Anda di halaman 1dari 1

Definisi Kraf tangan

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan


denganmenggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas
sahaja. Pertukangankraftangan seharusnya dikerjakan secara
perseorangan atau kecil-kecilan. Hasilkraftangan selalunya membawa
kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besarbesaranatau hasil kejenteraan bukan bersifat kraf tangan
Barangan kraftangan merupakan produk yang melambangkan identiti masyarakat
Malaysia. Terdapat pelbagai barangan kraftangan di Malaysia antaranya ialah
batik,anyaman,manik dan labu sayong.Hasil pembuatan kraftangan amat unik dan halus,
ianya harus diwarisi oleh anak-anak muda masa kini supaya ianya tidak hilang ditelan
zaman dan akan terus menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Malaysia.

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi
manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu,
masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah
diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita
khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari
perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud
melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik
Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang
perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai