Anda di halaman 1dari 34

Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan yang penting untuk

membangunkan negara ini.


Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Remaja
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara
melanda golongan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap
terpampang di dada akhbar. Masalah sosial adalah suatu ketidaksesuaian antara unsur-unsur kebudayaan atau
masyarakat, yang membahayakan kehidupan kelompok sosial. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan
pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram,
ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Keutuhan institusi keluarga begitu penting dalam usaha menangani
gejala sosial sehingga institusi keluarga diibaratkan seperti batu bata dalam sesebuah bangunan. Malah, institusi
keluarga begitu penting dalam usaha menangani gejala sosial sehingga kempen Rumahku Syurgaku yang menekankan
kepentingan rumah diibaratkan sebagai syurga untuk memastikan keutuhan institusi keluarga diadakan secara besarbesaran. Oleh itu, ibu bapa perlulah menyahut cabaran bagi menghalang golongan remaja daripada terjebak dalam
gejala sosial.
Sebenarnya, golongan ibu bapa wajarlah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak mereka dan mengasuh anakanak bagai menatang minyak yang penuh. Ibu bapa perlu menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang tidak
ternilai dan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Sikap sesetengah ibu bapa yang hanya
sibuk mengejar harta kekayaan perlulah dikikis sama sekali. Mereka tidak sedar bahawa nilai kebendaan dan materialistik
yang ada pada diri mereka akan menyebabkan mereka terlalu sibuk dengan kerja mereka sehingga mengabaikan anakanak mereka. Contohnya, pada hujung minggu, ibu bapa perlulah meluangkan masa mereka untuk melakukan aktivitiaktiviti riadah bersama-sama anak-anak mereka. Ibu bapa bolehlah membawa remaja makan angin di destinasi-destinasi
yang menarik di negara kita. Hadis ada menyatakan bahawa anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang
mencorakkannya. Sememangnya, ibu bapa perlu mampu mengimbangi kepentingan keluarga dan kerjaya mereka kerana
anak-anak mereka amat memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Peranan utama ibu bapa untuk mengatasi masalah remaja ialah memberi didikan agama kepada anak-anak. Agama
merupakan senjata ampuh yang mampu membantu mereka menangkis segala anasir yang bersifat negatif. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa haruslah memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil ibarat melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Kendatipun, ibu bapa yang memberi anak-anak dengan cahaya keimanan yang cukup akan melahirkan
adiwangsa yang soleh dan solehah. Di samping itu, ada juga keluarga yang makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai
kerohanian. Menurut pakar motivasi, Dato Dr. Fadzillah Kamsah mengatakan bahawa ibu bapa haruslah mencurahkan
ilmu agama kepada putera puteri mereka kerana itu merupakan benteng untuk mereka menempuh arus modenisasi kini.
Tuntasnya, ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama
merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.
Bukan itu sahaja, pihak ibu bapa perlulah bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak mereka dengan mengikuti
perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Dari semasa kesemasa, ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk
menghubungi pihak sekolah untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Sebagai
contohnya, ibu bapa perlulah menghadirkan diri dalam sebarang pertemuan antara ibu bapa dan guru. Dengan ini, pihak
sekolah, guru dan ibu bapa akan dapat bermuafakat dan bekerjasama untuk membantu remaja yang bermasalah dengan
mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ibu bapa perlu memastikan bahawa nasihat yang diberikan oleh mereka kepada
anak-anak mereka tidaklah Bagai me ncurahkan air ke daun keladi. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Masalah
remaja perlu dikesan sebelum terlambat kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ibubapa memainkan
peranan untuk menjaga kepentingan anak-anak mereka dengan meletakkan kepentingan anak-anak mereka melebihi
harta benda dan wang ringgit.
Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menjadi teladan kepada anak-anak mereka . Ibu bapa sememangnya perlu
memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anakanak mereka. Malah, segala tingkah laku ibu bapa akan ditiru oleh anak-anak mereka. Contohnya, ibu bapa yang
mempunyai tabiat buruk seperti merokok perlulah bertaubat dan berhenti merokok kerana anak-anak mereka
berkemungkinan besar akan terpengaruh dan seterusnya merokok. Ibu bapa perlulah mengatasi apa-apa kelemahan
yang ada pada diri mereka agar perbuatan mereka tidak akan menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada amalan
yang kurang sihat. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dengan ini, golongan
remaja tidak akan terpengaruh dengan tabiat buruk ibu bapa mereka dan seterusnya tidak akan melakukan gejala sosial
yang mampu menghancurkan masa depan mereka.

Intihanya, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka lagi dalam mendidik anak-anak. Contohilah
ketokohan Luqmanul Hakim yang cukup hebat mendidik anak-anaknya berorientasikan Al-quran dan al-Hadis. Kita tidak
mahu remaja-remaja yang bobrok dan kaya dengan pidana dihasilkan. Sebaliknya, kita inginkan barisan remaja yang
berkaliber, cukup syumul dan utopia hasil didikan kedua-dua ibu bapa mereka. Marilah kita berubah, sebelum padi di
tangan menjadi lalang dan ayam ditambat disambar helang, ayuhlah ibu bapa, berkorbanlah demi masa depan anakanak tercinta.
Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak
Anak ibarat kain putih , ibu bapalah yang insan yang bertanggungjawab mencorakkannya. Jika merah, merahlah ia, jika
biru, birulah ia. Corak yang dihasilkan itu bakal menentukan siapakah anak-anak pada masa hadapan, Ibu bapa sentiasa
mengharapkan dan mendambakan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna serta berbakti terhadap orang tua.
Demi mencapai keinginan tersebut ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan hasrat hati mereka itu
terlaksana dengan jayanya. Mereka tega menghabiskan masa dan tenaga bahkan wang ringgit demi melihat anak-anak
mereka berjaya. Kebanyakan ibu bapa menyayangi anak mereka dengan setelusnya, umpama menatang minyak yang
penuh. Namun, dengan mencurhkan kasih sayang semata-amata tidak mungkin akan dapat menjadikan anak-anak
seorang insan yang berbakti, justeru usaha-usaha lain harus ditimbal balik dan diambil kira.
Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar seribu mancis tidak dapat menerangi engkau
dalam kegegalapan namun, cahaya keimanan pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan. Oleh hal yang
demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk meralisasikan hasrat murni itu iaitu dengan cara menerapkan
dan memberikan didikan agama yang sempurna. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud; suruh dan perintahlah
anak-anakmu mendirikan solat sedari umurnya tujuh tahun. Solat merupakan perkara terpenting yang perlu dipantau
oleh ibu bapa. Solat dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa melakukan perkara baik dan menjauhi perkara mungkar.
Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti menghormati oarng tua dan berbudi pekerti luhur,
sudah pasti segala apa yang diangan-angankan oleh ibu bapa akan menjadi realiti. Insan yang berguna ialah insan yang
tahu nilai diri dan estetika. Jadi apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, segala apa yang dirancang
pasti menjadi nyata.
Seterusnya usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan melihat anak-anak mereka berjaya itu
tercapai adalah dengan bermain tarik tali dengan anak-anak. Dalam usaha mendidik anak-anak ibu bapa perlu
mengamalkan toleransi, perasaan kasih sayang dan bertegas dalam bicara perlu menjadi tunjang utama. Ibu bapa tidak
perlu memanjakan anak-anak sehingga mereka merasakan bahawa diri seperti anak emas dalam keluarga, ibu bapa
boleh menuruti rengekkan dan permintaan anak-anak. Namun, mereka harus berpada-pada, Sedikit penegasan perlu
diberikan. Hal ini bertujuan mengelakkan anak-anak menjadi manja dan besar kepala. Menghukum apabila anak-anak
melakukan kesalahan tidak bererti ibu bapa membanci, tetapi hal ini merupakan tanda ibu bapa menyayangianak-anak.
Apabila perasaan kasih sayang dan bertegas sudah menjadi sama rata, maka tidak akan wujud sebarang kekangan.
Anak-anak akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban mereka. Malah, mereka pasti akan melakukan yang
terbaik demi membahagiakan diri sendiri dan ibu bapa yang tercinta. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Perpeganglah kepada peribahasa tersebut, nescaya kesudahan yang baik akan menjadi milik kita.
Lampu Alladdin tidak akan bersinar dengan sendiri tetapi Alladdin akan mengosoknya terlebih dahulu. Begitulah katakata azimat yang ditinta oleh Alex Osborn. Hasrat ibu bapa untuk menyaksikan anak-anak mereka menjadi insan yang
berguna tidak akan berhasil jika ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus menggembleng tenaga. Dalam konteks ini, ibu
bapa perlu memberi sedikit penekanan terhadap kepentingn pendidikan dalan sanubari anak-anak. Ibu bapa perlu
mengasuh anak-anak untuk memahami dan mendalami ilmu. Anak-anak pula perlulah berusaha untuk mencapai
keinginan tersebut. Anak-anak umpama jentera yang memerlukan minyak pelincir bagi menlancarkan pergerakannya.
Apabila minyak pelincir sudah dituang, maka akan lencarlah pergerakannya. Sehubungan dengan itu, kedua-dua belah
pihak perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masnig bagi memastikan kelangsungan perjalanan hidup mereka.
Tun Dr Mahathir pernah berkata, banyak masalah di dunia ini berpunca daripada sikap manusia yang tidak pernah
berusaha memahami antara satu sama lain dan berbincang untuk melepaskan diri daripada sebarang musibah. Oleh
yang demikian langkah drastik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka menjadi insan
yang berguna ialah dengan menyelami hati dan keinginan anak-anak. Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut
tidak putus tepung tidak berselerak, ibu bapa perlu sebaik-baiknya mengetahui rasa hati anak-anak. Cara sebegini akan
dapat menghindari anak-anak daripada berasa tertekan. Tertekan dalam konteks ini bermaksud bahawa anak-anak akan

berasa dalam dilema sama ada menurut kemahuan diri dan menghancurkan harapan ibu bapa atau menurut kemahuan
ibu bapa dan merobek hati sendiri. Kebanyakan ibu bapa mengharapkan anak-anak berusaha untuk mencapai mimpi
mereka tanpa memikirkan kemampuan sebenar anak-anak. Anak-anak akan memberontak akibat desakan yang bertubitubi daripada ibu bapa. Nah, apabila situasi ini berlaku, lain yang diharap lain yang menjadi, bak kata pepatah, yang
dikejar tidak dapat yang diikendong berciciran. Oleh itu, ibu bapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya atas segala
tindakan yang akan diambil. Setiap insan memiliki paradigma dan pandangan yang berbeza dalam menentukan hala tuju
hidup mereka. Dato Dr Fadzillah Kamsah, ada menyebut usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan
langit tidak mungkin digapai, sedangkan bumi sedia di tapak kaki.
Selanjutnya ibu bapa haruslah memberikan sedikit ruang kepada anak-anak untuk melakukan apa yang mereka hajati,
asalkan tidak menyipang dan tersasar jauh ke lembah kehancuran. Dalam memastkan anak-anak berhsil menjadi insan
yang berguna, ibu bapa tidak boleh terlalu mengongkong anak-anak. Tiada paksaan dalam menuntut ilmu. Jika anakanak tidak mampu meneruskannya, ibu bapa tidak boleh terus memaksa. Sebaliknya dorongan dan kata-kata semangat
perlu diberi untuk menaikkan semula semangat membara anak-anak. Ahli Falsafah Pascal mengungkapkan kalau kita
berusaha mencapai keinginan, mulakan dengan kata-kata yang lembut kerana kata-kata yang lembut umpama air yang
menyirami tanah yang tandus. Desakan dan paksaan akan menjatuhkan anak-anak. Sebaliknya dorongan dan nasihat
akan mendorong anak-anak untuk berjaya kerana anak umpama bunga-bunga yang tumbuh di taman, yang menjadi
tanah dan baja ialah ibu bapa. Justeru mulakan dengan kelembutan dalam memastikan kejayaan menjadi hak hakiki dan
azali anak-anak.
Intihanya, sudah terang lagi bersuluh, usaha untuk memastikan anak-anak mereka supaya menjadi insan berguna
bukanlah mudah. Professor Beetcher pernah berkata, anak-anak ibarat simen basah, sesiapa yang jatuh ke atasnya
pasti memberi kesan. Justeru, ibu bapa perlu berhati-hati mengambil sebarang tindakan dalam usaha melahirkan model
insan yang cemerlang. Usaha yang sewajarnya perlu diambil dan segala emosi yang membungkam jauh dalam sanubari
perlu ditolak ke tepi. Kepentingan setiap individu perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Akhir kalam, pendayong sudah
di tangan, perahu sudah di air, segala tindakan wajar sudah terpampang hanya yang tinggal adalah usaha untuk
melaksanakannya. Jauhkan emosi untuk meningkatkan prestasi.
Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi
pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang tidak
sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani stres.
Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. Remaja akan meneroka pelbagai
sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan
pelbagai masalah yang menguji ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun
ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah
yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada masalah dengan mencetus masalah
lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku,
mereka mengambil jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk
melakukan perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung dengan punca
masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik adalah dengan mencari punca masalah
tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai benang yang kusut
adalah lebih baik daripada terus menambah masalah.
Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan
jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan
membawa kepada masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk
meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu
bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang mendengar tidak mampu membantu, sekurangkurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di
jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.
Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan
rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima
hakikat bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan seseorang.

Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir
daripada Tuhan. Maka mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat untuk
menghilangkan keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada Tuhan untuk menyelesaikan masalah
tersebut.
Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk
bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran
darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan
remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli
keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah.
Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan
masalah emosi yang ditanggung.
Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Orang yang sedang dalam
tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres,
berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan,
carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum
nasi menjadi bubur.
Anda akan menyertai pertandingan pidato 1 Malaysia peringkat daerah. Tajuk pidato yang anda pilih ialah Peranan
Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja. Sediakan teks pidato anda selengkapnya.
Rangka jawapan
Kata alu-aluan :
Sediakan kata alu-aluan yang sesuai dengan konteks pidato.
Pendahuluan :
Ibarat peribahasa, datang bersambut, kata bersulam, dan pergi bersalam, justeru saya memulakan kalam pidato ini
dengan versi pendefinisian. Peranan Masyarakat untuk Menangani Gejala sosial dalam kalangan Remaja boleh saya
definisikan sebagai gemblengan atau usaha bersepadu masyarakat dalam setiap peringkat untuk mendepani masalah
dan keruntuhan akhlak dalam kalangan anak-anak muda belia yang semakin kronik. Apabila disimpulkan kembali,
jelaslah bahawa masyarakat merupakan lokomotif utama untuk menggerakkan kekuatan dalam menghadapi segala
kepincangan yang ditimbulkan oleh golongan remaja.
Isi-isi
1 Masyarakat hendaklah menjadi mata dan telinga kepada setiap gerak geri remaja
- menjadi masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang

2. Menjadi masyarakat yang saling bersatu padu, bekerjasama, aman dan harmoni
- meletakkan kepentingan komuniti sama penting dengan kepentingan peribadi

3. Menjadi masyarakat yang bijak dan berpandangan jauh


- mengutamakan masa depan remaja
- memandu remaja ke jalan yang benar
- remaja sebagai pewaris generasi

4. Mengembalikan suasana kehidupan yang sentiasa menjaga tepi kain orang


- sentiasa peka akan masalah jiran dan masyarakat umum (peribahasa: cubit paha

kanan paha kiri pun sakit juga)

5. Menubuhkan badan-badan sukarela dan NGO


- sebagai organisasi yang menyelaraskan semua kegiatan masyarakat
- menjalankan aktiviti seperti pertemuan ramah mesra, gotong-royong dan aktiviti ziarah

Kesimpulan :
Meminjamkan kata-kata terdidik remaja sejahteralah negara justeru masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh dan bersikap
sinis terhadap sebarang kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Masyarakat yang beku, jumud dan tidak prihatin
sebenarnya telah menyediakan suatu jurang untuk menjerumuskan remaja. Masyarakat yang dinamik sentiasa
berpegang kepada kata-kata, Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA BERPUNCA DARIPADA KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA


Menuju tahun 2020,masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sangat membimbangkan dan seperti tiada
penghujungnya. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai dalam kalangan remaja kita terlibat dengan gejala sosial seperti
meragut, mencuri dan sebagainya. Namun demikian apakah puncanya? Hal ini disebabkan oleh kegagalan institusi
kekeluargaan. Institusi kekeluargaan yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bekerjasama dalam
mempertahankan kebahagiaan institusi kekeluargaan masing-masing. Ibu bapa seharusnya melindungi dan mendidik
anak supaya mereka tidak tersalah arah dan terlibat dengan gejala sosial.

Kegagalan institusi kekeluargaan berpunca daripada kekurangan ilmu tentang hidup berkeluarga dan pelbagai ilmu
dalam perkahwinan. Masyarakat kini ramai yang berkahwin dalam usia muda kerana terlalu mengikutkan perasaan dan
hawa nafsu. Mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu supaya setiap perkara yang terjadi
dalam rumah tangga mereka dapat diselesaikan secara baik dan berdiplomasi. Jika mereka tiada ilmu atau kurang ilmu,
setiap perselisihan faham yang berlaku akan menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh dan akibatnya berlakulah
penceraian. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka yang akan terkena tempias atas kekhilafan diri mereka sendiri,
seperti kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Anak-anak yang tertekan denagn masalah penceraian
tersebut akan mencari kebahagiaan yang mereka inginkan dengan cara tersendiri seperti melarikan diri mengikut teman
lelaki atau sesiapa sahaja yang boleh memberikan kebahagiaan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar bahawa
kekurangan ilmu dalam institusi kekeluargaan boleh menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak.

Seterusnya, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kesibukan ibu bapa yang asyik mengejar
kemewahan duniawi tanpa menghiraukan tentang anak-anak. Hal ini sering terjadi dalam dunia yang sedang membangun
ini. Ibu bapa berpendapat bahawa jika mereka menyediakan segala kemahuan anak-anak mereka, mereka sudah
memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak. Namun demikian, anak-anak merupakan insan yang
perlu dididik dengan betul supaya mereka jadi insan yang berguna. Jika ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak-anak
mereka tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak ini akan bersikap kurang ajar dan menyalahkan ibu bapa mereka atas
kekurangan perhatian dan kasih sayang yang diberikan. Anak anak ini juga akan menggunakan segala kemewahan
yang diperoleh untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merosakkan diri seperti menghisap dadah. Anak anak
ini ibarat kain putih, dan sebagai ibu bapa mereka bertanggungjawab untuk mencorakkan peribadi diri anak mereka. Ibu
bapa harus sedar bahawa tiada yang lebih berharga dari anak anak mereka sendiri. Oleh itu, ibu bapa perlu sedar
bahawa kesibukan mereka akan menimbulkan lebih banyak masalah keruntuhan akhlak dalam diri remaja.

Selain itu, keruntuhan institusi kekeluargaan juga berpunca daripada kurangnya didikan dan penghayatan agama. Hal ini
demikian kerana, agama merupakan tonggak dalam sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi kekeluargaan yang
berpegang kepada ajaran agama tidak akan goyah walaupun ditimpa beribu musibah. Namun, bagi institusi kekeluargaan
yang tidak berpegang kepada ajaran agama mudah goyah dan runtuh apabila badai melanda. Anak anak yang kurang
penghayatan agama mudah terpengaruh untuk melakukan perkara-perkara negatif seperti merempit dan sebagainya.
Anak anak ini perlu dididik menghayati agama sejak kecil lagi seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Jika sudah menginjak ke usia remaja, mereka sukar menerima nasihat dan melakukan perubahan. Mereka lebih rela
membuat keputusan tanpa memikirkan kesan dan tidak berpaksikan pada ajaran agama. Akibat daripada itu, mereka
mungkin akan terjebak dalam perkara yang tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Oleh itu,kekurangan didikan
agama boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhir sekali, keruntuhan institusi kekeluargaan berpunca daripada keadaan sosioekonomi yang sempit. Hal ini demikian
kerana, dalam dunia yang kian maju, wang amat penting bagi memudahkan kelansungan hidup. Bagi mereka yang tidak
mempunyai pendapatan yang tetap atau pekerja kolar biru , mereka sukar untuk menyediakan segala kemudahan untuk
keluarga mereka. Hal ini juga boleh menyebabkan anak anak mencari jalan pintas untuk mendapatkan segala keinginan
mereka dengan mencuri, meragut dan sebagainya. Pada usia remaja, mereka sering berasa iri hati apabila melihat
rakan-rakan yang mampu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu seperti telefon bimbit, komputer riba dan
sebagainya. Namun demikian, seorang anak yang prihatin tidak akan membebankan ibu bapanya dengan meminta lebih
daripada apa yang mampu diberikan kepada mereka. Oleh itu, ibu bapa perlu menyimpan untuk kegunaan pada masa
kecemasan atau untuk menyediakan kemudahan kepada anak anak. Mereka perlu sedar bahawa keadaan sosioekonomi

yang sempit boleh menyebabkan anak anak remaja bertindak diluar kawalan untuk mendapatkan apa yang mereka
mahu.

Tuntasnya, untuk mengelakkan berlakunya kegagalan institusi keluarga yang boleh membawa kepada keruntuhan akhlak
remaja, ibu bapa seharusnya melengkapkan dan koreksi diri. Hal ini demikian kerana, segala kelemahan dalam mendidik
dan mendisiplinkan anak anak terutamanya remaja akan menyebabkan mereka menyimpang terlalu jauh dan terjebak
dengan masalah sosial yang lebih berat. Pihak ibu bapa perlu sedar dan tahu bahawa kegagalan mereka dalam
menguruskan institusi keluarga akan terkesan dalam diri anak-anak mereka. Anak-anak remaja merupakan aset negara
dan mereka perlu didisiplinkan supaya menjadi orang yang berguna. Mereka ialah insan yang akan membawa negara kita
ke persada antarabangsa yang terkenal dengan kebudayaan dan budi pekerti yang tinggi dan bukannya negara yang
tidak berbudi pekerti. Maruah negara kita pada masa hadapan berada di tangan anak anak remaja kini. Jadi, mereka
perlu bangkit daripada dunia angan-angan untuk menempuh dunia realiti.
Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah merekameninggalkan
institusi pendidikan formal.

Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap dirimemasuki
alam pekerjaan

Rangka jawapan

PENDAHULUAN
1. Alam pekerjaan destinasi akhir pelajar
2. Persaingan memasuki pasaran pekerjaan
3. Kelulusan akademik belum menjanjikan jawatan yang dicita
4. Lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran

Isi-isi

1. memiliki kemahiran dalam komunikasi


- petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat dan berani berhadapan
dengan pelbagai peringkat pelanggan
- berinteraksi dalam gaya yang sopan

2. kemahiran menguasai pelbagai bahasa


- mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat

- menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan
-

bahasa utama di Malaysia: Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun dan lain-lain

- berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih lumayan di seberang laut

3. kemahiran teknologi
- penting selaras dengan kemajuan teknologi global
- hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor perindustrian
- teknologi pembuatan, kejuruteraan dan penciptaan-memiliki aset utama untuk mencari peluang
dalam pelbagai sektor (pembuatan, pemesinan, perkakasan dan operasi)

4. kemahiran dalam ICT (tidak seperti katak di bawah tempurung)


- selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka
- mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui rangkaian Internet dan
laman web
- boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden
KESIMPULAN

Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada sesiapa pun yang tahu mengajari kita agar berusaha mencipta
tuah

Penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah yang boleh dicipta utk kejayaan
bu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang
anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.

Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Contoh 1
Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai
harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari. Apabila
tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula bertanggungjawab
untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti di situ sahaja.
Berbakti kepada ibu bapa adalah suatu kewajipan anak yang tidak boleh diabaikan walau dengan apa alasan sekali pun.
Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan budi mereka.
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
Contoh 2
Ibu bapa adalah permulaan hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan melihat dunia pada hari ini. Dengan izin Allah, ibu
bapa kitalah yang dipilih Allah untuk menjadi ibu bapa kita. Hanya mereka, tidak yang lain. Ingatkah kita betapa besar
pengorbanan ayah dan ibu dalam memastikan kita mendapat yang terbaik sejak kita dilahirkan? Bermula dengan susah
payah ibu mengandungkan kita dan pengorbanan ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki bagi memenuhi keperluan

kita, lahirnya kita di muka bumi pula disambut dengan kalimah suci yakni azan ke telinga kita oleh ayah. Itupun setelah
ibu berhempas pulas melahirkan kita. Kemudian masa berlalu dan ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang
penuh. Kitalah buah hati ibu bapa. Diberikan mereka segala keperluan yang kita perlukan. Dirawat dengan penuh kasih
sayang. Diberikan tempat tinggal yang terbaik mengikut kemampuannya, makan minum yang berkhasiat, air susu yang
segar sehingga kita membesar. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita perlulah menghargai jasa ibu bapa kita dan
membalas jasa dan budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.

Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada sikap bagai
kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana
syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang
telah dilakukan oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala jasa yang
mereka curahkan tidak mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun. Kita haruslah membalas
jasa mereka sementara mereka masih hidup,selagi nyawa dikandung badan.

Cara-cara menunjukkan kasih sayang anda kepada ibu bapa

Ibu bapa merupakan merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak
ternilai harganya. Sejak kita dalam kandungan lagi, ibu telah mengendong kita di dalam perutnya selama 9 bulan 10 hari.
Apabila tiba masanya, kita dilahirkan. Pada ketika itu, ibu bersabung nyawa untuk melahirkan kita. Bapa pula
bertanggungjawab untuk menjaga keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Pengorbanan ibu bapa kita juga tidak terhenti di
situ sahaja. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita haruslah menghargai jasa ibu bapa kita dan membalas jasa dan
budi mereka. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk kita membalas jasa mereka.
Salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa ialah kita hendaklah menyayangi mereka.
Ibu bapa kita mengandung, melahir, menyusu, mendidik, mengasuh serta membesarkan kita dengan baik bagai
menatang minyak yang penuh. Pada asalnya, kita merupakan insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa mengenai erti
kehidupan. Sebagai tanda kita menghargai usaha dan penat lelah mereka, kita haruslah menyayangi ibu bapa kita
sebagaimana mereka sentiasa menghadapi ujian kesabaran ketika mendidik kita. Sebagai contohnya, ibu bapa menjaga
dan membesarkan kita dalam keluarga yang bahagia dan sebagai anak pula, kita perlu mencurahkan kasih sayang kita
kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah tua dan uzur. Menurut pakar psikologi, mereka yang sudah tua akan
berfikir dan berkelakuan seperti kanak-kanak dan memerlukan kasih sayang daripada anak-anak. Oleh hal yang
demikian, kita harus menyayangi ibu bapa kita supaya kita tidak dituduh sebagai anak yang derhaka.
Selain itu, kita boleh menunjukkan sayang kepada ibu bapa kita dengan cara menghormati dan mentaati
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setelah kita boleh berfikir, ibu bapa kita menerapkan nilai-nilai murni dalam diri
kita. Mereka telah mendidik kita sejak kecil bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila kita sudah
dewasa, kita telah menajdi modal insan yang berkualiti dengan nilai-nilai murni hasil daripada didikan mereka. Secara
tidak langsung, kita bertanggungjawab untuk mengamalkan nilai-nilai murni yang telah kita peroleh. Sebagai contohnya,
kita bercakap dengan nada yang rendah apabila berkomunikasi dengan orang tua terutamanya ibu bapa dan
menundukkan badan apabila melalui hadapan mereka. Kita juga akan menjadi teladan kepada anak-anak kita apabila kita
menghormati orang tua kita. Oleh hal yang demikian, kita hendaklah membalas jasa mereka dengan menghormati dan
mentaati mereka sebagaimana mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kita.
Seterusnya, kita boleh membalas jasa ibu bapa dengan menjaga mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu
bapa telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Sebelum kita diwajibkan sekolah, ibu bapa telah mengajar
kita tentang asas kehidupan seperti berjalan, berlari dan pelbagai perkara dalam kehidupan. Ibu bapa juga sering kali
menasihati kita agar pandai membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Sebagai anak pula, kita yang
merupakan tempat bergantung hidup mereka apabila mereka sudah tua dan uzur. Sebagai contohnya, kitalah yang
bertanggungjawab dan berkemampuan untuk menjaga dan memelihara mereka dengan penuh kasih sayang. Tindakan
anak-anak pada masa ini yang menghantar ibu bapa ke rumah warga tua pula tidak harus dicontohi kerana ibu bapa yang

sudah tua dan uzur akan berasa terisisih dan sakit hati. Oleh hal yang demikian, sebagai anak kita hendaklah membalas
jasa ibu bapa kita dengan menjaga mereka dengan sebaik-baiknya apabila kita dewasa kelak.
Di samping itu, cara lain ialah kita belajar dengan bersungguh-sungguh. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu
bapa sanggup bekerja membanting tulang dan bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal bagi membesarkan
kita. Hasil yang diperoleh kemudiannya digunakan untuk membayar yuran sekolah, asrama dan kelas tuisyen tanpa
mengharapkan pulangan dari segi mata wang daripada kita. Sebagai contohnya, ibu bapa tidak pernah mengharapkan
harta berjuta ataupun sagu dan emas untuk membalas jasa mereka tetapi pencapaian anak-anak menggenggam
segulung ijazah merupakan kegembiraan sebenar mereka. Dalam aspek ini, kita boleh menunaikan harapan mereka
dengan menjadi insan yang berguna, berjaya dan bahagia di dunia mahupun di akhirat. Tegasnya, untuk membalas jasa
ibu bapa kita, kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
semua bidang yang diceburi.
Bukan itu sahaja, kita perlu memberikan layanan yang baik kepada rakan-rakan mereka. Hal ini dikatakan
demikian kerana budi bahasa dan sopan santun yang kita pamerkan melambangkan kasih sayang kepada kedua-dua ibu
bapa kita. Segala teladan dan tunjuk ajar yang diterapkan oleh ibu bapa kepada kita dianggap seperti bagaimana acuan,
begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, etika kita yang bermoral membolehkan rakan-rakan ibu bapa kita akan
berpandangan positif kepada kedua-dua ibu bapa kita. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita mestilah menghormati
rakan-rakan ibu bapa dan melayan mereka dengan baik.
Sebagai kesimpulannya, sebagai seorang anak kita hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada sikap bagai
kacang lupakan kulit. Kita janganlah sesekali menderhaka atau melupai jasa kedua-dua ibu bapa kita kerana syurga
terletak di bawah telapak kaki ibu. Kasih sayang yang telah dicurahkan serta segala pengorbanan yang telah dilakukan
oleh ibu bapa kita tidak harus lenyap begitu sahaja di hati dan minda kita. Segala jasa yang mereka curahkan tidak
mampu kita balas walau dengan harta yang berjuta sekalipun. Kita haruslah membalas jasa mereka sementara mereka
masih hidup,selagi nyawa dikandung badan.
SoalanJasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak. Jelaskan cara-cara
menghargai jasa ibu bapa.Rangka Karangan1.0 Pendahuluan
-ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan setiap anak-tanpa ibu bapa tiadalah anak-ibu bapa
telah banyak berkorban untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna-ibu bapa terpaksa bekerja keras
semata-mata untuk membolehkan anak-anak mendapat pendidikan yangsempurna-sebagai anak kita mestilah
menghargai jasa ibu bapa
2.0Isi/FaktaCara-cara Menghargai Jasa Ibu BapaIsi 1 : Membantu ibu bapa membuat kerja rumah
- Apakah cara-cara menghargai jasa ibu bapa?- Mengapakah anak-anak perlu membantu ibu bapa membuat kerja
rumah?- Bagaimanakah cara anak-anak membantu ibu bapa membuat kerja rumah?- Contoh/Bukti: Menolong ibu
memasak, menjaga adik-adik, membantu bapamencuci kereta, membersihkan persekitaran rumah- Rumusan isi : Justeru
ibu bapa akan berasa senang hati kerana beban tugasmereka di rumah bertambah ringan
Isi 2 : Menjaga ibu bapa selepas mereka tua
- Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa ibu bapa?- Mengapakah anak-anak perlu menjaga ibu
bapa setelah mereka tua?- Bagaimanakah anak-anak menjaga ibu bapa setelah mereka tua?- Contoh/Bukti : Membawa
ibu bapa tinggal bersama, melayan mereka dengansabar, menjaga makan minum mereka dengan sempurna- Rumusan
isi : Oleh hal yang demikian, anak-anak hendaklah menjaga ibubapa baik dari segi jasmani mahupun rohani
Isi 3 : Mengunjungi ibu bapa jika tinggal berasingan
- Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa?- Mengapakah kita perlu mengunjungi ibu bapa?- Bagaimanakah caranya
mengunjungi ibu bapa?- Contoh / bukti : pulang ke kampung sebulan sekali, bertanya khabar,membawa makanan dan
barang kesukaan mereka- Rumusan isi : Dengan cara ini ibu bapa tidak akan berasa sunyi dan tersisihwalaupun anakanak tinggal berjauhan
Isi 4 : Berjaya dalam pelajaran
-Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa?-Mengapa kita perlu berjaya dalam pelajaran?-Bagaimanakah kejayaan
anak-anak dapat membalas jasa ibu bapa?-Contoh/Bukti : anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan, berjaya melanjutkan pelajaran kemenara gading dan mendapat pekerjaan yang baik-Rumusan
isi : Kejayaan anak-anak melambangkan kejayaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
3.0 Penutup/Kesimpulan
Kesimpulannya, jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak ternilai. Ibu bapa tidak mengharapkan anak-anakmembalas jasa
dengan menghamburkan wang atau kemewahan tetapi cukuplah sekadar anak-anak mengambilberat terhadap diri
mereka dan prihatin terhadap masalah mereka pada saat mereka menghadapi hari-hari tua.Jika kita menghargai jasa ibu
bapa kita, setelah kita tua, anak-anak kita pasti akan menghargai jasa kita. Usahlah kita menjadi anak-anak yang tidak
mengenang jasa seperti Si Tenggang yang melupakan ibunya setelah menjadi kaya.

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang. Pada pendapat anda, apakah
peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan
dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa
daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa mempunyai
tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anakanak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak
baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam
pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang
ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci
keamanan dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur
dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini
demikian kerana, kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga seperti
pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah. Perpecahan keluarga boleh mengganggu
kesejahteraan dan pelajaran anak-anak. Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah pasti dapat berusaha bersungguhsungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat.
Tegasnya, ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni dan ceria
sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan
sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan
masa depan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya dalam segala
tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip, nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih
mempercayai dan meyakini kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara perkara baik
dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan
menghisap rokok, mereka juga akan mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani hal
ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak mereka dan mengenal pasti perubahan yang
berlaku kepada anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah beringat
sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap
kecemerlangan dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak
dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya.
Pendidikan agama dan moral ini perlu diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada kain tersebut. Pendidikan agama dan
moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat
membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anak-anak yang lebih bertanggungjawab dan
memahami peranan mereka sebagai seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan
agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar supaya anak-anak
boleh memberikan tumpuan terhadap pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk
belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak kerana anak-anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah
menitikberatkan pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau tuisyen serta menyediakan
buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa
juga perlulah menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah
menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
membawa anak-anak ke pameran buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak
langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini boleh menimbulkan persaingan dalam diri
anak-anak untuk membaca buku-buku tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan
betapa pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha untuk mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar
pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak. Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di
sekolah, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan guru disiplin. Usaha ini
penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak
segera untuk menangani masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada dipengaruhi oleh
rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi
oleh anak-anak walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar yang baik kepada
anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi
bersama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Biasanya,
anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka
akan keciciran dalam pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah anak-anak
mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guru-guru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh
memberikan tumpuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk
membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab
terhadap masa depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang memberikan perhatian
terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak
dalam masalah sosial sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam
mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

Anda dikehendaki menulis ceramah yang bertajuk " Budaya Lepak Bertentangan Budaya Tempatan" .
Ceramah itu disampaikan sempena sambutan Hari Belia di tempat anda. Sediakan teks ceramah tersebut
selengkapnya.

Contoh Karangan
Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, pemimpin-pemimpin belia daerah Tenom, tuan-tuan dan puan-puan,
serta para belia yang hadir pada hari ini. Sebelum saya meneruskan ceramah saya ini, terlebih dahulu saya
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana mengundang saya ke majlis ini untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk "Budaya Lepak Bertentangan dengan Budaya Tempatan".
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Terlebih dahulu saya akan menjelaskan konsep budaya yang terdapat dalam masyarakat di negara kita.
Kita akan melihat bagaimana budaya lepak menimbulkan kesan negatif dalam masyarakat kita. Budaya
merupakan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakt. Budaya merangkumi segala aspek kehidupan
termasuklah perlakuan, tutur kata, cara berpakaian, ekonomi, politik dan sebagainya. Budaya lepak pula ialah
budaya yang diamalkan oleh generasi muda, terutama di bandar-bandar besar. Lepak bermakna membuang
masa tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat. Budaya ini diterima dari luar serta meninggalkan kesan
negatif kepada masyarakat dan juga negara kita, terutama dalam kalangan generasi muda kita hari ini.
Budaya lepak memang budaya negatif dan bertentangan dengan budaya tempatan. Mengapa saya
mengatakan demikian? Hal ini demikian kerana budaya lepak mengajak remaja membuang masa di pusat
beli-belah atau di tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai tanpa arah dan tujuan. Dengan kata lain,
budaya ini menganjurkan remaja kita membuang masa daripada melakukan kerja-kerja yang berfaedah untuk
diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Budaya masyarakat kita tidak pernah mengajar kita supaya membuang
masa.; sebaliknya budaya kita mengajar kita menghargai masa. dalam masyarakat Melayu ada pepatah yang
berbunyi 'masa itu emas". Peribahasa ini mengambarkan kepada kita bahawa budaya kita menghendaki kita
menghargai masa dan bukannya menghabiskan masa di tempat-tempat tidak berfaedah. Oleh itu jelaslah
bahawa budaya lepak ialah budaya negatif yang memesongkan kita daripada budaya yang sebenarnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Budaya lepak yang diamalkan oleh remaja kita juga bertentangan dengan budaya masyarakat negara kita.
Dari segi pergaulan, budaya Timur atau budaya tempatan mengehadkan pergaulan antara lelaki dan
perempuan. Pendek kata tidak ada pergaulan bebas yang dibenarkan dalam budaya tempatan untuk
mengelakkan perkara-perkara sumbang daripada berlaku dalam masyarakat. Dalam budaya lepak yang
diamalkan hari ini pula, pergaulan bebas antara remaja lelaki dan perempuan merupakan perkara yang
menjadi amalan para belia dewasa ini. Konflik ini menyebabkan remaja lebih gemarkan mengamalkan budaya
lepak kerana mereka memperoleh keseronokan sehingga melanggar batas sosial yang telah ditetapkan
dalam budaya kita. Kesannya, pasti negatif akibat pergaulan bebas yang diamalkan oleh generasi muda hari
ini. Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini banyak kes pembuangan bayi berlaku akibat banyak remaja yang
melakukan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing. Perkara ini berlaku kerana kesan budaya
lepak terhadap para belia hari ini.

Sidang majlis yang dimuliakan,


Banyak remaja kini tidak menghormati orang-orang tua kerana mereka terpengaruh oleh budaya lepak.
Mereka lebih gemar menggunakan kata-kata yang kasar dan tidak menghormati orang tua. Kata-kata kesat
sering digunakan terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Akibatnya, banyak remaja kini sudah tidak
mengenali nilai-nilai murni yang terdapat dalam budaya tempatan. Tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum

bahawa nilai kasar ini sebenarnya tidak terdapat dalam budaya kita. Kesannya ialah remaja kita semakin
kurang ajar, biadab dan tidak mengamalkan nilai murni dan adab sopan dalam kehdiupan harian mereka.
Perkara ini berlaku akibat pengaruh budaya lepak yang bukan sahaja diamalkan dalam kehdiupan harian
mereka bahkan juga telah dijadikan sebagai pegangan hidup.

Sidang majlis yang saya hormati,


Budaya lepak juga menimbulkan kes jenayah dan kes maksiat. Banyak remaja dewasa ini melepak tanpa
arah dan tujuan. Sekiranya remaja ini melakukan kerja-kerja yang berfaedah, sudah tentulah akan
menguntungkan diri mereka sendiri, masyarakat dan juga negara. Akibat melepak tanpa arah dan tujuan,
banyak remaja kita hari ini terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti menghisap dadah, , mengedarkan
dadah, , bohsia, memeras ugut, dan sebagainya. Rokok sudah menjadi simbol kedewasaan golongan ini.
Namun rokok juga membawa kepada ketagihan dadah. Gadis remaja pula sanggup menggadaikan maruah
diri. Mereka begitu mudah dibawa oleh kenalan baru sungguhpun tidak mengenali latar belakang teman baru
dengan mendalam. Oleh itu, terjadilah kes-kes hamil tanpa nikah, pembuangan bayi dan sebagainya.
Ketenteraman masyarakat kita semakin terancam oleh kes-kes ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Lepak juga merupakan kegiatan negatif yang membebankan keluarga remaja berkenaan. Ibu bapa
bersusah payah membesarkan anak-anak mereka dengan harapan agar anak-anak mereka menjadi manusia
yang berguna pada suatu hari kelak. Dengan ini, anak-anak diharapkan dapat meringankan bebang orang tua
mereka. Diharapkan juga anak itu dapat menanggung kehidupan orang tuanya kelak. Malangnya yang dapat
kita saksikan ialah golongan ini menyebabkan ibu bapa risau akan mereka. Ibu bapa hampa dan kecewa
apabila mendapati naka-anak mereka runtuh akhlaknya.
Budaya lepak ini juga turut membebankan kerajaan. Operasi membanteras bohsia dan lepak
menyebabkan pembaziran masa, tenaga dan wang pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan sebagainya. Kerajaan juga membelanjaakan jutaan ringgit untuk melancarkan Program
Rakan Muda untuk membendung kegiatan ini. Alangkah baiknya sekiranya peruntukan ini disalurkan untuk
tujuan lain daripada membazirkan wang untuk menangani gejala sosial ini. Lihat sahaja di sekeliling kita, baik
di tapak pembinaan mahupun di ladang-ladang,. pekerja di situ kebanyakannnya terdiri daripada warga asing.
Kemasukan pekerja asing ini menimbulkan pelbgai gejala sosial dan ekonomi. Tanpa budaya lepak, diyakini
kekurangan tenaga buruh sedikit sebanyak dapat diatasi.

Sidang hadirin sekalian,


Berdasarkan penerangan yang telah saya berikan tadi, jelaslah bahawa budaya lepak bersifat negatif, tidak
menguntungkan serta bertentangan dengan budaya tempatan. Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita tidak mahu
unsur negatif ini menular dalam diri anak-anak kita kerana gejala ini ibarat racun yang membunuh mangsanya
tanpa disedari. Bagi para remaja pula, budaya ini harus dikikis terus. Oleh yang demikian, langkah-langkah
tegas perlu diambil untuk menghapuskan budaya negatif ini daripada melanda masyarakat kita.

Tuan-tuan dan puan-puan, setakat ini sahaja ceramah saya untuk hari ini. Saya memohon ribuan maaf
sekiranya ada terkasar bahasa semasa saya menyampaikan ceramah tadi. Akhir kata, selamat maju jaya
kepada para belia di daerah ini. Sekian terim kasih.
Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya
oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain
lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak

ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan
kegiatan jenayah.
Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan
yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita,
dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak
belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng
sekolah kerana ingin melepak.
PUNCA-PUNCA BUDAYA MELEPAK
1) Sikap Ibu bapa
Antara punca-punca timbulnya masalah melepak ialah kurangnya kawalan, pengawasan dan perhatian ibu
bapa terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mungkin terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak
sempat untuk meluangkan masa melayan dan bermesra dengan anak- anak mereka. Keadaan ini
mengakibatkan anak-anak terasa diri mereka diabaikan. Oleh sebab itu, mereka keluar untuk melepak dengan
rakan-rakan sebaya kerana ingin mendapatkan perhatian orang ramai. Ada juga ibu bapa yang terlalu
mengharapkan anak-anak mereka dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil
perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak.
2) Keadaan Di Rumah
Selain faktor kecuaian ibu bapa, golongan remaja juga didapati suka melepak kerana berasa bosan tinggal di
rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara yang lebih
berfaedah. Mereka juga mungkin berasa bosan kerana tiada suasana yang harmoni di rumah mereka kerana
setiap ahli keluarga sibuk dengan hal masing-masing dan sering berlaku pertengkaran di rumah. Keadaan ini
akan menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk
memenuhi masa lapang mereka.
3) Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan juga memainkan peranan penting terhadap penularan gejala lepak di kalangan remaja. Remaja mudah
terpengaruh dengan hasutan dan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Pada
awalnya mereka menjadikan melepak sebagai perkara suka-suka untuk memenuhi kemahuan rakan tetapi
apabila mereka merasakan keseronokan, lama-kelamaan ia menjadi satu tabiat yang sukar untuk dikikis.
4) Persekitaran sosial
Ia juga merupakan satu faktor yang amat penting dalam pertumbuhan gejala lepak yang semakin berleluasa
ini. Remaja yang tinggal di bandar lebih ramai melepak berbanding dengan remaja yang tinggal di luar bandar.
Fenomena ini disebabkan di bandar tersedia pusat membeli-belah, video game atau snuker dan sebagainya
yang menjadi pemangkin penting dalam perkembangan remaja melepak.
5) Tekanan Hidup
Remaja memilih melepak sebagai satu escapism atau cara untuk lari daripada tekanan hidup seharian. Antara
golongan remaja yang melepak terdiri daripada kalangan remaja yang sedang belajar atau sudah bekerja.
Mereka menghadapi tekanan semasa belajar dan tekanan di tempat kerja kerana terpaksa menanggung
bebanan pelajaran dan pekerjaan yang teralu banyak. Justeru itu, bagi meghilangkan tekanan hidup, mereka
mencari tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai, menyeronokkan dan selesa serta banyak kemudahan
sebagai tempat lepak.
KESAN-KESAN BUDAYA LEPAK
Antara kesan masalah melepak yang paling ketara ialah memburukkan imej negara. Keadaan ini berlaku
kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat
di negara kita dan akan menceritakan keadaan ini apabila mereka pulang ke negara mereka. Selain itu, para

pelancong akan berasa terganggu dengan suasana yang amat tidak menyenangkan ini. Mereka pasti akan
membuat tanggapan bahawa negara kita sudah hilang budaya ketimuran dan kini sedang menuju ke era
keruntuhan moral.
Tabiat melepak juga boleh menyebabkan seseorang itu terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk
seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan
sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya akan turut merancang
untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan thrill atau keseronokan.
Gejala merokok merupakan isu yang hangat diperkatakan sejak sekian lama. Pelbagai usaha telah diambil
oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini namun masih sukar diatasi. Nyatakan punca-punca yang
menyebabkan remaja terlibat dalam gejala ini.

Merokok merupakan isu global yang sering dibincangkan di mana-mana sahaja baik di barat atau di timur.
Walaupun telah banyak artikel yang disiarkan mengenai kesan-kesan merokok namun remaja masih lagi
meneruskan tabiat buruk mereka ini. Pihak kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi
masalah ini tetapi semuanya tidak menunjukkan kesan positif ibarat mencurah air kedaun keladi. Jika dikaji
dengan teliti terdapat banyak punca yang menyebabkan remaja merokok.
Antara punca yang menyebabkan remaja merokok ialah naluri ingin mencuba sesuatu yang baru tanpa
mengira kesannya. Mereka merasakan tak kenal maka tak cinta. Dengan yang demikian mereka akan mula
berjinak-jinak dengan rokok dari sebatang menjadi dua, tiga dan seterusnya menjadi satu kotak dan akhirnya
menjadi amalan akibat ketagih. Mereka juga melakukan perkara itu untuk kelihatan lebih matang di mata
kumpulan mereka dan teman wanita mereka. Mereka juga berbuat demikian untuk terus bertahan dalam
sesebuah kumpulan dan tidak tersisih daripada rakan sebayanya.
Pengaruh rakan sebaya juga dikatakan sebagai punca remaja merokok. Mereka akan sedaya upaya
mendapat perhatian daripada rakan-rakan sebaya mereka atau ahli-ahli dalam kumpulan mereka. Untuk tetap
bertahan, maka mereka terpaksa melakukan sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kumpulan itu. Merokok
sebagai satu kelaziman menjadi tabiat bagi mereka setelah sekian lama melakukannya seperti kata pepatah
alah bisa tegal biasa. Dengan berbuat demikian mereka akan tetap dianggap sebagai ahli kumpulan yang
setia.
Sementara itu faktor keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam gejala ini. Faktor ini jarang
disedari namun ia meresap dalam jiwa remaja secara perlahan yang mana akhirnya membawa kepada
kelaziman. Ramai penjaga atau ibu bapa yang merokok di khalayak anak-anak mereka, tanpa menyedari
bahawa perbuatan mereka itu menjadi perhatian dan tumpuan anak-anak yang masih remaja. Perbuatan ibu
bapa yang menjadi ketua dan kepala keluarga sering menjadi ikutan dan teladan kerana mereka adalah 'role
model' atau contoh bagi anak-anak. Keadaan ini sesuai digambarkan dengan peribahasa bapa borek anak
rintik. Dengan yang demikian tabiat merokok sudah pasti lambat laun akan menjadi ikutan mereka.
Iklan juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap golongan remaja. Setiap iklan rokok yang ditayangkan
lengkap dengan tarikannya seperti memasukkan bintang atau pelakon yang popular, di samping
menggunakan model-model wanita yang cantik sambil menggoda lelaki. Perkara seumpama ini walaupun kecil
sifatnya tetapi kesannya amat mendalam dalam jiwa remaja. Perbuatan ponteng sekolah merupakan salah
laku yang serius oleh pelajar. Terdapat pelbagai faktor yang menarik mereka untuk terjerumus dalam gejala ini.
Gejala ini mendapat perhatian pihak media, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, dan sebagainya.
Malah, pihak polis turut turUn padang bagi membantu pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang ponteng
sekolah.

Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah ialah tiada motivasi diri. Selain itu, pelajar
terbabit kurang mengambil berat akan kepentingan pelajaran. Mereka malas dan bosan untuk bersekolah dan
menganggap persekolahan sebagai bebanan dan bukannya tanggungjawab. Dalam pada itu, golongan pelajar
ini akan berusaha untuk mendapatkan geng yang akan ponteng bersama-sama dengannya. Mereka akan
cuba memujuk rakan-rakan yang lain dengan pelbagai cara dan kaedah pujukan. Bagi pelajar yang goyah
pendiriannya, dia akan mudah terpengaruh dengan ajakan tersebut.

Selain itu, ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah anak-anak mereka.
Hal ini demikian kerana terdapat ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak
mereka. Kesibukan bekerja telah mengekang masa ibu bapa untuk bersama anak-anak. Kesempatan ini
diambil oleh anak-anak untuk ponteng sekolah tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa mereka.

Di samping itu, sikap guru-guru dikatakan juga sebagai antara punca pelajar ponteng sekolah. Guru-guru yang
mengajar secara sambilewa tanpa menitikberatkan kefahaman pelajar menyebabkan sesetengah pelajar tidak
tertarik pada pelajaran yang disampaikan. Mereka berasa bosan dengan apa yang disampaikan oleh guru.
Maka, ponteng sekolahlah tindakan yang diambil oleh mereka.

Kini, gejala ponteng sekolah menjadi masalah yang mencabar kewibawaan sekolah. Di pihak pelajar pula,
mereka seolah-olah menempah kegagalan dalam persekolahan dan masa depan mereka dengan melibatkan
diri dalam gejala ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, semua pihak bertanggungjawab untuk mencari
jalan keluar bagi megatasi masalah ponteng sekolah ini.

ebas.Tambahan pula,dalam era serba moden ini pergaulan para remaja semakin tidak terbatas.Mereka bebas
berbuat apa sahaja tanpa memikirkan masyarakat sekeliling.Pergaulan bebas dapat didefinisikan sebagai
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tanpa batasan.Namun begitu,pada masa
ini pergaulan bebas tidak terbatas antara lelaki dan perempuan sahaja malah perhubungan antara lelaki
dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan juga boleh mengundang terjadinya masalah sosial dalam
masyarakat masa ini.Terdapat banyak faktor yang mendorong remaja ini terlibat dengan masalah sosial.
Pergaulan Bebas

Kurang didikan agama dan moral yang mantap akan menjadikan daya pertimbangan golongan remaja tidak
waras lalu gagal dalam membezakan yang mana intan dan yang mana satu kaca serta hitam putih sesuatu
yang ada dalam dunia ini.Pada zaman ini,terdapat ramai ibu bapa yang kurang menerapkan nilai-nilai agama
dalam diri anak-anak mereka.Terdapat segelintir ibu bapa masa ini lebih mementingkan ilmu duniawi
berbanding ilmu ukhrawi.Mereka sanggup menghabiskan wang beratus-ratus ringgit dalam masa sebulan bagi
memastikan anak-anak dapat mengikuti tuisyen yang terbaik.Namun begitu,terdapat juga ibu bapa yang telah
menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama tetapi anak-anak ini berubah pergaulan mereka sebaik sahaja
melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.Mengapakah hal ini berlaku?Hal ini adalah kerana para
remaja ini tidak berusaha menerapkan nilai-nilai agama yang telah dipelajari dalam diri masing-masing.
Hal ini menyebabkan mereka mudah sahaja terlibat dengan pergaulan bebas.
Faktor lain yang menyebabkan remaja masa ini terlibat dengan pergaulan bebas ialah kesibukan ibu bapa
bekerja.Ibu bapa pada zaman ini ramai yang bekerja dan terlibat dengan perniagaan-perniagaan besar
sehingga ada yang terpaksa bekerja di luar negara.Kesibukan ibu bapa ini telah menyebabkan anak-anak
terbiar dan mereka akan berasa bosan dan sunyi apabila berada di rumah.Oleh hal yang demikian,anak-anak
ini keluar mencari teman-teman yang boleh mengubat kesunyian mereka.Oleh itu,tidak hairanlah anak-anak

masa ini lebih rapat dengan kawan-kawan mereka berbanding ibu bapa sendiri.Bagi mereka,teman-teman
lebih memahami mereka dan akan membantu sekiranya mereka mempunyai masalah berbanding ibu bapa
yang terlalu sibuk bekerja.Hal ini telah menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang daripada ibu
bapa sendiri.

Di samping itu,terdapat juga faktor lain yang menyebabkan para remaja ini terlibat dengan pergaulan
bebas.Kemajuan teknologi pada zaman ini telah memudahkan masyarakat umumnya menonton pelbagai
genre cerita yang ditayangkan di pawagam,televisyen mahu pun internet.Kebanyakan filem dan drama yang
ditayangkan memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tiada batasnya terutamanya
filem-filem dari negara barat.Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan malah turut memaparkan pelakon yang tidak mematuhi etika berpakaian.Filem-filem dan drama
seperti ini turut diterbitkan oleh pengarah-pengarah Malaysia.Filem-filem yang memaparkan kisah bohsia,mat
rempit dan sebagainya banyak mempengaruhi remaja masa ini untuk terlibat dalam pergaulan bebas.Sayang
seribu kali sayang,remaja yang merupakan pelopor yang bakal memegang pucuk kepimpinan negara dan
diharapkan akan menerajui negara kita ke ambang kemajuan masih tersadai di lembah petaka sosial.

Terdapat pelbagai kesan yang akan timbul ekoran daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
ini.Antara kesan yang paling dibimbangi ialah terjadinya seks bebas dan penzinaan antara golongan ini.Akibat
daripada penzinaan ini,lahirlah anak-anak luar nikah yang tidak berdosa.Perkara yang paling menyayat hati
adalah apabila terpampangnya berita berkaitan pembuangan bayi yang semakin berleluasa di dada-dada
akhbar dan di kaca televisyen.Hal ini berlaku berkemungkinan akibat perasaan malu atau tiada rasa belas
kasihan dan tanggungjawab ibu bapa bayi berkenaan.Baru-baru ini,seorang bayi perempuan telah ditemui di
tempat menunggu bas berdekatan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.Namun begitu,terdapat banyak lagi
kes pembuangan bayi yang lebih menyayat hati seperti bayi dibuang di dalam lubang tandas,mayat bayi
digonggong anjing dan sebagainya.

Antara impak negatif lain yang akan timbul akibat daripada pergaulan bebas ini ialah keruntuhan akhlak dalam
kalangan remaja.Akibat daripada pergaulan anak-anak yang terlalu bebas,mereka mudah sahaja berkawan
dengan individu-individu yang tidak dikenali.Para remaja masa ini amat terdedah kepada kumpulan-kumpulan
yang tidak baik seperti kumpulan 'mat rempit',gangster dan sebagainya.Hal ini menyebabkan golongan remaja
ini berubah sikap dan kelakuan mereka.Terdapat ramai remaja yang terlibat dengan kumpulan yang tidak
berfaedah ini sudah berani melawan kata ibu bapa mereka terutamanya apabila ditegur.Mereka akan
memberontak dan memarahi ibu bapa sekiranya kemahuan mereka tidak dituruti.Malah, tidak kurang juga ada
anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa sendiri untuk keperluan yang tidak berfaedah.Dalam
konteks yang sama,ubun-ubun remaja yang masih lembik menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh
rakan yang runtuh akhlak sehingga mereka gagal dalam membezakan dosa dan pahala ketika melakukan
sesuatu.

Masalah pergaulan bebas ini dapat diatasi sekiranya langkah-langkah yang proaktif dilakukan.Ibu bapa
perlulah meluangkan lebih masa bersama dengan anak-anak.Hal ini demikian adalah untuk memastikan anakanak tidak meluangkan masa yang terlalu banyak bersama rakan-rakan mereka.Oleh hal yang demikian,ibu
bapa akan lebih rapat dengan anak-anak dan dapat berkongsi masalah yang mereka hadapi.Golongan remaja
yang dalam belasan tahun ini memang dahagakan kasih sayang yang manis daripada orang tersayangnya.Di
samping itu,cara ini juga akan membuatkan anak-anak akan kurang berpeleseran dengan kawan-kawan yang

hanya akan membuang masa mereka.Selain itu,melalui hubungan rapat ini ibu bapa mudah mengenali
dengan lebih dekat kelakuan dan sikap rakan anak-anak mereka.Hal ini boleh mengelakkan anak-anak
daripada berteman dengan individu-individu yang terlibat dengan masalah sosial.

Demi melahirkan golongan remaja yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, didikan agama yang
sempurna tidak harus dipandang enteng dan harus disemai sejak kecil.Hal ini kerana golongan tersebut ibarat
seperti pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara.Dalam menerapkan nilai-nilai agama dalam diri anakanak,golongan ibu bapa seharusnya menampilkan gerak-geri dan menjadi idola yang positif kepada anak-anak
yang masih dalam usia setahun jagung.Allah ada berfirman yang bermaksud "anak-anak yang dilahirkan
umpama kain putih,terpulang kepada ibu bapanya untuk mencorak mereka sama ada menjadi Yahudi,Kristian
atau Nasrani."Berdasarkan firman ini,jelaslah bahawa didikan agama amat penting.Melalui didikan agama
yang telah diterapkan,anak-akan menjaga batas pergaulan mereka bersama teman-teman.Melalui ajaran
Islam juga,perkara mungkar seperti penzinaan,kes buang bayi dan sebagainya dapat dielakkan.Allah telah
berfirman,"Dan janganlah kamu menghampiri zina,sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan jalan
yang jahat."(Surah al-Isra'-17:32)

Kesimpulannya,pergaulan bebas dalam kalangan remaja kini banyak memberi keburukan berbanding
kebaikan.Sebenarnya,usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh
direalisasikan seandainya ada pengemblengan tenaga dalam kalangan ahli masyarakat.Oleh hal yang
demikian,semua pihak terutamanya ibu bapa,sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil inisiatif yang
sesuai bagi mengatasi masalah ini.Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada
terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka
Gejala lumba haram terus berlaku terutama di bandar besar.
Huraikan punca-punca gejala ini terus berlaku.
Gejala lumba haram atau lebih dikenali dengan istilah mat rempit telah menjadi satu isu yang begitu
memeningkan semua pihak. Pihak kerajaan berusaha mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan
pelbagai tindakan tetapi masih gagal. Begitu juga dengan pihak masyarakat terutamanya ibu bapa yang turut
berusaha menghalang anak-anak mereka terjerumus ke lembah hina ini hanya melihat kegagalan sahaja.
Media massa dengan keupayaan mereka menyiarkan pelbagai program kesedaran turut menemukan jalan
buntu dalam kemelut ini. Oleh itu, punca-punca yang menyebabkan masalah ini timbul harus dikaji secara
mendalam untuk memastikan semua langkah yang diambil memang memberi kesan yang positif.
Sebenarnya masalah ini tercetus kerana kegagalan pihak ibu bapa melaksanakan tugas mereka dengan
berkesan. Maknanya, ibu bapa tidak berupaya mendidik anak mereka supaya menyedari bahawa lumba
haram merupakan aktiviti yang salah di sisi undang-undang. Kegagalan ibu bapa ini mungkin berkaitan
dengan ketidakupayaan mereka untuk menjadi ibu bapa atau tidak memahami keperluan emosi anak mereka.
Lantaran itu, anak mereka beralih ke arah lumba haram sebagai satu cara untuk memenuhi keperuan emosi
mereka sebagai manusia yang perlu disayangi dan difahami perasaannya.
Untuk menyalahkan ibu bapa seratus peratus bukanlah satu jalan penyelesaian yang bijak kerana keadaan
dunia yang serba moden terutama era globalisasi ini turut menjadikan masalah lumba haram ini mudah
merebak. Penyiaran program barat terutama akiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam
naluri remaja di negara ini. Kehidupan yang serba moden mendedahkan remaja kita dengan pelbagai dugaan
nafsu yang sukar untuk ditolak terutama kenikmatan lumba haram. Jelaslah, lumba haram bertambah ekoran
bertambah modennya kkehidupan di negara ini terutama di bandar-bandar kosmopolitan.
Selain itu, kegagalan pihak kerajaan turut ketara terutama dalam menyediakan suasana kehidupan yang lebih
ceria kepada remaja. Ketiadaan tempat untuk remaja meluangkan masa dengan berkesan turut menjadi faktor

penentu merebaknya masalah ini. Begitu juga dengan kegagalan kerajaan untuk menyediakan peluang kerja
yang cukup membawa ramai remaja beralih ke arah lumba haram untuk memenuhi masa mereka. Oleh itu,
kerajaan turut memikul kesalahan atas munculnya gejala negatif ini.
Sikap masyarakat yang tidak prihatin menjadikan masalah ini berleluasa. Kita tidak menganggap masalah ini
masalah sendiri selagi tidak ada ahli keluarga yang terbabit sehingga tidak mahu membuat laporan jika melihat
aktiviti umba haram di kawasan mereka. Keadaan ini telah menyebabkan pihak polis sukar untuk menahan
mereka yang terbabit dalam aktiviti negatif ini kerana tiadanya kerjasama masyarakat untuk menjadi mata dan
telinga pihak berkuasa. Jelaslah, sikap masyarakat yang bagai pucuk melepaskan duri masing-masing
menjadikan kemelut sosial ini berlanjutan sehingga sukar untuk dikawal sekarang.
Konlusinya, masalah lumba haram harus dibanteras segera menerusi kerjasama semua pihak. Remaja juga
harus memiliki jati diri yang kukuh supaya tidak mudah terpedaya untuk menyertai aktiviti lumba haram ini.
Mereka harus memikirkan pendidikan, kerjaya dan masa depan mereka daripada memikirkan keseronokan
sementara sahaja. Mungkin remaja harus merenung diri mereka sekarang. Apakah yang mereka mahukan
dalam hidup ini?

Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal
insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. "Berikan saya sepuluh
orang remaja, nescaya akan saya gegarkan dunia ini, begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan
oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja
sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan. (I) Malangnya, dalam proses
menongkah arus globalisasi yang pantas bergerak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja
semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satu masalah sosial yang kian merebak dalam kalangan
remaja ialah gejala gengsterisme. Gengsterisme atau samseng dapat ditakrifkan sebagai perlakuan ganas
yang mencederakan fizikal dan menjejaskan emosi serta mental seseorang seperti memukul, membuli,
mengugut dan sebagainya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes gengsterisme juvana telah
meningkat sebanyak 11 kes pada tahun 2013 berbanding pada tahun 2012. Peningkatan ini menyukarkan
usaha negara untuk mencapai impian menjadi negara kelas pertama. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaan
mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan kemelut sosial ini tetapi usaha ini hanya
sepertimelukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (A) Tak tumbuh tak
melata, tak sungguh orang tak kata, jadi sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita
haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin
masakan pokok bergoyang.

(I) Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang
teguh. (M) Kebanyakan remaja pada hari ini mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan
zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf globalisasi ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu
bapa pada hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi
kerana ibu bapa pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding
dengan pendidikan akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Sikap ini
menunjukkan bahawa terdapat ibu bapa yang semakin alpa akan tanggungjawab hakiki mereka dalam
membesar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka yang diumpamakan sehelai kain putih dan ibu
bapalah yang akan mencorakkan tingkah laku anakanak sama ada seindah warna pelangi atau semalap
masa hadapannya. (BA) Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini maka tidak hairanlah anakanak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada setiap muslim walaupun solat itu tiang agama
yang dapat mencegah kemungkaran. Mereka beranggapan bahawa amalan ini membuang masa dan tidak
membantu mereka untuk mencapai kejayaan duniawi. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja pada hari ini lebih
bertuhankan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata seperti melibatkan diri dalam Black
Metal. (K)Jika situasi ini berterusan sudah pasti keharmonian masyarakat dan negara kita akan
terjejas. Memetik kata-kata seorang tokoh cendekiawan, Petanda runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat
dilihat apabila bangsa tersebut mencintai hiburan. Keimanan remaja yang senipis kulit
bawang menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing ibarat kapal tanpa nakhoda lantaran mereka
tidak dapat membezakan dosa dan pahala lalu mereka akan bertindak untuk menyakiti dan mengasari individu
lain demi kepentingan dan keseronokan diri sendiri. (P) Tegasnya, didikan agama yang tidak mantap mampu
mendorong kepada penularan gejala gengsterime di negara ini.

(I) Selain itu, kegoyahan institusi kekeluargaan juga menjadi pemangkin kepada gejala gengsterime
yang melanda di nusa tercinta kita ini. (M) Institusi keluarga porak-peranda disebabkan oleh tiada lagi
persefahaman antara pasangan suami isteri. Sekiranya tiada persefahaman antara mereka sudah pasti bibitbibit kasih sayang yang dipupuk selama ini hilang sebagai akibat daripada sikap mementingkan diri sendiri
tanpa memikirkan impak yang bakal mengganggui kehidupan anak-anak pada hari mendatang. (BA) Oleh itu,
kes penderaan, pertengkaran dan perceraian semakin meningkat bagai bangkai gajah yang tidak dapat
ditutupi dengan nyirunya lagi. Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kadar
perceraian pasangan suami isteri Islam di Malaysia berlaku sekali dalam tempoh masa 15 minit.
Keluarga yang porak-peranda akan lalai untuk memberikan kasih sayang mereka kepada anak-anak remaja
yang sentiasa memerlukan belaian dan perhatian daripada ibu bapa mereka. (K) Keadaan ini

membimbangkan kerana akan menjejaskan perkembangan remaja dan pembentukan personaliti remaja.
Maka tidak hairanlah apabila remaja sanggup terlibat dalam gejala samseng untuk menarik perhatian dan
mendapatkan sekelumit kasih sayang daripada ibu bapa mereka yang semakin alpa dalam memikul
tanggungjawab hakiki mereka. Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan bahawa 50 peratus remaja
yang terlibat dalam gejala negatif terdiri daripada remaja yang mempunyai konflik keluarga. (P)Izharlah
bahawa kegoyahan institusi kekeluargaan turut mencetuskan fenomena gengsterisme remaja yang ingin
melepaskan kemarahan mereka kepada individu yang lain bak kata peribahasa Melayu, orang lain makan
nangka, orang lain terkena getahnya.

(I) Jika kita kaji dari dimensi yang lain, pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara faktor gejala
gengsterime semakin menular dan kian serius bagai duri dalam daging di negara kita pada hari ini. (M) Hal
ini dikatakan demikian kerana remaja pada hari ini lebih mempercayai rakan sebaya daripada ibu bapa dan
guru-guru mereka. Tindakan remaja yang sanggup menuruti kata-kata kawannya tanpa memikirkan risiko
dapat diumpamakan seperti kerbau dicucuk hidung. Bukan itu sahaja, kebanyakan remaja tidak ingin
dipulaukan atau disisihkan oleh ahli kumpulan sekiranya enggan menuruti perlakuan dan kata-kata
mereka.Menurut Thrasher yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan
bahawa pada peringkat awal remaja, golongan ini berkemampuan untuk mewujudkan geng atau
persatuan. Remaja yang masih berbau pucuk jerengau ini sanggup mengkhianati kepercayaan ibu bapa
dan guru mereka daripada mengkhianati kumpulan mereka. (BA) Sebagai contohnya, 8 orang pelajar
tingkatan 5 dari Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) telah mengugut guru asrama dengan menggunakan
parang. Kumpulan pelajar ini sanggup bertindak demi melepaskan kemarahan dan berseronok-seronok tanpa
memikirkan impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. (K) Ekoran sikap remaja yang tersalah memilih rakan
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif seperti gengsterisme. Hal ini dapat
dikaitkan dengan petikan sebahagian daripada hadis nabi yang bermaksud, Jika berkawan dengan tukang
besi maka percikan api akan terkena pada tubuhmu. (P) Pendek kata, pengaruh dan tekanan daripada
rakan sebaya turut mejadi penyebab kepada kemelut gengsterime semakin sukar ditangani.

(I) Dalam konteks yang sama, punca yang lain ialah pengaruh media yang berteknologi tinggi.
(M) Pada alaf modenisasi dan globalisasi ini, pertambahan bilangan dan jenis media berteknologi tinggi seperti
rangkaian televisyen dan internet semakin pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan
media berteknologi ini kebanyakannya dikuasai oleh golongan remaja yang masih mentah. Kajian
melaporkan bahawa 80 peratus anak-anak melayari Internet. Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk
mencapai status negara maju, rakyat sesebuah negara itu perlu memajukan diri dengan perkembangan
semasa seiring dengan kehendak pasaran dunia. Malangnya, kemajuan yang dikecapi pada hari ini turut
merosakkan pemikiran dan akhlak remaja di negara kita. (BA) Terdapat banyak media berteknologi tinggi yang
mendedahkan pelbagai budaya luar dan aksi-aksi ganas yang mampu menjahanamkan peribadi dan sahsiah
remaja yang masih berumur setahun jagung. Sebagai contoh, filem Buli, Gengster, KL Menjerit dan
rancangan WWE Smack Down telah membudayakan amalan samseng dalam kalangan remaja yang masih
hijau. Penerbitan filem dan rancangan yang berunsurkan keganasan yang sememangnya bertentangan
dengan norma-norma kehidupan manusia ini disebabkan oleh sikap penerbit yang bersikap materialistik dan
ingin mengautkan keuntungan peribadi daripada mengutamakan kepentingan sejagat. Sikap manusia yang
mementingkan diri sendiri ini dapat diumpamakan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masingmasing. (K) Kesannya, remaja akan meniru dan mengikuti aksi-aksi yang ditontoni tanpa memikirkan kesan
atas tindakan mereka. Mereka yang sentiasa didorongan oleh semangat inkuiri akan melakukan gengsterisme
terhadap orang lain seperti memukul dan mengugut untuk melihat keberkesanan rancangan yang ditontoni
oleh mereka. (P) Ringkasnya bahawa pengaruh negatif yang dibawa oleh media berteknologi tinggi juga
menjadi pemangkin kepada kemelut sosial ini kepada ibu pertiwi kita.

(I) Dari perspektif yang berbeza pula, peraturan sekolah yang lemah turut menyebabkan masalah
gengsterisme dalam kalangan remaja kian bermaharajalela dan merebak dengan pantas bagaikan virus
epidermik. (M) Keadaan ini terjadi apabila terdapat sesetengah pihak sekolah pada hari ini lebih
mementingkan pencapaian akademik dan lebih berorientasikan peperiksaan. Bagi mereka, pencapaian
kecemerlangan pelajar dari aspek akademik menjadi kayu pengukur kepada prestasi kecemerlangan sekolah.
Sekiranya hal ini terjadi sudah pasti pihak sekolah akan hilang fokus untuk menangani kes-kes pelajar sekolah
dan tidak menganalisis kesalahan pelajar yang dilaporkan seperti kes gengsterisme dan buli yang kian hari
kian bernanah di persekitaran sekolah. Pihak sekolah juga tidak mengenakan peraturan dan hukuman yang
tegas kepada pelajar-pelajar yang melakukan keganasan pelajar lain dan sikap pihak sekolah ini dapat
diumpamakan seperti singa yang hilang taringnya. (BA) Sebagai misalannya, lebih kurang 20 orang
pelajar di Sekolah Menengah St. David, Bukit Baru, Melaka bergaduh di kantin sekolah dan memukul
sesama sendiri menggunakan kerusi. Kejadian ini membuktikan bahawa kumpulan pelajar ini memantang
enteng dan tidak gerun dengan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. (K) Sehubungan dengan itu,
impian Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang holistik akan terkubur sekiranya gejala
gengsterisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja yang rata-ratanya merupakan pelajar sekolah.
Bukan itu sahaja, kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah untuk melahirkan modal insan yang berkualiti
turut akan terjejas. (P) Jadi, ketidaktegasan peraturan dan sikap pihak sekolah juga antara punca yang
menyebabkan gejala samseng dalam kalangan remaja semakin sukar diatasi.

(K) Secara analoginya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak punca yang
menjadi pemangkin kepada penularan gejala gengsterisme dalam kalangan remaja di negara kita. Jika
kemelut sosial yang melanda remaja di negara kita ini tidak dapat dihapuskan, remaja yang merupakan
jentera penggerak kemajuan negara tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing
untuk memacu pembangunan negara. Dengan ini, segala aspirasi negara hanya sekadar omongan kosong
semata-mata dan akan menjadi angan-angan Mat Jenin. (CDGN) Jadi, remaja kita perlu terjaga daripada
lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri
sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Akta Pencegahan Jenayah dan Akta Juvana
juga perlu dikaji dan diubah suai selaras dengan zaman globalisasi. Namun begitu, tindakan mengharapkan
satu pihak untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan status haruslah mengorak
langkah untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini sehingga noktah
terakhir. (HRPN) Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan.Secara implisitnya, negara kita dapat berdiri gah
di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej
negara juga akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas
pertama kerana ketinggian akhlaknya.Ahli filsuf Tao pernah menukilkan bahawa jika mahu hidup setahun
tanamlah gandum, jika mahu hidup sepuluh tahun tanamlah pokok dan jika mahu hidup selamalamanya tanamlah jiwa manusia.Jadi, marilah kita bersamasama untuk menanam jiwa remaja dengan peribadi yang murni. Biarlah pepohon terusbergoyang, biarlah mata
hari terus bersinar dan biarlah masa depan mutiara negara yang berharga ini terus terpeliharademi kebaikan b
ersama.

Anda mungkin juga menyukai