Anda di halaman 1dari 7

Kerja kursus ELM 3042E

1.0

Pendahuluan
Isu vandalisme atau merosakkan harta awam tidak boleh sama sekali dipandang ringan oleh
semua lapisan masyarakat kerana perbuatan membazir tenaga ini masih berlaku dan sering
kelihatan di tempat-tempat awam di seluruh negara. Buktinya, isu-isu yang berkaitan dengan
perbuatan merosakkan harta awam kian hari menjadi bahan perbincangan dalam media
massa seperti surat khabar, televisyen, radio, laman sosial dan lain-lain lagi. Maka, tidak
dapat disangkal bahawa gejala merosakkan harta awam ini semakin berleluasa dan menjadijadi di negara Malaysia.
Berdasarkan statistik, gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan tindakan
golongan pelajar sekolah yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Hal ini demikian
kerana, golongan pelajar inilah yang mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan sesuatu
gejala atau budaya yang tidak sihat seperti gejala vandalisme. Namun kita harus sedar
bahawa tidak semua pelajar yang terlibat dalam gejala vandalisme ini. Hanya segolongan
kecil sahaja yang sering melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah ini sematamatanya untuk mendapatkan kepuasan diri.
Sebagaimana kita tahu, kanak-kanak adalah generasi yang bakal mewarnai masa
depan negara ini. Sepanjang proses perkembangan, mereka terdedah kepada banyak
perkara yang boleh mempengaruhi tingkah laku mereka sama ada untuk menjadi orang yang
baik atau tidak pada masa hadapan.

Oleh itu, ibu bapa dan guru-guru perlu memikul

tanggungjawab di bahu untuk membantu mereka menjadi generasi yang bebas dari masalah
sosial terutamanya vandalisme.

2.0

Definisi
Kamus Oxford Advanced Learners mentakrifkan vandalism sebagai willfully destroy or
damage works of art, public and private property, the beauties of nature, etc. Manakala
menurut Kamus Dewan pula, merosakkan harta awam adalah satu bentuk jenayah di sisi
moral di mana sebarang bentuk perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan
harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Peter Butt pula berpendapat bahawa
perbuatan vandalisme ini tidak munasabah dan ia

merujuk kepada penambahan,

penghapusan, atau pengubahan dengan sengaja. Secara ringkasnya, vandalisme atau


merosakkan harta awam adalah gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan
harta benda awam tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang semata-mata untuk
kepentingan diri.

Kerja kursus ELM 3042E


Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang
dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk
jenayah, tetapi pada keadaan tertentu vandalisme ini juga merupakan satu bentuk jenayah
ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan
masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi. Vandalisme ini
dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan
kebosanan semata-mata. Walaupun perkara ini diambil ringan, tetapi masyarakat awam
terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada
vandalisme tersebut di mana pihak kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh golongan individu yang tidak
bermoral.

Vandalisme merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda,
telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas awam. Biasanya, terdapat tiga jenis
vandalisme iaitu perlakuan, dendam dan conteng atau graffiti.

Perlakuan adalah perbuatan yang dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mencari
keuntungan dengan menjual harta benda yang dicuri. Perbuatan ini dilakukan sama ada
dengan merosak atau memecahkan harta benda tersebut. Perbuatan ini dengan sendirinya
telah mencacatkan bentuk harta benda dari yang asalnya. Dari segi perlakuan ini juga
menunjukkan perbuatan suka-suka dan tunjuk berani dengan merosakkan harta benda
tersebut dengan tidak mempunyai perasaan bersalah sekalipun.

2. Dendam

Berkaitan dengan kerosakan harta benda yang melibatkan perasaan sama ada
tidak puas hati, melepaskan geram atau kemarahan kepada pihak yang tertentu.

3. Conteng atau Graffiti

Menconteng harta benda awam atau harta peribadi orang awam juga dikatakan
pemugut. Biasanya mereka ini akan menconteng di dinding-dinding bangunan,
pagar konkrit, pondok-pondok berehat dan tempat kemudahan awam, di taman
rekreasi dan sebagainya dengan mesej-mesej tertentu yang ada di antaranya

Kerja kursus ELM 3042E


tertulis perkataan berupa suatu pesanan dan adakalanya juga contengan
tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang memalukan.

Perbuatan contengan atau graffiti ini adalah hasil dari keinginan seseorang untuk
mengatakan sesuatu untuk memberi komen, memberitahu, menghibur,
meyakinkan, menyakiti ataupun sekadar untuk ia memberitahu akan kehadiran
dan kewujudannya di bumi ini.
Kelakuan seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja yang terlibat
dalam budaya lepak. Hal ini kian menular di negara kita saban hari. Harta benda
awam telah dirosakkan sewenang wenangnya. Perbuatan yang tidak
bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi dengan pelbagai
pihak,

3.0

Punca-punca berlakunya gejala merosakkan harta awam


3.1

Sikap Remaja Sendiri

Terdapat berbagai faktor yang mampu mendorong kepada permasalahan ini dan sikap
remaja itu sendiri merupakan faktor yang terbesar berlakunya gejala merosakkan harta
awam atau vandalisme. Hal ini demikian kerana ramai di kalangan remaja yang terlibat
dalam gejala ini tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam. Mereka tidak
takut sama sekali pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Biasanya,
remaja terbabit tidak sembahyang dan suka mengingkari perintah agama yang lain. Bagi
mereka, kehidupan masa remaja adalah sesuatu yang paling manis dan perlu diisi dengan
hiburan dan keseronokan semata-mata. Remaja juga tidak teragak-agak untuk melakukan
vandalisme kerana mereka kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, mereka enggan memikirkan masalah yang dihadapi oleh orang ramai dan kerugian
yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kesan daripada perbuatan vandalisme yang mereka
lakukan. Tambahan pula, faktor- faktor dalaman remaja seperti emosi atau tekanan yang
terganggu juga kadang-kala mendorong kepada gejala vandalisme. Sebagai contohnya,
ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu seperti menconteng perkataanperkataan kasar di dinding, atau menulis sesuatu bagi mengutuk orang yang mereka benci
untuk membantu meredakan kemarahan. Hal ini bermakna jika seseorang tidak ada cara lain
untuk melepasi tekanan yang dialami, mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang
tidak berfaedah seperti conteng dan merosakkan benda-benda awam agar mendapat
kesenangan sementara untuk melupakan tekanan-tekanan yang dihadapi.

3.2

Pengaruh Rakan Sebaya

Kerja kursus ELM 3042E


Punca vandalisme ini jika diteliti dengan mendalam adalah disebabkan juga pengaruh
daripada rakan sebaya. Kajian menunjukkan golongan remaja biasanya lebih mudah meniru
dan terpengaruh dengan sikap rakan sebaya. Maka, rakan sebaya dianggap sebagai
komponen penting dalam membentuk keperibadian seseorang di mana pengaruh rakan
sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku seseorang remaja tersebut. Remaja
yang gagal memilih rakan yang baik akan terikut-ikut dengan perilaku negatif rakan mereka
dan salah satu daripada perilaku tersebut adalah kegiatan vandalisme. Kebiasaannya,
golongan yang melakukan vandalisme ini merupakan remaja dalam kumpulan. Kumpulan ini
tidak mempunyai sebarang tujuan dan terjebak dalam budaya melepak. Apabila bersama
rakan sebaya, mereka cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti
menconteng harta benda awam dan merosakkan harta benda awam tersebut. Sebagai
contohnya, remaja yang terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya akan merosakkan
permainan kanak-kanak di taman permainan setelah kumpulan remaja terbabit bermain di
situ untuk menunjukkan kehebatan kumpulan mereka kepada rakan yang lain.

3.3

Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa

Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam menyemai nilai-nilai negatif dalam diri anakanak mereka yang akhirnya menyumbang kepada gejala vandalisme dalam kalangan
remaja. Terdapat segelintir ibu bapa yang gagal memberikan kasih sayang dan ada kalanya
tidak mengambil berat langsung tentang anak-anak mereka. Mereka begitu sibuk dengan
kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat
kasih sayang yang secukupnya. Bagi mereka, memberi wang saku adalah mencukupi dan
bermakna mereka sudah melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka. Ibu
bapa tidak sedar bahawa keperluan anak-anak terdiri daripada fizikal dan juga mental di
mana mereka amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa untuk membesar dan
menjadi seorang individu yang bermoral. Maka kesannya, anak-anak mula terjebak dalam
perkara-perkara tidak berfaedah seperti gejala vandalisme semata-mata untuk mendapat
perhatian daripada ibu bapa mereka dan juga untuk menghilangkan rasa kebosanan mereka
di rumah. Mereka juga cenderung untuk terlibat dalam gejala menghapuskan harta awam ini
apabila berlaku sebarang pergolakan dalam keluarga kerana mereka menganggap ia adalah
cara terbaik bagi melepaskan segala tekanan dan emosi mereka yang sukar dikawal akibat
masalah keluarga.

4.0

Kesan-Kesan Vandalisme
4.1

Menyusahkan Diri Sendiri

Kerja kursus ELM 3042E


Setiap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang memberi kesan yang mendalam. Begitu
juga dengan vandalisme yang boleh memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan
negara. Antara kesan vandalisme kepada individu yang amat ketara dapat dilihat ialah ia
akan menyusahkan diri sendiri mereka yang tergamak membuat perbuatan yang tidak
bermoral ini. Mereka tidak sedar bahawa sebenarnya kehidupan mereka dipersiakan dan
nama baik mereka tercemar begitu sahaja dengan membuang masa tanpa melakukan
aktiviti yang berfaedah seperti vandalisme. Hal ini demikian kerana, individu yang didapati
melakukan perbuatan merosakkan harta benda awam kemungkinan besar akan tertangkap
jika kurang bernasib baik. Apabila mereka kena ditangkap, individu ini akan didakwa di
mahkamah dan dijatuhi hukuman jika perbuatan mereka menyabit kesalahan. Seterusnya,
pihak media massa pastinya akan menyiarkan gambar individu ini dan ia akan memalukan
individu dan keluarga terbabit. Selain itu, individu yang terlibat dalam gejala ini akan
terpengaruh dengan pelbagai kegiatan negatif kerana mudah terpesong daripada pegangan
hidup mereka. Apabila pengaruh negatif mula mendekati mereka tanpa berfikir panjang
mereka akan mengikuti gejala tersebut kerana pemikiran remaja sebenarnya dipenuhi
dengan keburukan.
4.2

Menyusahkan Orang Ramai Atau Masyarakat

Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja malah masyarakat sekeliling juga
menerima impak yang teruk akibat perbuatan yang tidak bermoral ini.

Akhirnya, mereka akan berasa amat malu dan segan untuk bergaul dengan orang lain
kerana masyarakat akan terus memandang serong serta mencemuh keluarga tersebut.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan tetapi membawa kerosakan yang
kekal dan perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Kebanyakan individu
yang melakukan vandalisme hanya untuk melepaskan geram dan sesetengah mereka untuk
memenuhi kepuasan hati. Hal ini mendatangkan kesan ke a tas individu itu sendiri. Kesan
yang amat ketara dapat dilihat ke atas kehidupan remaja itu sendiri kerana Selain itu,
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat dan mereka hanya duduk
diam sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Akhirnya masyarakat juga yang
merana akibat aktiviti yang terkutuk itu. Selain itu, kegiatan ini juga akan menyusahkan
masyarakat kerana kegiatan ini melibatkan harta benda awam. Apabila mereka melakukan
kegiatan ini sekali gus akan menyusahkan orang ramai yang ingin menggunakan
perkhidmatan tersebut. Sebagai contoh apabila kebakaran berlak u orang ramai tidak dapat

Kerja kursus ELM 3042E


menghubungi pihak bomba kerana telefon awam tidak dapa t digunakan kerana gara-gara
sesetengah remaja yang suka merosakkan harta benda awam. Hal ini bukan sahaja
menyusahkan orang ramai malah boleh mengorbankan nyawa seseorang. Kesan kepada
negara akibat masalah ini kerana remaja merupakan tonggak masa depan negara dan
mereka juga yang akan mencorakkan identiti dan mentadbir negara ke lak. Sekiranya
masalah ini tidak dapat dibendung maka negara kita akan dipandang serong oleh negara
lain disebabkan oleh kelemahan dalam pentadbiran. Kesannya juga akan merugikan negara
dari segi kos perbelanjaan iaitu kerajaan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki harta
benda awam yang rosak. Hal ini disebabkan ol eh kegiatan vandalisme yang dilakukan para
remaja. Wang yang banyak perlu dihabiskan untuk membaiki dan menyelenggara barang
yang rosak tetapi sekiranya hal in i tidak berlaku wang tersebut boleh disalurkan kepada
yang memerlukan seperti membantu mereka yang lebih memerlukan. Selain itu, imej negara
akan tercemar di mata dunia dan hal ini sudah tentu akan menjejaskan ekonomi Malaysia
kerana pelancong luar tidak mahu datang ke negara kita akibat keadaan alam sekeliling
yang buruk dan sikap rakyat yang tidak berprihatin. Pandangan negatif pelancong yang
datang ke negara kita mestilah tidak elok apabila mereka melihat tempat-tempat atau
kemudahan-kemudahan yang telah rosak dan diconteng. Mereka juga akan membuat
andaian bahawa rakyat di sini tidak menghargai kemudahan yang telah disediakan. Sebagai
rakyat yang tidak melakukan perbuatan tersebut sudah semestinya akan berasa malu
apabila mendengar pelancong mengatakan ketidakselesaan mereka di negara kita.
Kesannya, industri pelancongan akan merosot dan ini akan menyebabkan rakyat
menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan dan seterusnya, pihak kerajaan akan
membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulihkan infrastruktur yang dimusnahkan.

Beberapa kategori perbuatan vandalisme dilakukan oleh pelajar menengah iaitu


merosakkan harta benda dengan sesuka-sukanya atau hanya ingin mengecap
keseronokan berbuat demikian. Tidak pernah terlintas dalam fikiran minda
mereka bahawa perbuatan tersebut boleh mendatangkan impak yang negatif
seperti tercacar permukaan harta benda yang kelihatan menyakitkan mata orang
pengguna. Apa yang terlintas dalam fikiran mereka yang ketidakstabilan dalam
emosi dicurahkan ke atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen, batu-batan
dan dinding. Tujuan tingkah laku golongan mereka langsung tidak jelas. Ini
mungkin mereka hendak untuk menghabiskan masa lapang. (Moli, 2004)
Kedua, golongan pelajar yang mengalami konflik jiwa yang tinggi di mana pelajar
itu yang hidup keseorangan merasakan dunia ini kesepian dan tidak bermakna.
Kesunyian dan kesepian yang dihadapi ini menyebabkan golongan mereka
melakukan tingkah laku menconteng demi menarik perhatian khalayak. Begitu
juga, mereka dalam kategori ini mempunyai alasan untuk melakukan vandalisme.

Kerja kursus ELM 3042E


Jadi, mereka tiada tempat yang sesuai untuk menceritakan masalah da nisi hati,
maka segala perasaan ketidakpuasan dan kekacauan fikiran diluahkan melalui
tulisan-tulisan dan lukisan yang 4 tidak tentu hala di mana-mana tempat sahaja.
Setiap perkataan yang ditulis dan simbol bentuk benda yang dilukis
menggambarkan kekacauan fikiran pelajar tersebut.
Ketiga, golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati
dengan keadaan diri dan masyarakat. Hal ini kerana, kita mendapati sesetengah
dinding diconteng dengan gambar-gambar lucah, kata-kata kasar dan kata-kata
yang tidak senonoh. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berasa leka dapat
mengganggu kehidupan orang lain.
Keempat, pula terdiri daripada remaja yang dilamun cinta. Remaja golongan ini
suka bertumpu di taman-taman, bas hentian, tempat koridor pusat membelibelah, pawagam, tepi pantai dan tempat rekreasi. Mereka suka melukis seperti
lambang love, anak panah, ukiran nama merpati sejoli dan dengan sengaja
meninggalkan nombor telefon. Demi cinta abadi kasih terpahat, rindu terpaku
dan kasih diukir. Dorongan emosi menguasai diri mereka daripada akal fikiran
lalu mendorong mereka melakukan vandalisme tanpa ada kesedaran dan
pertimbangan yang rasional.
Melihat kepada statistik vandalisme yang dikeluarkan Muzium Telekom pada
tahun 2001 hingga 2007, ternyata begitu banyak kes vandalisme.

Bermula pada 2001, jumlah keseluruhan vandalisme yang dicatatkan di seluruh


negara adalah sebanyak 9,631 kes, 9,745 (2002), 7,404 (2003), 10,898 (2004),
7,851 (2005), 2,002 (2006) dan 241 (2007).

Anda mungkin juga menyukai