Anda di halaman 1dari 6

Minggu 1 Konsep sumber pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan konsep bahan sumber


Menggunakan bahan sumber merupakan sebahagian daripada alat
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dilakukan oleh kaum
guru sejak dahulu hingga sekarang ini.
Keberkesanan dan kecekapan yang dilakukan oleh guru dalam
menyampaikan pengajaran mereka kepada murid dapat diukur dan
dinilai dengan penggunaan bahan sumber bagi setiap pelajaran
yang dipersembahkan oleh guru.
Definisi bahan pengajaran
Bahan-bahan yang digunakan oleh guru bagi melaksana
pengajaran bagi sesuatu tajuk atau topik tertentu.
Bahan-bahan yang digunakan oleh murid dalam setiap aktiviti atau
proses pembelajaran mereka bersama guru di dalam kelas.
Konsep sumber pdp sejarah
Sumber ialah sebarang alat atau bahan yang boleh digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran serta membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Ia adalah suatu komponen pengajaran guru kerana mempengaruhi
kecekapan dan keberkesanan pengajaran seseorang guru dan
kaedah yang digunakan.
Konsep sumber pdp sejarah
Penggunaan istilah atau perkataan bagi sumber pengajaran, media
pengajaran, bahan bantu mengajar ataupun alat bantu mengajar
sering digunakan dalam menerangkan kepentingannya membantu
guru menyampaikan pdp.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan pengajaran dan alat bantu


mengajar ada pelbagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk
buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang
menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama alat bantu
mengajar.
Menurut Sharifah Alawiyah Alsagof (1979), sumber adalah apa-apa
sahaja perkakasan yang biasa digunakan untuk menyampaikan
informasi dalam kehidupan manusia.
Ia juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan
proses pdp dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak
dapat diperoleh melalui cara lain.
Perkataan media dijelaskan oleh Yusuf Hashim (1997), sebagai
peralatan dan bahan perisian yang dibina dan dirancang untuk
tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan.
Menurut Naim (2000), media pengajaran ialah apa-apa sahaja
bentuk benda, bahan dan peralatan sama ada konkrit atau abstrak
yang dapat digunakan dan eksploitasikan oleh seseorang untuk
mencapai objektif pembelajaran.
Rumusan
Sumber pengajaran atau apa sahaja istilah yang digunakan adalah
merujuk kepada penggunaan alat dan bahan bagi membantu guru
melaksanakan pdp dengan lebih menarik dan berkesan.
Konsep penggunaan sumber pdp
Henry dan Ulimer (1978) menyatakan guru perlu memiliki ciri-ciri
berikut dalam konteks penggunaan bahan sumber:
1. Berkebolehan dan mahir menentukan jenis sumber yang sesuai dan
berkesan.
2. Berkebolehan dan mahir menggunakan bahan sumber yang dipilih.

3. Dapat menentukan sumber yang sesuai dan berkesan untuk


digunakan dalam pdp.
4. Guru harus mempunyai kebolehan dan kemahiran mencipta bahan
sumber.
5. Berkemahiran dalam menilai sesuatu bahan sumber.
Bahan sumber menurut Bahagian Teknologi Pendidikan
Media bercetak - bahan berasaskan contoh buku, majalah, laporan,
carta dll.
Media ekektronik - bahan audio dan visual contoh video, animasi,
gambar pegun, rancangan TV, CD, DVD, Perisian kursus, aplikasi
pendidikan dll.
Social media - bahan pengantara secara talian contoh Internet,
Facebook, Twitter, Google, Blog dll.
Lain-lain bercetak
Bahan bercetak ialah bahan-bahan suber yang dicetak di atas kertas.
Contoh bahan bercetak: buku teks, buku kerja, buku rujukan, majalah,
risalah, Jurnal, carta dll.
Jenis carta
Carta organisasi menunjukkan struktur sesuatu organisasi
Carta klasifikasi menggambarkan kategori benda, peristiwa, haiwan
Carta tabular/jadual data dalam bentuk nombor atau peratus
Carta aliran
Tujuan bahan bercetak
1. Memberikan panduan
2. Menyampaikan maklumat
3. Mempertingkatkan tumpuan atau fokus perhatian pada bidang yang
dicetak

Fungsi bahan bercetak


1. Bahan sumber
2. Bahan untuk latihan
3. Bahan maklumat
4. Bahan untuk peningkatkan ilmu

Kelebihan bahan bercetak


1. Amat mudah diperolehi dalam pelbagai topik dan bentuk
2. Mudah digunakan dan tidak perlu banyak penerangan
3. Boleh dialih
4. Mudah dari segi penghasilan
Kelemahan bahan bercetak
1. Ditulis dengan sasaran pembaca tertentu
2. Banyak perbendaharaan kata (beban kognitif pelajar)
3. Dianggap sebagi bahan hafalan (fakta)
4. Tidak bersifat interaktif (persembahan satu hala)
Bahan elektronik
Ialah bahan yang terdiri daripada bahan perisian dan bahan
perkakasan.
Bahan elektronik ialah seperti lembaran lutsinar (transparensi),
OHP, filem jalur, filem sisipan, filem 16mm atau 8mm, kaset pita
audio, kaset pita video, carta, kad-kad untuk papan flannel, disket
dan cakera padat.
Bahan perkakasan ialah
1. Bahan-bahan bukan tayang
2. Bahan-bahan audio
3. Bahan-bahan visual
4. Bahan-bahan audio visual

Lain-lain bahan bercetak


Bahan Maujud
Ialah bahan sebenar yang ada dalam lingkungan alam, baik
digunakan dalam keadaan hidup atau sudah diawetkan.
Contoh, tumbuhan, batu, air, binatang dll.
Dari sudut mata pelajaran sejarah, jenis-jenis bahan maujud terdiri
daripada
a. Bahan peninggalan sejarah - Sultan Abdul Saman, Kuala Lumpur
b. Bahan budaya - pakaian
c. Dokumen di arkib - manuskrip, surat-surat perjanjian
d. Bahan arkeologi
Realia
Ialah bahan-bahan sebenar yang dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1. Realia asli
Bahan hidup yang sebenarnya dan masih hidup seperti cacing.
Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll.
2. Realia awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan dalam bendalir
kimia.
Bahan bukan hidup seperti Jentera, bangunan, rumah dll.
3. Specimen
Sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hiduphidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang
lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut.
Biasanya specimen didapati dalam bentuk awet.

Misalnya bahan hidup seperti daun digunakan sebagai specimen.

Anda mungkin juga menyukai