Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pengenalan
Menurut Jamilah dan Lambak (2001), kepemimpinan merupakan satu proses
yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu suasana yang lain dan
bergantung kepada pemimpinnya, pengikut, persekitaran dan struktur kelompok.
Kepemimpinan adalah satu seni, sains dan kemampuan mencipta iklim yang dapat
memberikan gerak balas dan meransang motivasi. Oleh kerana kepemimpinan
digambarkan demikian, maka setiap individu yang dipilih, dilantik atau diwakilkan
sebagai pemimpin perlu memiliki ciri-ciri yang sesuai sebagai pemimpin.
Kepemimpinan adalah kemampuan yang sanggup meyakinkan orang lain supaya
bekerjasama dibawah pimpinannya sebagai suatu pasukan untuk mencapai tujuan
tertentu (James, 1961).
Daripada beberapa definisi di atas dapat disimpulkan bahwa kepemimpinan
merupakan kemampuan mempengaruhi orang bawahan, kemampuan mengarahkan
tingkah laku bawahan atau kelompok, memiliki kemampuan atau keahlian khusus
dalam bidang yang diinginkan oleh kelompoknya untuk mencapai tujuan organisasi
atau suatu kelompok.
Kepemimpinan akan saling berkait dengan pemimpin. Pemimpin adalah individu
yang memberi pengaruh kepada individu lain di dalam suatu pertubuhan. Seorang
pemimpin dikatakan mempunyai ciri-ciri peribadi yang mengarah kepada ciri-ciri
kepemimpinannya.

Andaian

ini

mula

dibuat

dengan

menyatakan

ciri-ciri

kepemimpinan adalah berbentuk semula jadi. Sungguhpun begitu, tidak semestinya


seorang pemimpin yang berjaya itu dilahirkan dengan ciri kepemimpinan semula jadi
kerana ia boleh dibentuk daripada pengalaman.
Secara umumnya, setiap orang adalah pemimpin dan mengamalkan stail
kepemimpinan yang tersendiri sejajar dengan kehendak organisasi, agensi dan diri
sendiri. Sama ada menjadi pemimpin dalam organisasi, masyarakat, keluarga hatta
pada diri sendiripun, individu cenderung mengamalkan kepemimpinan yang
dirasakan sesuai, menepati kehendak dan menganjurkan kemajuan sejajar dengan
objektif yang ditujui. Justeru setiap orang adalah pemimpin, namun tidak semua
orang

berpeluang

dilantik

atau

diberi

autoriti

sebagai

pemimpin.

Walau

bagaimanapun, kegagalan mendapatkan tempat sebagai pemimpin tidak bemakna


individu tidak boleh memimpin.
1

Pelbagai kajian tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin telah
dilakukan.

Beberapa

pengkaji

telah

mengenalpasti

lima

sifat

fizikal

yang

membabitkan kemampuan dalam kepemimpinan iaitu:


Tenaga, penampilan dan ketinggian,
Ciri kecerdasan dan kemampuan,
Sifat keperibadian iaitu kebolehsuaian, sifat aggresif, keghairahan dan
keyakinan diri,
Ciri berhubung tugas iaitu daya pencapaian, kesungguhan dan inisiatif,
dan
Ciri sosial iaitu daya kerjasama, kemahiran antara perseorangan dan
kemampuan pentadbiran.
Pelbagai teori kepemimpinan telah dibangunkan selaras dengan perkembangan
ilmu dan perkembangan manusia.

Setiap teori yang dibangun berlandaskan

pemahaman, pengalaman dan pengetahuan dan lazimnya ia berkait rapat dengan


persekitaran setempat dan keperluan manusia. Di dalam bidang kepemimpinan,
terdapat teori-teori yang selalu diimplikasikan oleh para pemimpin dalam
kepemimpinan mereka seharian. Antaranya ialah:
Teori Trait (Traits theory)
Teori trait melihat bagaimana terdapatnya sifat-sifat semulajadi yang membolehkan
seseorang itu menjadi pemimpin.

Sifat-sifat inilah yang membezakan mereka

dengan pengikut. Antara sifat-sifat pemimpin ialah faktor fizikal, ciri-ciri personality
dan ciri-ciri kebolehan. Teori trait ini mencerminkan bahawa kepemimpinan adalah
milik setiap individu.
Teori Kepimpinan Mengikut Situasi (Situational theory)
Teori ini mengandaikan bahawa pemimpin lahir ekoran desakan atau permintaan
apabila wujudnya sesuatu situasi yang mendesak kepada peranan kepemimpinan.
Teori ini melihat bagaimana pemimpin lahir secara mendadak ekoran tuntutan
situasi. Kelahiran pemimpin banyak bergantung kepada tuntutan masa, tempat dan
keperluan.

Teori Perhubungan Manusia (Humanistic theory)


Teori ini berasaskan corak kepemimpinan demokratik dan kebebasan individu.
Kepemimpinan berdasarkan teori ini menerima pakai konsep pemimpin yang
mengubahsuai fungsi organisasi untuk membuka ruang dan kesempatan kepada
kebebasan individu untuk mengenalpasti potensi diri. Malahan teori humanistik ini
juga menggalakkan individu untuk memenuhi keperluan dan kehendak sendiri dan
dalam masa yang sama mampu menyumbang kepada matlamat organisasi.
Teori X dan Y
Teori ini mengandaikan manusia terdiri daripada X dan Y. Teori X mengandaikan
bahawa pekerja semula jadinya malas dan akan mengelak daripada bekerja kecuali
dipaksa, pekerja tidak mempunyai cita-cita dan tidak mahu memikul akauntabiliti,
pekerja yang tidak mempunyai motivasi untuk menjayakan matlamat organisasi dan
pekerja yang hanya tahu bekerja kerana dirangsang oleh keperluan psikologi dan
keperluan keselamatan mereka sahaja. Teori Y pula bercirikan motivasi dan
pengiktirafan. Teori ini mengandaikan bahawa kerja sebagai satu perkara semula
jadi iaitu suatu perkara biasa sama seperti bermain, bersukaria dan lain-lain jika
keadaan kerja itu baik, tetapi mereka menganggap kerja sebagai beban jika
pengalaman bekerjanya pada masa lepas tidak menyenangkan. Selain itu, pekerja
sememangnya mahukan akauntabiliti kerana ia membawa kepada kepuasan jiwa.

2.0 Perbincangan Isu Mengenai Kewajaran Tindakan Guru


Pada era globalisasi ini, perkembangan sistem pendidikan telah membawa
pelbagai cabaran yang membangkitkan masalah barisan kepimpinan terutamanya
para guru dalam berusaha menampilkan perwatakan dan tindakan mengikut
profesionalisme yang sepatutnya. Sejak akhir-akhir ini, kita telah banyak mendengar
khabar isu-isu atau kes yang mengaitkan perlakuan negatif guru ke atas murid. Isuisu sebegini sememangnya banyak memberi kesan kepada kerjaya guru di mana
timbul keraguan oleh pelbagai pihak dalam mewujudkan kepercayaan terhadap
guru.
Berdasarkan kes yang telah berlaku menerusi penyataan daripada Berita Harian
Online pada 28 Oktober 2009, tindakan guru yang telah menampar murid
merupakan salah satu sebutan kes yang seringkali kita dengar di kaca televisyen.
Pada pendapat saya, tindakan guru disiplin tersebut yang telah menampar murid
atas sebab lewat hadir ke sekolah merupakan satu tindakan yang tidak wajar. Hal ini
demikian kerana perwatakan sedemikian merupakan tindakan yang mengikut emosi
negatif ataupun perasaan marah yang menyebabkan guru disiplin tersebut membuat
tindakan secara melulu dengan menampar murid.
Adalah satu kewajipan kepada setiap guru khususnya guru disiplin membuat
tindakan untuk menghukum para murid atas sebab melanggar peraturan-peraturan
sekolah. Kendatipun begitu, hukuman yang dibuat perlulah diambil mengikut
tatatertib peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Kesalahan murid yang lewat hadir
ke sekolah merupakan kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan ringan.
Berdasarkan sumber daripada Surat Pekeliling Bil. 7/2003: Kuasa Guru Merotan
Murid, terdapat tiga kesalahan yang telah dikategorikan iaitu kesalahan berat,
kesalahan sederhana dan kesalahan ringan. Kesalahan murid yang lewat hadir ke
sekolah merupakan salah satu kesalahan yang termaktub sebagai kesalahan ringan.
Dan hukuman yang diberi terhadap kesalahan tersebut hanya membenarkan guru
untuk memberi amaran kepada murid ataupun lanjutan masalah boleh dirujuk
kepada unit bimbingan dan kaunseling.
Sesungguhnya, di sini kita dapat simpulkan bahawa isu etika guru tidak
dititikberatkan. Dalam membahaskan isu ini, kita dapat lihat secara fizikalnya etika
guru dalam menunjukkan sikap kepedulian guru telah diabaikan. Kepedulian guru
4

menerangkan bagaimana guru dapat menunjukkan sikap keterbukaan dan perasaan


ambil berat terhadap murid-muridnya. Dan dalam menimbulkan sikap kepedulian
terhadap murid, guru yang sentiasa mengambil berat terhadap muridnya memiliki
perwatakan yang menyayangi serta akan bertanya kepada murid berkenaan sama
ada dia mempunyai masalah atau sebaliknya. Berdasarkan petikan berita tersebut,
jelas terlihat guru disiplin tersebut tidak menunjukkan amalan kepedulian yang
dicontohi sebaliknya bertindak menampar murid perempuan tersebut dengan tidak
belas kasihan.
Dari segi etika kesantunan, tindakan guru disiplin tersebut juga tidak
mencerminkan beliau mempunyai tatacara atau perilaku sosial yang mulia.
Kesantunan boleh ditakrifkan sebagai tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku
dalam masyarakat. Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesion keguruan,
kesantunan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kesantunan berpakaian,
kesantunan tingkahlaku dan kesantunan berbahasa.
Melalui penyataan berita yang disampaikan, kita dapat lihat guru disiplin tersebut
tidak

mengamalkan

kesantunan

tingkahlaku

yang

ditetapkan.

Kesantunan

tingkahlaku di sini membawa maksud tatacara bertindak atau gerak-geri guru ketika
menghadapi sesuatu situasi tertentu. Penyataan maksud ini jelas menunjukkan
bahawa guru disiplin tersebut tidak mengamalkan kesantunan yang tepat sebaliknya
tingkahlakunya yang kurang sabar dan tidak memahami alasan murid perempuan itu
lewat hadir ke sekolah menyebabkannya menampar dengan keras.
Di samping itu, tindakan guru disiplin yang telah menampar murid perempuan
tersebut

juga

akauntabilitinya

tidak

mencerminkan

terhadap

murid.

guru

tersebut

Akauntabiliti

mementingkan

keguruan

membawa

amalan
maksud

tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.


Tanggungjawab yang dipegang perlu dipikul dengan amanah dan melakukannya
dengan bersungguh-sungguh.
Dalam melaksanakan akauntabiliti terhadap murid, guru dipertanggungjawabkan
untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya mereka menjadi insan
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara.
samping

melaksanakan

tanggngjawab

mendidik

murid-murid,

guru

Di
juga

bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tingkah laku diri sendiri. Faktor ini
5

amat penting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbaik kepada
murid-murid.
Walau bagaimanapun, cabarannya sekarang adakah guru disiplin tersebut dapat
memberikan contoh yang baik kepada murid sekiranya guru sendiri juga tidak
berupaya menonjolkan penampilan diri yang positif dan perbuatan yang baik
sepanjang masa. Hukuman menampar murid merupakan salah satu tindakan yang
sepatutnya perlu dielakkan oleh para guru. Seperti mana yang telah dinyatakan
dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983: Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid
Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam PeraturanPeraturan Pelajaran telah menyatakan bahawa banyak aduan telah diterima oleh
Kementerian mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas
murid-murid. Tindakan hukuman seperti mengetuk atau menyekel kepala murid,
menampar, mencubit hingga lebam, memulas telinga, mendera dan sebagainya
merupakan hukuman yang dilarang dan tidak berhemat. Hal ini demikian kerana
tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh
membawa kepada implikasi-implikasi yang tidak diingini.
Penyataan tersebut memberi kesedaran kepada kita bahawa isu-isu guru yang
membuat tindakan atau mengenakan hukuman yang sebegini masih berlanjutan
sehingga pada masa kini. Kesedaran tersebut masih belum meresap lagi dalam
fikiran setiap para guru kerana tiada kepekaan diri dalam menilai setiap tindakan
yang dilakukan.
Akauntabiliti kepada ibu bapa juga sangat signifikan dalam isu perbincangan ini
kerana guru perlu dilihat sebagai seorang yang menghormati dan berusaha dalam
memenuhi akauntabilitinya terhadap ibu bapa. Realitinya sekarang dapatkah guru
disiplin memenuhi tanggungjawabnya dalam mewujudkan hubungan yang baik
dengan ibu bapa sekiranya beliau juga tidak mengendahkan permasalahan tersebut
untuk bertemu dengan ibu bapa murid bagi mengetahui sebab yang lanjut mengenai
kelewatan anaknya hadir ke sekolah. Begitu juga dengan Guru Besar yang bersikap
tidah

mahu

mengalahkan

mempertahankan

tindakan

diri
guru

berdepan
disiplin

dengan

tersebut.

ibu

mangsa

Tindakan

malahan

sebegini

tidak

memperlihatkan usaha guru dalam mewujudkan hubungan yang mesra dan

kerjasama yang erat dengan ibu bapa sebaliknya menjejaskan pertalian tersebut
dengan tindakan yang kurang menyenangkan.

3.0 Tugas atau Peranan Guru Disiplin


Tugas sebagai seorang guru adalah sangat mencabar kerana semua guu
bertanggungjawab melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam
hidupnya pada masa hadapan. Sebagai seorang pendidik, guru bukan sahaja
mempunyai peranan dan tanggungjawab mengajar tetapi juga mengurus dan
mendidik; iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pengajaran
formal, tidak formal dan melalui perlakuan diri sendiri yang baik. Guru sememangnya
memainkan peranan penting dalam mendisiplinkan murid kerana guru adalah orang
yang paling rapat dan perantara lansung antara murid dengan kehendak sekolah
dan sistem pendidikan.
Sehubungan itu, para guru juga seharusnya berupaya mencari pendekatan
pembentukan dan pemupukan disiplin yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir
iaitu penanaman penghayatan disiplin yang tinggi dalam jiwa sanubari setiap murid.
Jenis disiplin ini timbul ekoran kerelaan dan keinginan untuk berkelakuan baik, dan
bukan disebabkan oleh paksaan atau ugutan. Oleh itu, pelaksana disiplin sekolah
adalah tanggungjawab dan tugas hakiki semua guru dan bukan tanggungjawab
Guru Besar atau pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru disiplin
semata-mata.
Walau bagaimanapun, mana-mana guru boleh dilantik menjadi guru disiplin dan
lazimnya guru disiplin yang telah dilantik tidak diberi taklimat dan kursus serta isu
perundangan berhubung dengan bidang tugas sebenar. Kebiasaannya, seseorang
guru tidak minta jawatan guru disiplin. Tetapi mereka dipilih kerana jantina
mereka lelaki dan mempunyai perwatakan yang garang dan berani.
Berdasarkan kenyataan dalam Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk
Guru Besar dan Guru (1988) telah mengalurkan tiga peranan guru disiplin dalam
usaha kawalan disiplin murid seperti berikut:

Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, sekitar sekolah dan semasa


kegiatan rasmi di sekolah.

Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh guru besar atau


pengetua secara nyata atau khusus mengikut dasar peraturan yang
sedia ada.

Memberi kerjasama sepenuhnya kepada guru besar dan guru yang lain
dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah.

Rentetan itu, jelas telah dinyatakan di atas peranan guru disiplin adalah terhad
kepada kandungan yang ada dalam dasar peraturan-peraturan yang sedia ada
tanpa melakukan sesuatu tindakan yang luar daripadanya. Segala tindakan yang
dibuat luar daripada bidang atau kriteria yang ditetapkan boleh membawa implikasi
atau kesan yang negatif jika tersilap langkah.
Berdasarkan isu yang diutarakan pada awal perbincangan, kita boleh
menentukan bahawa tindakan guru disiplin tersebut masih belum jelas lagi
sepenuhnya mengenai tugas dan peranan guru disiplin. Persoalannya disini adakah
tindakan guru tersebut dibuat berikutan dengan kesalahan pihak pentadbir sekolah
khususnya peranan Guru Besar ataupun kesalahan yang timbul daripada kesilapan
guru itu sendiri? Kebarangkaliannya sekarang sama ada isu ini mungkin mempunyai
hubungkait dengan peranan Guru Besar yang tidak peka untuk memberi arahan dan
bimbingan kepada guru disiplin mengenai tugasnya ataupun kesilapan guru sendiri
yang bertindak dengan emosi yang negatif.

4.0 Peranan Guru Besar Berdasarkan Teori Kepemimpinan


Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepemimpinan adalah sangat penting.
Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah
bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang Guru Besar.
Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu
proses bagi seorang Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah
penyempurnaan matlamat tertentu. Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah
individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang
yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah.
Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap
profesionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan
pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993).
Tanggungjawab Guru Besar sebagai pemimpin organisasi adalah sangat luas.
Guru Besar boleh dilihatkan sebagai the central figure dalam pentadbiran dan
pengurusan sekolah yang berperanan sebagai pemimpin instruksional serta menjadi
tempat rujukan, pakar runding, tempat berbincang dan berbicara. Dalam menjadi
seorang pemimpin yang profesional, Guru Besar perlu mempamerkan personaliti
yang baik, kredibiliti dan kompeten dengan kemahiran pentadbiran, pengurusan dan
kepemimpinan. Menurut Robiah Sidin dan Warnoh Katiman (1999) peranan Guru
Besar boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Pengurusan kurikulum dan


ko-kurikulum
Perkembangan staf

Hal perkhidmatan kakitangan


Peranan
HalPentadbiran
kewangan dan
pengurusan
Hal bangunan dan
pembangunan

Profesional
Pembimbing
dan kaunselor.
Perhubungan antara sekolah
dengan komuniti.
Penyeliaan dan penilaian.

Perbekalan

Pemimpin pengajaran

Hal perhubungan dengan


pihak atasan.

Hal ehwal pelajar.

Dalam menangani permasalahan isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal


pelajar, adalah menjadi satu kewajipan kepada Guru Besar untuk menyelesaikannya
dengan pemikiran yang rasional dan profesional. Seperti mana isu-isu disiplin murid
yang merangkumi kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan ringan,
tiap-tiap kesalahan ini memerlukan bimbingan Guru Besar dalam menjadi pakar
runding yang profesional. Hal ini demikian kerana lazimnya setiap murid melakukan
kesilapan yang berbeza. Para guru tidak berhak mengatasi kesalahan tersebut
berseorangan tanpa adanya budi bicara daripada Guru Besar. Guru Besar yang
telah dilantik menjadi ketua pemimpin sekolah sahaja yang berupaya untuk
bertindak tangkas dan berkesan serta membuat keputusan berteraskan etika dan
moral profesional pendidikan. Justeru itu, setiap kesilapan murid yang dibuat perlu
diperbetulkan dan diusulkan kepada Guru Besar dengan langkah-langkah yang
berbeza bergantung dengan situasi yang berlaku.
Berdasarkan perbincangan petikan isu yang telah diberikan, jelas dilihat bahawa
peranan dan tanggungjawab Guru Besar tidak dipraktikkan dengan betul kerana
Guru Besar tersebut membuta mata untuk tidak berunding dengan ibu mangsa yang
telah ditampar malahan mengandaikan tindakan guru disiplin tersebut adalah betul.
Tindakan sebegini dapat menunjukkan Guru Besar tersebut tidak mengamalkan ciriciri seorang pemimpin yang profesional. Unsur etika dan profesionalisme telah
diabaikan kerana Guru Besar tersebut telah melalaikan kuasa autonominya malahan
mempertahankan tindakan guru disiplin yang menghukum pelajar tersebut.
Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang masa dapat
dipertingkatkan, jawatankuasa disiplin sekolah juga telah ditegaskan untuk
membantu Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin. Guru Besar
juga tidak boleh menurunkan kuasa kepada jawatankuasa disiplin bagi menjatuhkan
sesuatu hukuman. Hal ini demikian kerana adalah satu tindakan yang tidak bijak
sekiranya Guru Besar menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin kepada guru-guru
tanpa mengambil tahu dan mengawalnya sendiri.
Berdasarkan kajian kes yang telah dibuat oleh Fazlina Bt Abdul Halim (2011)
mengenai penguasaan guru terhadap tatacara pengurusan disiplin sekolah, dapatan
kajian telah menunjukkan bahawa hanya Guru Penolong Kanan hal ehwal murid
10

sahaja yang benar-benar menguasai isi kandungan surat pekeliling ikhtisas yang
berkaitan dengan pengurusan disiplin. Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati
walaupun Pengetua atau Guru Besar menjalankan peranan dan tanggungjawabnya
terhadap penguatkuasaan disiplin, namun tugas dan tanggungjawabnya banyak
diserahkan kepada penolong kanan hal ehwal murid dalam membuat keputusan
yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
Bukti kajian sebegini jelas menyatakan bahawa tidak semua guru mahupun
Guru Besar dapat memahami dengan jelas dan mendalam mengenai tatacara
pengurusan disiplin di sekolah. Tindakan sebegini tidak akan mendatangkan
peningkatan yang baik terhadap imej sekolah. Malahan setiap kesilapan percaturan
pihak pentadbir dan guru dalam menentukan jenis hukuman terhadap pelajar akan
menyebabkan kredibiliti sekolah sebagai agen sosialisasi masyarakat menimbulkan
masalah yang rumit.
Sesungguhnya, perbincangan isu ini tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak
sama ada Guru Besar mahupun guru disiplin itu sendiri. Hal ini demikian kerana
kedua-dua telah melalaikan kewajipan mereka menjadi warga pendidik yang
bertanggungjawab. Walau bagaimanapun, peranan Guru Besar di sini merupakan
tunggak utama dalam menyelesaikan masalah ini kerana segala keputusan dibuat
memerlukan pemimpin yang layak dan berkemampuan menyelesaikan masalah
secara profesional. Dalam menangani permasalahan berkaitan dengan isu tindakan
guru disiplin terhadap murid tersebut, teori-teori kepemimpinan yang sesuai perlu
dipraktikkan oleh Guru Besar bagi melaksanakan tindakan yang adil dan
munasabah. Teori kepemimpinan yang sesuai adalah Teori Kepimpinan Mengikut
Situasi (Situational Leadership Theories).
4.1 Teori Kepimpinan Mengikut Situasi
Teori Kepimpinan Situasi yang dipelopori oleh Paul Hersey dan Ken Blanchard
(1988) mengandaikan gaya kepimpinan dan model kepimpinan yang berbeza itu
adalah lebih baik di situasi-situasi berbeza, dan pemimpin-pemimpin itu mesti mudah
berubah untuk memilih gaya yang sesuai dengan situasi yang wujud. Pemimpin
yang berkesan dapat mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau
kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam suatu organisasi.

11

Dalam teori kepimpinan situasi ini, terdapat empat peringkat yang diutarakan
dalam membantu pemimpin berinteraksi dengan orang bawahannya iaitu directing,
coaching, supporting dan delegating. Mengikut teori ini, semakin matang tahap
perkembangan, tahap penguasaan, kemahiran dan pengetahuan di dalam sesuatu
tugasan serta semakin tinggi tahap komitmen pengikutnya, pemimpin seharusnya
mengurangkan stail kepimpinan bermula daripada berteraskan arahan tugasan
(directing) dan penyeliaan yang ketat (coaching) kepada stail yang berorientasikan
hubungan dengan pengikut iaitu memberi sokongan (supporting). Akhirnya apabila
tahap perkembangan pengikutnya sangat tinggi dan matang bukan sahaja dalam
disiplin tugasnya bahkan dalam aspek psikologi, pemimpin haruslah memberi
peluang kepada pengikutnya melaksanakan keputusan (delegating) mengikut
prinsip-prinsip yang telah diajar.
Sesungguhnya,

jelas

ditegaskan

bahawa

teori

kepimpinan

situasi

ini

menyatakan bahawa cara memimpin yang berbeza mendatangkan kesan yang baik
dan ia bergantung kepada kematangan orang-orang bawahan. Mereka yang kurang
matang memerlukan penyeliaan dan ajaran yang berunsurkan arahan bagi
memastikan tindakan yang dibuat adalah betul. Cara memimpin yang berbeza
hendaklah bersesuaian dengan keadaan yang berbeza dengan mengambil kira
faktor-faktor penting sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Berdasarkan konteks isu pendidikan yang dibahaskan dalam perbincangan ini,
seorang pemimpin iaitu Guru Besar perlu mendorong guru disiplin tersebut yang
bertindak dengan kurang matang dan kurang berpengalaman kepada jalan yang
baik untuk mendapatkan hasil atau keputusan yang paling baik. Seorang Guru Besar
yang mengamalkan teori kepimpinan situasi akan meneliti keseluruhan orang
bawahannya terdahulu, mendekati pekerjanya dalam setiap tugasan yang diberi,
memilih stail kepimpinan, berbincang dengan orang bawahannya dalam situasi yang
berbeza dan kemudiannya melaksanakan perancangan secara bersama. Langkahlangkah sebegini merupakan corak kepimpinan yang berkesan dalam membentuk
guru-guru yang berkualiti dan beretika.
Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya Kepemimpinan Sekolah: Teori Untuk
Praktis turut berpendapat bahawa tidak ada stail yang terbaik bagi menghadapi
sesuatu situasi. Pemimpin boleh memikirkan tindakan paling sesuai untuk sesuatu
12

keadaan. Misalnya dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya sesuai


diaplikasikan. Manakala dalam situasi harian, stail demokratik adalah sesuai untuk
dipraktikkan.
Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk
menilai keadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan
ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau perkara ini diamalkan,
sudah tentu kesilapan dapat dikurangkan. Dalam menangani permasalahan isu yang
dibincangkan, Guru Besar sepatutnya bertindak mengadakan perbincangan dengan
guru disiplin tersebut mengenai kewajaran tindakannya. Kuasa autonomi pemimpin
di sini adalah memberi dorongan dan teguran kepada guru disiplin agar dapat
memahami tugas sebenar guru disiplin di samping mewujudkan sokongan dan
hubungan antara guru dan Guru Besar.
Dalam mengaplikasikan teori kepimpinan berasaskan situasi, Guru Besar turut
berperanan dalam mengarahkan guru disiplin tersebut untuk berhubung dengannya
mengenai perkara yang beliau telah lakukan. Tindakan yang efektif untuk seorang
pemimpin adalah mengarahkan (directing) guru disiplin meminta maaf kepada ibu
mangsa yang ditampar tersebut. Hal ini demikian kerana tindakan guru disiplin yang
telah menampar murid tersebut merupakan perlakuan yang kurang matang dan tidak
rasional. Tambahan pula, hukuman menampar anak murid merupakan perbuatan
yang dilarang di sekolah. Jelas sekali guru disiplin tidak berhak melaksanakan apaapa hukuman melainkan berhubung dengan Guru Besar untuk membuat keputusan
bersama. Seperti mana yang termaktub di Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah
untuk Guru Besar dan Guru (1988), guru disiplin hanya boleh memberikan amaran
kepada murid tanpa melakukan sebarang hukuman sesuka hati.
Teori ini telah menegaskan bahawa pemimpin mesti menggunakan stail yang
berbeza pada situasi yang berbeza. Bagi permasalahan yang menghubungkaitkan
tindakan guru terhadap murid, Guru Besar mempunyai kuasa autonomi untuk
mengarah dan memberi teguran positif kepada guru disiplin tersebut kerana
ketidakupayaannya dalam menangani isu mengenai kesalahan murid. Kuasa
autonomi ini menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyai keupayaan
mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melalui kuasa sah,
kuasa ganjaran atau kuasa kepakaran. Tindakan memberikan arahan sebegini boleh
13

dijadikan satu proses permulaan bagi mana-mana guru disiplin yang kurang
berpengalaman dan mempunyai tahap kompetensi dan komitmen yang rendah
dalam tugasnya.
Secara kesimpulannya, teori kepimpinan mengikut situasi ini membenarkan
Guru Besar sebagai pemimpin untuk menganalisis situasi tertentu dan seterusnya
menggunakan stail yang terbaik bersesuaian dengan situasi yang dihadapi. Sebagai
pemimpin, Guru Besar dihuraikan harus mempunyai pelbagai bentuk kepimpinan
seperti teknikal, transaktional, transformasional, instruksional, fasilitatif dan moral
(Busher & Harris, 2000). Walaupun gaya kepemimpinan Guru Besar boleh berbezabeza, namun keberkesanan sekolah hanya dapat dicapai melalui penyertaan semua
pihak khususnya pihak guru dan murid. Setiap stail kepimpinan yang dipilih perlulah
bersesuaian dengan tahap kompetensi dan komitmen guru masing-masing. Hal ini
demikian kerana ia dapat membantu dalam membimbing guru dengan cara
menyokong mereka dan menolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang
yakin atau menghadapi situasi yang mengelirukan.

14

5.0 Rumusan
Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu
bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkait rapat dengan sistem pendidikan
yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan
baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke
arah negara maju.
Dalam

usaha

mengejar

dan

mencapai

kecemerlangan

pendidikan

ini,

kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang
ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan
penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang
ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai
punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam
pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang.
Tuntasnya, setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin sesebuah
organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Ini kerana jatuh bangunnya
sesebuah organisasi bergantung kepada pemimpin. Seseorang Guru Besar
dikatakan sebagai pemimpin yang berjaya sekiranya dia berjaya menerapkan
kepemimpinan yang tepat di dalam suatu organisasi sekolah. Kejayaan sesebuah
organisasi sekolah juga bergantung kepada sokongan dan sanjungan semua
kakitangan sekolah. Jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri kepemimpinan
yang berkesan, kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah sekolah
cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri
yang lemah dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan yang tidak baik
kepada pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

15