Anda di halaman 1dari 3

DOMAIN KESEJAHTERAAN EKONOMI

Indeks Kesejahteraan Ekonomi merupakan domain yang baru diperkenalkan pada 2011 bagi
melengkapkan domain sedia ada dalam pengukuran IBM. Terdapat empat indikator yang
digunakan bagi mengukur Kesejahteraan Ekonomi, iaitu Jaminan Kewangan, Kebebasan
Kewangan, Penggajian, dan Kebolehpekerjaan.
INDIKATOR

SKOR

Jaminan Kewangan

2011
50.70

Kebebasan Kewangan
Penggajian

TAHAP

SKOR

TAHAP

Kurang Memuaskan

2015
48.76

Tidak Memuaskan

43.00

Tidak Memuaskan

49.85

Tidak Memuaskan

44.30

Tidak Memuaskan

39.27

Sangat Tidak
Memuaskan

Kebolehpekerjaan

49.80

Tidak Memuaskan

61.75

Sederhana

Skor Keseluruhan

46.90

Tidak Memuaskan

54.26

Kurang
Memuaskan

Secara Keseluruhannya, domain Kesejahteraan Ekonomi bagi tahun 2011 adalah berada
pada tahap tidak memuaskan dengan catatan nilai skor sebanyak 46.90.

Namun skor ini

mengalami peningkatan pada tahun 2015 sehingga mencapai nilai 54.26 iaitu pada tahap tidak
memuaskan.
Hasil analisis mendapati bahawa Jaminan Kewangan belia pada tahun 2011 berada pada
tahap kurang memuaskan dengan catatan skor sebanyak 50.70. Pada tahun 2015, nilai ini jatuh
kepada 48.67 iaitu pada tahap tidak memuaskan. Ini memberikan indikasi bahawa belia tidak
mempunyai pelan kewangan yang baik seperti simpanan yang mengcukupi serta pelan insuran
bagi menghadapi sebarang kemungkinan risiko pada masa hadapan.

Tahap Kebebasan Kewangan dalam kalangan belia pada tahun 2011 pula berada pada
tahap tidak memuaskan dengan catatan skor sebanyak 43.00. Nilai skor Kebebasan Kewangan
pada tahun 2015 pula mengalami peningkatan sehingga mencapai nilai 49.85 dengan tahap
memuaskan. Ini menunjukkan bahawa komitmen kewangan dan bebanan hutang dalam kalangan
belia telah dikurangakan demi kelangsungan hidup dalam situasi ekonomi semasa.
Selain itu, Penggajian dalam kalangan belia pada tahun 2011 juga mencatatkan tahap
tidak memuaskan dengan nilai 44.3. Skor ini mengalami penurunan ketara pada tahun 2015
dengan nilai sebanyak 39.27 dan berada pada tahap sangat tidak memuaskan. ini menunjukkan
bahawa belia berasa bahawa pendapatan yang diperolehi adalah tidak setimpal dengan jenis
pekerjaan yang mereka lakukan. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan kerja
tambahan bagi menampung keperluan bulanan.
Indikator Kebolehpekerjaan turut berada pada tahap tidak memuaskan pada tahun 2011
dengan nialinya sebanyak 49.80. Pada tahun 2015, berlaku peningkatan ketara pada skor ini
sehingga ia mencapai nilai 61.75 dan berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa
berlaku peningkatan kualiti belia dari segi pendidikan dan kemahiran.
Secara kesimpulannya, berlaku peningkatan secara keseluruhan pada pembangunan
kesejahteraan ekonomi dalam kalangan belia. Nilai skor pembangunan kesejahteraan ekonomi
sebanyak 46.90 pada tahun 2011 telah meningkat menjadi 54.26. Peningkatan yang ketara boleh
dilihat pada indikator Kebolehpekerjaan. Ini menunjukkan trend yang baik di mana golongan
belia meningkatkan kualiti dan kelayakan bekerja sendiri untuk mendapat pendapatan yang lebih
tinggi. Sebaliknya, indikator Penggajian mengalami penurunan yang ketara di mana golongan
belia tindak sanggup untuk menerima pekerjaan yang dibayar pendapatan yang rendah kerana
terpaksa mengalami kos hidup yang semakin meningkat. Oleh, itu adalah dicadangkan supaya
lebih banyak program berkenaan literasi kewangan dijalankan untuk golongan belia demi
kesejahteraan ekonomi mereka.

Anda mungkin juga menyukai