Anda di halaman 1dari 2

Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk

meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan
kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan
yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan
dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi
sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam
model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model Inkuiri


Keterangan model inkuiri:
Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara
inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang
pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan
murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid
mengalami pembentukan pengetahuan baru.
Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian
yang dilihat atau alami.
Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi
untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya
tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan
mengubah corak penyoalan.
Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada
murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.
Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang
berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.

Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga
sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran
pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang
membingungkan murid.

Anda mungkin juga menyukai