Anda di halaman 1dari 6

14

BAB 3

PERANAN PERUNDING PENGURUSAN PROJEK

3.0

Pengenalan

Salah satu ciri-ciri yang penting dalam perbincangan mengenai pengurusan projek
adalah peranan perunding pengurusan projek. Bab ini akan menjelaskan beberapa perkara
berkenaan dengan peranan perunding pengurusan projek. Antara perkara yang akan di
bincang serta di jelaskan adalah tugas dan tanggung jawab firma pengurusan projek,
kepentingan pengurusan projek pembinaan di Malaysia pada masa kini dan yang terakhir
adalah peranan firma pengurusan projek di Malaysia dalam konsep penswastaan.

3.1

Tugas dan Tanggungjawab Perunding Pengurusan Projek

Secara umumnya di antara tugas dan peranan pengurus projek adalah :

Mewujudkan objektif dan keutamaan pelanggan (klien )

15

Merekabentuk struktur organisasi projek termasuk

mengenalpasti

sesuatu

keadaan yang perlu seseorang pengurus projek membuat keputusan

Mengenalpasti tentang cara klien harus berganding bahu dan bekerjasama dalam
sesuatu projek.

Memberi pandangan tentang pemilihan dan pelantikan pihak-pihak yang terlibat


dengan projek serta menyediakan bidang tugas masing-masing.

Mentafsir objektif klien dan menjadikannya satu rumusan kepada pasukan projek

Menyediakan keseluruham program kerja.

Pengawalan dan pengawasan kajian kemungkinan, rekabentuk dan memastikan


bahawa ringkasan kerja adalah memuaskan termasuk dari segi peruntukan
kewangan dan pelaburan serta perancangan program.

Membuat cadangan dan kawalan pelaksanaan sesuatu strategi untuk pengurusan


projek-projek yang telah siap.

Membuat penilaian hasil projek dan membandingkannya dengan objektif dan


laporan intertimnya termasuk memberi pandangan tentang strategi pada masa
hadapan.

Institut Pengurusan Projek Malaysian Chapters telah meringkaskan enam tugas asas
firma perunding pengurusan projek, iaitu :

Mengurus bidang projek dengan mentafsir tujuan dan kerja yang akan
dilaksanakan.

Mengurus sumber manusia yang terlibat dengan projek.

Mengurus hubungan pihak-pihak yang terlibat agar termaklum dan mempunyai


maklumat yang mencukupi bagi menjadikan projek itu selaras.

Mengurus masa mengikut perancangan dan menepati sesuatu jadual.

Mengurus dan memantau kualiti agar hasil kerja memuaskan.

Mengurus kos projek agar terlaksana pada kos minimum yang praktikal dan
dalam peruntukan kewangan yang di tetapkan,

16
Tanggungjawab pengurus projek yang dilantik oleh firma secara umumnya adalah
untuk mengadakan produk atau hasil akhir yang khusus dengan mengambil kira
spesifikasi teknikal, kos dan jadual dengan menggunakan sumber-sumber organisasi yang
ada. Pengurus projek juga bertanggungjawab memenuhi objektif keuntungan bagi projek
apabila ia dinyatakan di dalam kontrak dengan pelanggan. Pengurus projek akan
membuat sesuatu keputusan yang muktamad dan adil bagi memastikan objektif projek
tercapai. Selain itu pengurus projek akan mengesyorkan penamatan projek atau
penyelesaian alternatif jika objektif dan matlamat projek tidak dapat di capai. Berkhidmat
sebagai titik utama bagi projek bersama-sama pelanggan, pengurusan atasan dan
pengurus kefungsian akan berunding berkenaan dengan perintah-perintah kerja dengan
pelbagai jabatan kefungsian bagi pelaksanaan pakej-pakej kerja dengan menepati
spesifikasi dan mematuhi had-had masa dan kos juga merupakan tanggung jawab
pengurus projek.

3.2

Kepentingan Pengurusan Projek di Malaysia masa kini

Jadual di sebelah menunjukkan sebahagian daripada projek infrastuktur yang memakan


belanja yang besar yang di rancang oleh kerajaan. Senarai projek-projek di atas belum
lagi mengambil kira projek mega kerajaan yang sedang dan telah dilaksanakan seperti
Projek Terowong Pintar ( SMART Tunnel) yang bernilai lebih kurang RM 1.2 bilion,
Laluan Lingkaran Tengah II ( RM 240 juta ), Lebuhraya Timur-Barat ke 2. Lebuhraya
Pantai Timur Fasa Ke 2 (RM 1.2 b) dan lain-lain lagi.

17

Jadual 3. 1: Projek-projek yang di rancang dilaksanakan oleh Kerajaan


Malaysia.
________________________________________________
Projek

Anggaran Kos
( RM billion )

________________________________________________
Loji Rawatan Kumbahan

0.4

Lapangan Terbang Kuala Lumpur


(Fasa II )

2.0

Landasan Berkembar KTM

14.4

Pelbagai kontrak jalan

3.8

Lebuhraya Pantai Timur

2.0

Projek Gerbang Selatan

2.38

Stesen Pusat Brickfields

3.5

Program Pembentungan Utama

6.2

________________________________________________
( Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia)
Dari segi hubungkaitnya dengan pengurusan projek pembinaan, projek-projek di atas
perlu di lihat dari sudut berikut :
Pertama : Kecanggihan teknologi dan kaedah pelaksanaannya. Hal ini tentunya
memerlukan pengurusan projek pembinaan yang canggih,bersepadu dan mantap
serta profesional. ( kemahiran,kewibawaan, kecekapan )
Kedua : Kos atau nilai projek . Kegagalan pengurusan projek

tentunya

menyumbang kepada kegagalan projek dan dari segi perspektif nilai projek ini
tentunya merugikan serta membazir. Oleh sebab yang demikian dalam hal ini
pengurusan projek tidak boleh gagal.

18

Ketiga :Tempoh projek yang singkat dan penyegeraan dalam pelaksanaannya.


Pengurusan projek yang sewajarnya dan sesuai perlu di amalkan serta di terapkan
bagi setiap projek pembinaan kerana negara kita memerlukan pembangunan yang
pesat, segera dan terancang. Kekurangan, kelemahan serta ketidakcekapan dalam
mengurus projek pembinaan tentunya akan tersasar dari tujuan asal pembinaan
projek.
Keempat : Kesan projek pembinaan ke atas projek-projek lain. Sesuatu projek
pembinaan yang dibangunkan mempunyai hubungkait dengan aktiviti yang lain
seperti kilang simen, barangan separuh siap, kilang kaca, pembangunan sumber
manusia, perkembangan institusi kewangan dan insurans dan lain-lain lagi.
Kegagalan projek tentunya akan memberi kesan yang besar terhadap industriindustri lain.
Kelima : imej negara keseluruhannya : Kegagalan projek pembinaan tentunya
akan memberi imej yang tidak baik kepada negara secara amnya dan kepada
pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam projek pembinaan. Semestinya
perkara ini perlu di elakkan agar tidak akan berlakunya kerugian kepada semua
pihak.

3.3

Peranan pengurusan projek di Malaysia dalam kosep penswastaan

Konsep penswastaan didefinasikan sebagai pemindahan aktiviti-aktiviti dan


fungsi-fungsi sektor awam atau kerajaan kepada sektor swasta. Ini termasuk menjadikan
sebahagian jabatan kerajaan kepada syarikat swasta. Dalam pengurusan projek, konsep
penswastaan projek merujuk kepada penswastaan projek-projek kerajaan kepada satusatu syarikat atau konsesi untuk melaksanakan sesuatu projek contohnya Projek
Lebuhraya Utara-Selatan. Bentuk-bentuk penswastaan projek-projek kerajaan termasuk

19
Kontrak Pengurusan ( Management Contract ), Bina-Kendali & Pindah

( Build-

Operate & Tansfer ), Bina-Kendali & Milik (Bulid-Operate & Own) , Bina dan Kendali
(Build & Operate), Bina dan Pindah (Build & Transfer ) dan Bina-Kendali-Milik &
Pindah ( Build-Operate-Own & Transfer ). Penswastaan projek tidak hanya menyentuh
perkara-perkara berkenaan dengan peningkatan terhadap perkhidmatan dan barangan
bahkan juga proses di mana pemerolehan dan penggunaan terhadap teknologi-teknologi
baru serta canggih, pertambahan kepada kemahiran dan kepakaran adalah merupakan
syarat-syarat dan kelayakan yang amat penting. Dalam konsep pembangunan hartanah
dan perkhidmatan perundingan, badan akreditasi

Sijil ISO 9000 serta Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjelaskan

bahawa konsep

penswastaan sebenarnya adalah lebih berkesan dalam meningkatkan mutu produktiviti


sama ada dari segi proses dan masa. Dalam pengurusan projek dan perundingan , konsep
pengurusan projek secara menyeluruh adalah penting untuk membuktikan kecemerlangan
dalam semua bidang projek dan sebagai salah satu syarat yang penting ke arah mencapai
objektif dan tujuan penswastaan. (Andrew A.L Tan Project Management in Malaysia 1996)

3.4

Rumusan Bab

Dalam bab ini telah banyak penjelasan berkenaan dengan peranan yang perlu di
mainkan oleh pengurus projek. Sekiranya pengurus projek melaksanakan tugas dan
tanggungjawab seperti yang di bincangkan, sudah tentunya perjalanan sesuatu projek
tidak akan menimbulkan sebarang masalah. Bab ini juga telah memberi penjelasan
tentang kepentingan pengurusan projek pada masa kini.