekitar. Semoga generasi cucu cicit kita dapat menikmati
kemajuan dan pembangunan negara dengan diselimuti kehijauan alam sekitar.
Berdasarkan kajian di sekitar Bandar baru permas jaya asap kenderaan merupakan
penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu negara. Langkah terbaik
ialah mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan menggalakkan
penggunaan kenderaan awam seperti bas awam dan teksi . Pengurangan jumlah
kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima.
Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama
supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang dekat dengan
tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap kenderaan, ia
juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan kenderaan yang tidak
mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan kerana ianya selain
daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat membuat aktiviti
menyihatkan badanBerdasarkan kajian soal selidik di sekitar Kuala Lumpur, asap
kenderaan merupakan penyumbang utama kepada pencemaran udara di ibu

negara. Langkah terbaik ialah mengurang penggunaan kenderaan bermotor dan


menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti LRT, bas, dan Komuter.
Pengurangan jumlah kenderaan bermakna pengurangan asap kenderaan dalam
jumlah yang minima. Antara cara lain ialah menggalakkan mereka yang bekerja di
tempat yang sama supaya berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Bagi mereka yang
dekat dengan tempat kerja bolehlah berjalan kaki kerana selain meminimakan asap
kenderaan, ia juga dapat menyihatkan tubuh badan. Langkah menggunakan
kenderaan yang tidak mengeluarkan asap seperti basikal juga adalah digalakkan
kerana ianya selain daripada mampu meminimakan asap kenderaan, kita juga dapat
membuat aktiviti menyihatkan badan
SOALAN PMR 2009;
.

Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan
rayamenjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung
dengansegera untuk mengekalkan kemakmuran negara.Jabatan Pengangkutan
Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat ungguluntuk
menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutupengangkutan
awam supaya kepentingan pengguna terpelihara.Sehubungan itu, Jabatan Kerja
Raya harus membaiki sistem lalu lintas danmenambah bilangan jalan raya. Hal ini
merupakan langkah yang drastik untukmenyelesaikan masalah kesesakan lalu
lintas.Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan
rakyatmenggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi
keretasupaya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.Tuntasnya,
semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak,sebaliknya
semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga
untukmemerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang
danterbilang.

Antara langkah untuk membendung pencemaran bunyi ialah penguatkuasaan


undang-undang.Langkah ini merupakan peranan kerajaan dan pihak berkuasa untuk
mengatasi masalah ini.Hal ini dikatakan demikian kerana pihak berkuasa perlu
mengetatkan undang-undang.Pihak kilang dan kontraktor yang menghasilkan bunyi
yang terlampau bising perlu dikenakan hukuman yang setimpal.Misalnya,Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 telah diperkenalkan bagi membendung masalah ini.Semua
pihak yang menjadi punca pencemaran bunyi akan dikenakan hukuman
berdasarkan akta tersebut.Polis trafik juga harus menyaman pemandu yang
mengubah suai ekzos yang mengeluarkan bunyi yang kuat.Jelaslah,peranan pihak
berkuasa penting bagi membendung masalah pencemaran bunyi.

2.KITAR SEMULA SISA PEPEJAL


-Mengembangkan teknologi kitar semula untuk menghasilkan kegunaan alternative.
-Barang-barang seperti botol kaca,plastic dan tin aluminium mengambil masa 15
tahun untuk reput,oleh itu barang-barang tersebut harus dikitar semula.
-Contohnya,plastik dihancurkan menjadi fiber halus.
-Fiber halus pula digunakan untuk menghasilkan kain,beg,dan baju hujan.Manakala
tayar buruk dijadikan tukun tiruan dilaut.

3.BINA LOJI LUPUS SISA PEPEJAL


-Bahan bertoksid seperti minyak kotor dan plumbun boleh mencemarkan alam
sekitar dan pembuangan racun serangga boleh mencemarkan air.
-Setiap kilang wajib membina loji pelupusan sisa bertoksid kerana menyahaktifkan
bahan bertoksid kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam.
-Bahan yang tidak mudah reput dibuang di tapak pelupusan yang jauh dari tempat
kediaman dan sumber air

a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.


Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan
terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan
bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara
menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia,
2006). Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya
sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian
dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air
buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem
perparitan.
Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme
menjalar dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti
menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman
permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di
sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang
gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa
yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan
menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai