Anda di halaman 1dari 9

RESEPI DALAM PANTANG

1. Nasi Daun Lemuni*


Cara:
Beberapa pucuk daun lemuni, blended.
Airnya ditapis dan dimasak bersama beras.
*Daun lemuni merupakan herba tradisional org Melayu (pantai timur) khasiatnya utk
melancarkan darah haid. Petua ini diambil dari makcik urut Ibu; untuk wanita yg sering
mengalami senggugut, elok diminum air rebusan daun lemuni. InsyaAllah, berkesan. (dah
penah try zaman muda remaja dulu..ehehe..)
2. Ikan Selar* Panggang
garam kunyit kan ikan selar. Balut dgn daun pisang atau daun kunyit, panggang.
Makan bersama-sama Nasi daun lemuni panas2.
3. Halia Muda Goreng
Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing.
Simpan dlm bekas kedap udara.
Err..takkan simpan je kot.. Makan ler dgn nasik! Tapi goreng le byk2, tiap kali makan,
seronok bila ada something yg crunchy munchy dimakan bersama nasi & ikan selar.
4. Sup Sayur Campur
Bahan2:
Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional)
Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan
paling akhir takmau overcooked.
5. Ayam Panggang
Bahan2: Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang
merah & putih, lada hitam- ditumbuk}
Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada
waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)

6. Kerabu Ulam
Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada
hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}
Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan
yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais.
Masa nak makan, gaul dgn nasi panas.
7. Sup (ayam atau ikan haruan)
Bahan2: Ayam atau ikan haruan (mana2 je), halia- dipotong, lada hitam-ditumbuk.
Cara: Rebus sekaligus bahan2 di atas. Hidang bersama nasi. Halia yg dipotong mesti
makan. Tak baik ngelat.
8. Ikan pindang
2 ekor ikan kembung
2 biji bawang merah (tumbuk)
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1.5 cm kunyit (tumbuk... nak pakai serbuk pun ok)
asam jawa
air suling
10 biji cili padi*
2 helai daun kunyit (potong 5 dan dibuang tulangnya)
garam secukup rasa
*orang tak pantang boleh boh cilipadi, orang yg berpantang jangan boh eh
cara-cara:
1) Tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau...
2) Masukkan asam jawa ngan air suling tadi
3) Bila air dah didih, masukkan ikan dan garam
4) Bila dah nak masak, masukkan cili padi dan daun kunyit

9.Ikan Goreng Halia Muda


parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang
Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)
.
10. Ikan bilis masak lemak lada hitam
Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam
Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak
lemak cili padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak
11. Ikan Haruan Goreng Rempah
1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Chef Wan atau muslim Best)
2 sudu rempah ikan
air asam jawa/garam secukup rasa

1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"


2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak)
4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam
12. SUP KURMA MERAH(Cina)
100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah
Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa masih panas.
13. SUP LOBAK PUTIH Utk Menambahkan susu (Cina)
1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama.
Sedia untuk dihidangkan.
14. KARI IKAN YU(India)
2 potong ikan yu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm kunyit3 cm halia
3 sudu makan serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
sedikit cengkih dan bunga lawang
400 ml santan kelapa
garam secukup rasa

Tumbuk bawang merah, putih, kunyit, halia dan campurkan serbuk kari. Tumiskan kayu
manis, cengkih, bunga lawang dan bahan2 yang telah ditumbuk tadi hingga naik baunya.
Masukkan ikan dan biar seketika. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Masukkan
santan dan kacau perlahan hingga mendidih. Sedia untuk dihidang.
15. DAUN MURUNGAY BERGORENG(India)
1 cekak murungay
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
50 gm ikan bilis
1 camca makan minyak masak
Hiriskan bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bersama ikan bilis. Masukkan daun
murungay dan sedikit air. Goreng seketika dan angkat untuk dihidangkan.
16. IKAN BILIS BERKUNYIT(Melayu)
5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam
Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama
ulam-ulamam seperti ulam pegaga dan daun selom.
17. Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri
Ikan Haruan @ Tenggiri
Lada hitam 20 biji
Halia 1 inci @ lebih
Kunyit Hidup 1 inci @ lebih
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 2 keping
Airgaram secukup rasa
Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau
dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke

dalamperiuk. Isi air, agak-agak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam
keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga
kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh
makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan
kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka.

18. Limpa Goreng Kunyit


1/2 kilo Limpa dipotong kecil
1 labu Bawang Besar dihiris
Kunyit hidup ditumbuk halus
Halia ditumbuk halus
bawang putih ditumbuk halus
lada hitam @ putih ditumbuk halus
kunyit serbuk dua sudu kecil
asam keping 1 keping
garam
Limpa digaul bersama campuran kunyit hidup, bawang putih, lada hitam @ putih, asam
keping, halia dan garam. Goreng hingga agak garing, toskan. Tumis sedikit bawang putih,
hirisan bawang besar dan halia sehingga naik bau. Bancuh kunyit serbuk dengan air.
Masukkan dalam tumisan tadi. last sekali masukkan limpa goreng tadi, tambah serbuk
perasa dan garam jika perlu. Limpa juga boleh digantikan dengan hati ayam atau lembu.
Ia baik untuk menambah darah (kata orang). Halia, bawang putih dan kunyit hidup tadi
boleh juga dihiris dan digoreng dan dimakan bersama limpa.
19. Ikan Masak Pindang
2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia

10-15 biji lada hitam (ditumbuk)


garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk
kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan.
Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.
p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin.
Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.
120. Ayam Halia Kukus
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan
Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan
halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa.
Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok
dimakan ketika panas.
21. Kerabu Pegaga bunga kantan
1 cekak pegaga - dipotong kecil
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak
1 sudu kecil lada hitam
1 biji cili merah - hiris halus

2 ulas bawang merah dimayang halus


2 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus
segenggam ikan bilis - goreng tanpa minyak
1. Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.
"2. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau,
bunga kantan dan juga cili merah."
3. Gaul rata dan hidangkan.
22. Kerabu Kurau Kering
5 keping ikan kurau kering
1 sudu kecil lada hitam kisar
2 helai daun cekur (dimayang)
2 sudu besar cuka
1. Bersihkan ikan kurau, goreng dgn minyak seminimum mungkin hingga masak
2. kecaikan isi ikan tadi dan tumbuk.
3. Satukan dengan semua bahan yg lain, gaul rata.
4. Hidangkan dgn nasi panas.
23-Ikan Bilis & Lempoyang
Ikan bilis,
isi lempoyang,
lada hitam,
air perahan limau
Lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak hingga kering.
Tumbuk hingga lumat. Campurkan isi lempoyang yang telah dibersihkan
dan tumbuk jangan sampai terlalu lumat. Campurkan sedikit cuka atau
air perahan limau untuk melembabkannya. Makan bersama nasi panas.
24-Sahang
Lada Hitam
Bawang Putih

Air Asam Jawa/ Garam


Caranya:
"lada hitam yang ditumbuk dengan bawang putih, garam dan dicampur
dgn sedikit air asam jawa."
24-Rendang Jantung Pisang (Banyakkan susu)
Bahan-bahan
Jantung pisang / Pegaga
Daun Kunyit
Halia
Santan pekat
Ikan Tenggiri
Lada hitam
Cili Kering (buang biji)
Bawang Merah/putih
Asam Keping
Masak rendang seperti biasa, Apabila kuah semakin kering, masukkan ikan tenggiri
Makan dgn nasi panas.

Anda mungkin juga menyukai