Anda di halaman 1dari 3

1

Pengenalan
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), adat dapat ditakrifkan sebagai
peraturan yang diamalkan turun-temurun sejak dahulu kala di dalam sesuatu
masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat
secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup.(Abu Anas
Madani, 2013). Ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya dilakukan
setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Asmaul-Husna
(2009) mengatakan bahawa adat adalah aneka kelaziman dalam sesebuah negeri
berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu masyarakat itu. Ringkasnya, adat
adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri
daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat
yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Secara umumnya, kelaziman atau kebiasaan
sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam kehidupan sesuatu
masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama yang sama. Adat dapat
diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik
secara bertulis ataupun lisan. Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu
bangsa merupakan cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis
penentu sesuatu hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut.
Masyarakat Cina mempunyai banyak kepercayaan dan amalan yang diamalkan
sejak beberapa generasi dahulu. Adat dan pantang larang yang diamalkan
menunjukkan identiti dan warisan mayarakat Cina. Setiap amalan dan adat
masyarakat Cina ini mempunyai pengertian dan signifikan yang terdiri bukan sahaja
melambangkan norma-norma yang wujud di dalam masyarakat Cina bahkan
mempamerkan terhadap nilai amalan yang menjadi pegangan masyarakat Cina.
Namun begitu sesetengah adat dan pantang larang ini tidak ladi diteruskan selaras
dengan perubahan zaman dan masa.
Di negara yang mempunyai masyarakat yang kaya dengan pelbagai adat resam.
Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat
Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang
bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau
kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan
kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam
masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana

anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek
moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja
dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat
enam kumpulan dialek utama, iaitu Hakka, Kantonis, Teochew, Hokkien, Mandarin
dan Foochow. Secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina
Malaysia. Justeru itu, masyarakat Cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan
pantang larang dalam kehidupan seharian mereka. Fu Zhou Min Xi, 2015 berkatakan
bahawa orang Foochow dibahagikan kepada dua, iaitu orang Foochow bergerak dan
penduduk asli Fujian Han selesai Dataran Tengah. Han berpindah ke selatan Foochow
dan orang tempatan Fujian bergabung untuk membentuk rakyat Fuzhou. Orang
Foochow mempunyai pengiktirafan sejagat Dataran Tengah. Central Plains Han
berpindah ke Fujian sejak Dinasti Han. Terdapat lapan nama sejak awal Jin Rumin. Ia
direkod bertulis yang ditemui di Cina Han untuk Fujian, lebih baik terutama bergerak
Fuzhou Minjiang dataran hilir Jemaah. Kawasan Fuzhou seawal Han Rumin
merupakan penempatan utama. Untuk Dinasti Tang lewat dan Lima Dinasti yang
dikenali sebagai Chao Wang, Wang mengetahui Fujian ingin membina rejim Min dan
membentuk kemuncak yang Han Cina Fujian. Foochow telah menjadi pusat politik di
negara ini dan telah dibangunkan dengan bersungguh-sungguh.
Di Asia Timur, negara yang dikuasai oleh orang Cina Han umumnya boleh
berbahasa Cina (termasuk dialek Cina), juga boleh digunakan (Ringkas atau
Tradisional) aksara Cina. Di luar Asia, sebagai tambahan kepada generasi pertama
pendatang Cina, majoriti yang kedua, tiga generasi Cina (termasuk bangsa campuran
Cina) jarang dapat menulis aksara Cina, atau hanya bercakap Bahasa Inggeris
bercakap dan membaca mudah, faham sepenuhnya Cina, hanya dalam bahasa
kawasan untuk komunikasi. Walau bagaimanapun, berdasarkan bunyi pendidikan
Cina, Cina Malaysia secara umumnya boleh bercakap fasih Mandarin dan dialek Cina
(dalam bahasa Hokkien, Hakka dan berasaskan Kantonis), dan Singapura umumnya
dapat bertutur bahasa Mandarin Cina.
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), mengandung dapat ditakrifkan
sebagai hamil. Abu Anas Madani (2013) mengatakan bahawa pelbagai bentuk adat
resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa
mengandung untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk
seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang

mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan


kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab
menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Jabatan Warisan Negara
Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia (2009) mengatakan bahawa
kelahiran anak bagi pasangan suami isteri merupakan suatu pengurniaan Tuhan
kepada hamba-Nya. Anak merupakan peyambung zuriat atau keturunan supaya
perkembangan ummah dapat diteruskan dan alam ini tidak menjadi lengang tanpa
manusia.
Rasional untuk membuat kajian tentang amalan dan pantang larang semasa
mengandung adalah kerana mendapati bahawa wanita cina foochow sekarang
semakin mengabaikan amalan dan pantang larang semasa mengandung. Mereka
mengabaikan amalan dan pantang larang semasa mengandung kerana mereka
menganggap amalan dan pantang larang tersebut amat menyusahkan mereka.
Golongan muda sekarang suka mengikut adat barat. Mereka juga kurang didikan
tentang adat tradisional daripada ibu bapa. Dengan itu, amalan dan pantang larang
semasa mengandung semakin dilupai dan adat tersebut akan pupus jika masyarakat
cina foochow tidak mengekalkannya. Hal ini juga dapat meningkat pengetahuan adat
yang perlu dipatuhi dan pantang larang semasa mengandung kepada kalangan wanita
yang dikaji secara tidak langsung.
Oleh yang demikian, satu kajian boleh dijalankan untuk mengenal pasti faktorfaktor amalan dan pantang larang semasa mengandung semakin terhakis dalam
kalangan masyarakat Cina Foochow di kawasan Jalan Kampung Nangka, Sibu.