Anda di halaman 1dari 6

FOUNDATION OF MUSIC EDUCATION

AMP 3023
ASSIGNMENT 2 (DEBATE)
Tajuk Jurnal:
KESAN POSITIF PERLAKSANAAN PBS TERHADAP
PELAJAR
NAMA

AHMAD AMIRUDDIN B. ZAKARIA


ANGELA ANAK LANG
AZIZAN BIN BAKRI
IQBAL ANNAM B. ZAINAL
KHAIRUL HUSAINI BIN KHIDRI
NUR FAZURA BT KAMALUDDIN
NUR SABIHAMOHAMAD
NUR ZALIYANA BT SAZALI
RAYMOND SIAU AIK SONG

NO MATRIK

D20132065443
D20132065413
D20132065418
D20132065405
D20132065397
D20131064046
D20132065394
D20131063821
D20132065395

ASSIGNMENT 2 (DEBATE)
Kesan Positif Perlaksanaan PBS terhadap Pelajar
Transformasi merupakan perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan (Kamus
Dewan Edisi Keempat). Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan sistem
pentaksiran

yang

holistik

iaitu

Pentaksiran

Berasaskan

Sekolah

(PBS)

bagi

mentransformasikan pendidikan negara. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang


dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi yang
dilakukan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat
melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha
membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika
serta moral yang tinggi.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah menjadi isu utama dalam pendidikan
kerana ia dikatakan lebih rumit dan membebankan guru serta pelajar. Walaubagaimanapun,
terdapat beberapa kebaikan yang boleh dikenalpasti terutama dalam kalangan pelajar melalui
perlaksanaan PBS ini. Antara kebaikannya termasuklah pentaksiran ini tidak membandingkan
pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain tetapi melapor prestasi murid dalam
pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam
pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, pelajar akan dinilai secara adil dan
saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Hal ini akan meningkatkan
semangat pelajar yang lemah dalam akademik untuk terus berusaha dan tidak berasa diri
mereka tersisih. Tambahan pula, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklumbalas yang
lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang
diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali,
1

memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara
dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing
PBS dilaksanakan supaya ianya dapat menyiapkan pelajar untuk mengalami sesuatu
yang baru dalam era permodenan masa kini. Hal ini demikian kerana, dalam era yang serba
moden ini, murid harus bergerak lebih aktif bukan sahaja daripada segi akademik sematamata tetapi juga intelek yang berkembang supaya selaras dengan matlamat negara kita untuk
menjadi salah sebuah negara yang disegani oleh negara-negara maju yang lain. Selain itu,
PBS juga tidak membandingkan sekolah luar bandar dan bandar kerana terdapat kaedah yang
tersendiri untuk murid di luar bandar dan di bandar supaya sistem pendidikan selaras dan
tiada seorang pun akan ketinggalan daripada segi pendidikan. Pelajar tidak sekadar belajar
untuk peroleh keputusan yang cemerlang semata-mata tetapi juga untuk praktikal. Hal ini
demikian kerana, dengan adanya praktikal, murid dapat memperkembangkan lagi diri mereka
bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga dari segi jasmani dan banyak lagi. Dengan kata
lain, tujuan PBS dilaksanakan adalah untuk menyiapkan murid untuk ke aras yang lebih
tinggi iaitu tahap universiti. Dengan adanya PBS, murid dapat bersedia menempuhi dunia
luar yang memerlukan semua aspek yang telah dinyatakan.
Selain itu, PBS telah memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Isu pemansuhan ini telah menjadi bahan bualan
sehingga hari ini kerana kebanyakan ibu bapa atau penjaga kepada murid masih kurang jelas
tentang sebab musabab pemansuhan peperiksaan yang penting ini. Kebaikan dalam
memansuhkan UPSR dan PMR adalah dapat meringankan beban pelajar dan guru.
Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa tekanan. Hal ini
demikian kerana, pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh enam
tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya perlu mengambil satu
2

peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tempoh masa belajarnya
mencecah sebelas tahun. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam
tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan dengan itu, beban guru di sekolah
juga dapat dikurangkan apabila tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik
sahaja tamat waktu persekolahan setiap hari. Jelasnya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan
PMR ini mampu mengurangkan beban guru dan pelajar. Tambahan lagi, pemansuhan UPSR
dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Pemansuhan
kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan untuk pelajar tidak diwajibkan dan
sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak untuk pelajar menyertai aktiviti
kokurikulum seperti persatuan, kelab dan permainan serta badan unit beruniform. Kesannya,
pelajar-pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah hingga peringkat daerah, negeri,
kebangsaan mahupun antarabangsa.
Kesan positif perlaksaan PBS yang seterusnya adalah PBS dapat menerapkan nilai
murni dan akhlak mulia secara holistik dalam diri pelajar semasa pentaksiran dijalankan.
Selain itu, dengan adanya PBS, pelajar akan menjadi lebih tertarik untuk belajar dengan
wujudnya suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Hal ini
demikian kerana, melalui pentaksiran, guru-guru dapat mengetahui kelebihan serta
kekurangan pelajar mereka. Oleh itu, guru-guru akan mereka teknik dan pendekatan yang
sesuai digunakan dalam kelas bagi mewujudkan suasana yang seronok dan tidak
membosankan untuk anak didik mereka.
Selain daripada itu, pentaksiran yang dilakukan juga dapat membuat pelajar
merasakan hasil kerja mereka ini lebih dihargai. Hal ini dapat merangsang pelajar lebih
bersemangat untuk menghasilkan hasil kerja yang lebih baik dan berkualiti. Setiap penilaian
yang dilakukan mempunyai kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Dengan adanya penilaian
ini, pelajar dapat menetapkan matlamat pencapaian dalam setiap kerja kursus yang mereka
3

perlu laksanakan. Hal ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar untuk
melaksanakan kerja kursus yang telah diberikan.
Dalam pada masa yang sama, PBS membolehkan pelajar diberikan peluang untuk
menceburkan diri dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sukan. Tambahan pula, ia juga
selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan aspek keseimbangan JERIS. Ini
membolehkan pelajar untuk memberi keseimbangan dalam kedua-dua aspek. Natijahnya, ia
dapat melahirkan bukan sahaja guru cemerlang malah dapat melahirkan murid cemerlang.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek dari
segi kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS
mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran
yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat,
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. Melalui
pentaksiran yang bersifat holistik ini pelajar dapat menceburkan diri dalam pelbagai bidang
kemahiran dan akademik dan ini bermakna para pelajar mempunyai pilihan yang bebas
mengikut minat mereka untuk memajukan diri masing-masing dengan bantuan pihak sekolah
yang menjadi medium kepada PBS ini. Semata- mata untuk kepentingan pelajar.
Kelebihan PBS ini juga mampu menentukan hala tuju pelajar. Maksudnya disini,
dengan adanya sistem PBS ini guru akan lebih mudah menentukan hala tuju pelajar mengikut
minat mereka. Contohnya, murid A mempunyai kemahiran dalam subjek seni iaitu melukis.
Kesimpulanny,a guru dapati bahawa murid tersebut perlu mengambil subjek seni apabila

SPM kelak. Selain itu, pelaksanaan sistem PBS ini juga dapat melahirkan pelajar yang
mengikut matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Selain itu, PBS telah memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang akan
menghadapi peperiksaan besar untuk bergiat aktif dalam kokurikulum. Hal ini demikian
kerana, sebelum wujudnya PBS kebanyakan guru telah menghadkan penglibatan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum lantaran untuk memberi sepenuh tumpuan kepada pelajar tersebut
untuk menghadapi peperiksaan besar. Sejajar dengan keperluan semasa kepada kemasukan
pelajar dalam universiti, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum perlu mencapai
keperluan yang dikehendaki. Oleh itu, PBS telah memberi manfaat buat pelajar untuk
menglibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Akhir sekali, PBS mampu mendidik pelajar lebih berusaha dan berdikari. Jika
dibandingkan dengan kaedah lama yang lebih memfokuskan kesungguhan guru, dengan
kewujudan PBS, pelajar perlu melakukan perancangan sendiri dalam pembelajaran mereka.
Dengan ini, pelajar dapat berdikari dan juga dapat menjalani kehidupan pada masa akan
datang dengan lebih baik dan lebih bersedia.
Kesimpulannya, PBS ini patut dilaksanakan untuk membuat perubahan pada masa
akan datang. Hal ini adalah kerana PBS ini merupakan penilaian yang lebih tinggi bagi
menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi. Dengan ini generasi akan datang akan
lebih bijak dan berupaya menghasilkan atau member sumbangan besar kepada Negara.

Anda mungkin juga menyukai