Anda di halaman 1dari 22

2.

JALINAN

KERJASAMA

PIHAK-PIHAK

DALAM

ORGANISASI (SEKOLAH)
2.1.1 Peranan pelajar
Pelajar perlu menjalani suatu proses pendidikan samada
secara formal atau tidak formal. Pelajar adalah input paling utama
yang perlu dijana untuk menjadi modal insan cemerlang. Mereka
perlu melalui proses pembelajaran di sekolah yang memerlukan
komitmen pelbagai pihak untuk mewarnai kehidupan mereka.
Input

Proses

Output/Hasil
Rajah 2: Aliran Hasil Kerja.
Rajah di atas menununjukkan bahawa para pelajar yang diibarat
kain putih adalah input utama. Mereka perlu menjalani proses
pembelajaran samada di sekolah atau melalui persekitaran. Akhir
sekali adalah hasil atau kesan terhadap apa yang mereka lalui atau
pelajari. Ibarat pepatah melayu melentur buluh biarlah dari
rebungnya, sekolah adalah wadah terbaik untuk memupuk
semangat kerjasama, perpaduan dan kecintaan terhadap negara..
Pelajar erlu dilatih untuk hidup saling bekerjasama dan mempunyai
semangat patrotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan

aspirasi nasional. Program Pembimbing Rakan Sebaya juga


diadakan

untuk

mendekatkan

pelajar

dengan

konsep

bermasyarakat .
Jalinan erat antara pelajar dengan organisasi sekolah akan
mewujudkan keseronokan dan motivasi untuk para pelajar ke
sekolah.

Pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang

dilaksanakan di

sekolah mampu menggarab potensi dan sikap

tanggungjawab pelajar.

Para pelajar perlu dilatih untuk saling

bekerjasama, mematuhi disiplin dan menghargai perkara yang ada


di keliling mereka. Pihak sekolah perlu peka kepada permasalahan
pelajar dan berusaha untuk menarik minat pelajar ke sekolah.

2.1.2 Peranan pentadbir atau pengurusan sekolah.


Zafir, Mohd. Rizal & Ahmad Khairi (2003) menyifatkan
pengurusan sebagai proses merancang, menyelaras, memimpin
dan mengawal aktiviti-aktiviti organisasi. Definisi pengurusan oleh
Peter F. Drucker (disebut di dalam Zaidatul Akmaliah, 1998) ialah
suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,
penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai matlamat. Dengan ringkasnya, pengurusan adalah

proses merancang dan memelihara persekitaran apabila individu


bekerja bersama-sama dalam kumpulan bagi mencapai matlamat
terpilih secara berkesan. Dalam konteks sekolah, matlamat yang
ingin dicapai adalah prestasi akademik dan pembentukan modal
insan pelajar.
Pengurusan sekolah terdiri daripada Pengetua, Penolong
Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guruguru Kanan atau Ketua Jabatan Sains & Matematik, Kemanusiaan,
Teknik & Vokasional serta Bahasa. Setiap individu dalam
pengurusan organisasi sekolah perlu memainkan peranan yang
efektif, membentuk serta menjadi pemangkin ke arah kerjasama
yang erat dan padu sebagai satu pasukan untuk mencapai
matlamat tersebut.
Menurut Baharom 2001, bahawa pengetua yang berjaya
mewujudkan kerjasama dan koloborasi kerja dengan semua warga
sekolah

dan

masyarakat

menunjukkan

mereka

mempunyai

kepimpinan yang berjaya. Kemahiran pengetua/guru besar dapat


mempengaruhi persekitaran dan pihak berkepentingan di luar
sekolah bagi menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif.
Dengan kewujudan program-program tertentu, hubungan komuniti

yang baik membolehkan pihak sekolah mendapat maklumat dan


sokongan

dalam

banyak

hal.

Morros

&

Vrabbel

(1978)

menyimpulkan bahawa tanpa kepimpinan pengetua/guru besar


yang efektif, sekolah tidak berupaya mewujudkan hubungan
dengan komuniti luar. Tanpa hubungan ini adalah mustahil sekolah
akan memperolehi kerjasama.
Pentadbir sekolah juga perlu merangka Pelan Strategik
sekolah yang mencakupi kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman terhadap organisasi iaitu dengan ringkasnya SWOT.
Suatu Penandaarasan atau Benchmarking juga perlu untuk
meningkatkan kualiti bersama dengan Pelan Taktikal, Pelan
Operasional dan Pelan Kontigensi. Kerjasama semua pihak dalam
organisasi

amat

perlu

untuk

mengenalpasti

perkara-perkara

tersebut hingga ke akar umbi, mendapat maklumat yang jelas dan


bertindak membuat perancangan dengan lebih berkesan.
Gaya kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi saya
adalah gaya kepimpinan penglibatan di mana Pengetua turut
melibatkan subordinat dalam membuat keptusan bergantung
kepada

situasi

masalah

yang

dihadapi.

Jalinan kerjasama di antara Pengetua, barisan pentadbir sekolah


dan kakitangan sekolah mewujudkan esprit de corp atau kerja
pasukan dapat membantu memajukan bakat dan perkembangan
kemahiran staf. Pengetua memberikan kepercayaan dan motivasi
untuk staf di bawahnya menjalankan tugas dengan berkesan. Apa
yang selalu ditekankan adalah nilai amanah, kejujuran dan ikhlas
dalam menjalankan tugas dan kejayaan hanya akan dapat dicapai
melalui pengorbanan dan semangat kerjasama. Dengan itu guru
akan melaksanakan tugas dengan rela tanpa paksaan. Sikap
keterlibatan dan keperihatinan pemimpin sekolah mewujudkan
suasana kerja yang harmoni di samping ketegasan kepada para
pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik pelajar
sekolah ini.

2.1.3 Peranan Panitia Mata Pelajaran


Panitia adalah sekelompok guru yang mengajar mata
pelajaran yang sama. Aktiviti atau program Panitia Mata Pelajaran
akan dilaksanakan secara bersama oleh barisan guru yang berada
dalam Panitia tersebut. Antara jalinan kerjasama yang wujud dalam
Panitia ialah seperti berikut:

i) Kerjasama dengan persatuan akademik


Berbagai aktiviti yang berkaitan dengan akademik dijalankan
seperti pidato, perbahasan, choral speaking, keusahawanan dan
lain-lain. Ini adalah bagi meningkatkan lagi prestasi pembelajaran
pelajar.

ii) Mesyuarat di kalangan guru-guru Panitia Mata Pelajaran


Di sekolah saya, Panitia bagi mata pelajaran disarankan
bermesyuarat setiap empat bulan untuk mebincangkan aktiviti atau
sebarang perkara yang timbul dalam panitia masing-masing.
Perbincangan juga akan meliputi teknik

yang berkesan untuk

mengajar di kelas atau pelajar yang bermasalah. Mesyuarat ini


akan turut dhadiri oleh salah seorang pentadbir sekolah yang akan
membawa sebarang permasalahan yang perlu kepada pihak
atasan

untuk

diambil

tindakan

sewajarnya.

Sikap

saling

bekerjasama antara panitia dan pihak pentadbir organisasi sekolah


juga mampu meningkatkan prestasi sekolah ini.
iii) Kursus Dalaman (In-house Training)

Guru-guru sekolah ini yang menghadiri sebarang kursus perlu


menyampaikan isi kandungan kursus kepada guru-guru lain dalam
bidang yang berkaitan. Keberkesanan sistem penyampaian ini
dapat mempastikan bahawa sebarang maklumat yang diperolehi
semasa berkursus dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi
untuk meningkatkan prestasi pelajar.

2.1.4 Peranan semua guru.


i) Program LISAM (Low Inference Self Assessment Measure f
Teaching)
Melalui program ini, para guru dalam sekolah ini saling
bekerjasama untuk saling membuat penilaian dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Seseorang guru
boleh memilih sesiapa sahaja di kalangan pentadbir atau guru lain
untuk mencerapkan dan memberikan komen tentang P&P yang
dilaksanakan. Selepas pencerapan, mereka yang terlibat boleh
berbincang mengenainya. Jalinan kerjasama antara guru Ini akan
dapat memperbaiki serta

meningkatkan sistem P&P dan

seterusnya menigkatkan prestasi akademik para pelajar.

ii) Kaedah kerja berpasukan atau team teaching


Kaedah ini diwujudkan oleh dua orang atau lebih guru yang
mengajar dalam subjek yang sama. Mereka saling bekerjasama
dan bantu membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
di kelas. Kemahiran seseorang guru terhadap sesuatu tajuk dapat
dimanfaatkan oleh rakannya yang lain. Guru-guru tersebut juga
boleh masuk mengajar satu kelas dalam masa yang sama. Kaedah
ini sangat sesuai untuk mata pelajaran hands-on seperti Komputer,
Matematik atau Sains. Seorang guru boleh mengajar di hadapan
kelas manakala seorang lagi memantau dan membantu pelajar
melaksanakan tugasan yang diberi. Jalinan kerjasama di kalangan
guru seerti ini dapat meberi tumpuan yang lebih kepada proses
P&P dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar.

iii) Sistem Bimbingan Taulan dalam Pengajaran & Pembelajaran


Sains &
Matematik Dalam Bahasa Inggeris. (PPSMI)
Sistem Bimbingan Taulan atau lebih dikenali sebagai sistem
Buddy memerlukan komitmen semua guru yang terlibat dalam
PPSMI. Dalam sistem ini, guru-guru Bahasa Inggeris (Rakan

Pembimbing) perlu bekerjasama dan membantu rakan taulan (Guru


Taulan) yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris.

Rakan pembimbing perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti

sekurang-kurangnya empat jam sebulan untuk setiap guru taulan


dengan menggunakan modul EMS iaitu English for Mathematik &
Science. Sistem ini juga turut mendapat kerjasama berbagai pihak
lain seperti PPD, JPN dan KPM.

2.1.5 Peranan Koperasi Sekolah


Koperasi sekolah juga turut memainkan peranan terhadap
peningkatan

prestasi

sesebuah

sekolah.

Norazinah

(2005)

menyatakan bahawa koperasi sekolah adalah salah satu sumber


alternatif dana sekolah serta turut bekerjasama dan memberi
sumbangan yang banyak kepada pihak sekolah untuk menjalankan
berbagai aktiviti seperti sumbangan upacara rasmi sekolah,
pembelian komputer dan peralatan pembelajaran, sumbangan
untuk pelajar miskin serta kem motivasi dan lain-lain. Sumbangan
yang telah diberikan untuk para pelajar ini telah dapat membantu
warga sekolah khususnya para pelajar untuk meningkatkan prestasi
akademik mereka.

Koperasi sekolah saya telah

turut memberi banyak

sumbangan kepada sekolah ini. Keuntungan bersih koperasi pada


tahun 2006 adalah sebanyak RM 7,402.53 telah meningkat kepada
RM 12,586.10 pada tahun 2007. Keuntungan ini telah diagihagihkan

kepada beberapa tabung seperti kumpulan wang

kebajikan am, dermasiswa, sukan, kursus, zakat, dividen dan


honorarium

lembaga.

Keuntungan

yang

diperolehi

akan

dikembalikan kepada warga sekolah khususnya para pelajar.


Koperasi sekolah juga turut menyumbang dalam bentuk wang atau
barangan kepada sekolah sempena Hari Anugerah Cemerlang,
Kem Motivasi dan mencantikkan prasarana sekolah.
Koperasi sekolah ini juga dengan kerjasama pihak Angkatan
Koperasi

Kebangsaan

(ANGKASA)

telah

turut

menjalankan

berbagai aktiviti unuk tahun 2007. Pihak ANGKASA telah memberi


sumbangan dalam bentuk kewangan dan kepakaran sumber
manusia kepada koperasi sekolah yang bergabung dengannya.
Antara aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama ANGKASA adalah
Sambutan Minggu Koperasi Sekolah (17-21 Julai, 2007), Kursus
Pengenalan Koperasi Siri 3 (5 September, 2007) dan Kursus
Perakaunan Koperasi Sekolah ( 11- 13 April, 2007). Kursus-kursus

yang diadakan memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya


pelajar tingkatan enam yang secara langsung belajar mengenai
Koperasi dalam silibus Pengajian Perniagaan STPM. Ini diharapkan
mampu untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar yang
terlibat.

2.2

JALINAN KERJASAMA ORANISASI LUAR TERHADAP

ORGANISASI

SEKOLAH

2.2.1 Peranan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)


Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) menjadi pemangkin kepada
institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) untuk mencapai dasar-dasar pendidikan secara
berterusan.

Ia dikaitkan dengan faktor persekitaran seperti

sekolah, PIBG, masyarakat dan dasar-dasar kerajaan untuk


mencapai matlamat pendidikan. PPD

juga berhubungan rapat

dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang juga di bawah bidang


kuasa KPM.
Hubungan

rapat

antara

tiga

agensi

ini

merupakan

kesinambungan karenah birokrasi yang wujud dalam pentadbiran


pendidikan di Malaysia. Blau dan Scott (1962) mengatakan PPD

merupakan satu organisasi yang mengembangkan perkhidmatan


kepada para pelanggan atau penggunanya. Pelanggan dan
pengguna perkhidmatan PPD adalah para pelajar dan pentadbir
pendidikan sekolah. Bagi guru-guru, PPD juga adalah agensi yang
membantu

segala

masalah

dalam

aspek

perbadi

seperti

menguruskan pertukaran, pengesahan jawatan, penempatan, Puat


Kegiatan Guru dan penyelarasan kursus kerjaya atau profesional.
Bidang Pentadbiran PPD adalah Tatausaha, Pengurusan Murid,
Pengurusan Guru, Penyeliaan, Kurikulum dan Ko-kurikum.

PPD dan sekolah sangat berkait rapat. PPD yang diketuai oleh
Pegawai Pelajaran Daerah bertanggungjawab menyampaikan
segala arahan yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pelajaran
Negeri kepada Pengetua dan Guru Besar di dalam daerahnya. ini
dapat melicinkan lagi dasar atau arahan KPM. Pemantauan dan
kerjasama antara PPD dan sekolah dilakukan dalam berbagai
bidang seperti kurikulum, ko-kurikulum, pembangunan dan lainlain.
Tujuan Pejabat Pelajaran Daerah ditubuhkan juga adalah
untuk mewujudkan hubungan yang baik antara sekolah iaitu

menyelia, menyiapkan situasi yang sempurna supaya Pengajaran


dan Pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan baik. Fullan (2001)
menyifatkan bahawa daerah yang kecil biasanya berfungsi dengan
sumber yang terhad dan bagi daerah yang besar biasanya
berurusan dengan konflik, krisis, masalah personel dan kewangan
yang besar. Justeru, dengan adanya PPD, pentadbiran pendidikan
dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Pemantauan kurikulum sekolah berkualiti dan program 3K
(Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) turut dilaksanakan pada
peringkat PPD. Ini seterusnya dapat membangunkan sesebuah
sekolah dan dengan itu memberikan impak yang positif terhadap
prestasi akademik pelajar di sekolah.

2.2.2 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah


Sejajar dengan moto PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH
TERBILANG, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengorak
langkah untuk menggembleng sumber yang ada ke tahap yang
optima untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di negeri ini.
Kerjasama dengan berbagai peringkat telah ditingkatkan secara
langsung atau sebaliknya, terutamanya dengan PPD dan pihak

sekolah. Untuk meningkatkan pencapaian tersebut, JPN Kedah


telah merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
Kepimpinan
Instruksional.
Pemantauan
Kolaboratif.
Pengurusan
Strategik
Peningkatan
Akademik.
Pemantauan
Kurikulum
Berkualiti.
Peningkatan
profesionalisme
Guru.
Permuafakatan
pintar
dengan
agensi
luar.
Gempur
Gemilang
bersama
Guru
Cemerlang.
PerKASA
(Perkongsian
Akademik
Sesama
Ahli).
Projek Modul Tambahan Pengajaran dan Pembelajaran.
Aktiviti-akiviti yang dinyatakan di atas tentunya memerlukan
koloborasi dan komitmen berbagai pihak yang berkepentingan
seperti sekolah, PPD, agensi luar untuk menjayakannya. Untuk
memudahkan

pihak

PPD,

sekolah-sekolah

dan

masyarakat

berurusan dengan Pejabat Pelajaran Negeri, rangkaian pintar ebestari telah diwujudkan. Antara program yang telah dilaksanakan
melalui rangkaian ini adalah:
Program
Mesra
Projek
Layar
Program
"Bar
Projek
"Smart
Projek "e-Telecomunication".
Pemantauan Head Count

e-Mail.
Laman

Web.
Kod".
SMS".

Program ini dilaksanakan mulai tahun 2007 untuk memantau


prestasi pelajar di peringkat sekolah, PPD dan JPN. Prestasi setiap
pelajar dipantau dari masa ke semasa. Pelajar bermasalah dan
lemah perlu dibimbing dan dibantu dengan segera. Setiap sekolah
perlu menghantar laporan kepada PPD dan kemudiannya dianalisa
di peringkat daerah dan seterusnya dihantar ke JPN. Semua pihak
berkepentingan perlu menyusun strategi berkesan untuk membantu
para pelajar meningkatkan prestasi akademik terutamanya untuk
mata pelajaran asas.

2.2.3 Peranan Kementerian Pendidikan (KPM)


Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagai peneraju dan
pendokong utama dalam melaksanakan wadah pendidikan Negara.
Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan teah
menetapkan pembangunan modal insan kelas pertama sebagai
salah satu daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan
2020. Kejayaan agenda pembangunan modal insan ini bergantung
kepada kualiti sistem pendidikan Negara yang diterajui oleh KPM.
Justeru, KPM telah menterjemahkan visi ini ke dalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP).

i) Peneraju Utama PIPP


Dasar KPM adalah untuk meningkatkan penglibatan semua
pihak

berkepentingan

bagi

menjayakan

agenda

pendidikan.

Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah
untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai
tanggungjawab bersama semua pihak. Walaupun tiada mekanisme
yang spesifik digariskan untuk menggembleng tenaga dan usaha
daripada pihak berkepentingan, KPM sentiasa bersikap terbuka
terhadap cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh pihak luar
KPM.

KPM

juga

sentiasa

bekerjasama

dengan

pelbagai

kementerian, badan korporat, syarikat swasta, PIBG, KesatuanKesatuan Guru, Alumni dan pertubuhan-pertubuhan pendidikan
pada peringkat antarabangsa.

ii) Program 3K
Mulai tahun 1991, KPM telah memperkenalkan program 3K
iaitu kebersihan, keselamatan dan kesihatan. Program ini telah
diberi nafas baru dan penekanan semula yang memerlukan
penglibatan pelbagai pihak secara menyeluruh. Program ini

dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan melibatkan jalinan


kerjasama dengan pelbagai jabatan seperti Kementerian Kesihatan,
Kementerian Kerja Raya, Kerajaan Tempatan, Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara, Persidangan Kebangsaan
Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, masyarakat dan juga
berbagai badan bukan kerajaan.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program 3K adalah
penggredan kendiri kantin sekolah, senarai semak keselamatan
sekolah, gotong royong perdana dan penyelenggaraan tandas
sekolah. Komuniti boleh membantu dengan memberi sokongan dan
sumbangan

dalam

pelbagai

bentuk.

Pihak

sekolah

saling

bekerjasama dan mendapat sokongan berbagai pihak yang terlibat.


Program sebegini diadakan untuk mewujudkan suasana sihat,
selamat, bersih dan kondusif untuk para pelajar. Justeru, para
pelajar boleh belajar dengan lebih selesa seterusnya meningkatkan
prestasi akademik mereka.

2.2.4 Peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)


Peningkatan

prestasi

akademik

di

sekolah

sentiasa

memerlukan sokongan dan penglibatan para ibubapa atau waris

pelajar. Kajian oleh Coleman(1993) telah mendapati bahawa


berbagai kelebihan telah dikesan apabila para waris turut terlibat
dalam pembelajaran anak-anak mereka. Kajian sekolah berkesan
oleh Mortimore (1988) telah mendapati salah satu daripada sebelas
faktor untuk mewujudkan sekolah berkesan adalah perkongsian/
permuafakatan ibubapa dan sekolah (home-school partnership).

Antara dua belas ciri instrinsik dalam sekolah berkesan yang


dikemukakan oleh Sackney (1986) pula adalah penglibatan dan
sokongan para ibubapa dan masyarakat tehadap organisasi
pendidikan.
Fullan (1991) telah menyimpulkan bahawa penglibatan
ibubapa di sekolah dan dalam aktiviti pembelajaran di rumah
sebagai penglibatan secara langsung (instructionally related
involvement). Manakala, bentuk penglibatan hubungan masyarakatsekolah dan membantu tadbir pengurusan sekolah sebagai
penglibatan tidak langsung (noninstructional related involvement).
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah
memainkan

peranan

terutamanya

untuk

yang

aktif

meningkatkan

untuk

memajukan

prestasi

pelajar.

sekolah
Banyak

sumbangan yang telah PIBG berikan terhadap warga sekolah ini


terutamanya

para

pelajar.

Kebanyakan

aktiviti

yang

diberi

penekanan adalah yang boleh mendorong peningkatan sahsiah


dan prestasi akademik para pelajar. Pendapatan dan perbelanjaan
PIBG untuk tempoh 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut:
Tahun
Pendapatan (RM)
Perbelanjaan (RM)
2005
16,864.90
11,235.90
2006
20,319.86
10,736.54
2007
29,187.50
16,792.35
Jadual 1: Pendapatan dan Berbelanjaan PIBG 2005
-2007
Jadual

di

atas

menunjukkan

bahawa

PIBG

telah

membelanjakan lebih separuh daripada pendapatan tahunan untuk


membantu sekolah dan kebanyakan aktiviti yang dijalankan berkait
rapat dengan pembentukan pelajar cemerlang.
Untuk tahun 2007 sahaja, PIBG telah menaja berbagai aktiviti
untuk para pelajar seperti dinyatakan di bawah:
- keceriaan kelas
- Sumbangan Sambutan
Hari Guru
- Sumbangan Baju Kompang & vest
- Program Anakku
Gemilang
sekolah
- Program Gotong
Royong Perdana
- Ceramah / Seminar Peperiksaan - Hari Anugerah Cemerlang
PMR, SPM, STPM.
- Ceramah Disiplin

- Sambutan Kemerdekaan
- Majlis Bacaan Yaasin
menjelang
- Hadiah Zero Ponteng
peperiksaan
- Kem Waja
- Kelas Bimbingan
- Keindahan / keceriaan kawasan
- Jamuan Perjumpaan
Waris
- Tajaan pakaian seragam PBSM
Pihak pengurusan sekolah dan PIBG telah turut mengadakan
perjumpaan guru dan waris pelajar untuk berbincang mengenai
prestasi akademik dan sikap para pelajar. Perjumpaan ini diadakan
sekurang-kurangnya dua kali setahun. Para ibubapa dikehendaki
datang dan berbincang dengan guru tentang sebarang hal yang
perlu terutamanya cara untuk meningkatkan prestasi akademik
pelajar. Jalinan kerjasama yang erat antara para ibubapa dan
organisasi sekolah mampu meningkatkan prestasi akademik para
pelajar sekolah ini.

2.2.5 Peranan Warga Korporat dan syarikat swasta.


Warga atau syarikat korporat turut memainkan peranan yang
penting dengan sekolah. Sumbangan yang boleh diberikan adalah
dalam bentuk tenaga, kepakaran dan kewangan.
Syarikat korporat yang telah menjalin kerjasama yang erat
dengan sekolah saya adalah Syarikat Intel Malaysia (INTEL) yang

telah menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat dan telah


menjalankan berbagai aktiviti untuk para pelajar sekolah ini. Aktivitiaktiviti yang telah dijalankan adalah:
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Aktiviti

Tarikh
English Camp
13.5.07
Computer Workshop
12.08.07
PC Pal Email Mentoring Program
Sepanjang
tahun
ERT Safety Camp
24.07.07
Program Kitar Semula
Sepanjang
tahun
Majlis Mega Berbuka Puasa & Solat 21.09.07
Terawih Pekerja Islam Intel dan
Sekolah
Gotong Royong Bersama Intel
1.7.07
Kelas Tambahan Matematik
Menjelang
Peperiksaa
n
Jadual 2: Aktiviti Intel-SMK Keladi 2007

Bank Rakyat juga turut bekerjasama dan menyumbang unuk


meningkatkan

prestasi

sekolah

ini

dengan

menaja

dan

mengadakan Seminar Skor A 2007 untuk pelajar bumiputera pada


bulas Ogos, 2007.
Yayasan Bukhari juga

menyumbang untuk meningkatkan

prestasi akademik para pelajar. Yayasan ini telah menaja kelas


tambahan untuk mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Sains
dan

Matematik

untuk

para

pelajar

melayu

yang

kurang

berkemampuan. Kelas tambahan secara percuma ini secara


langsung

dapat

membantu

para

pelajar

yang

kurang

berkemampuan untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.

Anda mungkin juga menyukai