Anda di halaman 1dari 4

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan
Pada abad ke-21 ini, ICT (Information and Communication Technologies) telah menjadi
semakin popular. Di Malaysia, ICT dikenali sebagai TIK (Teknologi Informasi dan Maklumat).
ICT ini semakin berkembang pesat dari hari ke hari. Menurut Bae Young (2006), kemudahan
yang disediakan oleh ICT secara drastiknya telah mempengaruhi gaya hidup masyarakat.
Masyarakat telah menggunakan kemudahan internet dalam pelbagai aktiviti harian seperti
membeli-belah, menempah tiket, menghantar surat, mengajar, belajar dan lain-lain. Selain itu,
kemudahan yang disediakan oleh ICT adalah sangat luas iaitu meliputi maklumat, perhubungan,
perniagaan, pendidikan, hiburan dan banyak lagi. Setelah kewujudan ICT, banyak perkara telah
menjadi mudah, cepat dan jimat.
Dalam bidang pendidikan, ICT mempengaruhi bidang pendidikan. Sistem pendidikan
pada masa kini adalah berasaskan multimedia iaitu teknologi yang melibatkan teks, gambar,
suara dan video. Ini secara tidak langsung mewujudkan proses pembelajaran yang seronok.
Selain daripada itu, proses perkongian maklumat dan pengetahuan telah menjadi amat mudah
melalui kemudahan jalur lebar. Dengan hanya menggunakan peralatan ICT seperti komputer,
smartphone dan tablet, kita dapat mengakses pelbagai maklumat dan pengetahuan dari dunia
sejagat. Menyedari keperluan membentuk sistem pendidikan yang sesuai dengan generasi abad
ke-21, Kerajaan Malaysia telah melakukan transformasi pendidikan yang menekankan
kemahiran literasi ICT. Pembelajaran abad ke-21 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia
merupakan satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) untuk
modal insan yang kompetan selaras dengan perkembangan zaman.

1.2 Latar Belakang Masalah


1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
i.

Kajian ini dijalankan untuk:

ii.

Mengenalpasti corak penggunaan internet dalam kalangan remaja.

iii.

Mengenalpasti tahap kemahiran maklumat dan komunikasi golongan remaja.

iv.

Mengenalpasti tahap berfikir dan menyelesaikan masalah golongan remaja.

v.

Mengenalpasti tahap interpersonal dan arah kendiri golongan remaja.

1.6 Persoalan Kajian


i.

Adakah corak penggunaan internet dalam kalangan remaja mempengaruhi tahap


kemahiran maklumat dan komunikasi mereka?

ii.

Adakah corak penggunaan internet dalam kalangan remaja mempengaruhi tahap


kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah mereka?

iii.

Adakah corak penggunaan internet dalam kalangan remaja mempengaruhi tahap


kemahiran interpersonal dan arah kendiri mereka?

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini adalah penting kerana ia membekalkan gambaran tentang corak penggunaan
internet dalam kalangan remaja. Dengan ini kencenderungan golongan remaja menggunakan
internet untuk tujuan positif dan negatif dapat dikenalapasti. Selain itu, hubungan pelbagai tahap
kemahiran pembelajaran abad ke-21 golongan remaja dengan corak penggunaan internet dalam
kalangan mereka turut dapat dikenalapasti. Maka, ini membolehkan pihak kerajaan untuk
merangka dasar-dasar berkenaan ICT dalam negara untuk memandu penggunaan internet dalam
golongan remaja ke arah yang positif. Disamping itu, pihak sekolah juga dapat merancang
pendidikan berkenaan penggunaan internet kepada para pelajar. Akhirnya, maklumat-maklumat
hasil kajian akan membantu para ibu bapa untuk mengawal penggunaan internet dalam kalangan
anak-anak mereka.

1.8 Batasan Kajian


Kajian ini mempunyai batasan kerana tidak dapat melibatkan semua remaja di Kanowit,
sebaliknya cuma mewakili sebilangan daripada keseluruhan remaja di Kanowit.

1.9 Definisi Operational


Berikut merupakan definisi operational untuk istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini:
1.9.1 Maklumat
Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997) "Information can be
defined both structurally and functionally. Structurallyit is a system of encoding a message so
that it can be stored, retyrieved, manipulated and functionally it is something that alters a
person's cognitive organisation" . Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang
memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh
disimpan, dicapai dandimanipulasikan.
1.9.2 Komunikasi

Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and againmay be


viewed in terms of the structure of that structure of thatinterchange or its function in affecting
people's iunderstanding andknowledge. Information and communication are, therefor,
inextricablylinked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi bolehdirumuskan
sebagai proses penukaran maklumat (interchanginginformation).
1.9.3 Teknologi Komunikasi
Manakala teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasantelekomunikasi
yang digunakan untuk menyalur dan mengaksesmaklumat. Antara contoh perkakasan
telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf.Perkataan telekomunikasi ini pula berasal
daripada perkataan Greek ' tele'yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan
penghantaranmaklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.
1.9.4 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologimaklumat dan
teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkansebagai teknologi yang digunakan oleh
individu untuk mengumpul datadan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna,
serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik,suara, animasi
dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan
peningkatan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan.

Anda mungkin juga menyukai