Anda di halaman 1dari 22

NAMA: M R FARITH BIN ERWANDY

NO MATRIK: A13BE0050
PROGRAM: 2SBEC
SUBJEK: BUILDING SERVICES
PENSYAHRAH: DR YAHYA BIN MOHAMAD YATIM

Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah
Rajah

1 pili awam.................................................................................................. 5
2 pili swasta................................................................................................. 6
3 pili bangunan............................................................................................ 6
4 California, wet barrel hydrant...................................................................7
5 tong pili jenis kering, Kesatuan Kerja Hidraulik di Philadelphia,ca. 1850. .8
6 pili tong bulat jenis basah.......................................................................10
7 pili tong bulat jenis basah di kawasan tinggi..........................................10
8 kedudukan injap di antara paip utama dan pili bomba...........................11
9 pili berada dalam keadaan tertutup dan injap aliran di buka.................13
10 pili berada di dalam keadaan terbuka dan injap aliran ditutup..........13
11 kedudukan injap pili bawah tanah........................................................14
12 komponen-komponen wet-barrel hydrant.............................................15
13 komponen dalam pili basah..................................................................16
14 komponen-komponen dalam dry-barrel hydrant...................................17
15 ukuran pili bomba.................................................................................18
16 jenis-jenis kelas pili bangunan..............................................................19
17 pam untuk sistem pili...........................................................................20

Contents
1

PENGENALAN PENCEGAH KEBAKARAN............................................................4

KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API......................................................4

JENIS PERLINDUNGAN KEBEKARAN..................................................................4

PENGENALAN PILI............................................................................................ 5
4.1

JENIS SISTEM PILI KEBAKARAN..................................................................6

4.2

SEJARAH.................................................................................................... 7

........................................................................................................................... 8
4.3

PENGGUNAAN PILI..................................................................................... 8

4.4

FUNGSI PILI............................................................................................... 9

PENERANGAN JENIS-JENIS PILI BOMBA.............................................................9


5.1

PILI TONG BULAT JENIS BASAH (wet-barrel hydrant).................................9

5.2

PILI TONG BULAT JENIS KERING(dry-barrel hydrant)................................12

5.3

PILI BAWAH TANAH (ground hydrant)......................................................14

KOMPONEN DALAM SISTEM PILI BOMBA........................................................15


6.1.1

PILI TONG BULAT JENIS BASAH(wet-barrel hydrant)..........................15

6.1.2

PILI TONG BULAT JENIS KERING (dry-barrel hydrant)........................16

SAIZ PILI........................................................................................................ 18

KEDUDUKAN PILI........................................................................................... 18

SISTEM PILI BANGUNAN.................................................................................19


9.1

10

SISTEM PAM UNTUK PILI BANGUNAN.......................................................20


KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM PILI KEBAKARAN................................20

10.1 Kebaikan menggunakan sistem pili:........................................................20


10.2 Kelemahan menggunakan Hydrant:........................................................21
11

RUJUKAN..................................................................................................... 22

1 PENGENALAN PENCEGAH KEBAKARAN


Sistem pencegah kebakaran atau perlindungan kebakaran adalah salah satu sistem yang
diwajibkan pemasangannya pada sesebuah bangunan yang hendak dibina. Dengan adanya
sistem ini pada bangunan, ia dapat melindungi serta menyelamatkan nyawa penghuni
bangunan tersebut. Setiap pemasangan sistem pencegah kebakaran termasuklah perlindungan
kebakaran perlulah mengikut akta dan standard yang bersesuaian dengan bangunan tersebut.
Sebelum sesebuah bangunan itu boleh diduduki atau didiami, bangunan tersebut hendaklah
diperiksa terlebih dahulu oleh Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan
kelulusan (CF) yang mana bangunan tersebut selamat diduduki. Antara perlindungan
kebakaran adalah seperti pintu rintangan api. Pencegahan kebakaran adalah langkah awal
yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal
bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang
tidak boleh dikawal lagi.

2 KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API

Asas kebakaran kimia


Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu
bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk
membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau
nyalaan.

3 JENIS PERLINDUNGAN KEBEKARAN


1. Perlindungan aktif

Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada


peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada
zon/kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungan dengan sistem penggerak
kebakaran. Ia bertindak secara automatik.
Sistem pemasangan pancur (riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu pancur basah
dan kering.
System pili bomba(hyderant)
Sistem salur bantu mula(hosereel)
Sistem gas Co2
Sistem pemasangan tetap buih(foam)

2. Perlindungan pasif

Tangga perlindung
Koridor terlindung
Pintu rintangan api

Ruang akses menentang kebakaran


Lif bomba

4 PENGENALAN PILI
Pili bomba adalah langkah perlindungan kebakaran aktif, dan sumber air yang
disediakan di kebanyakan kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar dengan
perkhidmatan air perbandaran bagi membolehkan anggota bomba untuk mendapatkan
bekalan air perbandaran untuk membantu dalam memadamkan kebakaran. Pili merupakan
sistem agihan bekalan yang terakhir yang digunakan untuk mengawal dan memadam
kebakaran. Ianya mestilah direkabentuk dengan sebaik yang mungkin dan diletakkan di
tempat yang benar-benar strategik dan sesuai bertujuan untuk memenuhi keupayaan atau
potensi bagi sistem agihan. Piawaian bagi pili disediakan oleh persatuan kerja air amerika.
Tetapi di Malaysia, kita menggunakan piawaian dari persekutaan kerja air british iaitu BS
750:1997, BSCP 402,101:1952 dan Malaysia standart MS 1395:2001. Penyediaan sistem pili
bomba ini dilakukan oleh syarikat-syarikat swasta. Speksifikasi dan standart diperiksa oleh
pihak bomba untuk kelulusan operasinya.
Sistem pili bomba ini dimiliki secara swasta dan awam. Pili bomba swasta bermaksud
suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang untuk menyediakan bekalan air yang
mempunyai meter ke sesuatu permis atau coumpound bagi tujuan operasi pemadaman
kebakaran. Pili bomba awam bermaksud suatu aliran pemasangan pili bomba yang dipasang
untuk menyediakan bekalan air yang tidak bermeter bagi tujuan operasi pemadam kebakaran.

Rajah 1 pili awam

https://www.google.com.my/url?sa=i&rct

Rajah 2 pili swasta

https://www.google.com.my/url?sa=i&rct

4.1 JENIS SISTEM PILI KEBAKARAN


Berdasarkan tempat / lokasi sistem pili kebakaran dapat dibagi menjadi 3 (tiga)
macam, iaitu:
1. Sistem pili awam
2. Sistem pili swasta
3. Sistem pili bangunan atau hydrant box

Rajah 3 pili bangunan

https://www.google.com.my/url?sa=i&rct

4.2 SEJARAH

Terdapat lebih daripada 15,000 hidran kebakaran di Amerika Syarikat. Hidran berusia
kira-kira 182 tahun dan merupakan bahagian penting dari pemadam kebakaran. Hidran
pertama telah dicipta oleh George Smith (petugas pemadam kebakaran) kira-kira tahun 1817.
Beliau mencipta pili bomba selepas menyedari bahawa rumahnya, kota Manhattan telah
kehabisan air untuk membekalkan kepada semua orang. Dengan penemuan pili bomba,
Manhattan mempunyai lebih banyak air untuk bekalan minum manakala air boleh dipam ke
dalam kota dari luar sempadannya sehingga cukup melawan api. Sebelum pili bomba George
Smith, banyak sistem air yang lain telah digunakan. Sebagai contoh. sistem air paip pada
1800-an, bandar Boston menggunakan kayu dengan tiga hingga empat inci lubang di tengahtengah.
Sebuah pili bomba merupakan alat yang sangat menarik. Terdapat banyak peraturanperaturan bagi hidran. Sebuah pili bomba harus 29 inci tinggi dari tanah dan tidak boleh
mengambil lebih daripada 300 kaki ruang. Sebuah pili bomba mungkin kelihatan sederhana
di luar tetapi di bawah tanah itu sangat rumit. Ada banyak injap digunakan untuk mengawal
aliran air melalui pili bomba. Paip-paip yang luas dan injap tertutup dan dilindungi oleh topi
dan setong. Bonet adalah penutup atas pusingan pili dan laras adalah sekeping asas dari pili
bomba.. Hidran adalah salah satu cara yang tidak terbatas air yang boleh digunakan. Dapat
menyimpan air dan menjimatkan masa berharga dalam pemadam api dan juga
menyelamatkan nyawa.

Rajah 4 California,
wet barrel hydrant

https://www.google.com.my/search?hl= q=fire%20hydrant%20s

www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.firehydrant.org/pictures

Rajah 5 tong pili jenis


kering, Kesatuan Kerja
Hidraulik di
Philadelphia,ca. 1850

4.3 PENGGUNAAN PILI


Pili seharusnya sentiasa di
buka
perlahan-lahan
kerana ianya boleh menyebabkan
orang
yang
membukanya terkena pancutan air
yang
kuat
membahayakan. Pancutan air
tersebut
boleh
menyebabkan kerosakan kepada
saluran
sedutan
(suction), terutama bila ianya
tersimpul. Begitu juga
juga semasa menutupnya, ianya
haruslah di lakukan
perlahan-lahan
apabila
pili
tersebut di tutup dengan
cepat, akan berlakulah gerakan air yang pantas sehingga tekanannya menjadi besar dari
tekanan di laluan utama air dan akan menyebabkan kerosakan pada paip laluan utama.
Kerosakan akan berlaku pada bahagian yang paling lemah pada paip laluan utama. Sebelum
mengunci pili, perhatikan dahulu pili tersebut telah ditutup kemas dengan sebaiknya. Pastikan
keadaan keliling pili tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan periksa supaya tiada
kebocoran. Jika kawasan di sekeliling pili di penuh air, keringkan kawasan di sekelilingnya.
Jika masih terdapat air di sekeliling pili tersebut ianya menunjukkan terdapat kebocoran pada
pili tersebut.

4.4 FUNGSI PILI


Pili merupakan alat yang di gunakan oleh ahli bomba untuk memadam kebakaran.
Ianya direkabentuk dengan bentuk yang khas oleh pakar-pakar dari amerika dan british.
walaupun hidran kebakaran yang sering digunakan untuk tujuan lain, fungsi utama adalah
membekalkan air untuk perlindungan kebakaran. Sebarang penggunaan lain dianggap kurang
pentingn dan perlu dikawal ketat. Selain itu, Pili juga boleh digunakan untuk mencuci jalan
raya jika terdapat sebarang kekotoran seperti darah yang mengalir dan beku akibat
kemalangan, mencuci jalan raya akibat debu atau kekotoran yang di tumpahkan dan
sebagainya.

5 PENERANGAN JENIS-JENIS PILI BOMBA


5.1 PILI TONG BULAT JENIS BASAH (wet-barrel hydrant)
Penggunaan pili jenis ini dihadkan di kawasan yang hanya tidak terdapat bahaya akibat
dari musim sejuk (salji dan sebagainya). Pili jenis ini dipenuhi air pada setiap masa,
menghasilkan air yang cukup untuk digunakan bila injap pili dibuka. Pili ini pada
kebiasaannya dilengkapi dengan injap jenis mampatan(compression-type valve) pada setiap
salur keluar (outlet). Namun begitu, sesetengah model di rekabentuk dengan satu injap yang
terletak di bahagian atas, yang mana berfungsi untuk mengawal aliran keluar air di bahagian
salur keluar(outlet)
Selain itu, pili jenis ini dipanggil built-up hydrant yang mana terdiri daripada sistem
paip umum yang kebiasaannya bersaiz 4 inci bagi yang tegak, di atas sekali dengan injap
yang bersudut. Setengah build-up hydrant menggunakan paip yang bersaiz 6 inci bagi
bahagian tegak dan di lengkapi dengan salur keluar (outlet) bersaiz 2 inci. Pengeluaran pili
jenis ini bole didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Bagaimanapun, kesemua pili tersebut
beroperasi dengan cara yang sama. Pili akan diskrukan di bahagian kakinya pada lantai di
atas tanah. Bahagian kaki pili tersebut perlulah di konkrit terlebih dahulu untuk memudahkan
kerja skru. Terdapat 1 bahagian injap yang berhampiran dengan pili tersebut boleh di tutup di
bahagian utama. Hal ini menjadikan rekabentuk tersebut selamat dari kehilangan isipadu air
yang besar. Gambar rajah dibawah saiz paip sambungan di antara pili dan injap tidak kurang
dari 6 inci diameter untu kegunaan biasa dan 8 inci diameter untuk pili yang di lengkapi
degan pam. Injap diperlukan di antara saluran di tutup untuk kerja-kerja baikpulih tanpa di
tutup di bahagian utama.

Rajah 6 pili tong bulat


jenis basah

http://www.madehow.com/Volume-4/Fire-Hydrant.html

Rajah 7 pili tong


bulat jenis basah di
kawasan tinggi

http://www.firehydrant.org/info/wetbarrel.html
www.google.com.my/search?q=wet+hydrant&biw

Rajah 8 kedudukan injap di antara paip utama dan pili bomba

5.2 PILI TONG BULAT JENIS KERING(dry-barrel hydrant)


Pili jenis ini kebayakannya biasa digunakan pada masa sekarang terutamanya di
Malaysia. Pili jenis ini, injap mengawal air terletak di bawah frost line, tong bulat pili ini
akan kering kecuali bila ianya digunakan. Terdapat salur injap di bahagian dasar pili yang
mana membenarkan air lebihan di dalam tong bulat mengalir balik ke bawah selepas di
gunakan. Salur injap tersebut direkabentuk di mana ianya di tutup sedang injap utama di buka
dan terbuka bila injap utama ditutup.
Jika air tidak berada di salirkan dengan baik, ianya mungkin akan tetap berada di dalam
tong bulat itu dan menyebabkan pili tida beroperasi dengan baik. Pili tersebut mudah
mengalami kerosakan jika sistem penyaliran mengalami masalah, oleh itu perlu digantikan
dengan yang baru. Langkah awal ialah gali lubang degan saiz diameternya 2 kaki. Lubang
tersebut perlulaj di penuhi dengan batu-batu bersaiz besar dan kecil diletakkan mengelilingi
tong bulat tersebut sehingga ke paras beberapa inci.
Pada injap saliran, terdapat bola yang mana berputar di tempat kedudukannya dan ia
memudahkan air tersebut mengalir masuk ke dalam tong bulat. Bola itu berfungsi mencegah
dari air yang mengalir masuk ke dalam tong bulat dari patah balik ke bawah. Bebola tersebut
akan bergerak kembali dari kedudukannya semula apabila pili tersebut ditutup. Bebola
tersebut akan bergerak kembali dari kedudukannya, membenarka air bergerak keluar dari

tong bulat. Jika injap saliran itu terletak di bawah paras air bumi, air boleh memasuki pili dan
menyebabkan kebocoran, perkara ini perlu diingat.
Terdapat beberapa jenis bagi pili jenis kering antaranya ialah Compression hydrants
dan Toggle hydrant.

www.google.com.my/imgres?

Rajah 9 pili berada dalam


keadaan tertutup dan
injap aliran di buka

%2Fwww.strutpatent.com

imgurl=http%3A%2F

Rajah 10 pili berada di dalam


keadaan terbuka dan injap
aliran ditutup

www.gopixpic.com/444/dry-barrel-hydrant

5.3 PILI BAWAH TANAH (ground hydrant)


Terdapat 2 jenis salur keluar(outlet) dan mempunyai injap kawalan yang terletak di
bawah paras bumi (tanah) bagi pili jenis ini. Plat besi digunakan untuk menutup pili tersebut
yang terletak di dalam kotak yang dibuat daripada konkrit termasuk manhole yang berada
di bawah tanah. Perkataan pili kebakaran(fire hydrant) atau lambang H yang dibuat dengan
konkrit berbentuk empat segi tepat yang di cat dengan warna kuning dan lambang H warna
merah. Penutup tersebut mestilah kuat untuk menanggung beban lalulintas dan sebarang
beban lain.
Pili jenis ini banyak diletakkan di tempat seperti kawasan lapangan terbang, kaki lima,
(corridor) dan terdapat juga di sebelah jalanraya. Pili jenis ini tidak digunakan untuk
kegunaan biasa. Biasa terdapat di lapangan terbang, bengkel dan peralatan. Hal ini dapat
menambah kecekapan bomba untuk memadam kebakaran. Masa yang lebih di perlukan untuk
memasang hos kepada salur keluar (outlet) berbanding dengan pili jenis lain kerana
kedudukannya yang terletak di dalam kotak di bawah tanah. Selain itu, kesusahab ini akan
bertambah jika terdapat objek seperti kenderaan yang berada di atas penutup plat besi. Masa
akan banyak terbuang untuk mengalihkan objek tersebut.

Rajah 11 kedudukan injap pili bawah tanah

http://www.dutil.com/Forms/water/pics

6 KOMPONEN DALAM SISTEM PILI BOMBA


6.1.1 PILI TONG BULAT JENIS BASAH(wet-barrel hydrant)

komponen utama dari pili tong basah dikenal pasti seperti berikut:
Bahagian atas dari one piece hydrant dipanggil badan. Bagian atas dari pili
dua keping dibahagikan kepada komponen: kepala pili, yang terletak di
bahagian atas hidran, dan laras hidran. Injap utama terletak di bahagian atas pili
bomba. Manakala two-piece hydrant, injap semua boleh terletak di kepala pili
atau dibahagikan antara kepala dan bahagian-bahagian tong.

Rajah 12 komponen-komponen wet-barrel hydrant

www.gopixpic.com/275/-fire-hydrant

Injap utama terdiri dari stem dan nut digunakan untuk operasi membuka dan
menutup injap. Muka injap terbuat dari bahan yang berdaya tahan, dipanggil
washer. Sokongan yang diberikan kepada washer dengan cakera logam yang
disebut pembawa injap. Injap akan menutup terhadap seat washer yang
merupakan muka di sebelah belakang muncung pili.

Rajah 13 komponen dalam pili basah

www.gopixpic.com/275/-fire-hydrant-cover

Bahagian bawah pili disebut bahagian ditanam(bury section). Bahagian bawah


seksyen yang tertanam adalah mengubur(nury ell) lebih rendah. Itu adalah
bebibir, MJ, atau hub Fitting digunakan untuk menyambung pili ke baris sisi.
Dengan beberapa pili seksyen tertanam(bury section) terdiri daripada dua
keping, lebih rendah ditanam dan bangun dari riser. Riser biasanya bebibir oleh
seksyen bebibir digunakan untuk melaraskan ketinggian pili bomba.

6.1.2 PILI TONG BULAT JENIS KERING (dry-barrel hydrant)

Main valve- Injap utama biasanya terdiri daripada bahan berdaya tahan seperti
neoprene atau kulit. Bahan pengganti umum untuk injap utama adalah
polyurethane. Saiz pili diukur dari garis pusat di dalam kerusi injap utama. Saiz
ini disebut sebagai MVO, membuka injap utama, dan biasanya adalah di antara
4.5 inci hingga 6.5 inci. Saiz sambungan inlet tidak menentukan saiz MVO.
misalnya pada sambungan masuk 6 inci boleh dibeli dengan saiz MVO mulai
dari 4.5 inci hingga 6.5 inci. Injap utama duduk terhadap kerusi tembaga yang
dikenali sebagai tempat duduk injap utama.
Drain valve- Injap saliran juga terletak di pangkalan. Pada pili mampatan, ia
terletak hanya di atas dan di sepanjang sisi injap utama. Injap saliran
disambungkan melalui saluran untuk satu atau lebih lubang di sisi asas. Injap
saliran berkerja dengan mengeringkan pili selepas digunakan.
Lower barrel- Pada bahagian yang memanjang dari pangkal ke garis tanah,
menutup mekanisme operasi, dan pengendalian air dari dasar ke bahagian atas
hidran. Biasanya diperbuat daripada besi tuang atau besi tuang mulur
Safety flange- kebanyakan model trafik pili dirancang untuk dipecahkan pada
kesan titik antara laras lebih rendah dan bahagian muncung. Peranti ini
mungkin bebibir atau baut khas. Gandingan pecah diletakkan di atas aci yang
menghubungkan injap utama dengan nut operasi. Gandingan ini, seperti bebibir
keselamatan, dirancang untuk memecahkan pili tanpa merosakan.
Nozzle section- bahagian yang memanjang ke atas dari laras dan mengandungi
muncung saluran keluar. ia mungkin penting dengan batang atas.
Bonnet- bonet duduk di atas bahagian muncung dan menempatkan nut operasi
dan, plat pembungkusan

Rajah 14 komponen-komponen dalam dry-barrel


hydrant

http://www.dut

il.com/Forms/water/pics

7 SAIZ PILI
Saiz pili yang terdapat di Malaysia adalah mengikut BS 750:1977 dan BSCP
402,101:1952. Tingginya 1 meter (3.3 kaki), garis pusat salur keluar (outlet) ialah 2.5 inci
(63mm) dan tong bulat bergaris pusat 4 inci (101 mm). ini adalah saiz pili tong bulat jenis
kering (wet-barrel hydrants).

Rajah 15 ukuran pili bomba

http://p1.pichost.me/i/33/1563238.jpg?dl=1

8 KEDUDUKAN PILI
Cadangan bagi kedudukan pili adalah berdasarkan kepada permintaan aliran kebakaran
bagi seseuatu tempat. Pili perlulah diletakan tidak lebih 300 atau 400 kaki dari bangunan.
Mengikut spesifikasi, pili haruslah di letakkan pada setiap persilangan jalan. Pili tersebut
hendaklah diletakkan tidak lebih dari 800 kaki di kawasan Bandar dan tidak lebih dari 500
kaki jarak di antara satu sama lain di kawasan yang di penuhi bangunan. Kedudukan pili tidak
boleh kurang daripada 6 meter dari bangunan jika bangunan tersebut adalah bangunanbangunan tinggi.

9 SISTEM PILI BANGUNAN


Pili bangunan ialah pili yang terletak atau dipasang didalam bangunan dan sistem serta
peralatannya disediakan atau dipasang oleh pihak pengurus bangunan atau bangunan tersebut.
Hydrant bangunan atau biasa disebut dengan hydrant box adalah suatu sistem pencegah
kebakaran yang menggunakan bekalan air dan dipasang di dalam bangunan . Hydrant box
biasanya dipasang melekat di dinding dan menggunakan paip tegak ( stand pipe ) untuk
menyambung pada paip dalam tanah khusus kebakaran. Berdasarkan penggunaannya pili
jenis ini diklasifikasikan kedalam 3 kelompok seperti berikut:

I.

Pili Kelas I
Pili yang dilengkapi dengan hos berdiameter 2.5 " yang penggunaannya
diperuntukan secara khusus bagi pegawai Bomba atau orang yang telah terlatih.

II.

Pili Kelas II
Pili yang dilengkapi dengan hos berdiameter 1.5 " yang penggunaannya
diperuntukan bagi penghuni bangunan atau para petugas yang belum terlatih.

III.

Pili Kelas III


Pili yang dilengkapi dengan hos berdiameter gabungan antara Hidran Kelas I dan
Hidran Kelas II. Penggunaannya diperuntukan untuk semua orang berdasarkan
kesesuain ketika bencana kebakaran terjad

Rajah 16 jenis-jenis kelas pili bangunan

www.google.com.my/imgres?imgurl=http://image.slidesharecdn.com

9.1 SISTEM PAM UNTUK PILI BANGUNAN


Pam-pam yang dipasang dalam sistem pili kebakaran merupakan peranti alat yang
berfungsi untuk memindahkan air dari tab perlindungan (takungan) ke hujung pengeluaran
(paip pemancar / muncung). Pam-pam pada sistem pili ini sekurang-kurangnya terdiri atas 1
unit pam Jockey, 1 unit Pam Utama dengan sumber kuasa elektrik dan generator serta 1 unit
Pam Cadangan dengan sumber kuasa motor diesel.

Rajah 17 pam untuk sistem pili

www.macpumps.com.au/mec-serv/typical-hydrant-pump.jpg

10 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN SISTEM PILI KEBAKARAN


10.1 Kebaikan menggunakan sistem pili:

Mudah didapati dalam jumlah banyak.


Mudah diangkut dan dialirkan.
Daya serap terhadap panas besar.
Daya mengembang menjadi wap besar

10.2 Kelemahan menggunakan Hydrant:

Tidak boleh untuk kebakaran elektrik.


Untuk kebakaran minyak harus dengan cara semburan dan teknik yang betul.

11 RUJUKAN
Buku:

a) Fred Hall & Roger Greeno,(fourth edition, 2007), Building Services, Hand Book,
incorporating current building & construction regulations, Pg 478.
b) Dato Hamzah Bin Abu Bakar, (2009), Guide to fire protection in Malaysia, Pg 97.
Internet:
a) http://www.firehydrant.org/pictures/hydrant_history.html
b) http://www.usd116.org/ums/apple/service/department/history/hydra
nt.html
c) http://wwwgtmodenas.blogspot.com/2010/05/pengurusan-pilibomba.html
d) http://www.slideshare.net/ekokiswantoslide/hydrant-15633604
e) http://www.google.com/patents/US20100132806
f) http://en.wikipedia.org/wiki/Fire_hydrant
g) http://www.powershow.com/view/143f5e-N2ZhM/FIRE_HYDRANT
h) http://www.scribd.com/doc/117239950/CP-29-1998-FIRE-HYDRANT
i) http://ppnisardjito.blogspot.com/2012/10/penggunaan-hydrant.html

Anda mungkin juga menyukai