Anda di halaman 1dari 12

BIL

PERKARA

1.0

PENGENALAN

2.0

PENULISAN ILMIAH

MUKA SURAT
2

2.1 Menilai dan reka bentuk sebuah bengkel Reka


Bentuk dan Teknologi yang berkesan untuk

pengajaran dan pembelajaran


2.2 Menilai dan reka bentuk sebuah bengkel Reka
Bentuk dan Teknologi yang berkesan untuk
pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Masalah pengendalian bengkel Reka Bentuk

4-5

dan Teknologi di sekolah dan cadangan cara


mengatasi masalah tersebut.
2.4 Cadagan dan rancangan satu program

6-7

keselamatan bengkel yang sesuai kepada guruguru Reka Bentuk dan Teknologi.
8
3.0

PENUTUP

4.0

RUJUKAN

10

5.0

LAMPIRAN

11-12

12

ISI
KAN
DUN
GAN

1.0 Pengenalan

Bengkel ialah tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada
murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Bengkel perlu diurus dengan cekap.
Bengkel menyediakan tempat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif,
bersesuaian dengan mata pelajaran dan memberangsangkan. Bengkel juga meningkatkan
penguasaan kemahiran proses manipulatif dalam kalangan murid dan merangsang dan
menjana minda murid. Bengkel yang berkualiti akan menjadi pencetus idea kepada murid-murid
bagi menghasilkan inovasi dan reka cipta. Bengkel akan membantu mewujudkan suasana
kelaianan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru mata pelajaran Reka Bentuk Dan
Teknologi. Ia juga akan memaksimumkan penggunaan kelengkapan dalam kalangan murid
terhadap pelajaran inovasi dan reka cipta dengan penyediaan bahan dan alatan tangan yang
lengkap. Bengkel memberikan pendedahan asas tentang perkara-perkara yang berkaitan

12

dengan kehidupan dan menyampaikan kepentingan kemahiran di dalam kehidupan seharian.

2.0 Penulisan Ilmiah


2.1 Menilai dan reka bentuk sebuah bengkel Reka Bentuk dan Teknologi yang berkesan
untuk pengajaran dan pembelajaran.
Bengkel yang berciri baik haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan, semasa menggunakan dan
selepas menggunakan bengkel dan segala peralatan di bengkel. Guru dan pelajar mestilah
mengetahui cara bertindak apabila berlaku kecederaan dan kemalangan, kejutan elektrik dan
kebakaran. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandungi ubat luka dan sapuan untuk
lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan. Jika berlaku kecederaan yang serius dan
teruk hendakan dilaporkan kepada guru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang
terdekat. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang berfungsi disetiap
bengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah digantung ditempat mudah dilihat dan mudah
dicapai. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera mengikut pelan
kecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui talian kecemasan 999. Jika berlaku
sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama terlebih dahulu atau menekan suis
keselamatan bengkel. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering

12

untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi punca kejutan elektrik.

2.2 Teori Peyebab Kemalangan faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan di dalam


bengkel.
Kemalangan bermaksud peristiwa yang tidak dirancang dan memberikan keputusan yang
tidak boleh diterima. Tindakan yang tidak terkawal disebabkan oleh manusia, persekitaran atau
akibat proses terganggu yang menyebabkan kecederaan, kesakitan, kematian dan kerosakan
harta benda. Keselamatan adalah satu keadaan yang terhasil akibat perubahan tingkah laku
manusia atau reka bentuk persekitaran fizikal supaya dapat mengurangkan kemalangan.
Terdapat beberapa teori penyebab kemalangan. Antaranya Model Faktor Kemanusiaan Ferell,
Model Penyebab Kemalangan Insiden Petersen dan Model Sistem Firenze. Terdapat pelbagai
teori-teori penyebab kemalangan. Kemalangan boleh didefinisikan sebagai sesuatu peristiwa
yang tidak diduga/dirancang berlaku dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi
penyebab-penyebab. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, penyakit kepada individu,
kerosakkan harta benda, kehilangan, pengelakkan (near-miss) atau mana-mana kombinasi
kesan-kesan tersebut. Insiden pula boleh diklasfikasikan sebagai semua situasi yang tidak
diingini atau pengelakkan (near misses) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan
kemalangan. Kecederaan adalah kecederaan kepada tubuh yang diperolehi disebabkan
kemalangan cth terkoyak, melecet, lebam dan lain-lain. Oleh yang demikian, boleh disimpulkan
bahawa semua kemalangan adalah insiden, semua insiden bukanlah kemalangan, semua
kecederaan

timbulnya

daripada

kemalangan,

Semua

kemalangan

tidak

semestinya

menyebabkan kecederaan.
Terdapat beberapa teori dan model yang menjelaskan terjadinya kemalangan yang
ditunjukkan. Teori pertama ialah Model Faktor Kemanusiaan (Ferrell). Menurut faktor ini,
kemalangan disebabkan oleh insiden permulaan iaitu kesilapan manusia melalui tiga punca.
Tiga punca tersebut ialah beban lebih, ketidaksesuaian dan aktiviti salah. Ketidaksepadanan
antara beban dan keupayaan individu melakukan tindakan. Beban merangkumi tugas,
persekitaran, emosi dan situasi semasa. Keadaan sekeliling seperti bising, pencahayaan,
gangguan

yang boleh menyebabkan tekanan (stressors) yang menyebabkan kemalangan.

Gangguan perasaan seperti bimbang, tertekan

akan menjadi punca utama kemalangan.

Keupayaan seseorang melibatkan sifat semula jadi individu, situasi fizikal, keadaan mental,
tekanan, keletihan, bahan pencemaran dan stressors yang mengganggu kemahiran bertindak.

12

Apabila kemahiran bertindak terjejas sudah pasti kemalangan akan berlaku.

Ketidaksesuaian aktiviti adalah punca kedua dalam model ini. Tindak balas atau respon
yang tidak betul dalam situasi yang tidak sesuai. Contohnya saiz stesen kerja yang terlalu besar
memerlukan penggunaan daya yang tinggi. Oleh itu, sebelum melakukan sesebuah aktiviti kita
perlu membuat persediaan yang rapi dengan mengambil kira jenis aktiviti, saiz tempat yang
diperlukan dan bilangan murid akan menyertai. Dengan ini kita dapat mengelakkan kemalangan
yang akan berlaku. Seterusnya punca yang menyebabkan kemalangan ialah salah aktiviti.
Aktiviti salah dilakukan kerana tidak tahu atau sengaja ambil langkah pintas kerana memiliki
persepsi amat rendah terhadap kemalangan. Sebelum melakukan sesuatu aktiviti di bengkel
peserta atau murid perlu mempunyai pengetahuan mengenai apa yang akan dilakukan. Jika
seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan yang begitu baik dalam aktiviti yang akan
dijalankan kita sebagai guru perlu mengajar cara menlakukan aktiviti tersebut. Sekiranya kita
gagal memainkan peranan penting dalam bengkel ia akan menyebabkan kemalangan.
Teori yang kedua ialah Model Penyebab Kemalangan Insiden (Petersen). Model ini
mengabungkan kesilapan manusia dan kegagalan sistem sebagai punca kemalangan. Teori ini
juga mengutarakan tiga punca iaitu, beban lebih, ergonomik dan buat keputusan salah. Beban
lebih merujuk kepada pemberian tugasan yang lebih daripada keupayaan seseorang. Teori ini
lebih mengutamakan ergonomik. Ergonomik bermaksud penerangan tentang satu keadaan
tentang pegantaramukaan mesin dengan manusia supaya manusia akan menjadi lebih selesa
serta dapat mengoptimakan kerja. Ergonomik melibatkan faktor-faktor biomekanikal seperti
rekanan pada otot, sendi dan saraf, faktor-faktor seperti, keletihan mata kepanasan dan faktor
persekitaran luaran seperti gegaran dan pencahayaan. Punca yang ketiga ialah buat keputusan
salah. Manusia sering membuat keputusan yang salah sama ada sedar atau tidak. Ini adalah
kerana sistem di mana hidup kita dipengaruhi oleh kuasa sosial, politik dan ekonomi, tekan
untuk memenuhi sasaran pengeluaran dan pengaruh rakan sebaya, berfikir bahawa cuma
orang lain akan mengalami kemalangan.
Teori yang ketiga ialah Model Sistem - Model Sistem Firenze (R. J. Firenze, 1978).
Model berasaskan kepada interaksi 3 komponen iaitu manusia, mesin & persekitaran dengan
proses menggunakan maklumat untuk membuat keputusan atau mengambil risiko. Tugas akan
dilakukan dengan berjaya jika tiada stressors yang akan menggangu keseluruhan proses. Lima
kriteria sebagai panduan untuk membuat keputusan yang baik keperluan tugas, kebolehan

12

pekerja dan batasan untuk menerima tugas, apakah keuntungan yang diperolehi jika kita cuba

lakukan tugas dan berjaya, apakah akibatnya jika kita cuba lakukan tugas tetapi gagal dan
apakah kita akan rugi jika tidak mencuba langsung.
2.3 Masalah pengendalian bengkel Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah dan
cadangan cara mengatasi masalah tersebut.
Masalah pengurusan bengkel merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru- guru Reka
Bentuk Dan Teknologi. Setiap guru Reka Bentuk Dan Teknologi mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. Ketua Panitia haruslah melaksanakan
pengurusan bengkel Reka Bentuk Dan Teknologi dengan penuh rasa tanggungjawab dengan
sentiasa membantu guru-guru yang kurang berkemahiran ini dengan sentiasa peka dan
mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengurusan bengkel Reka Bentuk Dan
Teknologi. Guru-guru saling bertelagah dan menuduh antara satu sama lain. Guru Reka Bentuk
Dan Teknologi yang lain tidak menguruskan makmal-makmal Reka Bentuk Dan Teknologi
dengan sempurna selepas mereka gunakan. Peruntukan yang besar seharusnya diguna,
diselenggara dan dijaga dengan cara maksimum supaya peruntukan tidak menjadi satu pembaziran.
Ketiadaan kakitangan yang khusus pembantu bengkel atau makmal dalam bidang pengurusan
bengkel boleh menyebabkan pengurusan bengkel tidak sempurna dan tidak terurus. Kita tidak
menafikan guru-guru di bengkel yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas ini, iaitu
menjalankan tugas pengurusan bengkel ini dan mentadbir dengan penuh dedikasi, akan tetapi
adalah dikhuatiri mereka ini menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mentadbir bengkel dengan
kemampuan yang minimum.

Cadangan bagi masalah di atas adalah guru panitia Kemahiran Hidup ataupun pengurus
bengkel harus menyemai sikap bertanggungjawab yang tinggi terhadap tugas yang
diamanahkan. Sikap ini amat penting bagi memastikan setiap tugas yang dijalankan berjalan
lancar dan masalah yang timbul dapat diatasi dengan berkesan. Guru yang bertanggungjawab
akan melahirkan murid yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Perasaan iri hati dan
selalu menyalahkan orang lain perlu dibuang sama sekali bagi melahirkan suasana yang
harmoni dalam sesebuah kelompok. Masalah seperti guru-guru yang sentiasa menyalahkan
antara satu sama lain dapat diatasi dengan masing-masing bertolak ansur dan menjaga dan
menghormati hak orang lain. Dalam konteks penggunaan bengkel pula, jika guru lain
menggunakan bengkel maka haruslah menjaga kebersihan dan memastikan keadaan bengkel
sama seperti sebelum digunakan. Hal ini dapat memudahkan tugas guru panitia kemahiran

12

hidup selaku pengurus bengkel dan secara tidak langsung dapat membina hubungan baik

sesama guru. Seterusnya masalah kurang berkemahiran dalam pengurusan bengkel boleh
diatasi dengan mempelajari ilmu pengurusan secara lebih mendalam supaya dapat
menguruskan bengkel dengan baik. Kemahiran pengurusan dalam sesebuah organisasi
termasuklah pengurusan dari segi organisasi, keselamatan, kewangan, peralatan dan
sebagainya. Guru yang mengetahui dan memahami konsep sebenar sebagai seorang pengurus
mampu menguruskan bengkel dengan baik. Oleh itu kemahiran ini perlu diasah dengan
mempelajari ilmu pengurusan dan merebut peluang menjadi pengurus bagi mendapatkan

12

pengalaman sebagai ketua dalam organisasi.

2.4 Cadagan dan rancangan satu program keselamatan bengkel yang sesuai kepada
guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi.
Terdapat beberapa program keselamatan yang sangat berguna kepada guru-guru Reka
Bentuk Dan Teknologi. Program-program keselamatan perlu dilaksanakan bagi guru-guru Reka
Bentuk Dan Teknologi supaya mereka dapat menangani situasi-situasi yang rumit di bengkel.
Antara aktiviti yang harus dilaksanakan ialah Latihan Kebakaran. Bengkel ialah satu tempat
yang mudah berlaku kebakaran kerana penggunaan alatan elektrik. Jika berlaku litar pintas ia
akan menyebabkan kebakaran. Pada ketika itu, guru perlu mengetahui cara mengatasi masalah
tersebut tanpa berlaku apa-apa kemalangan kepada murid dan juga diri sendiri. Ilmu yang
diperoleh dalam Latihan Kebakaran dapat membantu guru mengatasi masalah ini. Program lain
yang boleh dijalankan ialah Kursus Pengendalian Bengkel Reka Bentuk Dan Teknologi yang
berkesan dan selamat. Memandangkan mata pelajaran ini adalah baru bagi guru-guru, mereka
tidak ada input yang begitu banyak untuk mengurus bengkel. Kursus seperti ini akan dapat
membantu guru untuk menyediakan bengkel yang selamat dan juga berkesan kepada murid-

12

murid.

3.0 Penutup
Kesimpulannya, bengkel Reka Bentuk dan Teknologi perlu diutamakan dengan
keselamatan. Kekurangan keselamatan menyebabkan berlakunya kemalangan. Guru
sebagai pengurus bengkel perlu mengetahui cara-cara mengelakkan kemalangan dan
menangani situasi kemalangan atau kecemasan. Semua alatan dan bahan perlu disimpan,
diguna dan diselenggara dengan baik supaya tidak menyebabkan sebarang kemalangan.
Organisasi bengkel perlu ditetapkan terlebih dahulu dan mengikut organisasi pada
setiap masa. Semua orang yang terlibat dan organisasi tersebut perlu menjalankan
tugasannya dengan baik. Seorang guru sahaja tidak cukup untuk mengurus sebuah bengkel
kerana ia adalah bidang kerja yang luas. Setiap guru dan murid yang menggunakan
bengkel perlu memainkan peranan supaya tidak membebankan seorang sahaja.
Pendokumentasian yang sistematik sangat penting supaya kita mengetahui penggunaan
bengkel dan pergerakkan alatan dan bahan yang ada di bengkel. Ini akan memastikan
kesediaadaan alatan dan bahan di bengkel pada setiap masa. Semua orang mahupuan
guru, murid atau pekerja perlu berganding bahu untuk menguruskan bengkel supaya tidak
menyebabkan kemalangan dan mengancam keselamatan pengguna.

4.0 Rujukan
1. Anonymous (1987), Safety-Health and Working Condition Training Manual, Malaysian Society

12

for Occupational Safety and Health, Malaysia. 10 & 28.

2. Kathy A. Seabrook, 1996 Safety Management : Strategy and Practice, Butterworth


Heinemann, U.K.
3. Noor Hasani Hashim (1997), Bahaya Kimia Industri, Buletin Umum Pusat Racun Negara,
USM Pulau Pinang.
4. Russel de Reamer 1985 Accident Prevention Manual For Bussiness And Industry,
Engineering and Technology, National Safety Council, Illinios, USA.
5. Buku Teks Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

12

LAMPIRAN

Contoh
Bentuk Dan
Yang Berkesan

Bengkel Reka
Teknologi
Dan Selamat

12

Pelan Lantai Bengkel Reka Bentuk Dan Teknologi

12

Anda mungkin juga menyukai