Anda di halaman 1dari 4

PENDIDIKAN DAN PENGANGGURAN DI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN.

Kota-kota di negara-negara membangun berkembang dengan sangat pesat pada setiap tahun.
Berjuta-juta orang telah memilih untuk berpindah dari desa ke kota. Akibat kepadatan penduduk
di kota, pengeluarannya dalam sektor industri semakin meningkat. Namun, kepadatan penduduk
ini turut menyebabkan peningkatan pengangguran di dalam kota. Kadar pengangguran di
Malaysia bagi tahun 2016 terus meningkat daripada bulan ke bulan di mana sehingga bulan
Januari 2016 dicacatkan kadar pengangguran di Malaysia sudah pun mencecah 3.3 iaitu 0.1
peratus daripada bulan sebelumnya, Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia (2016), dan angka ini
dijangka akan terus meningkat dalam beberapa tahun yang akan datang.Menurut laporan jabatan
tersebut, setengah juta rakyat Malaysia masih menganggur. Lebihan pekerja yang tidak
diperlukan pada sekitar bulan Mac hingga April 2016 kebanyakkannya dalam sektor
pengilangan. Intel Malaysia dalam perancangan untuk melepaskan 10% daripada jumlah
keseluruhan 13,500 pekerja mereka di Pulau Pinang dan Kulim, sejajar dengan sasaran mereka
untuk mengurangkan 11% tenaga kerja mereka di seluruh dunia yang kini seramai 107,000
orang. Di Negara membangun yang cenderung mempunyai populasi penduduk yang lebih padat
daripada Malaysia seperti Indonesia, kadar pengganggurannya boleh mencapai 5.81% yang
melibatkan 7.45 juta penduduknya menganggur, Badan Pusat Statistik (2015).
Walaupun kota besar yang wujud di negara-negara membangun sekarang ini sudah
tergolong dalam saiz yang sangat besar, namun ia dikatakan akan berkembang menjadi kota-kota
yang lebih besar lagi dalam masa hadapan akibat migrasi penduduk secara besar-besaran.
Dorongan utama bermigrasi dari desa ke kota adalah untuk memperoleh kualiti hidup serta
pendapatan yang lebih baik. Namun, urbanisasi yang pesat ini mendatangkan masalah apabila
masyarakat tidak mampu menciptakan pasaran dalam negeri yang mencukupi untuk mendorong
pengeluaran. Apabila tenaga kerja melebihi pasaran, banyak majikan yang akan memberhentikan
pekerja-pekerjanya untuk tujuan penjimatan kos. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk
menganggur.
Selain itu, negara-negara membangun pada umumnya sedang giat melakukan
pembangunan, tetapi menghadapi masalah dari segi kekurangan modal dan teknologi. Oleh
kerana itu, mereka cenderung bergantung kepada modal dan teknologi daripada negara-negara
yang lebih maju demi kelancaran proses pembangunan yang sedang dijalankan. Salah satu cara

negara-negara membangun menyerap modal dan teknologi daripada negara-negara yang lebih
maju adalah dengan membawa masuk pelaburan daripada negara-negara maju. Adalah
diharapkan supaya negara-negara maju mendirikan syarikat-syarikat serta kilang-kilang di
negara mereka. Langkah ini dilihat dapat menyediakan peluang pekerjaan yang sangat luas
kepada penduduk-penduduk tempatan. Namun, pengangguran tetap berlaku di sesetengah negara
kerana penduduknya memilih pekerjaan. Sebilangan penduduk tempatan tidak mahu menerima
pekerjaan yang tidak setaraf dengan taraf pendidikan mereka. Walaupun, kemasukan pelaburan
asing membuka peluang pekerjaan yang meluas buat tenaga kerja negara-negara membangun,
namun pengangguran secara besar-besaran masih boleh berlaku apabila berlaku perubahan
kepada pihak pelabur. Contohnya, pada bulan Mac 2016, British American Tobacco (BAT) telah
mengumumkan penutupan kilang serta operasi mereka di Malaysia. Ini telah menyebabkan
kehilangan pekerjaan dalam kalangan tenaga kerja tempatan yang melibatkan lebih daripada 200
orang.
Negara-negara membangun sedar tentang kepentingan pembangunan modal insan melalui
pendidikan. Pembangunan ini secara tidak langsung akan membantu menjayakan pembangunan
negara mereka yang berorientasikan perindustrian. Di negara membangun seperti Malaysia,
pembangunan modal insan amat diutamakan. Kerana ia merupakan pelaburan terpenting bagi
pembangunan negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang
produktif seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Justeru itu,
pembangunan dan pelaburan yang tinggi dalam modal insan terutamanya di peringkat tertiari
sering menjadi keutamaan kerajaan dalam setiap pelan Rancangan Pembangunan Lima Tahun
mahupun pelan jangka sederhana dan jangka pendek. Di samping itu, bagi mentranformasikan
pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian
tinggi antarabangsa, kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi telah menggubal Pelan
Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang mengandungi tujuh teras utama iaitu
meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti, menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran,
memperteguh penyelidikan dan inovasi, memperkasa institusi pengajian tinggi, mempergiat
pengantarabangsaan, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan mengukuhkan sistem
penyampaian KPT. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) yang lalu, 2006-2010,
sejumlah RM16 billion telah diperuntukkan bagi membiayai program-prgram dan projek
berkaitan pembangunan modal insan di peringkat tinggi. Peruntukan yang besar ini adalah untuk

membina lebih banyak kemudahan baru seperti dewan kuliah, makmal dan asrama serta menaik
taraf kemudahan sedia di semua institusi pengajian tinggi awam di seluruh negara. Usaha ini
akan menyediakan lebih banyak peluang pendidikan di peringkat tertiari bagi mencapai sasaran
40 peratus kadar penyertaan peringkat tertiari di kalangan mereka yang berumur 17 hingga 23
tahun pada tahun 2010. Pada masa ini, terdapat 20 IPTA dan 32 IPTS yang bertaraf universiti
serta empat kampus cawangan universiti luar negara yang sedang beroperasi di Malaysia.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015, Kerajaan telah
memperkenalkan beberapa langkah untuk menambah baik pasaran buruh dan mentransformasi
sistem pendidikan. Pencapaian utama termasuklah pewujudan 1.8 juta pekerjaan baharu yang
menyebabkan penurunan kadar pengangguran daripada 3.3% pada tahun 2010 kepada 2.9% pada
tahun 2015, yang merupakan guna tenaga penuh. Kerajaan juga memperkenalkan gaji minimum
yang dianggar telah memberikan manfaat kepada 1.9 juta penerima gaji. Dalam bidang
pendidikan, terdapat peningkatan enrolmen pada semua peringkat, daripada prasekolah kepada
tertiari. Pengambilan tahunan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
juga meningkat daripada 113,000 pada tahun 2010 kepada 164,000 pada tahun 2013. Selain itu,
dokumen strategi utama seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan

Talent Roadmap 2020 telah menjelaskan transformasi

ekosistem modal insan.


Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, akan meneruskan agenda
menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk
terus maju dalam ekonomi global. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat bidang:
menambah baik kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi,
mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri, memperkukuh pembelajaran
sepanjang hayat untuk peningkatan kemahiran dan menambah baik kualiti sistem pendidikan
bagi peningkatan outcome pelajar dan kecemerlangan institusi. Agenda ekonomi yang digariskan
dalam RMKe-11 dijangka mewujudkan 1.5 juta pekerjaan menjelang tahun 2020 dengan sasaran
penambahbaikan dalam produktiviti buruh dan pengurangan kebergantungan terhadap pekerja
asing berkemahiran rendah, kedua-duanya disebabkan peralihan berterusan daripada aktiviti

ekonomi berintensifkan buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Sebanyak
60% daripada pekerjaan yang akan diwujudkan dijangka memerlukan kemahiran berkaitan
TVET. Ke arah ini, TVET dikenal pasti sebagai pemacu perubahan bagi Malaysia menghasilkan
modal insan berkemahiran. Secara keseluruhannya, bidang fokus ini akan menghasilkan modal
insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia dalam fasa terakhir untuk menjadi negara maju

Anda mungkin juga menyukai