Anda di halaman 1dari 2

PERIBENTUK UKM

Suatu Perisai terbahagi Tiga:


Dari tengah ke atas dan ke kiri dan kanan chenderung ke bawah.
Di atasnya suatu Naskhah Putih bergulung melambai.
Disebelah kiri:
Warna bergilir dari sudut kanan di atas ke kiri di bawah;
Merah-Putih-Biru-Putih-Merah berlapis serong ke atas ke kiri;
Merah dan Putih berlapis lebar serupa, Biru ditengahnya lebar berganda.
Di tengah Biru Bulan Sabit merangkum Bintang berpanchar Sinaran Empatbelas.
Bulan dan Bintang berwarna kuning sepasang.
Disebelah Kanan:
Bidang Hijau Lebat terhampar, berlaga diatasnya Harimau Gagah garang menggeram, menghadap kiri berdiri mara
menyerang.
Kedua lengannya menghala kemuka,Yang Kiri kebawah menggenggam Keris Terhunus sebilah hujungnya menuju
keatas; Yang Kanan keatas menjunjung Obor Berapi bernyala germerlapan. Warna Harimau Kuning berbelang
Hitam.
Disebelah Bawah:
Pidang Kuning Keemasan ditengahnya Bunga Raya berwarna Merah berbentuk Medali, Rangginya betul berhelai
Lima berbenangsari menegak keatas. Diatas Perisai Naskhah Putih bergulung melambai. Semboyan padanya
berhuruf Rumi bergaya lama.
Disebelah Kiri:
Lambang Kenegaraan. Maksud Warna serta Bulan-Bintangnya sama seperti diertikan pada Bendera dan Lambang
Kenegaraan Malaysia.
Disebelah Kanan:
Bidang Hijau Lebat menchirikan Agama Islam, Agama resmi Negara Malaysia, dan Dasar falsafah Universiti
Kebangsaan. Harimau Gagah Lambang Kepahlawanan. Didunia antarabangsa Harimau terkenal sebagai Binatang
Tanah Melayu, dan melambangkan Negeri2 Melayu, sebagaimana nampak pada mohor, setem, dan wang ringgit
kertas dan lain2 yang sudah lama terkenal. Disini Harimau menchirikan Masharakat Malaysia yang berteraskan
Kebudayaan Melayu. Harimau ini lagaknya tiada lengah memandang belakang, akan tetapi mara menyerang. Yang
diserangnya Kejahilan, Kejahatan dan Kepalsuan yang menjadi bibit malapetaka insan. Alat2 bagi menyerang
Kejahilan, Kejahatan dan Kepalsuan itu iaitu Keris Terhunus di Lengan Kirinya dan Obor Berapi di Lengan

Kanannya: Keberanian dan Ilmu Pengetahuan, yang keduanya saling membantu merupakan kesatuan yang
sempurna. Sifat kita bukanlah harus berilmu pengetahuan tetapi takut, atau berkeberanian tetapi jahil. Falsafah hidup
yang terbayang pada Lambang2 Keris Terhunus dan Obor Berapi itu mensifatkan semangat Islam: kita harus sedia
menentang jikalau diserang, tetapi janganlah hendaknya kita menyerang tanpa tentangan. Bagaimanapun,
Keberanian harus dibimbing oleh Ilmu Pengetahuan, yang harus senantiasa diletakkan pada peringkat akhlak yang
luhur. Sebab itu Lambang2 ini menggambarkan sususan Obor Berapi itu diatas dan Keris Terhunus dibawahnya,
supaya menchirikan bahawa kekerasan dan keganasan sifat Keberanian itu dibawah kuasa Ilmu Pengetahuan, yang
harus menahanninya dari sebarang pencherobohan atau kelakuan jahat yang memang dilarang oleh Agama dan
Kesusilaan.
Disebelah Bawah:
Bidang Kuning Keemasan menchirikan Kemakmuran yang ada pada Bangsa Malaysia. Masharakat yang berbilang
bangsa ini seharusnyalah memancharkan terutamanya kemakmuran Kebudayaan yang unsur2 pentingnya mewah
berada di Malaysia dengan tertumpunya disini Agama2 dan Kesusilaan2 yang teragung didunia. Bunya Raya Merah
yang berbentuk Medali Lambang Kebangsaan. Rangginya lima helai sebagaimana benar terdapat pada bunga itu.
Disini Ranggi Lima itu menchirikan Lima Dasar Rukan Negara. Benangsarinya menegak mengarah keatas, tiada
layu, sebab yang dilambangkan itu bunga yang hidup segar.
Kesimpulan chara-gaya menyusun Bulan Sabit merangkum Bintang, Keris Terhunus dan Obor Berapi, benangsari
Bunga Raya, kesemuanya menuju mengarah keatas itu sebagai masing2 semuanya menunjuk kepada Semboyan
diatas pada Naskhah Putih bergulung melambai berhuruf Rumi bergaya lama: ZIDNI ILMAN. Kata2 ini merujuk
kepada Al-Quran, Surah Ta Ha, Ayat 114, pada kalimat akhirnya: '.... Rabbi zidni ilman', yang ertinya: 'Wahai
Tuhanku! Pertambahkanlah ilmuku'. Ayat ini menegaskan bahawa Allah sahajalah yang Mahaluhur, Raja Kebenaran
yang Mutlak. Kebenaran yang membukakan diri kepada hati sipenuntutnya dengan lambat-laun, sebagaimana juga
Ayat2 Suchi Al-Quran nuzul kepada pesuruh Allah. Walaupun telah selesai Tanzil itu, dan Al-Quran telah pada
sebagai Kitab Suchi yang sempurna, namun erti dan tujuan-maksudnya yang sebenarnya akan ternyata kepada tiap
seorang perseorangan atau sesuatu bangsa justru dengan sechara lambat-laun. Maka sabarlah! - dan jangan
bergopoh. Seyogilah kita, seperti Pesuruh Allah sendiri, mematuhi titahNya supaya senantiasa memohon kepadaNya
semoga dipertambahkan ilmu kita masing2, sebab ilmu itu setiap detik manapun dalam penghidupan kita tiada akan
menchapai darjat kesempurnaan. Sesuatu Universiti tiada patut tekabur mendakwa dirinya sebagai puncha ilmu,
kerana Allah yang Mahaluhur sahajalah yang benar2 layak sebagai Puncha segala Ilmu; dan segala2nya dihadapan
HadratNya yang dapat berdaya menchapai chita-rasa kehalusan budipekerti, harus tunduk malu dengan
pengetahuan bahawa ia itu hampa.

Anda mungkin juga menyukai