Anda di halaman 1dari 1

BIL.

JURNAL

: MINGGU KELIMA

TARIKH

: 28.08.2016 1.09.2016

MASALAH / PERISTIWA :
1. Peristiwa
Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sepanjang minggu
ini agak memberansangkan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut
perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang
ingin dicapai. Penglibatan murid pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti
pengukuhan dimana guru lebih banyak menggunakan pembelajaran berasaskan
TMK seperti video dan slaid powerpoint. Penggunaan TMK yang interaktif dapat
membantu murid lebih fokus semasa proses pdp berjalan.
Walaubagaimanapun, untuk mata pelajaran RBT, kawalan murid masih di
tahap sederhana kerana mereka lebih gemar untuk bergerak. Semasa proses
pengajaran dan pembelajaran murid tidak gemar untuk mendengar teori sebaliknya
lebih berminat untuk melakukan amali. Oleh itu, mereka sukar memberi perhatian
terhadap teori kemahiran yang ingin disampaikan. Namun pada minggu ini, latihan
prkatikal jahitan telah bermula. Oleh itu murid menunjukkan minat terhadap aktiviti
berikut dan aktif dalam latihan amali.
2. Kesimpulan.
Minggu ini merupakan minggu lima praktikum. Setelah melalui empat minggu yang
sukar, kini saya dapat melihat hasil daripada pendekatan serta kaedah yang telah
saya ambil dan gunakan sangat memberi kesan kepada saya dan murid. Murid lebih
mudah untuk mengikuti pdp sekiranya guru bijak menghasilkan aktiviti yang menarik
dan penggunaan TMK yang interaktif. Namun untuk RBT, guru perlu memikirkan
cara untuk mengawal sifat aktif mereka semasa melakukan amali jahitan.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

Guru Pembimbing