Anda di halaman 1dari 2

Setiap ahli keluarga memainkan peranan penting ke arah

melahirkan gaya hidup sihat.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk


amalan gaya hidup sihat.
Amalan gaya hidup sihat adalah cara hidup yang boleh
mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan.
Namun demikian, ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan
berlebihan, tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.
Ribuan rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak sihat
sejak kecil lagi seperti menggemari makanan yang mengandungi
kolesterol, tidak melakukan senaman dan makan secara
berlebihan. Oleh itu, untuk mengurangkan risiko obesiti serta
penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya, rakyat Malaysia perlulah mengamalkan
gaya hidup sihat. Secara umumnya, tanggungjawab ini sudah
semestinya jatuh pada bahu ibu bapa yang melahirkan anak-anak
serta menjaga mereka sejak kecil lagi. Persoalannya, apakah
peranan ibu bapa dan keluarga untuk memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka?
Sudah terang lagi bersuluh peri pentingnya peranan ibu bapa
dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan anakanak. Peranan utama ibu bapa dalam memupuk amalan gaya
hidup sihat dalam kalangan anak-anak mereka adalah
dengan memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan
yang seimbang. Pemakanan yang seimbang bermaksud
pemakanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan
dalam kadar yang bersesuaian iaitu karbohidrat, protein, vitamin,
mineral, lemak, air serta serat. Ibu bapa perlulah sentiasa
menghidangkan makanan yang berzat serta bernutrien kepada
anak-anak. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan untuk makan di

rumah kerana makanan di luar, khususnya gerai-gerai makanan


di sepanjang jalan yang makanannya biasa digoreng dengan
penuh minyak. Jika tabiat yang baik ditanam dalam diri anakanak, sudah pasti anak-anak akan tahu menjaga pemakanan
mereka apabila dewasa kelak. Ibu bapa juga perlu mengurangkan
pengambilan minuman berkarbonat oleh anak-anak kerana
minuman sebegini tidak memberikan apa-apa kebaikan dan
mengandungi kandungan gula yang berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai