Anda di halaman 1dari 3

Kesan Rasuah dalam Politik

Kegiatan rasuah telah meninggalkan pelbagai kesan yang akan melumpuhkan


kewibawaan sesuatu negara. Malah, sekiranya amalan rasuah tidak dibanteras, maka ia akan
terus merebak dan membawa pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara.
Kesan pertama ialah sistem pemerintahan menjadi lemah sekali gus menyebabkan
imej negara pada mata dunia tercalar. Setiap kali berlaku rasuah, maka pemerintah kehilangan
hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Rasuah mejejaskan
perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila peratura dan undang-undang
diabaikan. Contohnya, rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dalam badan
perundangan menghancurkan akauntabiliti. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada
cerdik pandai dan individu yang berfikiran kritis dan berani untuk menegakkan keadilan and
mentadbir negara. Kegiatan rasuah yang berlaku menyebabkan birokrasi negera menjadi
huru-har kerana terdapat pegawai-pegawai yang memperoleh jawatan melalui amlan rasuah.
Maka terhakislah kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran negara dan menjejaskan imej
negara di mata dunia. Seluruh masyarakat, bangsa dan negara akan menjadi huru-hara dan
hancur sekiranya pentadbiran negara menjadi kucar-kacir. Seperti yang pernah berlaku dalam
sejarah tamadun besar dunia seperti di Mesir dan Mesopotamia. Hal ini menyebabkan negara
tersebut bukan sahaja akan dipandang serong oleh negara lain. Malahan, hubungan dagangan
yang sedia ada juga akan terputus dan ekonomi negara akan terjejas teruk lalu agenda
pembangunan negara akan terbantut. Oleh itu, perbuatan rasuah yang bagai duri dalam
daging hendaklah dibanteras sejak awal lagi.
Kesan seterusnya adalah kemerosotan ekonomi negara. Rasuah dalam politik secara
tidak langsung mengurangkan keyakinan perlabur-pelabur sama ada dalam mahupun luar
negara untuk melabur di negara kita. Hal ini kerana sistem pentadbiran negara yang menjadi
kucar-kacir menyebabkan peraturan dan undang-undang pelaburan tidak dilaksanakan dengan
cekap dan bersih. Kekurangan pelaburan asing di negara kita akan menjejaskan ekonomi
negara dan ekonomi negara menjadi tidak stabil. Penggangguran dalam negara meningkat
apabila pelabur-pelabur berhenti melabur. Contohnya, kehidupan rakyat di negara kita akan
terjejas. Rakyat negara kita tidak dapat hidup dalam keadaan yang baik jika ekonomi kita
semakin teruk. Lebih-lebih lagi, amalan rasuah yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi
menyebabkan produk buatan Malaysia tidak berdaya saing dengan produk buatan luar negara
kerana mereka kurang yakin. Kos sara hidup juga akan meningkat disebabkan kenaikan

harga barang dan perkhidmatan ekoran pengeluar dan penjual yang menaikkan harga
barangan untuk menampung kos rasuah. Hal ini membebankan rakyat terutamanya golongan
berpendapatan rendah.
Rasuah dalam politik menyebabkan pengabaian kepentingan masyarakat. Rasuah
bukan sahaja menjejaskan kemajuan negara tetapi juga mempertaruhkan nasib rakyat. Dalam
hal ini, segolongan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah akan terabai daripada
menerima sesuatu hak yang sepatutnya diberi sama rata sama ada dalam bentuk tender,
pekerjaan atau pendidikan. Rasuah juga akan menjauhkan jurang perbezaan di antara
golongan miskin dan kaya. Lazimnya mereka dapat memperoleh segala perkara yang diingini
dengan memberi rasuah. Sesetengah rakyat sanggup menggunakan wang untuk menyogok
semata-mata untuk menpercepatkan proses atau memperoleh sesuatu kebaikan. Dengan ini,
procedur sesuatu proses akan menjadi kucar-kacir kerana tidak dilaksanakan secara amanah
dan peraturan dan undang-undang yang ditentukan juga tidak dipraktikkan. Contohnya,
terdapat sesetengah orang yang menggunakan rasuah untuk mendapatkan sesuatu lesen
seperti lessen memandu kereta, walaupun mereka tidak layak. Hal ini bukan sahaja
melanggar undang-undang, malah menjejaskan keselamatan di jalan raya dan mencetuskan
ketidakadilan kepada golongan lain. Terdapat juga mereka yang memberi rasuah untuk
mendapat sesuatu pekerjaan atau jawatan yang menyebabkan birokrasi dalam sesuatu
organisasi hanya dikelompok oleh golongan yang mengamalkan budaya rasuah. Oleh itu,
jelaslah bahawa budaya rasuah akan membawa keapda ketidakadilan dalam kalangan
masyarakat yang seterusnya akan mengancam perpaduan and keamanan rakyat.
Amalan rasuah dalam politik juga mengancam keselamatan rakyat dan negara.
Keselamatan rakyat terancam apabila rasuah melibatkan kelulusan pembinaan asas seperti
jambatan, bangunan dan prasarana lain. Dalam hal ini, projek pembinaan dilakukan tanpa
mengikut spesifikasi bahan binaan yang sepatutnya diiikuti, namun tetap diluluskan.
Contohnya, projek pembinaan yang telah diberi wang RM10juta untuk membina bangunan
dan prasarana yang mengikut piawai pembinaan asas tetapi disebabkan berlakunya rasuah
dikalangan kontraktor-kontraktor dan pegawai-pegawai yang berkuasa, maka wang yang
digunakan untuk membina projek tersebut menjadi RM500ribu. Dengan ini, projek tersebut
akan dibina tanpa mengikut piawaian yang akan membahayakan pengguna kerana binaan
tersebut mungkin akan runtuh. Tambahan pula, keselamatan negara terancam apabila
maklumat sulit negara dibocorkan oleh pegawai berkenaan yang terlibat dengan rasuah.
Apabila ahsiah negara seperti maklumat ketenteraan dan sistem pertahanan negara terbocor

dan diperolehi musuh negara akan membahayakan negara. Hal ini demikian kerana musuh
atau pembangkang negera akan dapat menceroboh negara kita dengan mudah. Oleh itu,
jelaslah bahawa rasuah mendatangkan kesan buruk yang mengancam keselamatan dan
kesejahteraan rakyat yang dipertahankan selama ini.