Anda di halaman 1dari 4

http://fiction.eserver.org/short/aladdin.

html

Firman Allah SWT


Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah
kebijaksanaan Dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka
(yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu
Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah
jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah an-Nahl: 125)
Manakala, asas metodologi atau pendekatan dakwah menurut Ab. Aziz Mohd. Zin
(1999) ialah ;
1. Penjelasan yang nyata dan jelas
2. Berperingkat-peringkat
3. Mudah
4. Menjinakkan
5. Adanya sebab disebalik sesuatu suruhan dan larangan.
6. Bersesuaian dengan keadaan sasaran.

1. Dakwah bil Hal


Dakwah bil hal juga disebut sebagai Dakwah bil qudwah hasanah yang bererti
dakwah melalui tingkah laku serta contoh teladan yang baik. Ditonjolkan melalui
akhlak dan nilai moral yang terzahir pada diri seseorang individu muslim. Ab. Aziz
Mohd. Zin (2001) menyebut dakwah bilhal sebagai;
Dakwah bil hal bererti dakwah melalui contoh teladan yang baik. Ia menjadi
contoh teladan atau modul kepada kemuliaan dan keagungan Islam. Dakwah bilhal
boleh menghilangkan perasaan prejudis dan negatif orang bukan Islam terhadap
Islam. Penonjolan contoh teladan yang baik dalam kehidupan harian orang Islam
satu perkara yang penting dalam dakwah kerana ia boleh memperlihatkan tentang
kemuliaan agama Islam yang perlu diikuti oleh semua orang. Contoh teladan yang
baik akan menjadi pengaruh yang besar kepada orang lain untuk mengikuti sesuatu
cara hidup yang ditunjukkan

Dakwah bil hal merupakan satu pendekatan dakwah yang efektif dalam konteks
psikologi dakwah kepada non-muslim. Contohnya, seperti kata pepatah, senyum,
tak perlu kata apa apa. Menurut psikologi manusia, senyuman yang ikhlas akan
membuatkan orang yang berada disekeliling kita berasa senang dan mampu
menarik minat orang untuk lebih mendekati kita. Dalam hal ini, senyuman juga
merupakan satu akhlak yang terpuji yang dianjurkan dalam Islam. Sunnatullah
untuk kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Al-Tirmidzi dalam sahihnya Rasululullah s.a.w bersabda;
Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah. Selain itu, terdapat banyak
lagi akhlak dan nilai moral yang terpuji yang dianjurkan oleh Islam dalam setiap
ceruk kehidupan manusia. Bermula dari akhlak antara manusia dengan pencipta,
akhlak manusia sesama manusia, akhlak manusia dengan haiwan, akhlak manusia
dengan alam dan sebagainya.
2. Dakwah bil Mal
Dakwah bil mal bermaksud usaha dakwah yang dilakukan melalui gerak kerja
berbentuk kebajikan, sama ada berbentuk kewangan ataupun berbentuk
sumbangan tenaga dan masa. Antara yang boleh dilakukan ialah memperkasakan
badan-badan zakat dan kebajikan yang ada di Malaysia dengan memperbaiki
kelemahan dalaman dan luaran organisasi sama ada daripada aspek pengurusan
mahu pun prosedur supaya badan-badan ini boleh menjadi penjana sumber pada
kelangsungan gerak kerja dakwah kepada non-muslim.
Dalam sektor zakat, bahagian yang boleh dibahagikan kepada golongan nonmuslim hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dalam membantu gerak kerja dakwah
kepada non-muslim samada melalui penganjuran program-program berbentuk
kebajikan atau pun bantuan saluran kewangan kepada golongan mualaf (nonmuslim) yang hendak berjinak-jinak atau berminat dengan Islam) dan golongan
non-muslim yang memerlukan yang layak menerima bantuan zakat (merujuk
kepada bantuan yang seumpama dengannya).
Selain itu, mengatur program-program berbentuk khidmat masyarakat atau
kebajikan di hospital,penjara, rumah anak-anak yatim atau kawasan-kawasan yang
majoriti penduduknya non-muslim juga wajar dilakukan terutamanya kepada
golongan yang lemah dan memerlukan. Program-program sebegini boleh memikat
sasaran atas sumbangan dan khidmat yang diberikan.
3. Dakwah bil Kutub
Dakwah bil kutub bererti dakwah melalui penulisan. Dalam era globalisasi kini,
dawah bil kutub tidak semestinya merujuk kepada penulisan risalah atau bukubuku, asalkan berkaitan dengan penulisan dan boleh dijadikan sebagai wasilah
dakwah maka ianya boleh dikategorikan sebagai dawah bil kutub. Contoh yang
paling mudah ialah dakwah melalui Blog, Laman Web, Yahoo Group, Facebook ,
emel, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan banyak lagi. Dakwah melalui penulisan

adalah antara metod dakwah yang paling meluas boleh diaplikasikan oleh semua
orang. Apa yang dimaksudkan dengan penulisan ialah satu kegiatan memikir,
mengkaji, merakam dan menulis sekumpulan pengalaman diri hasil daripada
pemerhatian, Kegiatan penulisan sama ada penulisan kreatif atau non-kreatif dapat
membantu idea-idea dan pemikiran serta ilmu tersebar dengan meluas. Dalam
konteks dakwah, penulisan merupakan aktiviti penyampaian maklumat tentang
Islam, serta mengajak manusia ke arah kebaikan dan memberi peringatan kepada
manusia yang lalai.
Antara isi kandungan dakwah yang boleh dimasukkan dalam penulisan dakwah
kepada non-muslim ialah penjelasan tentang keistimewaan Islam dan keuntungankeuntungan yang akan diperolehi melalui Islam. Dengan itu, keadilan,
kesejahteraan, persamaan, peluang dalam pencarian penghidupan dan lain-lain
dasar dalam Islam perlulah ditonjolkan penjelasannya supaya orang bukan Islam
berasa tidak rugi apabila menerima Islam, malah sebaliknya.
4. Dakwah bil Lisan
Selain itu, dakwah kepada non-muslim juga boleh dilakukan melalui pendekatan,
one to on, ceramah-ceramah umum, mousqe tour guide dan lain-lain. Walau
bagaimanapun, lapangan atau pun wasilah yang paling sesuai dalam usaha dakwah
kepada non-muslim dengan metod billisan ialah pada majlis dialog perbandingan
agama atau interfaith dialog. atau pun pada seminar-seminar perbandingan
agama, seminar kefahaman Islam dan sebagainya. Hal ini kerana, sudah pasti
kalangan hadirin yang menghadirkan diri di majlis-majlis sebegini adalah golongan
yang memang ingin mengetahui tentang Islam dan apakah perbezaannya dengan
agama-agama yang lain. Justeru, penekanan isi berhubung dengan wahyu dan
kerasulan harus disampaikan dan dikupas dengan sebaik mungkin sesuai dengan
tahap pengetahuan yang umumnya ada pada golongan sebegini serta disampaikan
dengan uslub yang terbaik dan gaya bahasa yang mudah untuk difahami oleh
mereka. Penekanan tentang wahyu dan kerasulan (isi dakwah) adalah untuk
memberi kefahaman bahawa Islam berasal dari Pencipta alam ini dan keadaannnya
berbeza sama sekali dengan agama-agama lain yang punca asalnya tidak menentu,
sama ada dari pencipta atau dari pemikiran manusia. Antara yang boleh ditonjolkan
ialah bukti-bukti mengenai keaslian dan kemukjizatan al-Quran, bukti-bukti
mengenai Nabi Muhammad sebagai Nabi terakhir yang terdapat di dalam al-Quran
dan juga kitab-kitab agama lain seperti Kitab Hindu, Bible dan sebagainya. Dalam
pada itu, turut diterangkan tentang perbandingan antara Islam dengan agamaagama lain, contohnya isu tentang kepercayaan yakni akidah Islamiyah. Hal ini akan
memperlihatkan kepada mereka bahawa dasar-dasar akidah dalam Islam sesuai
dengan fitrah kejadian manusia, senang dan lebih mudah untuk difahami.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya: Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad)


mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah
kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan
perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami
serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguhsungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang
yang berdusta"
CARI PERSAMA DAN ELAKAN PERBEZAAN
Firman Allah s.w.t ;
Maksudnya:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai ahli kitab, marilahkepada satu kalimah yang
bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah
melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan
pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan
orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah, Kemudian jika
mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya)maka Katakanlah kepada
mereka:Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam
(Surah Ali Imran: 64)

Anda mungkin juga menyukai