Anda di halaman 1dari 3

MASIHKAH ADA SAYANG?

SINOPSIS

Azman seorang anak tunggal yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang
serba mewah dan tidak pernah sekalipun merasa kesusahan hidup apatah
lagi untuk berkerja sendiri dan melakukan kerja berat. Kehidupannya di
universiti juga tidak kurang hebatnya kerana keperluannya untuk belajar
sangatlah mencukupi. Hari-harinya dipenuhi dengan kesenangan sehingga
ibu bapanya juga jarang sekali dapat bersamanya walaupun dalam
seminggu. Ibu bapanya sangat mementingkan kerjaya sehingga
mengabaikan tanggungjawab terhadap anaknya Azman yang semakin
dewasa. Sehinggalah suatu hari dimana Azman dipertemukan dengan rakan
sekelasnya Rashid yang hidupnya serba susah namun kasih sayang yang
diberikan oleh ibu bapanya tidak pernah kurang. Azman diperkenalkan
dengan keluarga Rashid ketika keluarganya datang untuk melawat Rashid di
universiti. Keluarga Rashid sanggup datang dari jauh untuk melepaskan rindu
terhadap anaknya yang belajar jauh. Suatu malam, fikiran Azman diganggu
oleh perasaan yang tidak tenang dan jiwanya terasa kosong. Pada malam
itulah dia merasakan bahawa dia sebenarnya kurang mendapat perhatian
daripada ibu bapanya. Semakin hari terdapat perubahan kepada kelakuan
Azman dimana dia seringkali melakukan perkara yang tidak pernah dia
lakukan sebelum ini. Azman pernah dipanggil dekan kerana merokok di
dalam kampus dan melukis pada dinding bangunan. Ibu bapa Azman juga
pernah diminta pihak universiti untuk berjumpa dengan dekan bagi mencari
punca masalah yang dihadapi oleh Azman. Namun, perjumpaan itu gagal
untuk mencari solusinya kerana ibu bapa Azman tidak memberi kerjasama
dengan pihak universiti. Setiap hari Azman dimarah oleh ibu bapanya kerana
perubahan sikapnya itu. Azman semakin memberontak dan meluahkan
emosinya dengan menulis di dalam sebuah diari peribadinya. Dalam

perasaan memberontak itu dia ingin sekali merasai kehangatan kasih sayang
daripada ibu bapanya. Sehinggalah suatu hari dia berasa lemah dan demam.
Demam yang berpanjangan selama 2 minggu itu menyebabkan Azman tidak
menghadiri kuliah. Tiba suatu hari, rakanya Rashid datang untuk melawat
Azman dan melihat keadaan Azman. Sedikit sebanyak terubat juga
kerinduan 2 orang sahabat ini meskipun berlainan darjat. Ketika sedang
asyik berbual, Rashid mendapati hidung Azman mengeluarkan cairan
berwarna merah dan mendapati ianya adalah darah disertakan dengan sakit
kepala yang amat kuat. Kesakitan yang dialami Azman membuatkan Rashid
terpaksa menghubungi ambulan dan dikejarkan ke hospital. Dalam keadaan
Azman yang tenat, Rashid menghubungi ibu bapa Azman yang ketika itu
sedang bermesyuarat. Dengan perasaan terkejut dan hilang arah, ibu dan
ayah Azman bergegas ke hospital untuk mengetahui keadaan Azman. Di bilik
doktor, Marina ibu Azman diberitahu mengenai keadaan Azman yang
sebenarnya menghidap barah otak tahap 4 dan peluang untuk sembuh
hanyalah 30 paratus. Setelah mendengar keputusan pemeriksaan oleh
doktor itu, Marina terus pingsan dan tidak sedarkan diri. Beribu penyesalan
tiada guna lagi kerana selepas 4 jam dimasukkan ke hospital, Azman
menghembuskan nafas terakhirnya sambil mengengam tangan sahabat
baiknya Rashid.
Dua hari kemudian, Marina mengemas bilik arwah Azman anak tunggalnya
yang baru sahaja menghadap ilahi. Apa yang menyedihkan adalah Marina
menjumpai diari milik Azman yang meluahkan segala isi hatinya
mengenainya dan keluarganya. Azman menceritakan keinginannya untuk
bersama-sama dengan keluarganya meluangkan masa bersama. Semasa
berada di bilik Azman, Marina sebenarnya mendapati dirinya hamil dan
merasakan bahawa tuhan sedang memberikannya peluang kedua untuk
memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Marina menjadikan kisah Azman
sebagai pengajaran kepada kehidupannya yang akan datang dengan
kehadiran bayi baru itu nanti.

---Tamat---