Anda di halaman 1dari 6

1

SAM. HISAMUDDIN SUNGAI BERTIH, KLANG

KERTAS KERJA CADANGAN

PROJEK MENAIKTARAF RUANG REHAT


PELAJAR DI SEKITAR KAWASAN SEKOLAH
HISAMUDDIN SUNGAI BERTIH

SAM. HISAMUDDIN JALAN TEPI SUNGAI,


SUNGAI BERTIH 41100 KLANG, SELANGOR

TAHUN 2010

Pendahuluan

Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sungai Bertih, Klang mempunyai 5


blok bangunan yang hanya memiliki keluasan 5 ekar dengan bilangan pelajar
seramai

hampir

870

orang.

Kawasan

bangunan

tersebut

amat

padat

dan

terhad,memaksa pihak pengurusan sekolah menyediakan ruang rehat pelajar bagi


mengisi

waktu-waktu

senggang

merreka.Hal

ini

dirasakan

amat

perlu

memandangkan sekolah ini memiliki sejumlah 300 orang pelajar yang tinggal di
asrama. Dengan jumlah pelajar yang semakin bertambah, kemudahan yang
disediakan perlu ditingkatkan agar dapat memenuhi keperluan seluruh warga
sekolah. Kemudahan tersebut sangat penting kerana mempengaruhi prestasi pelajar
terutama dalam pembelajaran di dalam kelas. Masalah yang berlaku akan
menyebabkan rasa tidak selesa yang akhirnya akan memberikan kesan yang negatif
kepada pelajar dan pihak sekolah.
Tujuan
Permohonan ini dikemukakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan bagi
membaik pulih dan menaiktaraf tempat rehat yang sedia ada agar boleh
memberi manfaat yang lebih baik kepada para pelajar terutama semasa
perhimpunan sekolah mingguan, majlis keraian dan menjadi tempat rehat
para ibu bapa penghuni asrama semasa kunjungan setiap hujung minggu.
Rasional
Masalah di sekolah:

Jumlah keluasan kawasan sekolah yang amat terhad iaitu hanya 5 ekar
sahaja.

Tiada kemudahan padang sekolah berumput untuk beriadah.

Terdapat sebilangan kecil kawasan rehat yang telah dibina tetapi kurang
sesuai untuk digunakan oleh para pelajar dari segi binaannya dan jumlahnya
amat terhad.

Sekolah

dalam

usaha

memberi

ruang

yang

banyak

kepada

aktiviti

pembelajaran yang lebih interaktif (tidak semestinya di dalam bilik kelas).

Sekolah tidak memiliki dewan besar berbumbung yang khusus bagi


menjalankan aktiviti dan majlis rasmi.

Kekurangan tempat berlindung yang berbumbung bagi para pelajar


terutama sewaktu sekolah mengadakan majlis-majlis di luar dewan(pelajar
akan terdedah dengan panas atau hujan.

Masalah di asrama

Ruang yang terhad menyebabkan pelawat yang terdiri daripada waris


penghuni asrama kekurangan ruang rehat bersama anak-anak mereka ketika
hujung minggu (waktu melawat).

Cadangan
i

Membina bumbung di susur batu berbumbung di hadapan pentas utama bagi


kemudahan tempat duduk pelajar asrama berehat , semasa perhimpunan
sekolah , majlis keraian.

ii

Menaiktaraf sebuah pondok rehat yang sedia ada di hadapan bangunan


asrama putera supaya lebih selamat , ceria dan mesra pengguna.

Kos perbelanjaan:
Bil
1

Perkara
Membina bumbung baharu yang lebih kukuh dan

Perbelanjaan

terlindung daripada sinar matahari

Akan ditentukan
oleh kontraktor
yang dipilih.

Menukar tiang konkrit daripada tiang besi (4

penjuru)
Menaik taraf bahagian hadapan pentas supaya
lebih cantik dan menarik.

Sumber:
i.PIBG
Penutup
Sumbangan dan dana PIBG diharapkan dapat menyempurnakan harapan sekolah
supaya dapat memberi kemudahan yang maksimum kepada semua pelajar SAM
HISAMUDDIN SG BERTIH.

Disediakan oleh,
_________________________
(AZLINA BT EMAM BUHARI)
Pen.Kanan HEM

SAM. Hisamuddin Sungai Bertih, Klang.


Tarikh : 20 Oktober, 2010