Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 1

Sejauh manakah perkembangan bahasa Melayu dapat memantapkan aspek bahasa melalui
cabaran globalisasi kini.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa Melayu? Bagaimanakah bahasa Melayu


dapat berkembang? Persoalan-persolan seperti ini saling berlegar di kotak pemikiran kita.
Kita perlu tahu bahawa perkembangan Bahasa Melayu inilah yang dapat memantapkan
aspek bahasa walaupun kini kita sedang menghadapi heterogen cabaran globalisasi.
Setiap bahasa yang terdapat di dunia ini tidak akan berkembang jika tiada
penuturnya. Begitu juga bahasa melayu. Berdasarkan majalah Dewan Bahasa, November
2009, ditulis oleh S.Nathesan, bahasa Melayu berasal daripada keluarga induknya, iaitu
bahasa Austronesia, salah sebuah bahasa keluarga Bahasa Austris. Bahasa Melayu secara
umumnya dipercayai wujud sejak abad ke-2 masihi. Buktinya, penemuan sebuah Kerajaan
Melayu Champa di Vietnam Tengah. Ini disahkan dengan penggunaan bahasa Melayu oleh
rakyat kerajaan ini.
Melalui analisis dan pencarian yang telah saya lakukan daripada pelbagai sumber,
bahasa Melayu telah mengalami banyak transformasi. Perkembangan bahasa Melayu ini
dibahagikan kepada lima tahap iaitu bahasa Melayu Purba, bahasa Melayu Kuno, bahasa
Melayu Klasik, bahasa Melayu Pramoden dan bahasa Melayu Moden. Ini menunjukkan kita
bahawa bahasa Melayu telah dan masih dimantapkan sehingga sekarang dari pelbagai
aspek bahasa. Sebagai seorang manusia, kita mengalami cabaran globalisasi dan kita
berupaya untuk mengatasinya dengan pelbagai cara. Begitu juga dengan bahasa Melayu.
Perkembangan bahasa melayu dapat memantapkan aspek bahasa melalui cabaran
globalisasi kini. Saya mengetengahkan sekali lagi persoalan yang akan kita bincangkan iaitu
bagaimanakah kesemuanya ini berlaku?
Menurut jurnal Pendeta, saya mendapat tahu bahawa bahasa Melayu purba tidak
menggunakan tulisan dan hanya mengutamakan lisan. Bukti-bukti dan prasasti juga tidak
dijumpai dalam zaman ini yang menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah digunakan. Jadi
di sini dapat disimpulkan bahawa bahasa Melayu belum mengalami perkembangannya lagi
dari segi aspek bahasanya.
Unsur-unsur aspek bahasa dalam Bahasa Melayu terdiri daripada kosa kata, sistem
tulisan, sistem ejaan, struktur ayat, semantik, morfologi dan sintaksis. Kesemua aspek
bahasa ini adalah sangat vital bagi sesuatu bahasa untuk menentukan sejauh manakah

ianya mantap. Jadi dalam setiap tahap perkembangan Bahasa Melayu dapat dilihat
perkembangannya dari segi unsur-unsur bahasa.
Seterusnya, kita beralih kepada evolusi bahasa Melayu Purba. Bahasa Melayu Purba
telah berkembang kepada bahasa Melayu Kuno pada abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa
Melayu Kuno ini telah digunakan pada zaman Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa
pentadbiran. Lingua franca di sini bermaksud bahasa perantara. Buktinya, kewujudan batubatu bersurat di Palembang yang menggunakan Bahasa Melayu Kuno pada akhir abab ke7 iaitu batu bersurat Kedukan Bukit, batu bersurat Talang Tuwo, batu bersurat Kota Kapur
dan batu bersurat Karang Brahi. Melalui dapatan ini, dapat dinyatakan bahawa bahasa
Melayu Kuno merupakan keluarga bahasa Nusantara. Bahasa Melayu Kuno telah
berkembang dalam zaman ini melalui penuturnya dari Semenanjung Tanah Melayu,
Kepulauan Riau dan Sumatera yang beragama Hindu. Jadi, bahasa Melayu Kuno banyak
dipengaruhi dengan bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa bangsawan dan dianggap
tinggi.
Selain itu, bahasa Sanskrit diterima pada zaman tersebut kerana mengandungi
bahasa Melayu Kuno yang mudah dilentur ataupun fleksibel mengikut keadaan. Buktinya,
tulisan Pallava dan Devanagiri dari Utara India yang ditulis pada batu-batu bersurat yang
dinyatakan di atas, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata
pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan

fonem-fonem Sanskrit yang terdapat dalam

bahasa Melayu Kuno. Selain tulisan Pallava dan Devanagiri, tulisan jawi juga digunakan
untuk menulis bahasa Melayu Kuno pada batu-batu bersurat.
Pengaruh bahasa sanskrit inilah yang menjadi penyebab penambahan aspek bahasa
iaitu dari segi kosa kata bahasa Melayu Kuno yang kebanyakkan dipengaruhi oleh bahasa
Sanskrit. Bahasa Sanskrit memang adalah satu bahasa yang paling ketara dalam setiap
bukti yang dijumpai ditulis dengan bahasa Melayu Kuno. Ini dapat dibuktikan dengan
jumpaan prasasti-prasasti pada zaman tersebut. Menurut sumber jurnal Pendeta Artikel
kelima, dalam bahasa Melayu, terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Contohnya, dalam teks sulalalus salatin bab 6, perkataan sanskrit ialah
Pradhanamantrin yang bermaksud perdana menteri dalam bahasa melayu moden dan
kapala bermaksud kepala.
Aspek bahasa yang lain adalah dari segi fonologinya. Melalui analisis, beberapa
perbezaan dikenal pasti antara fonem bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Moden.
Intihanya, penggunaan bunyi separuh vokal dua bibir /w/ untuk letupan dua bibir bersuara
/b/. Contohnya, wuat dalam bahasa Melayu Kuno dan ditukar kepada buat dalam bahasa
Melayu Moden. Ketika menyebut kata sendi nama seperti dengan, dalam bahasa Melayu
Kuno ianya disebut sebagai dgan atau dangan. Jadi di sini tidak wujudnya bunyi e-pepet

ketika menyebutnya. Selain itu, dalam bahasa Melayu Kuno huruf konsonan h diwujudkan
dalam beberapa perkataan seperti semuha dan sahaya. Sepatutnya, perkataan yang betul
dalam bahasa Melayu Moden adalah semua dan saya. Kita harus menghilangkan huruf
konsonen h agar menghasilkan satu bunyi perkataan yang betul. Melalui ini dapat
disimpulkan bahawa, perkembangan bahasa melayu sememangnya memantapkan aspek
bahasa dari segi fonologi dalam bahasa Melayu Kuno.
Contoh lain adalah dari segi pengimbuhannya, iaitu penggunaan imbuhan awalan
ber- dengan imbuhan awalan mar-. Misalnya, dalam bahasa Melayu digunakan sebagai
marlapas dan jika ditukar kepada bahasa Melayu Moden ianya menjadi sebagai berlepas.
Penggunaan struktur ayat pasif

juga kebanyakkannya digunakan dalam setiap

nukilan yang dihasilkan. Contohnya seperti dalam bahasa Melayu Kuno, dalam hikayat
Hang Tuah, setelah sudah dilihatnya bangkai hang jebat itu, maka hang kasturi pun
bermohonlah kepada laksamana kembali mengadap raja. Ayat yang digunakan di sini
adalah ayat pasif. Jika dibandingkan dengan bahasa Melayu Moden ayat pasif ini ditukar
kepada ayat aktif dalam penulisan yang dihasilkan agar membentuk satu struktur ayat yang
betul serta sesuai dengan hukum tatabahasa.
Menurut sumber-sumber yang saya cari, saya berpendapat bahawa bahasa Melayu
klasik adalah lebih besar dan luas daripada bahasa Melayu Kuno. Hal ini kerana ianya
berkembang mengikut peredaran zaman. Ini dapat dikenal pasti melalui penggunaan
bahasa Melayu klasik dalam prasasti seperti batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu
pada tahun 1899 ketika 1303 M. Tulisan yang terdapat pada batu bersurat ini adalah tulisan
Jawi. Bukti lain yang dapat mengesahkan penggunaaan bahasa Melayu Klasik adalah suratsurat dan karya sastera yang dinukilkan pada zaman Bahasa Melayu Klasik. Menurut
maklumat

dalam

laman

sesawang,

https://www.academia.edu/6546533/Sejarah_Perkembangan_dan_Asal_
Usul_Bahasa_Melayu, contoh-contoh surat yang ditemui adalah seperti surat izin
perniagaan Sultan Aceh kepada Kapten Harrry Middleton. Jadi di sini dapat dikenal pasti
bahawa bahasa Melayu Klasik luas digunakan bagi urusan perniagaan dan perdagangan.
Hasilnya, wujud karya-karya sastera seperti Sejarah Melayu, Hukum Kanun Melaka
dan sebagainya. Jika kita mendalami ataupun membaca buku teks Sejarah Sekolah
Menengah, dapat ilmu tentang karya seperti Hukum Kanun Melaka. Hukun kanun melaka
memainkan peranan yang penting dalam urusan pentadbiran ketika Kesultanan Melayu
Melaka. Saya juga telah menganalisis Sejarah Melayu versi Shellabear dan dapat tahu
bahawa betapa luasnya aspek bahasa mengalami transformasi berbanding bahasa Melayu
Kuno.

Jadi, tidak hairanlah jika wujud bahasa istana dalam karya-karya sastera yang
dihasilkan oleh penulis jati bahasa melayu pada zaman bahasa melayu kuno. Contoh,
bahasa istana yang digunakan adalah berahi, murka, mangkat dan beradu. Contohnya,
dalam ayat berikut: kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan Sultan Menawar
Syah, Raja Kampar, sudah mangkat.(Sejarah Melayu,m/s153,bab 27). Selain itu, kata
pangkal ayat juga sering digunakan secara ketara seperti alkisah, hatta, maka dan
sebermula. Hal ini kerana untuk menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
Melalui kata pangkal ayat ini, kita dapat ketahui betapa lama sesuatu karya itu dan kualitinya
yang asli. Misalnya, dalam Sejarah Melayu versi W.G Shellabear, Hatta, maka Tun Fatimah,
isteri Sultan Mahmud pun hamil pula. Maka terlalu suka baginda melihat isterinya hamil itu.
Perkembangan bahasa Melayu dapat memantapkan aspek kosa kata dalam cabaran
globalisasi kini. Perubahan kosa kata ini dapat dikenal pasti melalui teks klasik iaitu Sejarah
Melayu versi W.G.Shellabear yang diterbitkan pada tahun 1967. Kosa kata dalam Sejarah
Melayu merupakan gabungan kosa kata bahasa Melayu Klasik, kosa kata pinjaman
daripada bahasa Arab, Sanskrit, Indonesia dan Jawa. Pinjaman bahasa Jawa di sini bukan
sahaja mempengaruhi kosa kata malah dalam sistem tulisan. Contoh kosa kata dalam
bahasa Melayu Klasik adalah tunggul panji-panji bermaksud tiang bendera, ingar-bingar
bermaksud suasana yang bising, warta bermaksud berita dan dian bermaksud lilin. Di sini
kita dapat mengetahui bahawa bahasa Melayu dapat berkembang dari bahasa Melayu
Klasik secara meluas dari segi kosa katanya.
Jika kita meneliti teks klasik Sulalatus Salatin, dapat dikenal pasti banyak kata-kata
dan istilah yang dipinjam daripada bahasa Arab. Walaupun perkataan-perkataan bahasa
Melayu Kuno dan Sanskrit digunakan tetapi ianya telah diubahsuai selaras dengan agama
Islam. Contohnya, perkataan al-Jannah yang membawa maksud syurga. Manakala
perkataan pinjaman bahasa Arab yang lain pula adalah seperti alam iaitu alam dalam
bahasa Melayu moden. Pinjaman daripada bahasa Indonesia pula seperti bangat yang
bermaksud sangat dan bahasa Jawa ialah kaget. Justeru, pinjaman daripada bahasa
sanskrit pula adalah kata yang mengandungi aspek hiperbola seperti ratna mutu manikam.
Perkataan ini juga mengandungi unsur pengulangan.
Jika dikaji dari segi aspek sintaksis pula, bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri
seperti ayat majmuk yang panjang dan berbelit-belit. Buktinya, dalam teks Hikayat Abdullah
Munsyi, Sabermula ada pun moyangku laki-laki itu saorang orang arab, negerinya yaman,
dan bangsanya uthmani, dan namanya Shaikh Abdul Kadir; maka adalah pekerjaannya itu
menjadi guru daripada agama dan bahasa. Pada pendapat dan pengamatan saya, struktur
ayatnya sangat panjang dan mengandungi lebih daripada satu ayat. Ayat-ayat tersebut

digabungkan dengan kata sendi nama dan bagi menjadi satu ayat yang lengkap dan padat
dengan isi ataupun maklumat. Walaupun ayat ini mengandungi perkataan daripada bahasa
Arab tetapi pembaca akan faham makna yang ingin disampaikan oleh penulis. Saya
menyelitkan hikayat ini sebagai bukti sahaja kerana ianya mengandungi bahasa Melayu
Klasik yang boleh diambil sebagai contoh. Hal ini kerana jika kita selidik dengan teliti hikayat
tersebut adalah satu karya yang menjadi permulaan bahasa Melayu Moden.
Seterusnya, dari segi sistem tulisan dan ejaan, jika dikaji dalam Sejarah Melayu
dapat dikenal pasti beberapa perkataan seperti perkataan mengerahkan sepatutnya ejaan
yang betul adalah mengarahkan dalam bahasa melayu Moden. Contoh lain adalah bahasa
Jawi alam dalam bahasa melayu adalah alam. Bagi memudahkan ejaan tanda baris atas
dimansuhkan.
Tambahan, bahasa Melayu Klasik juga agak ketara dengan aspek bahasa
penggunaan partikel ataupun lebih dikenali sebagai kata penegas lah dan pun. Buktinya,
dalam teks klasik Sejarah Melayu, maka baginda pun mengerahkan segala rakyat
berkotakan rias. Maka todak pun datang, serta ia melompat lekat jungornya pada batang
pisang itu, maka datang orang menetak dia. Maka tidaklah terkira-kira lagi banyak matinya
todak itu. Melalui ini, setiap ayat mengandungi partikel lah dan pun. Akhirnya, penggunaan
kosa kata daripada bahasa Arab terlibat melalui pemakaian kata-kata Allah taala, makhdum,
daulat dan sebagainya. Dari satu sudut yang lain pula, aspek bahasa imbuhan seperti
awalan ber- dan di-. dalam bahasa melayu klasik. Sebenarnya pengimbuhan ini
ditransformasikan daripada bahasa melayu kuno iaitu imbuhan awalan mar- dan ni-.
Perkataaan-perkaataan ini tergolong dalam bahasa Melayu Klasik dan dianggap usang dan
kurang digunakan kini kerana kita sedang menuju ke arah mewujudkan bahasa yang
mantap dari segi aspek bahasa.
Revolusi bahasa Melayu pramoden atau lebih dkenali sebagai zaman peralihan telah
bermula pada pertengahan abad 19. Abad ke- 19 ini adalah di mana pendatang luar datang
beramai-ramai ke Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara. Jadi wujudnya satu
cabaran bagi bahasa Melayu iaitu pengaruh bahasa lain ke dalam bahasa Melayu seperti
perkataan-perkataan dari bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda. Natijahnya, wujud
banyak pusat kegiatan penulisan Melayu.
Kata-kata istilah baru Inggeris, Portugis dan Belanda mula diguna pakai. Intihanya,
lawyer, gabenor, office dan majestret. Kegiatan penterjemahan juga dimulakan iaitu istilah
bahasa inggeris diterjemahkan kepada bahasa Melayu seperti peguam, pejabat,
pesuruhjaya dan jabatan. Fonem-fonem Melayu ditambah dengan fonem-fonem baru
daripada bahasa Arab masih dikekalkan. Gaya penulisan laporan juga berkembang hasil

daripada kegiatan penerbitan surat khabar dan majalah bagi menyemarakkan lagi proses
perkembangan bahasa Melayu ke persada dunia. Perbezaan antara bahasa Melayu Klasik
dengan bahasa Melayu Pramoden ialah ciri-ciri yang berbeza dan struktur ayat juga tidak
berbelit-belit dan dan panjang-memanjang. Bukti yang menunjukkan bahawa bahasa
Melayu telah mendapat satu tempat adalah penggunaannya sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah dan untuk menulis buku teks. Selain itu, aktiviti perkamusan juga semakin
meluas dalam zaman peralihan pramoden ini. Contohnya, Kamus Jawi-melayu-Inggeris
dihasilkan oleh R.J Wilkinson dan diterbitkan pada tahun 1903. Saya berasa terharu kerana
bahasa Melayu semakin berkembang dari perterjemahan kepada aktiviti perkamusan.
Bahasa Melayu pramoden juga mengalami perkembangannya kepada tahap kelima
iaitu Bahasa Melayu Moden pada abad ke-19. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,
hikayat Abdullah Munsyi merupakan hasil penulisan yang menjadi satu permulaan kepada
bahasa Melayu Moden. Apabila kita menyebut bahasa Melayu Moden sahaja, harus terlintas
dalam fikiran kita tentang hikayat ini. Menurut sumber laman sesawang, http://firdaus-fikri.
blogspot. my/2012/ 10 /1-ppismp-asal-usul-salasilah-melayu.html, didapati bahawa bahasa
melayu moden merupakan taraf bahasa Melayu ditingkatkan untuk mencapai status bahasa
moden dengan adanya perancangan bahasa. Jadi, di sini kita tahu bahawa bahasa moden
bermaksud bahasa yang telah berkembang pesat dan luas selepas negara kita Malaysia
mencapai kemerdekaan iaitu selepas kedatangan penjajah Eropah dan Portugis ke Tanah
Melayu.
Selepas mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu telah dijulang ke taraf yang tinggi.
Ini dibuktikan dengan pernyataan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan negara kita seperti yang terkandung di bawah Perlembagaan
Persekutuan perkara 152. Jadi, zaman bahasa Melayu Moden adalah di mana zaman
bahasa Melayu yang memainkan peranan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa perundangan dan bahasa komunikasi di semua pejabat, institusi pendidikan dan
sekolah-sekolah rendah serta menengah. Bahasa Melayu kini berada setaraf dengan
bahasa lain di serata dunia bak kata pepatah duduk sama rendah, diri sama tinggi.
Rumusnya, perkembangan bahasa Melayu yang memantapkan lagi aspek bahasa melalui
pelbagai cabaran globalisasi kini dapat dibuktikan dengan penubuhan Dewan Bahasa dan
Pustaka sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan memperkasa bahasa Melayu dan
memantapkan bahasa Melayu dengan menjalankan pelbagi usaha.
Persoalan jika bahasa Melayu telah diangkat tinggi dan ditetapkan sebagai bahasa
kebangsaan, adakah ianya berkembang dari segi aspek bahasa? Persoalan ini yang
berlingkaran di minda saya. Pada pendapat saya, bahasa Melayu sememangnya akan

mengalami banyak perubahan dalam mengukuhkan lagi aspek bahasa dari segi kosa kata,
sistem ejaan, fonologi, struktur ayat dan sistem tulisan. Aspek bahasa dari segi kosa kata
dalam bahasa Melayu moden memang dimantapkan lagi daripada bahasa melayu
pramoden. Buktinya, dalam buku tatabahasa dewan yang diterbitkan oleh dewan bahasa
dan pustaka, telah dinyatakan dengan betul tentang pembentukan perkataan baharu iaitu
perkataan bunyi-bunyi pinjaman. Contohnya, bunyi seperti q dan sh ditukar menjadi k dan sy
mengikut sistem ejaan Rumi baharu iaitu qadhi menjadi kadi dan sharat menjadi syarat.
Dari segi sintaksis pula, tiap-tiap struktur ayat diperbaik dan dimantapkan lagi untuk
mencakupi aspek-aspek yang pernah dicapainya. Penggunaan struktur pasif, misalnya tidak
asing lagi dalam bahasa Melayu. Contohnya seperti dalam bahasa Melayu Kuno, dalam
hikayat Hang Tuah, setelah sudah dilihatnya bangkai Hang Jebat itu, maka hang kasturi
pun bermohonlah kepada laksamana kembali mengadap raja. Struktur ayat pasif masih
digunakan dalam bahasa Melayu moden tetapi dalam ayat sesuai sahaja dan boleh ditukar
kepada ayat aktif. Jika dilihat dalam ayat di atas, kata pasif yang terdapat adalah dilihat. Jika
ditukar, ianya menjadi melihat.
Sebelum menutup tirai bicara, saya ingin menghuraikan cabaran yang dihadapi
bahasa Melayu kini dalam memantapkan kedudukannya dari segi aspek bahasa. Dalam
menongkah arus globalisasi, seperti yang kita sedar bahasa Melayu berhadapan dengan
pelbagai rintangan getir bukan sahaja untuk mengekalkan tarafnya sebagai bahasa rasmi
dan bahasa utama negara kita tetapi untuk kelangsungan hayatnya. Bahasa melayu yang
mantap sebagai bahasa ilmu, bahasa akademik dan

bahasa profesional harus

dipertimbangkan agar tidak hilang dimakan arus zaman.


Melalui sumber laman sesawang, http://www.slideshare. net/OhJenny1/sejarahperkembangan-bahasa-melayu-48222597 , didapati bahawa halangan yang dihadapi
Bahasa Melayu ialah dari segi pendidikan, bahasa pengantar dan bahasa komunikasi
negara kita. Walaubagaimanapun, kesemua ini tidaklah sebesar cabaran yang dihadapi oleh
bahasa melayu kini iaitu sikap penutur natifnya sendiri. Apa manfaatnya ada bahasa
sekiranya tiada penuturya. Bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dimantapkan
melalui cabaran globalisasi kini sekiranya penutur asalnya sendiri tidak yakin akan
kemampuan bahasa rasminya sendiri.
Fenomena yang ada pada hari ini menunjukkan kelemahan sikap penutur jati yang
tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan dan perkembangannya. Mengapakah
wujudnya isu sebegini? Jika kita menyelusuri perkara ini, puncanya mereka terlalu
mementingkan bahasa Inggeris dan berasa lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris
berbanding bahasa Melayu. Natijahnya, penggunaan bahasa rojak, bahasa bercampur aduk
dengan bahasa Inggeris semakin meluas dalam kalangan generasi terkini. Natijahnya,

hukum-hukum tatabahasa yang ditekankan tidak dipentingkan dan dihiraukan ketika


berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain. Jadi bahasa Melayu tidak dapat
diperkembangkan lagi dari segi aspek bahasanya seperti kosa kata dan morfologi.
Peristilahan dan tutur kata tidak dapat dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan
bahasa Melayu. Justeru, cabaran globalisasi ini harus dikikis agar perkembangan bahasa
Melayu dapat memantapkan lagi aspek bahasa.
Cabaran seterusnya yang harus dipertimbangkan adalah penggunaan bahasa
Melayu dalam pelbagai media elektronik dan bidang pengiklanan. Walaupun penggunaan
bahasa Melayu dalam media dan bidang tersebut adalah baik tetapi penggunaan bahasa
Melayu adalah pada tahap yang rendah. Hal ini demikian kerana menggunakan bahasa
Melayu yang lemah dari segi aspek bahasa iaitu morfologi, sintaksis, semantik dan sistem
ejaan. Contohnya, perkataan murtabak sering digunakan. Perkataan yang betul adalah
martabak iaitu sejenis makanan.

Malah pengacara dalam

program

media

juga

mengendalikan program dengan menggunakan bahasa yang tercelaru. Dengan ini, bukan
sahaja budaya menggunakan bahasa Melayu salah meningkat malah usaha perkembangan
Bahasa Melayu juga menjadi tidak guna. Jadi perkembangan bahasa Melayu harus
dimantapkan dari pelbagai aspek bahasa melalui cabaran-cabaran sedemikian agar nasi
tidak menjadi bubur.
Kesimpulannya, perkembangan bahasa Melayu dapat memantapkan aspek bahasa
melalui cabaran globalisasi kini seperti yang dibincangkan. Bukti-bukti seperti prasastiprasasti dan teks klasik khususnya Sejarah Melayu versi Shellabear inilah yang merupakan
satu bukti ketamadunan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek bahasa bak kata ilmu pelita
hidup. Perkembangan bahasa Melayu yang dihuraikan dapat memantapkan taraf bahasa
Melayu di peringkat global agar dapat dijadikan sebagai rujukan dan mengenal pasti apakah
kesalahan yang dibuat oleh generasi terkini. Mengalami transformasi dan pemantapan dari
segi pelbagai aspek bahasa seperti fonologi, sintaksis, sistem ejaan dan sistem tulisan.