Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN BERFIKIR SEJARAH DALAM PENDIDIKAN SEJARAH: ISU DAN

CABARAN
Penerapan kemahiran pemikiran sejarah dalam kalangan pelajar akan berhadapan dengan
masalah sekiranya guru tidak mempunyai pengetahuan yang mengcukupi dalam pengajaran
subjek sejarah. Keadaan bertambah buruk apabila cuma bergantung sepenuhnya kepada buku
teks dalam pengajaran subjek sejarah. Wilson (1989) misalnya, pembelajaran Sejarah bukan
sekadar melibatkan keupayaan menghafal tahun peristiwa-peristiwa sejarah dan mengenal namanama tokoh ataupun tempat, sebaliknya, ia meliputi pemahaman tentang fenomena sejarah dan
pensejarahan.
Selain itu, penerapan kemahiran pemikiran sejarah akan menjadi sukar sekiranya tahap
pembelajaran pelajar yang pelbagai. Contohnya, kemahiran pemikiran sejarah adalah sukar untuk
diterapkan kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Ini kerana pelajar-pelajar
tersebut adalah sukar untuk memahami dan berfikir tentang isu-isu yang kompleks seperti bukti
sejarah, bias dan sumber-sumber sejarah.
Di samping itu, kemahiran pemikiran sejarah memerlukan daya penerokaan,
penyelidikan, menganalisis dan menginterpretasi sumber yang tinggi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, ia juga memerlukan para pelajar untuk membuat perkaitan tentang sebab dan akibat
berdasarkan peristiwa sejarah. Ini secara tidak langsung memerlukan para pelajar untuk memiliki
pemikiran yang kritis dan kreatif, serta memenuhi kriteria-kriteria pemikiran sejarah. Namun,
tidak semua pelajar dapat mencapai tahap seperti yang diperlukan dalam pemikiran sejarah. Oleh
itu, masalah akan timbul apabila pelajar yang masih belum mencapai kriteria pemikiran sejarah
dikehendaki

membuat interpretasi

sumber-sumber

sejarah. Ini kerana hasil tafsiran

berkemungkinan besar akan tersasar jauh daripada apa yang diharapkan.

Sistem pendidikan di negara kita yang berpusatkan peperiksaan turut menghalang


penerapan kemahiran pemikiran sejarah. Kualiti pengajaran subjek Sejarah adalah rendah
sekiranya terpaksa menghabiskan silibus subjek Sejarah yang banyak dan padat dalam masa
yang singkat untuk tujuan peperiksaan, Abdul Rahim (1989). Keadaan ini menjadikan
pengajaran subjek Sejarah menjadi kurang menarik dan objektif untuk menguasai kemahiran
pemikiran sejarah adalah sukar dicapai oleh para pelajar.
Menurut Khoo Kay Kim (2000), pembelajaran subjek Sejarah yang hanya menekankan
aspek hafalan fakta, tarikh serta pergolakan dunia yang selama beribu-ribu tahun dahulu
menyebabkan pelajar berpandangan sempit terhadap proses dan perkembangan negara. Oleh itu,
mereka akan berasa jemu terhadap subjek Sejarah dan ini secara tidak langsung menyekat
rangsangan mereka untuk berfikir. Pandangan Khoo Kay Kim turut disokong oleh Subadrah Nair
(2005), pengajaran subjek Sejarah secara hafalan ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak
didedahkan kepada pemikiran kritis dan kreatif. Selain itu, pengajaran subjek Sejarah juga
dikatakan terlalu bersifat tradisional kerana ia adalah berpusatkan guru dan bersifat satu hala. Ini
menyebabkan kegagalan pelajar-pelajar untuk memainkan peranan aktif di dalam kelas. Sering
kali didapati bahawa pelajar-pelajar hanya dikehendaki mendengar atau menyalin nota yang
dicatatkan oleh guru Sejarah. Tambahan pula, guru Sejarah lebih cenderung menggunakan
kaedah syarahan dalam pengajarannya .
Corak pengajaran yang berpusatkan guru ini dapat dikaitkan dengan pengajaran guru
Sejarah yang terlalu terikat dengan buku teks. Semua nota pengajaran yang diberi oleh guru
Sejarah adalah diambil dari buku teks semata-mata. Ini secara tidak langsung mengakibatkan
pengetahuan Sejarah para pelajar terhad kepada sumber dari buku teks. Selain itu, guru Sejarah
turut lemah untuk menentukan objektif pengajaran subjek Sejarah . Objektif yang ditentukan
oleh guru Sejarah biasanya bersifat umum, maka ia gagal mengembangkan kemahiran pemikiran
sejarah dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, aktiviti-aktiviti dalam pengajaran subjek Sejarah adalah didapati kurang
mencabar kebolehan kognitif dan afektif para pelajar. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan adalah berorientasikan hafalan hujah-hujah tanpa memahami
signifikan, kaitan dan implikasi tentang apa yang dipelajari. Keadaan sedemikian mampu
memendamkan minat pelajar-pelajar. Menurut Abd Rahim (1998) kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlulah menarik minat dan mencabar kebolehan
para pelajar. Kriteria ini amat penting dalam usaha mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
yang bersifat inovatif dan kreatif demi pengembangan minda kritis dan kreatif dalam kalangan
pelajar. Manakala kaedah dan metodologi pengajaran bersifat spoon feed, induktif dan khutbah
yang hanya mementingkan penerimaan suapan pelajar daripada guru tidak lagi sesuai dengan
pembaharuan kurikulum serta perubahan budaya belajar dan mengajar pada zaman moden ini.

Anda mungkin juga menyukai