Anda di halaman 1dari 1

Kepada

Datuk Bandar,
Dato' Zamri bin Man,
Majlis Bandaraya Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown
Ipoh, 30450 Perak Darul Ridzuan.

28 SEPTEMBER 2016

Tuan,
JEMPUTAN
UNTUK
SESI
PERBINCANGAN
BERSAMA
JAWATANKUASA
PENCEGAHAN JENAYAH , MASYARAKAT SIVIL DAN PATRITISME DEWAN BELIA
PERAK
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Perwakilan Dewan Belia Perak ingin menganjurkan
satu sesi perbincangan bersama Tuan Datuk Bandar untuk membincangkan isu isu semasa
yang berlaku di Bandar Ipoh dalam Bidang pencegahan jenayah, masyarakat sivil dan
patriotism. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk sama-sama
memeriahkan sesi perbincangan kami seperti di atas pada, tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh

30 September 2016 (Tarikh Cadangan)

Masa

3.00 Petang

Tempat

Dewan Bandaraya Ipoh, Greentown.

3.
Tujuan utama kami adalah untuk mengumpul maklumat yang sahih dalam
penyediaan usul yang akan dibahaskan pada bulan Oktober dan juga mendapatkan idea
idea bernas yang realistik yang dapat kami ilhamkan daripada Pihak Tuan. Selain itu ,kami
juga ingin meminta Pihak Tuan untuk berkongsikan maklumat statistik jenayah yang berlaku
di Bandar Ipoh terutamanya sebagai panduan utama kami menjalankan kajian.
4.
Kehadiran tuan ke majlis ini amatlah dialu-alukan dan kami dahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.

Saya yang benar,

(Noradila )
Setiausaha ,
Perwakilan Dewan Belia Perak,
Pencegahan Jenayah, Masyarakat Sivil dan Patriotisme

Anda mungkin juga menyukai