Anda di halaman 1dari 1

Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan membantu murid-murid tahun 5 untuk meningkatkan

kemahiran mengingat dan mengenal Toko Pahlawan bagi mata pelajaran Sejarah. Seramai 4
orang murid dari kelas 5IH di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal telah dipilih sebagai peserta
kajian. Fokus Kajian ini adalah bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan Kit Map of
Heroes Malaya yang dilengkapi dengan buku besar gambar-gambar tokoh, peta 3D dan
permainan agar dapat membantu murid-murid yang lemah untuk mengingat dan mengenal
tokoh-tokoh pahawan mengikut negeri. Pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen
seperti pemerhatian, temubual serta ujian pra dan pasca bagi menilai keberkesanan inovasi
yang dilaksanakan ini. Hasil dapatan kajian telah dilampirkan dalam bentuk jadual dan graf
beserta dengan penerangan. Analisis hasil daripada dapatan kajian menunjukkan berlakunya
peningkatan positif ke atas pencapaian kesemua peserta kajian setelah Kit ap f Heroes
Malaya ini digunakan sewaktu sesi rawatan bagi topik yang telah difokuskan. Cadangan
lanjutan bagi kajian ini turut dikemukakan bagi membantu penyelidik-penyelidik lain untuk
membuat rujukan asas dan juga penambahbaikan.

Kata Kunci: Mengingat, Mengenal, Tokoh-Tokoh Pahlawan, Peserta Kajian, Map of


Heroes Malaya