Anda di halaman 1dari 6

EDU 5814(ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN) : TUGASAN 1

NAMA PENSYARAH:PROF DR.ABDUL RAHMAN MD AROFF


NAMA AHLI : KHOR YUH SHAN (JM41212), ANIS (JM4)
EDU 5814 ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN
Perihalkan 3 norma (berkaitan peraturan, undang-undang, dasar, arahan atau keputusan )
di dalam sekolah yang merupakan isu yang penuh dengan kontroversi, dan nampaknya
boleh dipertikaikan dari sudut etika. Mengapakah anda berpendapat sedemikian?
______________________________________________________________________________

Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait
dengan masyarakat yang berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan
yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah.
Biasanya, sebelum seseorang menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan
untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpamanya, seorang guru bertauliah mesti
mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
sebelum dibenarkan mengajar di sekolah kerajaan. Walau bagaimanapun, sama ada seseorang
guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang meluas
serta mendalam tentang mata pelajaran yang ditugaskan untuk mengajar. Guru juga mesti
menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat
memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah
yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya. Sahsiah ini termasuklah tingkah
laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang. Kebanyakkan
kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang

EDU 5814(ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN) : TUGASAN 1


NAMA PENSYARAH:PROF DR.ABDUL RAHMAN MD AROFF
NAMA AHLI : KHOR YUH SHAN (JM41212), ANIS (JM4)
guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap
sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran.
Selain menjalankan tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain
yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa,
menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor
kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat. Guru sentiasa berusaha menanam sikap, nilai dan
ilmu pengetahuan kepada generasi baru ke arah yang ingin dibentuk oleh masyarakat.
Tetapi, bukan semua guru dapat menjalankan tugas dengan sempurna seperti mana yang
diharapkan oleh masyarakat. Kadang-kala, didapati kakitangan sekolah mempunyai tingkah-laku
atau perbuatan yang boleh dipertikaikan dari segi etika. Etika ialah suatu sistem dasar tingkah
laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. (Mok Soon Sang,2004). Sistem dasar ini
meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan
tujuan memberi panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat pula menggunakan etika itu
untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama ada tingkah laku manusia telah mengikut
peraturan yang ditetapkan.
Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati terdapat norma yang boleh dipertikaikan
dari segi etika. Norma yang pertama ialah guru-guru kelas yang mengajar subjek major suka
menggunakan waktu kelas subjek minor untuk mengajar subjeknya. Kebanyakkan ini adalah
disebabkan mereka tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran subjek majornya dan pelu
menggantikannya dengan waktu kelas subjek minor. Ada segelintir guru pula berpendapat
bahawa subjek-subjek minor tersebut tidak penting dan tidak perlu dititikberatkan. Ini

EDU 5814(ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN) : TUGASAN 1


NAMA PENSYARAH:PROF DR.ABDUL RAHMAN MD AROFF
NAMA AHLI : KHOR YUH SHAN (JM41212), ANIS (JM4)
disebabkan subjek-subjek minor tersebut tidak diuji semasa peperiksaan. Saya berpendapat
bahawa ini merupakan masalah yang amat serius dan tidak beretika.
Kita sebagai guru-guru pembina modal insan perlu mendidik murid-murid di sekolah dari
semua aspek termasuk jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Contohnya, subjek Pendidikan
Jasmani yang hanya dua waktu sahaja diajar seminggu di sekolah. Guru tersebut sanggup
menggantikannya dengan mengajar subjek Bahasa Cina. Murid-murid tersebut akan berasa amat
kecewa dan tidak mempunyai semangat.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati
kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi.
Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan
kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal boleh dikatakan setiap pelajar
normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat, dan membaling. Pendidikan
Jasmani berkait rapat dengan pendidikan keseluruhan serta menegaskan bahawa pengalaman
Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan dan berkaitan dengan
pendidikan seumur hidup setiap individu.
Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Seni juga amat penting bagi semua kanak-kanak.
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi
sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis dapat
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan
semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui
aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

EDU 5814(ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN) : TUGASAN 1


NAMA PENSYARAH:PROF DR.ABDUL RAHMAN MD AROFF
NAMA AHLI : KHOR YUH SHAN (JM41212), ANIS (JM4)
Seterusnya, mata pelajaran Pendidikan Moral juga pelu diajar oleh guru-guru di sekolah.
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat
sekolah rendah. Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan
amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.
Kerajaan telah bersetuju bahawa Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang
diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun
calendar. Atas pemerhatian saya, terdapat norma yang kedua di dalam sekolah yang boleh
dipertikaikan dari sudut etika dalam hal ini.
Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005, Kementerian Malaysia
telah menetapkan syarat-syarat untuk memohon Cuti Rehat Khas. Di antaranya adalah semua
pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti penggal atau cuti semester di sekolah atau
Institusi Pelajaran dan Pengajian Tinggi; guru sandaran terlatih dan guru kontrak.
Mengikut pekeliling, guru besar/pengetua merupakan orang yang berkuasa untuk
meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas bagi pegawai yang mengajar di sekolah. Saya
mendapati Guru Besar Sekolah X meluluskan permohonan Cuti Rehat Khas pegawai A atas
sebab perlancongan.Tetapi, beliau telah menolak permohonan pegawai B yang memohon Cuti
Rehat Khas di mana atas sebab perlancongan yang sama dengan pegawai A pada masa yang
sama. Setelah perbualan saya dengan guru-guru di sekolah tersebut, saya mendapati bahawa

EDU 5814(ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN) : TUGASAN 1


NAMA PENSYARAH:PROF DR.ABDUL RAHMAN MD AROFF
NAMA AHLI : KHOR YUH SHAN (JM41212), ANIS (JM4)
hubungan guru besar dengan pegawai A lebih erat berbanding dengan pegawai B. Selain itu, saya
juga diberitahu bahawa pegawai A berasal dari keluarga yang status ekonominya yang lebih
tinggi dan sentiasa sudi menderma kepada sekolah apabila diperlukan.
Dalam menimbang pemberian kemudahan Cuti Rehat Khas, pihak yang meluluskan
hendaklah memastikan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak
terjejas. Maka, permohonan kedua-dua pegawai atas alasan perlancongan adalah tidak
dibenarkan kerana ini akan mempengaruhi keberkesanan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah terpaksa mengatur guru-guru lain untuk mengganti kelas.
Pada masa yang sama, proses pengajaran dan pembelajaran pegawai juga terganggu kerana
ketidakhadiran pegawai tersebut.
Terdapat tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Salah satu adalah nilai bijaksana.. Melancong merupakan hal peribadi pegawai sendiri. Oleh itu,
pegawai haruslah bijaksana dalam mengaturkan masa sendiri dengan berkesan. Tambahan pula,
tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid dan sekolah adalah
perlu didahulukan daripada kepentingan lain seperti kepentingan persatuan atau kepentingan
persendirian. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan haruslah sentiasa mematuhi peraturan dan
arahan perkhidmatan demi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan
organisasi. Selain itu, sifat-sifat yang luhur, tahap professionalisme yang tinggi , adil dan
saksama semestinya menjadi amalan sewaktu menjalankan amanah profesion. Sifat pilih kasih
ini harus dielakkan supaya tidak menimbul perasaan ketidakpuasaan dalam kalangan guru demi
mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
Norma yang ketiga ialah

EDU 5814(ETIKA PENGURUSAN PENDIDIKAN) : TUGASAN 1


NAMA PENSYARAH:PROF DR.ABDUL RAHMAN MD AROFF
NAMA AHLI : KHOR YUH SHAN (JM41212), ANIS (JM4)
Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa etika bagi pengurus pendidikan ialah untuk
memikul dan melaksanakan tanggungjawab secara jujur dan ikhlas. Ini dapat menjamin setiap
perjalanan dan pengurusan sekolah dijalankan dengan lancar dan efektif. Melalui pendidikan,
masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi
pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman-berzaman dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila dan Kod
Etika Perguruan sebagai penduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke
taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

Anda mungkin juga menyukai