Anda di halaman 1dari 6

B.

Penulisan Esei
Tuliskan satu esei bertajuk "Bagaimanakah kita dapat mengaplikasikan tatabahasa yang
betul dan sesuai semasa menggunakan bahasa Melayu.
Dewasa ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat kota di
Malaysia semakin berkurangan. Kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Melayu rojak yang
bercampur dengan bahasa Inggeris menyebabkan bahasa Melayu tidak dituturkan dengan cara
yang betul. Buku Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu diterbitkan bertujuan untuk
memantapkan keupayaan bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi dalam segala aspek
kehidupan.

Masyarakat

Kini

tidak

mengaplikasikan

tatabahasa

yang

betul

semasa

menggunakan Bahasa Melayu.


Perkataan tatabahasa seperti yang digunakan oleh beberapa ahli tatabahasa Melayu
moden seperti Daud Baharum dan LI Chuan Siu (1964), Asmah Hj Omar (1968,1972), Lufti
Abas (1972),Asraf (1974), Nik Safiah Karim dan Zaharah Buang (1970) adalah sama seperti
yang di mengertikan oleh ahli-ahli tatabahasa tradisional yang menyebutnya sebagai nahu.
Kedua- dua istilah nahu dan tatabahasa ini dalam bahasa inggeris dinamakan grammar.
Walau apapun pengertian yang diberi, kita tetap memahamkan bahawa tatabahasa atau nahu
itu adalah satu bidang yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk
menimbulkan bunyi dan ayat dengan menggunakan formula dan peraturan-peraturan tertentu.
Terdapat pelbagai cara dan tindakan untuk membantu kita mengaplikasikan tatabahasa
yang betul dan sesuai semasa menggunakan bahasa Melayu. Yang pertama adalah kita boleh
menggunakan dewan kamus bahasa untuk mempelajari perkataan-perkataan baru dengan
maksudnya dan tatabahasa yang betul. Dengan ini, kita boleh meningkatkan pengetahuan kita
dari segi pengenalan kata-kata baru. Kita boleh menggunakan perkataan-perkataan ini dengan
ejaan yang betul semasa menulis atau bertutur dalam Bahasa Melayu.
Seterusnya, kita juga boleh membaca pelbagai bahan bacaan seperti buku, majalah,
suratkhabar dalam Bahasa Melayu untuk mengembangkan kosa kata baru kita. Dalam usaha
untuk mempertingkatkan penguasaan tatabahasa dalam bahasa Melayu, kita haruslah rajin
membaca buku. Kita boleh membaca apa sahaja jenis buku dalam bahasa Melayu yang kita
gemari. Kegiatan membaca buku ini merupakan satu cara yang telah terbukti dan diakui ramai
keberkesanannya dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa. Dengan pembacaan buku
secara konsisten, lama-kelamaan kita akan menggemari buku. Memanglah agak sukar untuk
1

memulakan kegiatan membaca ini sekiranya kita telah lama meninggalkan hobi ini. Namun
begitu, jika ditinggalkan terus, penguasaan kita dalam bidang bahasa akan terjejas. Melalui
aktiviti membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu, kita akan dilatih untuk berfikir.
Minda kita akan dilatih secara tidak langsung untuk berfikir dan mencari jawapan. Minda kita
juga akan terbiasa dengan kosakata baru dan akan cuba mencari makna perkataan tersebut.
Minda kita akan berfikir dan mengangak makna perkataan dengan membaca keseluruhan ayat,
perenggan dan ceritanya sekali. Ini juga merupakan satu kemahiran. Pemikiran kita akan
terlatih dengan penggunaan struktur ayat-ayat yang betul dan pelbagai penggunaannya.
Seperti mata pelajaran Sains atau Matematik yang mempunyai rumus atau hukumhukum tertentu, tatabahasa Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada rumus atau hukum
bahasa. Jika Sains dan Matematik menggalakkan agar rumus atau hukumnya perlu dihafal agar
senang mengingatinya, berbeza dengan rumus dan hukum bahasa yang tidak menggalakkan
agar kita untuk menghafal rumus dan hukum tersebut. Sudah memadai sekiranya kita hanya
perlu memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana sudah menjadi
prinsip dalam pengajaran tatabahasa yang turut menekankan aspek tatabahasa . Sekiranya kita
dapat memahami penggunaan tatabahasa dalam bahasa dengan betul, maka lebih mudah dan
senanglah kita memahami seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa dengan baik.
Dengan ini, kita boleh memperbaiki serta meningkatkan pengaplikasian tatabahasa yang betul
semasa menggunakan Bahasa Melayu. Kita juga boleh bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa
kesalahan tatabahasa.
Di peringkat sekolah, para pelajar sering didedahkan dengan pelbagai kesalahan
bahasa oleh guru-guru Bahasa Melayu. Apabila para pelajar melakukan kesalahan dalam
berbahasa, kita sebagai guru hendaklah menegur dan membetulkan kesalahan mereka.
Biarkan mereka belajar daripada kesalahan mereka sendiri agar kesalahan tersebut tidak akan
diulang lagi. Selain itu, kita juga perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
bahasa. Sebagai contohnya, kita boleh mengadakan bulan bahasa yang diisi dengan pelbagai
aktiviti dan pertandingan seperti pidato, syarahan, kuiz bahasa dan aktiviti lain yang sesuai.
Dengan penyertaan oleh para pelajar, secara tidak langsung mereka belajar tentang bahasa
yang betul, bak kata pepatah Sambil menyelam minum air.
Kita sebagai guru perlu membuat perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang ingin
disampaikan kepada murid. Guru perlu menyediakan satu Rancangan Pengajaran yang

berkesan dan sesuai dalam pengajaran tatabahasa. Melalui Rancangan Pengajaran ini guru
dapat merancang beberapa aktiviti yang dirasakan sesuai dengan aras murid-murid di dalam
kelas yang berbeza-beza selain memanfaatkan masa yang diberikan adalah mencukupi untuk
setiap aktiviti yang dirancang oleh guru itu. Contohnya Kuiz Membina Ayat atau perbincangan
kumpulan membina ayat. Permaian bahasa juga aktiviti yang sangat sesuai dijalankan dalam
bilik darjah untuk membantu murid dalam penggunaan tatabahasa yang betul semasa
menggunakan Bahasa Melayu.
Kita sebagai guru perlu memberi murid-murid latih tubi dalam jumlah yang memadai
atau banyak. Melalui latih tubi ini, murid bukan sahaja dapat memahami dan menguasai aspek
tatabahasa dengan baik, malahan murid-murid dapat membantu diri mereka dalam
memperkayakan lagi kosa kata. Kosa kata pula merupakan salah satu daripada aspek
tatabahasa. Latih tubi ini boleh diberikan samaada pada penghujung sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas ataupun sebagai kerja tambahan kepada murid ketika berada di
rumah. Latihan latih tubi yang disediakan oleh guru kepada murid-murid boleh dibuat sama ada
dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang mampu mengekalkan ingatan murid-murid terhadap
aspek tatabahasa yang mereka pelajari dengan lebih kukuh lagi. Bagi pihak guru pula, latihan
latih tubi ini pula berfungsi sebagai alat yang akan mengesan kesilapan-kesilapan yang
dilakukan oleh murid-murid. Maka, dengan adanya alat ini, bolehlah guru-guru membuat atau
melakukan tindakan yang sewajarnya dalam membantu murid-murid tersebut, yang sudah
dikenalpasti mempunyai kelemahan untuk dibantu agar dapat menguasai aspek tatabahasa
dengan lebih baik lagi. Guru juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid sekurang-kurangnya
dapat memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu.
Seterusnya,

pihak

kerajaan

perlu

berganding

bahu

dalam

membantu

kita

mengaplikasikan tatabahasa yang betul dan sesuai semasa menggunakan bahasa Melayu.
Pihak Kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran untuk memartabatkan bahasa Melayu.
Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang gramatis dan
tatabahasa yang betul di samping mengembalikan martabat bahasa Melayu khususnya dalam
kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media massa
kerana media massa merupakan satu komponen yang paling mudah untuk menyebarkan
informasi. Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan badan bukan kerajaan
(NGO), kempen ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan kewujudan kempen ini, diharapkan

masalah pencemaran bahasa kalangan masyarakat dapat dielakkan.Masyarakat juga akan


mengaplikasikan tatabahasa yang betul semasa menggunakan Bahasa Melayu.
Pihak kerajaan juga perlu mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kerajaan
menggunakan bahasa yang gramatis dalam segala urusan rasmi organisasi sama ada lisan
mahupun tulisan. Hal ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai penggunaan bahasa yang
gramatis dalam sektor kerajaan. Dengan mengimplimentasikan langkah ini, semua pegawai dan
kakitangan kerajaanakan menggunakan bahasa yang betul setiap kali ingin menulis data, surat
ataupun melakukan pembentangan. Perkara ini jika dibiasakan akan menjadi amalan, sesuai
dengan peribahasa Melayu, Alah bisa tegal biasa. Dengan cara ini, masalah pencemaran
bahasa dapat diminimumkan.Selain daripada itu, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan
kursus seperti bengkel, seminar dan ceramah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru
tentang penggunaan tatabahasa yang betul.
Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting dalam membantu anak-anak mereka
mengaplikasikan tatabahasa yang betul semasa menggunakan Bahasa Melayu. Ibu bapa perlu
membudayakan anak-anak mereka dengan budaya membaca sejak mereka kecil lagi. Hal ini
mempengaruhi minat dan cara anak-anak menulis ayat dan bercakap. Dalam era dunia tanpa
sempadan ini, anak-anak akan terdedah kepada pelbagai perkataan dan istilah yang kurang
baik dan digunakan sebagai bahasa percakapan harian mereka. Hal ini langsung tidak
mendatangkan muslihat kepada anak-anak, ibu bapa, mahupun negara malahan semakin
memburukkan keadaan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan pelbagai bahan
bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek-aspek penggunaan
tatabahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil.
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha mengaplikasikan
tatabahasa yang betul semasa menggunakan Bahasa Melayu sama ada dalam bentuk lisan
atau tulisan. Kita perlu berusaha meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan tatabahasa
yang betul semasa bertutur dalam Bahasa Melayu supaya kita boleh mengurangkan
pencemaran bahasa.

Bibliografi

Siti Hajar Abdul Aziz. 2008. Siri Pendidikan Guru.Bahasa Melayu I. Oxford Fajar SND.
BHD.Shah Alam.Selangor Darul Ehsan

Seri Lanang Jaya Bin Hj. Rohani.Mohd Rain Bin Shaari. 2009. Bahasa Melayu.Penguasaan
dan Pengunaan. Pustaka Salam SND.Bhd. Kuala Lumpur.

Yahya Othman.2005.Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional Publishing


SDN.BHD.Bentong. Pahang Darul Makmur.

Diakses pada 24 Februari 2016 dari laman web:-

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa

Diakses pada 3 Mac 2016 dari laman web:Utusan Malaysia Online, Arkib 16/06/2008, Kenal pasti kesalahan bahasa penerbitan,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

Diakses pada 22 Mac 2016 dari laman web:Utusan Malaysia Online, Arkib 06/10/2010, Patuhi bahasa Melayu di papan tanda, iklan,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1006&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Anda mungkin juga menyukai