Anda di halaman 1dari 2

Bahasa Inggeris tetap bahasa rasmi kedua

February 16, 2016, Tuesday


Adenan ulangi pendirian kerajaan negeri jadikan bahasa Inggeris bahasa rasmi kedua
Sarawak
// Oleh Agnes Tugong //

PERSEFAHAMAN: Pengarah Yayasan Sarawak Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki


bertukar dokumen MOU dengan Herizal (kanan) disaksikan Adenan (tiga kiri). Turut
kelihatan Morshidi (kiri).
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengulangi pendirian
kerajaan negeri untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua bagi negeri
ini.
Jelas beliau, banyak polisi yang diperkenalkan berakhir dengan kegagalan di mana lebih
10,000 graduan negara ini menganggur kerana tidak menguasai bahasa Inggeris.
Banyak negara seperti Singapura juga mempunyai bahasa ibunda seperti Mandarin,
Melayu tetapi mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
Bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dalam bidang perdagangan, sains, teknologi
dan banyak lagi dan adalah tidak praktikal jika bahasa Inggeris diabaikan.
Sebab itu, saya mengadaptasi polisi ini di Sarawak dan saya tidak peduli apa Kuala Lumpur
(KL) kata kerana apa yang saya tahu kita lebih efisien daripada yang lain, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Books for Asia Programme
in Sarawak di Dewan Santapan Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini,
semalam.
Menyedari akan pentingnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat negeri ini,
Adenan akan berbincang dengan badan berkuasa persekutuan berhubung bagaimana
untuk memperkenalkan bahasa Inggeris dalam cara terbaik.
Untuk urusan rasmi kerajaan pula, ia kini adalah terbuka sama ada mahu menulis dalam
bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
Mengulas mengenai majlis itu, Adenan yang juga pengerusi Yayasan Sarawak menyambut
baik inisiatif Asia Foundation untuk menyebarkan lebih banyak buku kepada masyarakat di
negeri ini.
Terima kasih kepada Asia Foundation kerana memberikan beribu-ribu buku kepada kita di
Sarawak dan saya harap buku-buku ini akan dibaca dan bukan untuk disimpan di
perpustakaan.
Membaca adalah aspek penting dalam kehidupan kita dan mereka yang tidak membaca
adalah golongan yang dungu, katanya.
Selain melancarkan Books for Asia Programme in Sarawak, Adenan turut menyaksikan
pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara Yayasan Sarawak dengan Universiti
Malaya (UM) dan The Asia Foundation.
Adenan kemudiannya menyerahkan beberapa naskhah buku kepada sepuluh wakil
penerima daripada Perpustakaan Komuniti Santubong, Pustaka Negeri Miri, Perpustakaan
Desa Kampung Garung Padawan, Kampung Sebiris Lundu dan RPR Landeh.
Turut menerima buku dari The Asia Foundation ialah SK (A) Ibnu Khaldun Samarahan, SJK
(C) Chung Hua Sematan, SK Matang Jaya Kuching, SK St Joseph Kuching dan Kolej Datu
Patinggi Abang Haji Abdillah Kuching.
Hadir sama, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Setiausaha Kerajaan
Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa) UM Profesor Dr Awang BuIgiba Awang Mahmud, Wakil Negara The Asia
Foundation-Malaysia Herizal Hazri serta yang lain